Latest Posts


Masih ingatkah anda dengan entri ini?
"SOFT LAUNCH OF TRANSFORMERS EXPO", klik sini : LINK

Itu baru soft launch, ala-ala pengenalan gitu. Tetapi 28 Januari yang lalu, dengan bangganya saya dijemput sekali lagi ke Genting Highlands bagi menyaksikan sendiri perasmian gilang-gemilang expo transformers terbesar di Asia sempena menyambut ulang tahun ke -30 tahun Transformers. Happy 30th Anniversary Transformers

Seperti yang saya cakap sebelum ini, Malaysia dipilih sebagai lokasi untuk menyambut tarikh penting ini sekali gus meletakkan Resorts World Genting sebagai destinasi pilihan pelancong sempena Tahun Baru Cina nanti. Menariknya, ini adalah kali pertama Expo Terbesar Transformers ini diadakan di Malaysia.

transformers expo malaysia

Expo ini akan berlangsung selama 17 hari, iaitu bermula pada besok, 31 Januari sehingga 16 Februari. Haaaa, cuti empat hari ni bolehlah ajak family anda ke Genting Highlands. Nama-nama besar seperti Hasbro, Target Expositions Sdn Bhd, Toshiba, Chevrolet adalah antara nama-nama penaung dan tukang sponsor event hebat ini.

transformers expo malaysia

Secara kebetulan, masa saya pergi hari tu, suhu genting tersangatlahhh sejuk. Tengoklah gambar di atas, siapa ada yang pakai winter coat. Memang mengigil-gigil kesejukan saya pada hari tu. Hahahaha. Seriously rasa macam winter di Taipei. brrrr...sejuk!

transformers expo malaysia
as a media on that day

Bertuahnya saya kerana menjadi antara yang pertama menyaksikan The Largest Transformers Expo in Asia, tetapi lagi bertuahnya anda jika dapat menyaksikan sendiri nanti. Sebab masa saya pergi tu, belum sepenuhnya siap. Jadi, mulai besok SAVE THE DATE 31 Januari - 16 Februari.

transformers expo malaysia
turut diserikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

transformers expo malaysia
Minister of Tourism and Culture Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, President and Chief Operating Officer of Genting Malaysia Berhad, Dato' Seri Lee Choong Yan and Chief Executive Officer of Target Exposition Sdn Bhd, Mr Raymond Tew

transformers expo malaysia

transformers expo malaysia

transformers expo malaysia
Bumble Bee

transformers expo malaysia
Optimus Prime

transformers expo malaysia

Selepas perasmian, kami dibawa ke tempat expo, iaitu Arena of Stars, Resorts World of Genting. Pintu masuknya adalah bersebelahan dengan Theme Park Hotel. Jangan sesat ye. Hehehe..

transformers expo malaysia

transformers expo malaysia

Terdapat 10 zon dan semestinya lain zon lain kejutannya. Bagi peminat Transformers, ini peluang untuk anda menyaksikan sendiri koleksi-koleksi yang didatangkan khas dari pelusuk dunia. Saya difahamkan terdapat 1520 koleksi limited edition yang semestinya RARE dan wajib anda lihat.

transformers expo malaysia

transformers expo malaysia

transformers expo malaysia

transformers expo malaysia

Kat sini juga terdapat juga permainan interaktif seperti Augmented Reality yang menelan belanja half million untuk kos pembinaannya sahaja. Haaaa... menarik-menarik.

transformers expo malaysia
ehemmmm ... Chevrolet's Camaro @ Bumble Bee

transformers expo malaysia
3D Tunnel, 6 unit 84 inci Toshiba 4K Ultra HD resolution screens

transformers expo malaysia

3D MAPPING 

transformers expo malaysia

transformers expo malaysia
Optimus Prime dan Bumble Bee yang menelan belanja hampir 2 juta
untuk kos pembinaan ini sahaja

transformers expo malaysia

transformers expo malaysia
23 kaki saiz Optimus Prime

transformers expo malaysia
pameran kereta Chevrolet pun ada

dan banyak lagi ... segalanya hanya di Genting Highlands

HARGA TIKET TRANSFORMERS EXPO MALAYSIA 
RM 55 (dewasa)  RM45 (kank-kanak & senior)
*kanak-kanak dibawah 4 tahun adalah FREE*

Boleh layari laman web:

atau email :
transformers@targetexpo.com.my

No Telefon :
03-62592697

transformers expo malaysia

transformers expo malaysia

Terima kasih GENTING GROUP kerana invite kami semua 

and HAPPY CHINESE NEW YEAR to all my chinese readers and followers, friends and everyone yang menyambutnya. Nak angpow please. Hahaha.

Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya

VISIT MALAYSIA 2014 : klik sini

Terima kasih A'Famosa Resort Melaka di atas jemputan ke Pesta Layang-layang 'Kites Funfly' yang berlangsung di D'Garden A'Famosa Resort Melaka

Dah lama rasanya tak tengok LAYANG-LAYANG berterbangan di udara. Kali ni memang dasyat. Bukan sekecil-kecil tapak tangan saiznya, malah lebih besar dan besar dari Encik H. Eh? Hahaha.

Pesta layang-layang dengan kerjasama Stunt Kites Trading ni pertama kali diadakan kat A'Famosa Resort Melaka dan berjaya menarik minat ramai pengunjung ke resort ini. Bagi siapa yang tak pernah nampak LAYANG-LAYANG gergasi, mungkin terpukau dengan keunikan rekabentuk layang-layang ini yang rata-ratanya berharga ribuan ringgit. WOW!!! boleh beli handbag satu. kahkahkah.

Pelbagai jenis LAYANG-LAYANG seperti Spinner Kites, Giant Octopus, Laundry, Bear, Panda, Stunt Kites, wau dan banyak lagi. Lebih istimewa, malam tu ada LED Kites and Wau. Subhanallah, cantik sangat, first time tengok secara live.

KITES FUNFLY
 A'FAMOSA RESORT MELAKA

selain tu, saya turut ditaja dengan penginapan di D'SAVOY A'FAMOSA

A'FAMOSA RESORT MELAKA


Acara KITES FUNFLY ini berlangsung selama 2 hari :
18 Januari 2014
19 Januari 2014

Dan bertempat di D'Garden A'Famosa Resort. Untuk pengetahuan kalian, D'Garden A'Famosa Resort ni sering menjadi pilihan bakal pengantin untuk mengadakan majlis perkahwinan. Sebuah bungalow yang bertemakan 'English Garden'.

dream a big house?? 

garden wedding.. i likeee!


Sebenarnya, bukan senang nak main LAYANG-LAYANG ni. Anda memerlukan kecekapan, kesabaran dan pengetahuan serba sedikit mengenai LAYANG-LAYANG. Antara cabaran besar yang anda perlu hadap adalah angin. 

Sebelum ke sini, mati-mati saya ingat main LAYANG-LAYANG tu senang. Ada angin terbanglah. Tapi sebaliknya berlaku bila lihat dengan anak mata sendiri. Bukan setakat LAYANG-LAYANG, orang yang main tu pun terbang kalau angin terlampau kuat. Hahaha.



LAYANG-LAYANG bersaiz Giant, biasanya memerlukan kerjasama ahli kumpulan demi memastikan ianya terbang dengan cantik.


Hobi ini bukan sahaja menjadi kesukaan kaum lelaki malah wanita berusia juga boleh mencubanya. Jadikan ia sebagai satu senaman ringan. Hehehe.

Lelaki ini bukan duduk tau, tapi dia terjatuh. Haha

GIANT KITES

Layang-layang sepanjang 800 meter

 








STUNT KITES 







kerjasama team


pakcik ni berpengalaman bermain layang-layang sehingga ke peringkat antarabangsa


tonton di sini :



sampai nak terbang abang ni main LAYANG-LAYANG




Selain dari pertunjukan, para pengunjung juga boleh cuba bermain LAYANG-LAYANG. Kat sini ada kedai yang dibuka khas oleh Stunt Kites Trading.


WAU

 


LAYANG-LAYANG LED

 

 

Tonton di sini :


Gerai Stunt Kites Trading


 



RM10

RM300-800

boleh mencecah ribuan ringgit

Sekali lagi, terima kasih A'Famosa Resort Melaka. 
Satu pengalaman baru bagi saya.

Jom cuti-cuti Malaysia bersama saya
Tahun Melawat Malaysia 2014

American Airliner Plane