Latest Posts

Sambungan dari kisah AFamosa, klik sini .. Pernahkah anda melihat bagaimana seekor harimau dapat menghabiskan 10 kg ayam dalam masa lebih kurang dari 5 minit?? dan paling mendebarkan, anda sendiri yang suapkan mereka. Seram?? Menakutkan?? errr...

Beranikah anda mendekati haiwan ini?

Terima kasih Blooggers Dot Com dan A Famosa Resort kerana menaja saya dan 7 orang blogger lain untuk meneroka sendiri pengalaman di Safari Wonderland ini. Ini adalah program usaha sama Bloggers Dot Com dan A Famosa Resort dalam menjayakan misi Tahun melawat Malaysia 2014.

Seperti yang kita tahu, safari dan zoo adalah berlainan. Di safari, haiwan akan dilepaskan dan dibiarkan berkeliaran berbeza dengan zoo, haiwan akan terperap di dalam sangkar. 

Dan lebih istimewa di Safari Wonderland ini adalah tarikan terbarunya, Tiger Feeding. Nak tahu apa keunikan tiger feeding di sini?? jom baca sampai habis.


Waktu Operasi 
9 am - 6 pm (setiap hari)

Harga 

Berdekatan pintu masuk Safari Wonderland ini, anda akan lihat beberapa burung Nuri yang comel. Anda boleh bergambar dengan mereka tau, tapi dengan syarat kamera milik A Famosa.


comelkan??

The Station Shop



Di Safari Wonderland ini, terdapat 4 tarikan utama, seperti :

 :: pengembaraan safari
::  pulau monyet
:: walk-thru area
:: kawasan Orang Utans yang dimport dari Borneo

surau untuk kegunaan anda

Farm House

Waktu Operasi 
9 am - 5 pm


Di sini, terdapat pelbagai jenis telur, ayam dan arnab yang
mungkin anda tidak pernah lihat sebelum ini. 

Pengembaraan Safari

Dengan menaiki trak safari yang disediakan, anda berpeluang merasai sendiri pengalaman seolah-olah berada di Afrika Selatan, di mana haiwan-haiwan seperti harimau, zirafah, singa, unta dan banyak lagi dibiarkan berkeliaran di sekitar safari ini.

trak khas 

untuk kami.. special sikit.. hehe

naik bas khas 

Antara bintang-binatang yang sempat saya rakam adalah :

beruang

zirafah

burung unta



sekumpulan lembu, dubuk dan kancil

"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"
pernah dengar tak pepatah ini???

Tiger Encounter Program

Tarikan terbaru di kawasan harimau ini adalah, Tiger Encounter Program di mana anda boleh melihat sang belang ini secara dekat dan berpeluang memberi mereka makan daging-daging segar. Anda tidak perlu risau, keselamatan adalah perkara yang paling diutamakan oleh pihak A Famosa di mana anda akan ditemani renjer yang berpengalaman. Jadi, take your time, relax and feed these big cats!

Untuk Tiger Encounter Program ini, anda dikenakan bayaran sebanyak RM50 di pintu masuk Safari Wonderland dan anda dapat sebakul daging segar. Sebanyak tiga ekor harimau di dalam kawasan ini dan diberi nama - Shira, Nina dan Bobby yang menunggu kedatangan anda. AUMMM..

renjer memberi taklimat terlebih dahulu cara-cara nak bagi diorang makan

"nak menari ke nak suap saya ni?" - Shira

"durghh..main acah-acah ke ni?"

Menarik walaupun pada mulanya agak takut-takut tetapi lama kelamaan  seronok. 

Seterusnya, kami ke Colour Of The Bird show. 


Colour Of The Bird

Waktu Operasi 
12pm & 3.45pm

Subhanallah, kagum saya melihat burung-burung ini semua. Cukup bijak, cukup terlatih. Mereka ni semua menurut perintah tuan-tuan mereka seperti burung kakak tua, burung kenyalang, burung helang dan banyak lagi. 




Dari sini, kami ke Restoran Lake View dan menyusuri beberapa kawasan seperti animal rides, local food court, jeti untuk ke Pulau Monyet dan banyak lagi. 



Animal Rides 


unta
gajah


poney

Orang Utans Of Borneo

Tak perlu pergi borneo dah lepas ni, kerana di Safari Wonderland ini juga terdapat kawasan khas untuk orang-orang utan yang diimport dari Borneo. Kat sini anda akan lihat sekumpulan orang Utan hidup bebas seolah-olah berada di habitat mereka.


Pengalaman yang cukup hebat!!! Semuanya di satu tempat - Safari Wonderland, A Famosa Resort Melaka. Sambil berlibur, sambil belajar. Melihat keletah haiwan-haiwan ini sangat menyeronokkan. 


Monkey Island / Pulau Monyet

Antara tarikan utama di Safari Wonderland ini adalah Monkey Island. Dari jeti, anda akan menaiki rakit khas untuk ke sebuah pulau kecil yang terletak di tengah-tengah tasik buatan manusia ini. Di sini terdapat Brown Lemur, monyet tupai dan Capuchins, Tamarinds bertangan merah, Gibbons bertangan putih, kera, tupai dan banyak lagi.


