Latest Posts

RESTORAN EKSOTIK DI SELANGOR | Hai semua. Selamat berhujung minggu. Hari ni buat apa? Saya tahu ada di antara anda yang pergi Malaysian Bloggers Assemble di MIECC kan? Ada juga yang mengambil kesempatan menghabiskan masa dengan keluarga, sahabat dan kekasih. Tapi, apa-apahal dulu, jangan lupa isi perut ya. Penting!

Cakap pasal 'isi perut' ni atau senang cerita MAKAN... Pernahkah anda cuba makanan eksotik seperti landak dan rusa? Mungkin ada sesetengah pihak menganggap landak adalah sesuatu yang menggelikan. Tapi tahukah anda, daging landak dipercayai boleh melancarkan pengaliran darah dalam badan manusia?


Jom pakat pergi hujung minggu ni

RESTORAN LEMBAH BERNAM HJ JAAFAR

Ratings :
Food : 5/5
Service : 4/5
Cleanliness 4/5
Current Visit : 7/12/2013

100% Halal

Baru-baru ini, saya dijemput menyertai Program Tourism Selangor ke Sekinchan bersama pelakon Talha Harith, Kay AF9 dan YB Sekinchan, Ng Suee Lim. Dalam lawatan itu, kami sempat menjamu selera di Restoran Lembah Bernam Haji Jaafar yang terletak di Sekinchan.

Restoran ini bukanlah sebuah restoran yang baru. Malah, restoran ini semakin dikenali dari hari ke hari kerana hidangannya yang eksotik seperti landak, rusa, belut, ikan puyu, ikan baung dan banyak lagi. Malah, ada yang sanggup ke sini walaupun rumah mereka jauh berbatu-batu.

persekitaran yang bersih

harga yang berpatutan

anda boleh memilih untuk dihidang atau layan diri


nak order sesuatu yang manis? kat sini pun ada
sedia menerima tempahan

kerepek-kerepek juga turut dijual

jagung yang fresh dan murah

suasana di sini

team media dan selebriti

WARNING :
sila jangan view gambar di bawah ini jika anda sedang berpuasa

HE HE HE HE

my favourite

tapai kat sini agak berlainan
rasa dan warnanya juga agak kekuningan

Seterusnya, jom lihat apa yang kami makan petang tu ... 

Kenyang ... ini untuk kami bertiga

ulam-ulaman

Sambal belacan dan tempoyak
sangat sedap

udang galah masak cili

rendang landak

ikan baung masak lemak

ayam kampung goreng

kari rusa

ikan keli goreng

Paling teruja bila YB Sekinchan, Ng Suee Lim senduk nasi ke pinggang setiap seorang daripada kami. Ini bukan promosi parti tau. Ini acara santai pelancongan. Tolak ketepi politik.. Jangan salah faham!! YB pun tak cerita langsung pasal politik. Banyak pasal Gangnam Style dia. Hahaha.

thanks YB

dessert yang sungguh menyelerakan


Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kat sini seperti tempat basuh tangan, surau, bilik air dan bilik mandi. Jangan risau, semuanya bersih dan selesa.

Surau

Luas dan selesa

Thanks YB Sekinchan sebab belanja kami

ladang jagung terletak bersebelahan dengan restoran ini


Nak tahu kat mana???

Restoran Lembah Bernam Hj Jaafar
Parit 9, Sungai Leman,
Sekinchan Selangor.


Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...
#FOODTOURISM #VMY2014 #TMM2014

Hi semua... selamat petang. sambil-sambil minum petang tu, jom tengok video khas dari Chacha Maembong. Ada sesuatu yang Chacha nak bagitahu anda.. Penting tau!!


Siapa yang tak kenal Chacha Maembong, Chacha ni adalah adik kepada Emma Maembong yang sedang hangat melalui drama lakonannya, Playboy Itu Suami Aku kat TV3 sekarangHa, tengok tak drama tu? :)


Thanks Chacha Maembong .. nice to meet you.

