Latest Posts


Hi semua. Selamat berhujung minggu. Actually, saya baru sahaja sampai dari Thailand pagi tadi. Memang memenatkan trip kali ini. LCCT-Krabi-Krabi Town-Hat Yai-KL Sentral. Semuanya demi menyahut cabaran seorang teman. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Nanti saya update kemudian ye. Hehehe.

Tapi sebenarnya, sebelum ke Krabi, saya terlebih dahulu ke Desa Waterpark Kuala Lumpur. Dengan erti kata lain, ambil mood dan feeling. HAHAHA, kononnya. Tapi Alhamdulillah, masa kami pergi tu, bukanlah hari weekend atau school holidays. Jadi, lebih privasi dan boleh main slide puas-puas.

Terima kasih Desa Waterpark Kuala Lumpur kerana sudi menjemput saya dan beberapa orang blogger lain untuk membuat review mengenai waterpark ini. Desa Waterpark Kuala Lumpur ini adalah antara waterpark yang terlama di Malaysia. Dibina pada tahun 1998, taman tema air ini mempunyai keunikannya yang harus anda tahu dan terokai.

 
Harga masuk


Tiket kami

Ramai yang memberi tanggapan negatif mengenai Desa Waterpark. Memang saya akui, kawasan waterpark ini bersebelahan dengan loji Indah Water. Tapi tak bermakna bau yang busuk itu menyerap masuk ke dalam  sini. Secara jujurnya, pada mulanya saya juga rasa begitu. Yela, asal lalu di luar, pasti bau akan menusuk ke hidung. But orang kata, don't judge a book by its cover.

Sebaliknya berlaku, apabila saya melangkah masuk ke waterpark ini. Bau yang busuk itu tiada dan terdapat jalan yang memisahkan loji dan waterpark ini. Kebarangkalian sebab itulah bau itu tidak sampai ke Desa Waterpark ini.

Jadi, anda janganlah risau. Memang takkan bau. Enjoy, relax dan have fun!

Bersama orang kuat Desa Waterpark

take note !!

 
rules & regulations yang wajib anda patuhi


Desa Waterpark ini 100% berasaskan taman tema air dan sesuai untuk semua golongan usia. Tema lebih kepada kekeluargaan jadi kalau korang nak bersantai hujung minggu bersama keluarga, kat sini adalah tempat yang paling sesuai.



Juga terdapat kemudahan seperti cafe, surau, bilik first aid, locker room, tandas dan bilik mandi untuk kegunaan korang yang datang ke sini.

 



Harga Sewaan Pelampung Desa Waterpark

Double Tube
RM15 (rental) + RM5 (deposit)

Single Tube
RM10 (rental) + RM5 (desposit)



Masih ingat pasal antabax? klik sini : antabax ziana zain.



Locker / Tempat simpan barang



Bubble Pool yang kami gelarkan sebagai jakuzi

uji kebolehan dan kecekapan anda di 'Tarzan in Town'. 

dah cuba tapi gagal menjadi tarzan.. hahaha

antara kami berempat, seorang sahaja yang lepas. LOL. hahaha
memang susah dan memerlukan fokus



Sungai bukan sebarang sungai .. sesekali ada ombak. 
Kalau tak silap, setiap 30 minit.

sungai yang dah start 'mengganas'




Selain daripada menjadi pilihan bagi keluarga untuk bersantai, kat sini juga sering dijadikan destinasi bagi company-company besar untuk mengadakan sesi family day.







gerai makanan


Shock Wave

Kafe Selera Rasa

 


Kafe ini bukanlah sebarang kafe. Selain daripada Desa Waterpark, Selera Rasa juga mengambil tender company-company besar seperti Airasia dan DRB Hicom. Selera Rasa juga pernah menyajikan 14 ribu tempahan khas untuk DRB Hicom. Haaa, memang sedap dan terbaik!

dan akhir  sekali .....

'Thunderbolt'

 




 

Thunderbolt sepanjang 800 meter ini adalah yang gravity-defying water coaster yang pertama di Asia. Memang panjang, memang mencabar dan memang menyeronokkan. Rasanya satu-satunya yang ada kat Malaysia ni kalau tak silap lah. Dibuka jam 2pm, memang beratur panjang dan tak rugi beratur kerana memang best!

