Latest Posts

Sempena Tahun Melawat Malaysia ni, saya berpeluang menaiki Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dari KL Sentral ke Ipoh secara PERCUMA. Terima kasih KTMB, Santai Travel, Sahabat Media dan Tourism Malaysia. *jangan jeles*

Yang menariknya, trip kali ini disertai oleh lebih dari 30 orang pelancong asing, sahabat media dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz. Memang happening suasana keretapi ETS pada petang gilang-gemilang tu ibarat "keretapi tu bapak aku yang punya". Hahaha.

Trip 3 Hari 2 Malam ni, sempena pelancaran Brosur Pelancongan Keretapi Malaysia dari KL Sentral ke Ipoh Perak. Trip kali ni lebih fokus kepada pelancongan domestik dengan kerjasama KTMB Malaysia. (first time naik ETS.. excitedddd)

Eh banyak lagi saya nak kongsikan dengan anda semua, tapi hari ini..... saya nak kongsi cerita pasal hari pertama dan apa tu ETS. Mana tahu kannnnnn ... kot-kot next time kita boleh sama-sama menjelajah bandar Ipoh sama-sama kan? Jadi jangan lupa jadi ahli Sahabat Media.. OKAY? :)

Perasmian Brosur Railway Tourism di KL Sentral


Petang tu kami sempatlah alas perut dengan hidangan minum petang yang disediakan oleh Restoran Melur & Thyme KLCC. Restoran Melur & Thyme ni memang famous dengan sajian yang lazat lebih-lebih lagi dessert.. memang UMPH!! alamak laparlah pula.. haha.

by Melur & Thyme

special train for us ..

stewardess ETS

mewakili pelbagai etnik di Malaysia

liputan besar-besaran oleh media 

train itu ... kami yang punya!!! hahaha, beranganlah kau!

Menteri Pelancongan & Kebudayaan bersama Presiden KTMB Malaysia

kami 'angkut' mereka juga.. haha

pengalaman indah dalam 'cockpit' ETS


Pengalaman pertama duduk di 'cockpit' ETS Train ini sangat mendebarkan. Semakin lama semakin laju. Terima kasih captain kerana sudi melayan karenah kami semua. Happening sangat. Turut serta dalam trip kami adalah Presiden KTMB Malaysia, Datuk Elias Kadir

Bergambar dengan Presiden KTMB Malaysia

Layanan 5 stars di dalam ETS .. 

Fira .. thanks Fira. kalau tak kerana Fira, saya tak join Sahabat Media

toilet di dalam ETS

suasana hangat di stesen keretapi Ipoh

Press Conference bersama Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia,
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz

destinasi seterusnya ??

kumpulan kompang yang menyambut kedatangan kami

terima kasih ETS & KTMB

jamuan makan malam disediakan oleh KTMB

 
dah lama bebeno yop teringin nak pakai topi ni. hahaha

Sheeda dangdut

Mus dari kumpulan May

Najwa Latif


Thank You Najwa Latif

Hyper Act


Najwa Latif dan Hyper Act adalah antara finalis ke
Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28
yang akan berlangsung secara live pada 26 Januari ini... 

Azwan Ali in the housseeee

maka, lancarlah brosur pelancongan keretapi negeri Perak

jom jelajah Ipoh bersama Railway Tourism

 


Stesen Keretapi IPOH


Sedikit info mengenai ETS :

Perkhidmatan Keretapi Elektrik atau dalam bahasa Inggeris, Electric Train Service (ETS) diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTMB) pada 12 Ogos 2010 dibawah Rancangan Malaysia Kelapan.

Kalau anda nak tahun, train ini beroperasi di antara bandar-bandar di Kuala Lumpur - Ipoh dan dikendalikan oleh ETS Sdn Bhd, anak syarikat KTMB. Ruang yang sangat selesa dan mempunyai cafe, soket elektrik di setiap baris tempat duduk, TV di setiap gerabak, tandas yang selesa dan banyak lagi semestinya memenuhi keperluan perjalanan anda.


