JALAN-JALAN KE SUNGAI PETANI KEDAH | Siapa sangka, dengan menyertai Program CC1M yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia dan Santai Travel ini sedikit sebanyak telah membuatkan saya jatuh cinta dengan keistimewaan bandar jelapang padi ini. Sesuai dengan istilah 'Tak Kenal Maka Tak Cinta', kalian juga harus ke sini untuk menilai dan mengenali bandar ini dengan lebih dekat lagi.
Sayangnya, trip kami sangat singkat. 3 Hari 2 malam yang dirasakan terlalu sekejap. Yang pasti, hati ini sangat merindui bandar Sungai Petani. Tapi saya tak mahu simpan seorang, hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua. APA YANG ADA DI SUNGAI PETANI ni sampai saya jatuh cinta taknak pulang.
Ini bukan pengaruh cerita "Toll Gate Girl" yang dilakonkan oleh Amy Mastura dan Rashid Salleh suatu ketika dahulu. Tetapi realitinya, Sungai Petani terlalu banyak tempat yang menarik yang harus anda pergi. Rasai sendiri keunikan yang terdapat di bandar Sungai Petani ini.
Sayangnya, trip kami sangat singkat. 3 Hari 2 malam yang dirasakan terlalu sekejap. Yang pasti, hati ini sangat merindui bandar Sungai Petani. Tapi saya tak mahu simpan seorang, hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua. APA YANG ADA DI SUNGAI PETANI ni sampai saya jatuh cinta taknak pulang.
Ini bukan pengaruh cerita "Toll Gate Girl" yang dilakonkan oleh Amy Mastura dan Rashid Salleh suatu ketika dahulu. Tetapi realitinya, Sungai Petani terlalu banyak tempat yang menarik yang harus anda pergi. Rasai sendiri keunikan yang terdapat di bandar Sungai Petani ini.
sesi bersama YDP MPSPK
Bertuahnya Sungai Petani kerana mempunyai YDP yang berdedikasi dan mempunyai idea-idea yang cukup menarik. Semoga Sungai Petani menjadi bandar yang maju di masa hadapan. Insyallah.
1) Sungai Petani Inn
Mencari hotel yang murah tetapi mempunyai facilities seperti hotel 4 bintang? Sungai Petani Inn adalah hotel terbaik bagi yang mencari penginapan murah dan selesa. Ayuh, mari ke sini sempena cuti sekolah ini.
2) Jeti Sungai Semeling
Berlatarbelakangkan Gunung Jerai... Jeti Sungai Semeling yang juga kawasan paya bakau ini menjadi port kaki pancing di petang hari. Selain itu, kawasan ini juga pernah menjadi tumpuan pedagang-pedagang pada zaman dahulu dan kini dalam usaha untuk menaiktarafkan kawasan ini.
Istimewanya di sini adalah kawasan Jeti Sungai Semeling ini merupakan hutan paya bakau yang mempunyai lebih daripada 60 spesis tumbuh-tumbuhan selain dari menjadi habitat haiwan daripada yang paling halus (zooplankton) sehinggalah kepada reptilia yang besar, antaranya adalah ketam rebab, ketam lumpur, ikan belacak, udang kara dan lain-lain lagi.
Selain itu, kat sini juga terdapat muzium paya bakau, restoran, dewan kecil dan juga kedai souvenir yang boleh anda lawati. Kata Encik Goki, pada musim orang kahwin, ramailah pasangan pengantin datang ke sini untuk sesi Outdoor Photoshoot. Memang cantik kawasan ini.
bersama Anna yang friendly
101 tahun usia MPSPK
Gok Arang
3) Chalet Terapung, Segantam Garam, Merbok
Inginkan sesuatu yang lain dari yang lain? Di sini tempatnya. Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok memang tidak asing lagi bagi penduduk di sini. Selain menjadi destinasi pilihan pada musim cuti sekolah, chalet terapung ini juga mendapat tempat di hati kaki pancing. Untuk ke sini, anda perlu menyusuri perjalanan darat sejauh 12 KM dari Pekan Merbok dan menghala ke Sungai Gelam atau dengan cara lain, menaiki bot dari Tanjung Dawai dan Sungai Semeling.
Untuk Maklumat lanjut boleh hubungi :
Persatuan Peladang Kawasan Merbok
04-4572117 / 0195452412 (Norazieta Othman)
Website:
Terima kasih Chalet Terapung kerana menyediakan jamuan makan malam buat Sahabat Media CC1M .. memang tak rugi datang sini. Makanan yang disajikan pun cukup sedap sambil dihiburkan dengan alunan muzik tradisional.
Selain itu, terdapat juga aktiviti memancing tanpa menginap di sini. Harga ditawarkan serendah RM15 dan anda boleh memancing selama mana yang anda suka. Tiada had masa.
bahan memancing
Ikhwan dan hasil tangkapannya
Harga ditawarkan bermula dari RM100-RM250
4) Lembah Bujang Museum
anda boleh merujuk ke entry sebelum ini mengenai : Lembah Bujang.
