Siapa sangka, di sebalik kehebatan bapanya sebagai chef tersohor, Serina Redzuawan juga mempunyai bakat terpendam sebagai tukang masak hebat? Bermula dari seawal umur belasan tahun, Serina dah mula membiasakan diri di dapur dengan menolong ibunya memasak. Masakan solo pertamanya, sambal udang petai yang dipersembahkan kepada bapanya adalah titik permulaan di mana bakatnya mula terserlah.
Mewarisi bakat daripada ibunya yang berasal dari Melaka, Serina kini mengorak langkah setapak ke hadapan dengan membuka lagi satu perniagaan makanan, Restoran Char Koay Teow Simply Delicious. Istimewanya restoran ini adalah hidangan Char Koay Teownya yang lazat dan beberapa makanan lain seperti murtabak, manisan dan banyak lagi.
Itu serba sedikit mengenai restoran ini. Anyway, terima kasih Kak Nora (blog), kerana sudi menjemput I menyertai event makan bersama Serina Chef Wan. Tak sia-sia datang dari Seremban khas untuk event ni, memang makanan kat sini semuanya sedap.
100% halal dan bersih
Restoran Char Koay Teow Simply Delicious
Ratings :
Food : 4/5
Service : 4/5
Cleanliness 4/5
Current Visit : 5/1/2014
staff di sini semua friendly
Serina juga bagitahu kami, kami antara yang terawal datang ke restorannya. Kerana restorannya ini masih belum buat Grand Launching lagi dan masih belum featured kat mana-mana media lagi. Yang datang kat sini kebanyakannya tahu dari Instagram dan FB Serina je. Wah, specialnya. Kami terharu, thanks Serina.
gayanya bersahaja dan peramah menarik hati pelanggan untuk ke sini lagi
malam tu full house
Restoran ini berkonsepkan santai dan relax tetapi bercirikan butik. Kata Serina, perabot dan perhiasan yang ada di restoran ini semuanya ditempah mengikut citarasanya dan juga rakan kongsinya. Warna pink pula adalah warna kegemarannya.
Ha, peminat Serina kalau datang sini sila pakai baju pink kalau nak Serina layan korang seperti VIP. Hehehe.. Gurau je. Serina layan semua pelanggannya sama sahaja. Tiada istilah, kau peminat, kau artis. Buktinya, bila I upload gambar kat Instagram, FB dan Twitter, pasti sesiapa yang pernah datang ke sini.. pasti komen, "she is soooo friendly dan sentiasa ada kat restoran".
Susah tau nak cari artis melekat kat kedai atau butik mereka. Kebanyakannya, ada butik dan kedai makan tapi tuannya takde. Tapi jangan ingat Serina ni dah tak laku, dia ni sekarang makin sibuk dan ada 4 business : Farmasi Cosway, YKS Filmmaker, Restoran Char Koay Teow Simply Delicious dan Anggun Serina. Wahhhhh, banyaknya. Businesswoman gitu!
Ini bukan scene yang dibuat-buat tau!!
Eh, terlupa pula pasal MAKANAN.... haaa, mohon jangan terliur ye.
kalau terliur, jom kita serbu restoran ini sekarang
(^_^)
tarikan utama, Char Koay Teow - RM8.50
Lihat tu blogger Hazman Fadzil pun teruja tengok Nasi Goreng Udang.. nyums!!
his blog : HAZMANvsFOOD
sate, sate, sate
OMGGGGGGGGGG, ini kegemaran I... Durian Crepe
Koay Teow Goreng - portion banyak dan berbaloi-baloi
Mini Pavlova
Murtabak Goreng .. so crispy!! INI WAJIB TRY!!!
Kek Coklat, Red Velvet dan Tiramisu
p/s : Chef Wan suka tiramisu tu tau!! sedap sangat.
tengok tu, Kak Nora makan.. layan habis!
ini lagi teruk .. ish ish ish
Ishak (blog) dan air Apple Asam Boi .. bertambah-tambah. Sedap sangatkah?
Banyak lagi makanan yang boleh korang cuba di sini seperti pau dan banyak lagi. Yang pasti bak kata omputeh, "gonna kick your taste buds". Sekali makan, pasti nak lagi.. Oh lupa pulak, kat sini ada shisha, tapi ditutup setiap hari ahad. So, anda bolehlah lepak makan sambil bershisha. :)
selfie time with Serina
Ramai blogger yang join malam tu, macam Ahmad Fauzi (blog), Nannie Isa (blog), Hisyamuddin (blog), Mawardi Yunus (blog), Jamar (blog), Nizam Ijam yang now dah jadi pelakon (blog), Anarm (blog), Nazlan (blog), Deq Noor (blog), Normaliza (blog) dan lain-lain.
eh, Sofi Jikan pun ada sekali? hehehe.
Kalau nak tahu, hari ni Grand Launching filem terbaru mereka "Gangster Rock Kasi Sengat" arahan syarikat Serina, YKS Filmmaker (link). Tunggguuuu!!! Eh, jangan lupa tonton kat cinema nanti tau!! make sure hashtag, #gangsterrockkasisengat ..
dan kat sini juga ada surau kecil yang disediakan khas
makan, makan juga.. solat jangan lupa!
Terima kasih sekali lagi Kak Nora, nanti ada event lain, jemputla saya lagi :)
peace yo!! Kak Nora
Terima kasih juga, Serina Chef Wan sebab belanja kami dan layan kami dengan layanan 5 stars
I noticed, Serina makin slim. Lupa nak tanya rahsia. hahaha
kami dan Serina
(credit to Jamar Bahar for this picture)
lepak luar pun boleh
(credit to Anarm for this picture)
thank you everyone
JOM KE
Char Koay Teow Simply Delicious
13 G, Jalan PJU 5/20A, Encorp Strand,
Kota Damansara, Selangor.
No Tel :
03-6151 4112
No Tel :
03-6151 4112
ada instagram? jangan lupa hashtag
#foodtourism #charkoayteowsimplydelicious #serinaredzuawan