Jadual Keretapi ETS Malaysia

Tambang Keretapi ETS Malaysia

*tertakluk pada perubahan*

Bagi keterangan lanjut mengenai ETS ini, boleh layari :

Website :

FB :

Jom cuti-cuti Malaysia bersama saya 

~bersambung~
Makan .. makan .. makan .. asyik makannnnn je. hahaha. Sesuai dengan tagline Kisah Tatie, "makan selagi ada gigi". Eh? hahaha. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ni saya dapat banyak undangan "food review". Terima kasih kepada semua yang sudi jemput. 

Untuk pengetahuan semua, empunya blog Kisah Tatie baru dilantik menjadi setiausaha Sahabat Media. Nantikan projek-projek khas sempena Tahun Melawat Malaysia bersama Sahabat Media ini ya. Bagi blogger yang berminat nak join, bolehlah email saya. Selain tu, jangan lupa like page Projek Travel kat FB.

Memang makanan dan pelancongan ibarat aur dengan tebing. Tak boleh dipisahkan. Tapi hari ini saya nak cerita pasal The Bee, Publika. Tapi The Bee ni saya pergi bukanlah atas undangan.. Tapi sebab dari mulut ke mulut dan terbaca beberapa review daripada otai-otai food blogger. Menarik ke The Bee ni? Sedap sangat ke? 

Yang pasti, suasana kat The Bee ini berbeza dengan tempat lain. Hehehe..



The Bee, Publika

Ratings
Food : 4/5
Services : 4/5
Cleanliness : 4/5

must try : burger kat sini !!





 



 

 


Terima kasih Emmie kerana sudi teman saya pada hari tu.. Actually, kami berdua 'gila' mencari dan meneroka tempat-tempat makanan yang sedap untuk dihebahkan kat kawan-kawan melalui Twitter, Instagram dan blog Kisah Tatie ini. HewHewHew ..



Tertarik? Menarik? Terliur?
Memang sedap pun




Alamat :
36 B, Level G2, Publika
Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

No Tel :
03- 6201 8577

 Website :

Facebook :

Rasa terpukau melihat ketampanan hero cerita Jack Ryan : Shadow Recruit ini. Siapa lagi kalau bukan Chris Pine. Eh, lupa pula. Hi semua. Maaf, lately saya agak busy sedikit dengan beberapa undangan blogger. Tapi belum terlambat nak post pasal Jack Ryan : Shadow Recruit. Hehehe.

Terima kasih Nuffnang. Rehat sekejap dari dunia pelancongan dan pemakanan. Sekali sekala kena rehatkan diri betul tak? Ramai yang ingat saya ni Travel & Food Blogger sahaja. Tapi anda silap. Saya juga adalah Lifestyle blogger yang merangkumi entertainment, fashion, beauty and health. 

Anyway, berbalik pada cerita Jack Ryan, cerita ni jalan ceritanya agak menarik. As usual, Russia and Amerika. Tak habis-habis kan? dan cerita ini diarahkan oleh Kenneth Branagh. 

Ini adalah siri kelima dalam Jack Ryan dan pemegang watak hero, Chris Pine adalah pelakon keempat diambil sebagai hero selepas  Alec Baldwin, Harrison Ford dan Ben Affleck.

nuffnang
Thanks Nuffnang 

Sinopsis:
Mengisahkan anak muda yang bernama Jack, yang mempunyai teman wanita  bernama Cathy Ryan (dilakonkan oleh Keira Knightley). Jack ni seorang yang penganalisis CIA dan berjaya mendedahkan sistem kewangan Rusia yang tidak telus. Bermulalah klimaks dimana Ryan telah pergi ke Rusia, teman wanitanya diculik dan macam-macam lagi. Sepastinya mendebarkan anda. 

Nak tahu selanjutnya, kena tonton sendiri di pawagam bermula dari 16 JANUARI ini.