5) Buraq Oil, Padang Serai
Pernahkah anda melihat sebuah Petrol Pam yang lengkap dengan mini market dan juga mempunyai khidmat pembayaran bil api dan lain-lain? Di Kedah, terdapat satu syarikat minyak yang dinamakan sebagai Buraq Oil. Buraq Oil ni adalah antara stesen minyak luar bandar yang terkenal dan sehingga kini mempunyai 236 stesen di Kedah, Kelantan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Terengganu dan Sabah.
Sebagai 'one stop centre' kepada penduduk luar bandar, stesen minyak ini berfungsi sebagai pam minyak, kedai runcit, mempunyai mesin ATM dan tempat pembayaran bil. Mudah? Cemburunya saya.. kat Negeri Sembilan tiada pun pam minyak yang istimewa seperti Buraq Oil ini.
Petrol Pam yang serba serbi lengkap
owner Buraq Oil di Pantai Prai, Datuk Hashim Hanafiah
very humble dan low profile
6) Pantai Merdeka
"Ku ukir namamu, Di awang Gunung Jerai,
Disaksikan laut, daun, nyiur melambai
Jauh pandangan permai, Di situ Tanjung Dawai,
Terkenang peristiwa cinta kita terurai."
Saya pasti bagi kaki-kaki karaoke tu pasti pernah mendengar lirik di atas. Lagu ciptaan Pak Long yang juga anak jati Sungai Petani ini dicipta di tepi Pantai Merdeka. Kawasan pantai yang bersih sering menjadi pilihan penduduk setempat untuk berkelah dan beriadah di sini. Sambil melihat pemandangan Gunung Jerai, anda juga boleh menaiki bot untuk ke Tanjung Dawai yang tidak jauh dari sini.
Kecur airliur kan melihat ABC ni? sedap.
ABC Gunung Jerai antara yang wajib dicuba
di Food Court Pantai Merdeka ini
Taman permainan, wakaf, tandas, surau dan trek berjalan
antara yang disediakan oleh pihak MPSPK
seronok lepak sini sambil melihat pemandangan Gunung Jerai
Dangai, sejenis kuih tradisional Kedah. Sumpah sedap.
You guys should try this dan takkan menyesal.
7) Sawah Padi
Kita semua telah tahu, Kedah sinonim dengan gelaran negeri Jelapang Padi dan Sungai Petani adalah tempat terbesar penanaman padi di Malaysia. Pemandangan yang hijau. ini sangat menenangkan siapa sahaja yang lalu di kawasan ini. Anda boleh berhenti di kaki jalan untuk bergambar di sawah padi ini. Jika bernasib baik, anda dapat melihat beberapa kawan burung yang terbang di sekitar kawasan ini.
kehijauan yang memukau mata
ada bakat tak jadi orang-orang?
Buah Tunjuk Langit yang lazimnya ditanam di tepi sawah
8) Cinta Sayang Golf and Country Resort
Saya akan cerita pasal resort ini di entry seterusnya.
Insyallah.
Free shuttle di Cinta Sayang Resort
golf resort ini menjadi salah satu tempat persinggahan
Yang Di-pertuan Agong Malaysia kalau balik Kedah
merpati ke ni.. eh ke ayam serama? hahaha
rakan media yang happening
9) The Carnivall Waterpark
Antara keistimewaan yang terdapat di Cinta Sayang Resort, adalah The Carnival Waterpark. Sit back and relax, enjoy the moments at the beachside, wild life river, carnivall curves, jungle playground and banyak lagi. Satu-satunya taman tema air yang terdapat di negeri Kedah sudah semestinya menjadi tumpuan penduduk di utara. Anda juga jangan lepaskan peluang, alang-alang dah sampai sini.. apa salahnya singgah dan main air dulu. hehehe
'
sahabat media bergambar terlebih dahulu
entrance fee
map
10) Pusat Arkeologi Sungai Batu
Pusat tamadun terawal di Asia Tenggara yang WAJIB anda pergi.
Boleh rujuk di entry sebelum ini : Sungai Batu.
11) Gunung Jerai
Untuk ke atas, terdapat perkhidmatan sewa van disediakan. Anda juga boleh bawa kereta sendiri. Cuma bagi saya, keadaan jalan yang curam serta selekoh yang tajam tu, eloklah jika anda menyewa van kerana mereka lebih profesional berbanding kita. hehehe
Anna, Ramlah, Me and Qaseh
Terusan Wan Muhammad Saman
van disediakan untuk ke puncak Gunung Jerai
Permukaan yang lagi curam dan tajam.
rasa macam kat oversea.
Di atas Gunung Jerai ini juga terdapat Organic Shitake Mushroom Farm yang boleh anda singgah. Selain dari cendawan Shitake, terdapat juga buah-buahan seperti blueberry, strawberry, tomato, kobis dan beans yang ditanam di sini.
I miss you guys.
pemandangan sunset dari atas gunung
Thank you Tourism Malaysia. Majalah Santai Travel . Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah. Syahir Fuh.my dan semua sekali team Sahabat Media CC1M yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Trip ke Sungai Petani CC1M sangat best. Perkenalan singkat ini diharapkan berkekalanlah sampai bila-bila. Thank you so much. Diharap kita dapat berjumpa di lain hari.