Makan tengah hari kami disediakan oleh pihak A Famosa Resort di Restoran Lake View



Selain itu, bagi sesiapa yang ingin beli cenderamata, kat sini juga terdapat beberapa kedai yang menjadi cenderamata eksklusif dari A Famosa. 


 dan aktiviti wajib sebelum pulang ....

 harap kita berjumpa lagi di event akan datang


Selain itu, terdapat beberapa pertunjukan lain seperti :

Wild Wild West Show
2.15pm

Multi Animal Funtime
11.20am & 3pm

Elephant Encounters
10.15am & 4.30pm


SEMUANYA HANYA DI 

A Famosa Resort
Jalan Kemus, Simpang Ampat,
Alor Gajah, Melaka

Website

No tel
03-2781 8888

Terima kasih Blooggers dan A Famosa Resort

Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...


Tinggal beberapa jam sahaja lagi, 2013 bakal meninggalkan kita semua. Pahit manis kehidupan sepanjang tahun 2013 akan disematkan dalam hati masing-masing. Ada yang mendirikan 'masjid', ada yang berpisah, ada yang rezekinya melimpah ruah dan banyak lagi. Apa yang pasti, MASA yang dah pergi takkan kembali. Begitu juga dengan tahun 2013.

For me, tahun 2013 sangat manis dan cukup indah. 6 bulan pertama (termasuk Disember 2012), saya merantau di negara orang. Berjauhan dengan Encik H bukanlah sesuatu perkara yang pelik seperti yang orang perkatakan. Sebelum ini pun, kami kerap berjauhan. Jadi biarlah kami sendiri yang menilai. =)

Sepanjang 6 bulan di negara orang, duduk santai, sekali sekala menghadiri kelas cupcakes dan menjadi tourist guide tak berbayar, adalah sesuatu pengalaman yang berbeza. Secara tak langsung, saya mempelajari erti kehidupan, ragam manusia dan banyak lagi. Lain orang, lain tempat, LAIN CARANYA. Begitu juga di sana, saya sempat merasai 3 musim berbeza - winter, spring dan summer. Alhamdulillah. Pengalaman yang cukup berharga.

Pengakhiran tahun 2013 cukup indah buat blog Kisah Tatie, kerana dalam masa 2 bulan terakhir, pelbagai memori dan pengalaman dikongsi bersama bloggers lain. Itulah orang cakap, bila bergaul dengan mereka yang super power secara tak langsung kasi ION POSITIF dalam diri. 

Terima kasih Santai Travel (Kak Ana & Fira), Irfan, Mawardi, Qaseh, MK Syahir, Danish, Kak Nora, Tengku Syukri, Ayu, Insyirah, Jocko, Blooggers, Bro Framestone, Atika Ramlan .. haih.. sebut semua sampai besok pun takkan habis. Terlalu ramai. Thank you. Memang saya blogger lama. Tapi baru berkesempatan untuk join beberapa aktiviti bersama mereka. Diorang sangat awesome and friendly. Rasa rugi tak join dari dulu. Haih.

Dan akhir sekali, Selamat Menyambut Tahun Baru 2013. Semoga tahun baru ini lebih bermakna dan lebih murah rezeki kita semua. Terima kasih kepada followers and readers. Tanpa anda tak berseri blog ini. Saya sangat menghargai anda semua.


Serba Ringkas Mengenai 2013  [[ Flashback ]]
Januari - Disember


Januari 2013

Bulan Januari bulan keriangan sebab ramai datang London pada bulan ni. 

Antaranya :
 Lina Itzmira & husband 
 Firdaus Shariff & friends
 Qayyum Rashid
 Haizan & Aishah Nad

Lain-lain : 
 new year celebration at central London 
 trip to Bicester Village
 met Atira Ariffyn
 heavy snow
 kelahiran anak buah yang ke 22, Azzahra
 Amira's birthday party at school


Februari 2013

Bulan ni juga ramai yang datang dan saya juga berkesempatan untuk ke luar dari bandar ni.

Antara yang datang :
 Dee & Partner
 My Sister In Law
 My Step Mom

Lain-lain :
 trip to Edinburgh & Glencoe
 trip to Nottingham
 trip to Manchester
trip to Chesire Oaks Outlet
 met new friends at Manchester
 met Malaysia Today owner, Raja Petra
 stayed at Vancouver Studio, Bayswater
met Diyana & Rabiatul at Edinburgh
stayed at Hyatt Regency Churchill


Mac 2013

Meriah dan paling meriah dengan kedatangan orang Malaysia.

