RESTORAN EKSOTIK DI SELANGOR | Hai semua. Selamat berhujung minggu. Hari ni buat apa? Saya tahu ada di antara anda yang pergi Malaysian Bloggers Assemble di MIECC kan? Ada juga yang mengambil kesempatan menghabiskan masa dengan keluarga, sahabat dan kekasih. Tapi, apa-apahal dulu, jangan lupa isi perut ya. Penting!
Cakap pasal 'isi perut' ni atau senang cerita MAKAN... Pernahkah anda cuba makanan eksotik seperti landak dan rusa? Mungkin ada sesetengah pihak menganggap landak adalah sesuatu yang menggelikan. Tapi tahukah anda, daging landak dipercayai boleh melancarkan pengaliran darah dalam badan manusia?
Jom pakat pergi hujung minggu ni
RESTORAN LEMBAH BERNAM HJ JAAFAR
Ratings :
Food : 5/5
Service : 4/5
Cleanliness 4/5
Current Visit : 7/12/2013
100% Halal
Baru-baru ini, saya dijemput menyertai Program Tourism Selangor ke Sekinchan bersama pelakon Talha Harith, Kay AF9 dan YB Sekinchan, Ng Suee Lim. Dalam lawatan itu, kami sempat menjamu selera di Restoran Lembah Bernam Haji Jaafar yang terletak di Sekinchan.
Restoran ini bukanlah sebuah restoran yang baru. Malah, restoran ini semakin dikenali dari hari ke hari kerana hidangannya yang eksotik seperti landak, rusa, belut, ikan puyu, ikan baung dan banyak lagi. Malah, ada yang sanggup ke sini walaupun rumah mereka jauh berbatu-batu.
persekitaran yang bersih
harga yang berpatutan
anda boleh memilih untuk dihidang atau layan diri
nak order sesuatu yang manis? kat sini pun ada
sedia menerima tempahan
kerepek-kerepek juga turut dijual
jagung yang fresh dan murah
suasana di sini
team media dan selebriti
WARNING :
sila jangan view gambar di bawah ini jika anda sedang berpuasa
HE HE HE HE
my favourite
tapai kat sini agak berlainan
rasa dan warnanya juga agak kekuningan
Seterusnya, jom lihat apa yang kami makan petang tu ...
Kenyang ... ini untuk kami bertiga
ulam-ulaman
Sambal belacan dan tempoyak
sangat sedap
udang galah masak cili
rendang landak
ikan baung masak lemak
ayam kampung goreng
kari rusa
ikan keli goreng
Paling teruja bila YB Sekinchan, Ng Suee Lim senduk nasi ke pinggang setiap seorang daripada kami. Ini bukan promosi parti tau. Ini acara santai pelancongan. Tolak ketepi politik.. Jangan salah faham!! YB pun tak cerita langsung pasal politik. Banyak pasal Gangnam Style dia. Hahaha.
thanks YB
dessert yang sungguh menyelerakan
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kat sini seperti tempat basuh tangan, surau, bilik air dan bilik mandi. Jangan risau, semuanya bersih dan selesa.
Surau
Luas dan selesa
Thanks YB Sekinchan sebab belanja kami
Nak tahu kat mana???
Restoran Lembah Bernam Hj Jaafar
Parit 9, Sungai Leman,
Sekinchan Selangor.
#FOODTOURISM #VMY2014 #TMM2014