Follow instagram Chacha :

Facebook Chacha :
HAI assalamualaikum, hari ini saya nak ajak korang ke 

Genting Strawberry Leisure Farm












PERCUMA??? yes, masuk adalah PERCUMA. 
korang hanya perlu bayar strawberry sahaja, dan kat sini mengamalkan 
self pluck strawberry




CEO Genting Farm House, En. KC Chung sudi meluangkan
masa bersama sahabat media

100g = RM8. okaylah dibandingkan dengan beli kat luar,
lagi puas rasanya jika kita petik sendiri

lavender garden

toilet


farm cafe

souvenir shops

nak beli buah-buahan segar? kat sini pun ada


korang juga boleh ambil gambar dengan haiwan yang anda suka. 
bayaran tak pasti berapa. tapi berpatutan.



yummy!!! tahu tak masa ni control nafsu konon nak makan kat rumah
tapi tak sempat sampai rumah, strawberry pun dah habis.

Meskipun ia terletak di Bandar Gohtong Jaya, Genting Highlands, tapi kawasan ini adalah milik Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan ini adalah ladang strawberry yang terbesar di Malaysia dan pertama di Genting Highlands.

Kat sini juga terdapat beberapa attraction lain seperti lavender farm, vegetable farm, organic bean sprout, mushroom farm, kafe dan beberapa gerai lain yang menjual produk strawberry. Korang juga berpeluang mengambil gambar bersama beberapa jenis burung dan juga ular albino. Seronokkan? Lepas ni tak payah susah-susah nak pergi Cameron Highlands, kat sini pun ada. Lagi dekat dekat Kuala Lumpur.

Sebenarnya masa kat sini sangatlah limited. Kerana lepas strawberry farm, kami dibawa ke Happy Bee Farm, yang juga owned by the same company dengan strawberry farm ini. Tapi yang itu, kemudianlah saya cerita. Insyallah. Yang pasti, strawberry kat sini sangat juicy dan manis. Terliur tak? hehehe. ya ampun! :)

Terima kasih Santai Travel Magazine dan Tourism Malaysia kerana menaja trip ke sini. Siap dapat sepaket strawberrylah daripada CEO farm ini, Mr KC Chung. Thank you so much. 


berminat?
bolehlah pergi ke sana sekarang

Address:
No.1, Lot 3707, Jalan Jati 2,
Bandar Gontong Jaya,
Genting Highlands.

No Tel :
03-61001152

Email :
enquiry@gentingstrawberry.com

Website:

Peta Lokasi :








  Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...


p/s : saja tukar font. asyik font sama je.. ekekeke

Terima kasih Nuffnang. Sekali lagi saya berpeluang untuk menonton Nuffnang Premiere Screening. Kali ni agak special kerana ia bertempat di Imax 3D TGV Sunway Pyramid. Panggung yang luas, imej yang umph, dan paling best, tentulah the moment semasa menonton bersama bloggers lain. hihihihi...

The Hobbit diadaptasikan daripada novel fantasi yang dikarang oleh J.R.R Tolkien. Saya percaya ramai yang dah menonton The Hobbit : An Unexpected Journey sebelum ini dan The Hobbit : The Desolation of Smaug adalah sambungan daripada siri pertama.

as usual,line Nuffnang, Churp2 and another one saya lupa apa.

Desolation, atau terjemahan dalam bahasa Melayu bermaksud kemusnahan. Jika sebelum ini, Bilbo Baggins, Wizard Gandalf dan 13 orang dwarfs terlepas daripada bloodthirsty orc, tetapi dalam The Desolation of Smaug ini mereka terpaksa berdepan dengan labah-labah besar, Mirkwood elves, dan last sekali, terpaksa bertarung dengan seekor naga Smaug untuk menuntut Erebor sebagai tanah milik mereka. Siri kedua ini lebih banyak scene action berbanding siri pertama dahulu. Nak tahu selanjutnya?? Kenalah tonton di panggung wayang berhampiran anda. :)



Thanks Nuffnang

Dalam siri kedua ini, terdapat watak baru seperti Luke Evans' Bard the Bowman, Evangeline Lilly's Elf Warrior Tauriel dan paling teruja apabila pelakon Orlando Bloom yang memainkan watak sebagai Legolas dalam Jackson's "The Lord of the Rings" turut serta dalam The Desolation of Smaug untuk memberi gambaran jelas mengenai peranan Elf King Thranduil sebagai bapanya. Bagaimana pun cerita ini tergantung dan akan bersambung di siri seterusnya, The Hobbit : There and Back Again yang akan ditayangkan pada penghujung tahun hadapan.

Duration filem ini adalah 2 jam 45 minit dan mula ditayangkan di panggung wayang berhampiran anda pada 12 Disember ini. Selamat Menonton!!!

Trailer:




American Airliner Plane