Anda WAJIB cuba !!!!

Sebelum balik, jangan lupa singgah kedai souvenir yang terletak di luar waterpark ini. MACAM-MACAMMMMMM ADAAAAA ....


Moh kita ke sana weekend depan!! 


Desa Water Park 
Taman Danau Desa
58100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi 
Isnin - Jumaat : 10.30-6pm
Weekend/Public Holidays : 10am-6pm
Rabu - tutup kecuali public holidays

Facebook

Website

Peta  Lokasi 


Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya
Tahun Melawat Malaysia 2014

Hi semua

Saya nak update bloglist yang dah berzaman ni
Jadi, jom tukar LINK


singgah-singgah ke My Bloglist

Actually dah lama dah bloglist ni cuma baru nak update balik mana-mana link yang baru tapi masih maintain link-link yang dah sedia ada... Hehehe.

Jadi, kalau korang nak tukar link, just email me : sweet_tatie88@yahoo.co.uk atau komen kat sini sahaja. 

Selamat berkenalan .. :)




Hi.

Kalau korang perasan, hari sabtu lepas .. Sekali lagi, empunya blog Kisah Tatie masuk dalam suratkhabar dan pertama untuk tahun 2014 ini. Kali ni agak berlainan sekali dengan sebelumnya. Jika sebelum ini saya ditemuramah, tetapi kali ini saya berpeluang untuk menulis di ruangan Cuti-Cuti Bajet di ruangan .COM Utusan Malaysia. Alhamdulillah, rezeki.

Sebenarnya, nak tulis pasal tempat lain, tapi disebabkan saya terlupa deadline untuk hantar article, maka saya pun memilih Kuching sebagai destinasi bajet sebab masa tak cukup. Alang-alang sekarang tengah hangat kat sana dengan Asean Tourism Forum 2014, apa salahnya jika promote Kuching. Bolehlah dijadikan rujukan buat delegasi-delegasi pelancongan yang ada kat sana.hehehe.

Bagi anda yang dah lama follow blog ni, sebenarnya cerita Kuching ni pernah saya paparkan tahun lepas. Ingat lagi tak? kalau tak ingat, boleh klik sini :

Kenapa banyak sangat link??? Haaa, untuk pengetahuan korang, trip ke Kuching adalah trip paling lama kerana saya berada kat sana selama 10 hari. Selama 10 hari, bermacam-macam jenis makanan dan tempat saya dah explore. Memang Kuching best dan puas hati bila berada kat sana dalam satu masa yang lama.

Tak Bosan Ke Lama-Lama?

Soalan ni saya pernah jawab dahulu.. Jawapannya tidak. Sekecil-kecil negeri Melaka tu (contoh), jika anda pandai bahagikan kawasan mengikut hari dan buat jadual dengan pengisian aktiviti yang padat, Insyallah perjalanan anda takkan bosan. Kalau sebesar-besar Pahang, anda duduk hotel sahaja tanpa buat sebarang aktiviti, maka bosanlah percutian anda tu. Jelas sekarang? Hahaha. Jadi, pentingnya perancangan sebelum pergi bercuti bagi memastikan percutian anda bermakna. 


http://www.utusan.com.my/
milik tangan siapakah ini? terima kasih sebab sudi baca

http://www.utusan.com.my/
nahhh untuk lebih jelas

http://www.utusan.com.my/
hehehehe

Terima Kasih Utusan Malaysia
(^_^)


Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya

 Tahun Melawat Malaysia 2014



Bukan susah nak ternak lemak. Datang je kat Restoran Kaw'D Ampang. Restoran yang bertemakan 'daging dan burger' ini mampu membuatkan selera anda naik bertingkek-tingkek. Hahaha.

Restoran Kaw'D ni adalah anak syarikat Kaw Kaw Burger Bakar yang pernah mencetuskan fenomena luar biasa pada dua tahun lepas - "burger bakar". Korang mesti ingat punya fenomena burger beratur, burger bakar, burger hebat, burger bawah pokok ... ehhhh, segala jenis burgerlah.

Jujur saya cakap, ini adalah kali pertama saya menjamah burger bakar Kaw Kaw setelah dua tahun memendam rasa. Yela, jikalau dulu nak beli kena beratur panjang. Tetapi sekarang tidak perlu lagi. Dengan adanya Restoran Kaw'D ni, anda boleh enjoy makan burger sambil bersantai bersama teman dan keluarga. Tak perlu nak beratur macam dahulu.

