Latest Posts

Sebenarnya......

Entry Sungai Petani Kedah tak habis lagi. Saja simpan kat draft... Sebab resort yang seterusnya ini terlampau best. Kata orang, holiday blues tak habis lagi ni. Begitu jugalah mood Sungai Petani tak hilang-hilang sampai sekarang. Entah bilalah boleh pergi ke sana lagi kan? 

Sebab tu hari ni super excited nak update pasal Cinta Sayang & Country Resort. Tengah nak lelap mata, tetiba teringat pula pasal Cinta Sayang. Tak boleh jadi ni, terus capai PC dan update. Rindu punya pasal. Heh! =P

maps : sumber Agoda

Untuk pengetahuan anda, Cinta Sayang & Country Resort ni dibina pada tahun 1989.. Walaupun ia agak lama, tapi resort ni berjaya mengekalkan kualiti dan sentiasa membaikpulih kemudahan yang sedia ada. Kiranya, takdelah nampak usang seperti hotel lain yang sudah berusia. Kat sini juga terdapat taman tema air yang diberi nama, The Carnivall dan paling syok, kat sini anda boleh buat aktiviti berkuda, golf, archery, line dancing dan banyak lagi. Masyuk! Orang utara tak perlu pergi jauh-jauh dah. Segalanya ada di Kedah.

Hotel :
Cinta Sayang Golf & Country Resort
Sungai Petani Kedah

Taraf :
4 bintang

Website :

Lobby Area

jangan risau, anda takkan sesat di Cinta Sayang kerana
dimana-mana ada papan tanda

rombongan kami disambut dengan alunan muzik dan persembahan 
dari staf Cinta Sayang Golf & Country Resort

I love CSGCR

Seterusnya, jom tengok tempat penginapan kami. 

Kat Cinta Sayang Golf and Country Resort ni, anda boleh pilih, nak stay kat Chalet atau pun Tower Wing (Sky Residences). Yang pasti, kebersihan dan keselesaan terjamin tatkala anda berada di sini dan saya ditempatkan di Sky Residences bersama blogger, Yanty dan Qaseh. Terdapat beberapa jenis Suite yang ada di Sky Residences ini, antaranya Sky Deluxe Suite, Sky Executive Suite dan Sky Premier Suite.

feeling excited gitu


Sky Residences

bimbang dengan keselamatan??
di Sky Residences ni, diorang pantau keselamatan
dengan kawalan CCTV 24 jam setiap hari.

Jenis Penginapan :
Sky Deluxe Suites

Bilangan bilik : 
3 bilik, 1 dapur, 1 ruang makan, 
2 bilik air dan 1 ruang TV

Keselesaan :
4/5

Kebersihan:
4/5

Keluasan :
5/5

ruang menunggu di lobi sky residences

Sangat luas dan selesa

shushhh don't disturb

Ruang TV


Ruang Makan


Ruang Dapur


p/s: Cinta Sayang juga mempunya brand Cappuccino yang tersendiri

Bilik Pertama :

satu-satunya bilik berkatil single dan bersebelahan dengan pintu masuk

Bilik Kedua :

bilik ini terletak bersebelahan dengan balkoni

Di luar bilik ini, terdapat satu bilik air kecil


Bilik Ketiga :


(Bilik air di Bilik Ketiga)


beza bilik ketiga dan kedua, bilik ketiga adalah master bedroom, mempunyai bilik air dan tv di dalam bilik. keluasan bilik juga berbeza. bilik ketiga ni mempunya pintu keluar ke balkoni.

ruang untuk ke bilik kedua, bilik ketiga dan bilik air

bestkan?? tak boleh tengok sahaja. anda kena datang sini dan rasai sendiri. 
bawa satu family... sebab deluxe suite ini sangat besar 

opsiee

habislah kalau budak tiga orang ni serumah

room service menu

Ruang Balkoni

 nyaman kan?

Jom tengok persekitaran di Cinta Sayang Golf and Country Resort.

chalet-chalet di Cinta Sayang

shuttle service every 30 minutes

peace yo!

driving range


Cinta Sayang Golf & Country Resort ini mempunyai akademi golf yang mana tenaga pengajarnya adalah di kalangan mereka yang professional. Akademi ini ditubuhkan pada tahun 2005 dan kini adalah no 1 di utara Malaysia. Click link ini for more details : Golf.

archery section

horse stable

p/s : kat sini anda boleh kasi kuda makan 

 antara activity yang boleh dilakukan kat sini

my favourite activity 

swimming pool area

Selain itu, terdapat aktiviti lain yang boleh anda buat di Cinta Sayang ini, seperti :

main pool

karaoke

bersantai di restoran

restaurant yang menyajikan hidangan enak

ballroom

Secara keseluruhannya, hotel ini sangat best. Bilik yang spacious, staf yang peramah dan kemudahan yang tiptop. Jadi tak hairanlah kalau pelancong luar pun boleh sampai ke sini. Biarpun berada di bandar Sungai Petani, namun keunikan yang ada pada hotel ini mampu menarik minat pelancong untuk datang ke sini. Sekali datang, pasti melekat di hati.

Selain itu, jika anda ingin mengadakan sebarang majlis, kat sini adalah tempat yang terbaik. Pakej-pakej yang ditawarkan sangat berpatutan. I really-really love this hotel. Insyallah, akan ke sini lagi. hehehe.

p/s: untuk cerita pasal The Carnivall, sila click link ini : Carnivall

bergambar kenangan bersama orang kuat Cinta Sayang 

Takziah untuk mangsa banjir di Pantai Timur.
Hati-hati ketika musim hujan. Jangan lupa minum banyak air.

American Airliner Plane