PERCUTIAN BAJET KE KRABI | Hi semua. Sorry dua tiga hari ni senyap tanpa berita. Sebenarnya, masih belum pulih dari holiday blues yang menjadi-jadi sejak pulang dari Krabi tempoh hari. Mungkin kerana dah lama tak pergi bercuti secara betul, jadi bila balik automatik macam ting tong...
Last holiday pun ke pulau juga, iaitu Boracay. Tapi kat Boracay, masa tu tengah monsun. Kau gila nak mandi time tu? Memang taklah kan. Silap haribulan badan entah ke mana, laut entah ke mana. Hahahaha.
Lepas balik dari Boracay saya ke Port Dickson. Tapi dek kerana masa tu tinggal beberapa hari nak jadi bridesmaid rakan, terpaksa 'berpantang dari air laut'. Takutkan nanti, pergi kenduri kahwin, orang tak cam pula nanti sebab hitam. Jadi, bila ke Krabi, inilah masa untuk balas dendam. ngeh.ngeh.
Entry hari ini aku akan cerita pasal percutian ke Krabi dengan Rashiqah. Krabi? Apa yang best kat Krabi? Berapa bajet yang diperlukan untuk ke Krabi? Tempat-tempat menarik di Krabi. Semuanya akan aku ceritakan kat entri -entri seterusnya. Tapi entri hari ini seperti teaser je la. Hehe, permulaan.
Sebenarnya, trip ke Krabi ni kami plan last minute. Pada mulanya ingatkan nak pergi Siem Reap, tapi disebabkan teruja nak naik keretapi dari Hatyai-KL Sentral, terus kami pilih Krabi sebagai destinasi. Itupun Rasyiqah beli tiket train few weeks sebelum pergi. Alahai.
By the way, terima kasih Rasyiqah. Saya serahkan tanggungjawab kat dia untuk booking hotel, flight and train. Dah kata travel ala backpackers, dia lagi pro berbanding saya. Hahaha. * Psstttt, dengan bangganya kali ni saya travel light. Hahaha.*
Pendek kata, ini adalah percutian bajet ala-ala backpackers ke Krabi. Tapi adalah tersasar sedikit dari segi wang. Siapa kata barang kat Krabi murah? Meh ketuk kepala. Tiada beza Krabi dan Malaysia, mahal lagi adalah. Maybe sebab time ni tengah peak season. Tapi still tak puas hati.
Travelogue Kisah Tatie ke Krabi
Berdua sahaja
My favourite Nasi Lemak tapi sayangnya tak seperti dahulu
Airasia
Safely arrived at Krabi
jangan lupa ambil Free Simcard ini di kaunter immigration ..
and again, its FREE
Sebelum keluar, pastikan anda dah beli tiket bas /van atau teksi di dalam airport. Ikut suka anda. Nak jimat naik bas, nak privasi naik teksi atau jika datang ramai-ramai sewa van. Semuanya terpulang kepada anda. Tapi kalau nak berbajet, eloklah naik bas sebenarnya dari Krabi Airport ke Ao Nang. hehehe.
Harga Teksi dari Krabi Airport ke Ao Nang
600 baht
Harga Van dari Krabi Airport ke Ao Nang
1050 baht
Harga bas saya tak pasti. Tapi lagi murah dari harga teksi. Itu yang pasti.
bas dari Krabi Airport ke Ao Nang
teksi
Saya dan Rasyiqah memilih untuk menaiki teksi ke Krabi kerana lebih privasi dan mudah berbanding naik bas. Maklum sahajalah, kami berdua first time sampai Krabi. Takut nanti sesat entah ke mana. Susah pula nanti. Hahaha. Tak mahal pun, convert duit Malaysia, jadilah RM60 untuk perjalanan selama 1 jam.
and finally .......
KRABI, KAMI DATANG
(berjaya sahut cabaran Encik H untuk travel secara light and jimat. yeay!)
TIPS DI KRABI :
JANGAN SESEKALI TUKAR DUIT KAT KRABI. SILA TUKAR KAT KL. BANYAK GILA DIORANG AMBIL. KAT KL BOLEH DAPAT 10 BAHT = RM 1.