Terletak di Ampang, restoran ini diserikan lagi dengan menu masakan barat. Haaa, anda wajib cuba tau. Memang sedap!!! Kami pun pada mulanya sangsi nak order apa, maklumlah rata-rata antara kami baru pertama kali jejak kaki ke sini. Mujur ada kakak waiter yang peramah, sudi layan kami semua. Dialah yang suggest mana yang patut kami rasa. Hehehe

Namun sebaliknya berlaku apabila makanan sampai. Semuanya daripada duduk diam, terus jadi macam gergasi kelaparan. hahahaha. Mana taknya, baunya je dah menarik. Belum tengok burgernya lagi. Perghhh!! 


Restoran Kaw'D Ampang

Ratings
Food : 5/5
Services : 4/5
Cleanliness : 4/5

Must TRY : Burgernizer

Ada di antara kami sesat ke restoran ini, termasuklah saya. Hahaha. Untuk korang yang tak pernah ke sini, Restoran Kaw'D ni terletak di Waterfront Ampang. Kira jalan nak ke Bukit Ampang tu, korang akan nampak signboard besar Restoran Kaw'D di sebelah kiri.

dalam
luar

Kat Restoran Kaw'D ni, anda boleh pilih nak duduk di dalam ataupun di luar. Bagi mereka yang suka suasana santai dan bercirikan lampu romantis, bolehlah duduk di luar. Bagi mereka ada anak kecil, saya sarankan duduk di dalam. Heee..


Restoran Kaw'D ni 100% halal. Jadi jangan risau, melantaklah sebanyak mana yang anda suka. Rugi jika anda tak nikmati burger bakar yang ada kat sini. At least, try sekali seumur hidup. Saya pasti, anda pasti datang lagi. 


urmm, nak semua....

Sekarang, jom tengok makanan kami ... Onomnomnomnom

Black Pepper Lamb Burger
RM12

Baconizer Beef Burger (my favourite)
RM11.50

Kaw'D Chili Potato
RM5

Chilli Con Carnae - Homemade Chili Meat
RM7

Burger Permaisuri

 
Kaw Mojitos Grape
RM3.50

 
Brisket Sandwich With Fries
RM16

Texas Chili Beef Burger
RM 11.50

 
Chocolate Milkshake
RM10


Kaw'D Meatball with Homemade Cream Sauce
RM16


Nutella and Peanut Butter Shake
RM12


Rib Eye & Lamb Chop
RM30

BBQ Grill Chicken Chop
RM15

Kaw'D Beef Bolognese
RM11


Nachos With Chili
RM8

"Haaa, apa nganga luas sangat tu??"

Hahahahaha. Actually, kami datang berenam. Blogger-blogger lain yang turut serta seperti Mawardi Yunus (link), Beki (link), Nazlan (link), Fauzi (link) dan Khai (link). Terima kasih Restoran Kaw'D kerana sudi jemput kami buat food review. Memang sedap kalau tak, takkan kali berenam plan nak ke sini lagi. Heeeee...

 
Beki & Mawardi



chef Restoran Kaw'd 

Nita dan Zul adalah pengasas Kaw Kaw Burger Bakar

Pelanggan adalah keutamaan Restoran Kaw'D

Cuma, saya ada terbaca mengenai servis di Restoran Kaw'D ni agak perlahan. Tapi Alhamdulillah semasa kami ke sana, servis ok. Tak perlahan seperti yang dijangkakan. Mungkin, orang yang komen tu datang time tengah peak. Heee...

Jom ke Restoran Kaw'D Ampang

Alamat :
No 46-G, Jalan AWF3, 
Ampang Waterfront, KL

No Tel :
012-62776547 / 017-3250244

Email :
burgerbakar@gmail.com

Facebook :

Hi, Assalamualaikum semua. Hari ni, nak cerita pasal Kuala Kangsar. Topik terakhir mengenai Railway Tourism Program ke Perak. Sebab lepas je melawat Bandar Diraja ni, kami terus shoot balik Ipoh dan naik ETS balik KL Sentral pada hari yang sama.