Antaranya :
 group GLAM PB, Hanis Haizi, Ain Zulkarnaid & Shaliza Aziz
 group Orange PB, Shira, CDM Zara & lln
 owner blog Rotikaya, Syafiq Roos & Fazreen
 Hafiz Rahman & Family In Law

Lain-lain :
Izzati Aziz's birthday celebration
Cupcakes class at Camden
Trip to Venice, Italy
Trip to Madame Tussauds
Stayed at Mandarin Oriental Hyde Park
Trip to Legoland, Windsor


April 2013

Antara yang datang :
Fazreen and Bejak
Lazim Yaasin
met Sarra 
met Junainah

Lain-lain :
MY BIRTHDAY
 Iron Man 3 Premiere 
Fast Furious 6 Premiere
Trip to Chessington World of Adventures, Surrey
Akiel's birthday celebration


Mei 2013

Bulan terakhir duduk di kota London. Mengira hari nak balik. 

 Encik H datang
trip to Brussels, Belgium
 trip to Amsterdam, Holland
trip to Ashfield outlet
trip to Paris, France
trip to Brighton Beach, Sussex
trip to Herne Bay
perhimpunan membantah perkahwinan sejenis di Paris
my BFF since kindergarten kahwin - Amalina



Jun 2013

Jun tak banyak aktiviti.. Serangan Jet-Lagged yang teruk.

trip to Ho Chi Minh City, Vietnam
 my baby cat, Marissa melahirkan anak 


Julai 2013

 trip to London with Encik H & SIL
Emirates Flight Experience London  dibuka secara rasmi 
trip to Chessington World Of Adventures, Surrey
Amira & Akiel's sport day
 start planning for raya
 serangan anai-anai kat rumah
Adila Ishak admitted at Columbia Asia
seafood galore at Port Klang 



Ogos 2013

 aidilfitri celebration at Terengganu & Seremban
misi membuat kuih raya (6 jenis) *berjaya*
road trip to Singapore
trip to Ulu Bendul
suprised from my sister to Mummy
belajar masak with MIL
trip to Port Dickson
my open house
my bff, Ain bertunang
cabaran naik Firefly-bas dari airport to KL Central - KTM to Seremban


September 2013

trip to Manila, Philippines
trip to Boracay Island, Philippines for Ieqamike Pre-wed Photoshoot
trip to Bayou Lagoon Park Resort, Melaka
stayed at Somerset Hotel & Apartment, Ampang
my BFF, Fatein Rahman kahwin
my bff, Izzati Zakaria kahwin


Oktober 2013

trip to Penang
aidiladha celebration at Terengganu
first time makan Sushi.. not bad huh?!
stayed at G Tower Hotel, Kuala Lumpur
day trip to Naning - Rembau - Pengkalan Kempas- Tg Agas - PD
GSC Horrorfest, One Utama
Maryam Irdhina, Sister, Brother and BIL Birthday Celebration
Mid Night movie with XOXO


November 2013

Ili Nadrah wedding
day trip to Melaka
trip Sahabat Media to Sungai Petani, Kedah
NN Premiere Home Front
Parti Eh! 20 yang anggun dan disenangi
Mum's birthday
Haziqah's bachelorette party
Haziqah Wedding
Adila & Firdaus Wedding
November Babies birthday celebration
trip Sahabat Media to Hulu Selangor
featured in Malaysia Hari Ini TV3
NNPremiere Enough Said
Ninetology Phone Review 


Disember 2013

Tourism Selangor trip to Sekinchan and Sabak Bernam with YB Sekinchan, Ng Suee Lim
Negeri Sembilan Tourism Conference
Grand Opening Ruby Exclusive Fabrics, Dataran Kemuning
expedisi panjat Indian Hill, Seremban 2
Launch of Genting Integrated & 20th Century Fox World 
All Day Makan event bersama blogger hebat
Nadia & Azrie wedding
Trip Sahabat Media to Sepang & Homestay Banghuris
trip Blooggers to A Famosa Resort Melaka
Pelancaran Program Raudhah TV9
Anugerah Industri Muzik AIM dengan Liyana Ramlan
Pelancaran Antabax Charity dengan Ziana Zain
Adila & Firdaus reception at Dewan Perdana Felda
Blogger Pilihan Utusan 28 Disember 2013
featured in Media Hiburan
featured in China Press
NNPremiere : Paranormal Activity The Marked One
NNPremiere : The Hobbit
NNPremiere : 47 Ronin


Terima kasih kepada semua yang memeriahkan tahun 2013 saya.
(^_^)

Alhamdulillah tahun 2013 ini saya diberi kesihatan yang baik, kaki yang sempurna, mata yang celik untuk melihat ciptaan Allah di pelbagai tempat dan semuanya saya kongsikan sebaik mungkin dengan anda semua. Maaf andai terlanjur kata, te-riak atau menyinggung hati sesiapa sahaja yang baca. Tiada maksud lain, hanya ingin berkongsi info dan pengalaman.


Terima kasih 

My lovely, Encik H
My mummy
My family & relatives
My readers & followers
Kak Ana & Fira
Tourism Malaysia
Tourism Negeri Sembilan
my friends
blooggers dot com
semua nama yang disebutkan kat atas

dan SEMUA SEKALI YANG BACA BLOG INI... terima kasih.


Selamat menyambut tahun baru 2014


- The End -

American Airliner Plane