Movie : 
Jack Ryan Shadow Recruit

Tempat :
GSC Mid Valley

Rating :
4/5

Trailer :


Namanya mungkin agak mencurigakan bagi sesiapa yang baru sahaja mengenalinya tanpa mengetahui siapa pemilik restoran ini. "HALAL ke TAK Gyu-Kaku ni??"- soalan klise.

Gyu-Kaku Japanese BBQ Resturant, satu lagi business makanan yang dikelolakan oleh Naza Group of Companies. Cawangan pertamanya terletak di One Utama, kini semakin giat berkembang dan yang terbaru bakal dibuka di Tropicana City Mall tidak lama lagi.

Gyu-Kaku yang bermaksud "tanduk lembu jantan" atau dalam English "horn of the bull", adalah antara restoran popular di Jepun dan mempunyai lebih dari 650 lokasi di seluruh dunia dan KINI dibuka di MALAYSIA sejak tahun 2012 yang lalu.

Jadi, hari tu.. dengan rasa excited dan tak sabarnya nak main masak-masak kat sini. HAHA. 

Gyukaku Malaysia
credit to Gyukaku FB untuk gambar kat atas ni

Gyu-Kaku Japanese BBQ Malaysia

Ratings :
Food : 4/5
Service : 4/5
Cleanliness: 5/5

Comment :
Servis hari tu agak lambat dan kami tak sempat merasa ice-cream dek mengejar masa. Mungkin boleh diperbaiki di masa akan datang. Staff friendly, cuma diorang banyak berborak-borak dan adakalanya pelanggan panggil pun diorang tak sedar.

Gyukaku Malaysia
Set - Warai, Raku dan Fuku ..  Saya sarankan anda ambil set. 

p/s : WAGYU beef is the best meat ever!! 

Gyukaku Malaysia
Harga berbeza-beza mengikut bahagian

Gyukaku Malaysia
Minuman

Now, jom mulakan pembakaran .. eh? hehehe. 'GRILL' lah.

Gyukaku Malaysia

dan bahan-bahan masakan..

Gyukaku Malaysia
Udang dan sotong

Gyukaku Malaysia
Hot dog

Gyukaku Malaysia
 Namuru

Gyukaku Malaysia
Kimuci

Gyukaku Malaysia
Tamago Soup

Gyukaku Malaysia
sos (satu manis, satu agak spicy sedikit)

Gyukaku Malaysia
 I love this!!! salad dia best!

Gyukaku Malaysia
Daging

Gyukaku Malaysia
nyumsss!! 

gyu-kaku halal
tips dari  Gyu-Kaku

Jaring ini akan ditukar baru jika terlalu lama di atas api bagi mengelakkan rasa hangus dan hangit kat makanan dan anda pun kenalah sentiasa terbalik-terbalikkan makanan. Macam tak biasa je pulak.. Hehehe. Selain grill, ada juga beberapa makanan yang yang anda boleh order. Tapi dah sampai sini, kenalah makan makanan specialty kat sini. Ye dop? hehe

Gyukaku Malaysia
"teruja iolss dapat makannn"

and, secara kebetulan hari tu meja kami bersebelahan dengan ...

CASSIA IMAN 

Cassia Iman
adorable Cassia Iman 

tak kenal siapa Cassia? Cassia ni famous kat Instagram.. hihi..

Gyu-kaku ni memang sering menjadi tumpuan selebriti Malaysia.  Mana tahu, tengah-tengah makan, Umie Aida duduk sebelah ke, tak pun Nora Danish ke .. kan?? Jadi, jomlah ke sana..

LOKASI???

Gyu-kaku HALAL

Gyu-Kaku Japanese BBQ Malaysia
2nd Floor, Isetan, 1 Utama (Old Wing)
Bandar Utama, Petaling Jaya

No Tel 
03-7733 0018 

Waktu Operasi
11.30-10.00 pm

Email :
gyukaku1u@gmail.com

FB :

American Airliner Plane