Apa yang menarik kat Kuala Kangsar Perak ni? 

Bandar yang berkeluasan 204.94 km per segi ni terkenal dengan nama lain iaitu Bandar Diraja dan terkenal dengan adat Melayu yang sangat kuat. Maka tak hairanlah jikalau perusahaan labu sayong, sulaman tekat, keris dan pelbagai lagi masih  mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat.

Dan, siapa tidak tahu kehebatan The Malay College Kuala Kangsar yang telah melahirkan ramai tokoh politik dan ahli pernigaan. MCKK ni adalah antara sekolah berasrama penuh yang sering mendapat tempat dalam toplist sekolah terbaik di Malaysia.

Rombongan Sahabat Media dan Railway Tourism baru-baru ini sempat singgah ke bandar Kuala Kangsar ini untuk meneroka keistimewaan yang terdapat di Bandar DiRaja ini. (alang-alang dari Victoria Bridge, moh ler singgah ke pekan kuala pulak).

bandar diraja kuala kangsar
bangunan-bangunan lama masih dikekalkan di bandar diraja ini.

bandar diraja kuala kangsar
Kalau ke Kuala Kangsar, jangan lupa pekena Laksa Karim. terbaik!

Saya difahamkan, laksa kuala adalah antara tarikan utama di Bandar DiRaja ini. Jadi kalau ke sini, singgah-singgahlah makan laksa. Bukan Laksa Karim je, tapi banyak gerai-gerai laksa kat sini yang boleh anda cuba.

 bandar diraja kuala kangsar

Kat Bandar Kuala Kangsar juga banyak kedai-kedai yang menjual souvenir  dan paling saya tertarik dengan jala ni. Haaa, nak tahu kenapa? Jawapannya ada kat bawah.

bandar diraja kuala kangsar
antara yang anda dapat lihat di bandar ini

bandar diraja kuala kangsar
inilah jawapannya... MEMANCING.

Bagi mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Bandar DiRaja ini, jangan lupa merasai pengalaman naik bot penambang. Bot ini akan menyusuri Sungai Perak dan bagi yang gemar memancing, ini peluang terbaik untuk anda. Lain tempat lain lubuk ikannya yop!

bandar diraja kuala kangsar

bandar diraja kuala kangsar
picture credit to Nannie 

Seperti yang saya cakap, bandar ni terkenal dengan perusahaan tradisional dan masih mendapat sambutan daripada penduduk dan juga pelancong yang datang berkunjung ke sini. Salah satunya adalah Labu Sayong

Menurut cerita orang lama-lama, Labu ini dipercayai telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk semasa pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk telah menyumbang idea dan kebolehannya kepada penduduk kampung sehingga ramai yang mampu membuat labu sayong dengan baik.

 bandar diraja kuala kangsar
antara kraftangan yang boleh anda beli sebagai souvenir

bandar diraja kuala kangsar
Stesen KTM Kuala Kangsar
(namun masih belum dibuka lagi)

bandar diraja kuala kangsar
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 
(picture credit to Nannie)

Masjid yang terletak di Bukit Chandan ini telah dibina oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1887-1916 kerana ingin membayar nazar sebaik sahaja pulih dari penyakitnya. Masjid ini juga adalah antara salah satu mercu tanda Malaysia dan lambang kemegahan penduduk Perak.

bandar diraja kuala kangsar
Victoria Bridge

Ini tak perlu saya cerita, just klik sini untuk info : Victoria Bridge

bandar diraja kuala kangsar
antara kuih muih tradisional yang wajib anda rasa

bandar diraja kuala kangsar
Istana Kenangan atau kini dikenali sebagai Istana Lembah 
(picture credit to Khai)

Istana ini adalah antara simbol warisan diraja yang terdapat di Bandar Kuala Kangsar ini. Istana ini telah dibina pada tahun 1926 dan 100% diperbuat daripada kayu.

Sebenarnya banyak lagi tarikan yang terdapat di Bandar DiRaja Kuala Kangsar yang boleh anda lawati. Namun dek mengejar masa, kami hanya dapat singgah di beberapa tempat sahaja. Insyallah, akan datang lagi di masa akan datang.

Jadi, korang... AYUH, cuti-cuti Malaysia. :)


Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya
Tahun Melawat Malaysia 2014

American Airliner Plane