G-TOWER HOTEL REVIEW | Touchdown je kat KLIA masa balik from kampung raya haji hari tu, belum sempat sampai rumah, dapat sms dari Haziqah. Haih. Buat perangai lagi si bakal pengantin ni. Takde angin, takde ribut ajak tidur KL .. kengkonon pre-bachelorette party lah. tak pasal-pasal, Ishqi dan Fazreen pun terjebak dengan sehelai sepinggang tidur sekali. haha. kelakar pula bila difikirkan balik. tapi actually, kitorang dapat stay for free. dahlah free, dapat dua bilik pula tu. pesan mak, rejeki usah ditolak. hehehe. alhamdulillah.
G Tower Hotel Kuala Lumpur ni terletak bersebelahan dengan Tabung Haji dan bangunan ni bukan sahaja hotel tapi bergabung dengan office dan lain-lain.. Jadi jangan terkejutlah kalau time peak hour anda nampak ramai yang pakai office attire... haha.
sumber dari Agoda
amacam? weddingmu nanti usunglah pakai troli ni.
kahkahkah
actually hanya beberapa tingkat sahaja dari G Tower Hotel ni yang dijadikan hotel dan selebihnya adalah office. Kaunter receptionist pun terletak di tingkat atas searas dengan bilik kami dan juga swimming pool. Very easy for those yang pemalas macam kami. kehkehkeh.
Lobi hotel
memang agak pening sikitlah kalau sesiapa yang baru first time datang sini. tapi jangan berat mulut untuk bertanya ya? sebab memang tak dinafikan anda boleh sesat kalau tak bertanya contohnya nak pergi restoran tanzini, the bridge bar or rooftop, anda kena naik lift berlainan. :)
p/s : untuk dapatkan view menarik bolehlah ke restoran tanzini
alhamdulillah dapat bilik sebelah-sebelah
bilik kami
Ishqi dan Ajikah
connecting door
me and fazreen
bilik sama je, keluasan dan semualah cuma katil sahaja yang lain.
hehehehe
soooooooooooooo... 5 stars. i'm lovin' it
camwhore dulu.. macam gemok je.. macam bedah je
and i tercari-cari juga mana iron. maklumlah, sampai hotel, itu benda first yang I cari. haha. cari punya cari, laarr.. ada tempat khas simpan iron kat belakang pintu.
umpama nyawa okay. no iron, mood boleh jadi hambar
now, mari ke toilet pula. bahagian ni best sikit. I sukeeee sebab RARE. first time pergi hotel yang ada tv kat toilet. even, Mandarin Oriental London pun nan hado. such a good idea, balik rumah terus rasa nak beli tv letak kat toilet.. kahkahkah. =P
kalau macam ni mahu 2-3 jam kat toilet layan movie
kat luar toilet pula ada bilik khas wardrobe
compulsory kits by hotel
safety box and etc
The Club Rooftop
and malam tu we all lepak-lepak kat rooftop. actually tak tahulah pula ini club. wakaka. (nampak sangat terserlah ke-blur-an dah terang dia letak "the club" tapi masih ingat oh, maybe special place for club members or visitors.. kahkah).. dahla Ishqie selamba dengan bertudung dan kami berdua pula gaya dah macam nak pergi shopping.. hahaha.
Nak jadikan cerita, Fazreen sampai lambat sebab meeting dengan clients. kesian tengok dia, aku pun naiklah atas balik. then, macam pelik. eh? tadi lain kemain santai dan sekarang ramai pula tengah menari-nari dengan lampu ala-ala disco. alamakkkkkk...!!! hahaha.
Nak jadikan cerita, Fazreen sampai lambat sebab meeting dengan clients. kesian tengok dia, aku pun naiklah atas balik. then, macam pelik. eh? tadi lain kemain santai dan sekarang ramai pula tengah menari-nari dengan lampu ala-ala disco. alamakkkkkk...!!! hahaha.
full moon... arghhhh lovely night at the rooftop
i want moreeeeeeeeeee like this
then, continue kat dalam bilik. sorry Fazreen
kitorang tak boleh tunggu kau. haha
camwhore.. sengalness. lepas tu semua flat
hahaha
alahai kesian fazreen..
:)
Swimming Pool Area
the next day, sempatlah menghabiskan masa kat swimming pool sebelum check out. yang tak bestnya, swimming pool kat G Tower Hotel ni menghadap bangunan dan tiada pemandangan menarik. haih. tidak seperti Somerset Hotel sebelum ni nampak KLCC.
relax and enjoy your weekend
itu sahaja sesi kami berempat kat G Tower Hotel Kuala Lumpur. actually takdelah pre- bachelorette sangat. lebih kepada pillow talk, spending quality time dan lain-lain .. maklumlah Haziqah is getting married end of this month dan selepas itu dia akan memulakan hidup baru kat Philippines. (waaaa.. sedih.) So, inilah masa untuk kami spend masa bersama. Tetiba sedih bila fikir my travel partner akan pindah.. (siapa nak teman me lepas ni??)
sebelum balik, sempatlah lunch date dulu dengan bakal-bakal pengantin ni. thanks Dian sebab belanja we all.. Dian ni ada business online (instagram : @cikayucloset) dan spa kat Melaka. sesiapa orang Melaka bolehlah contact Dian. Servis memang terbaiklah. :)
dian, me, ajikah and adila
seri bride-to-be
p/s: tahniahlah sesiapa bakal mendirikan masjid bulan November ni.
|| thanks for reADing ||