Latest Posts

ya ampun!!!!!!!!!!! sedar tak sedar.... dah lama ku perapkan entry ni ... nasib terperasan. ish ish ish... basi yang tak berapa basi. hahahaha. ampun.  :p

ho chi minh city dari atas

trip ke hcmc ni i serahkan kat haziqah untuk plan everything except for my tiket and duit shoppinglah, tu I handle sendiri. well, as i mention earlier, Haziqah said, ini turn dia pula belanja I. thanks babe..

and Tai Hai Long Hotel & Spa menjadi pilihan. katanya, sebab dekat dengan Ben Thanh.
Tan Hai Long ni under Silverland company kat HCMC | HOTEL MURAH DI HO CHI MINH CITY

lobi hotel

Jenis bilik : Junior Suite
harga: tak tahu. 
* rate : 3-4 stars.. entah. 

(btw thank you aunty @ haziqah's mum)

satu double, and satu single.. okaylah kan?
selesa dan tak perlu jalan jauh


ade jacuzzi lagi.. hehehe


sampai hotel lebih kurang 8pm.. still early nak tidur.. jadi kami pun decide nak jalan-jalan area Hard Rock Cafe SAIGON. maklumlah, still blur-blur lagi.. kira jalan-jalan warm up gitewww!

kat Ho Chi Minh ni, banyak kes Scam Taxi. jangan sesekali naik beca.
so, kalau naik taxi, silalah Vinasun Taxi kalau nak selamat

dan pesanan pihak hotel, setiap kali naik taxi...
-catatkan no
-ambil details pemandu

NOTED!!

Hard Rock Cafe Saigon

after memborong di HARD ROCK CAFE Saigon, kami sempatlah jalan-jalan di sekitar Diamond Plaza sebelum ambil teksi pulang ke hotel.actually HCMC ni takdelah besar mana. kalau rajin ala-ala mat salleh, jalan kaki pun boleh.. tapi kalau malas macam we all, teksilah jawapannya. naik teksi pun takdelah mahal mana. 

nampak macam sakai-mall.. tapi dalam dia, ada ferragamo and lln.

and, after that, kami ke Ben Thanh Night Market dan kawasan sekitarnya.  jalan kaki je dari hotel.


kopi vietnam!!! sila dapatkan yang HALAL.



masa kami kat sini, masa tu jugaklah musim durian..memang menggoda habis!!! 
tapi  bila tanya harga. double triple dari harga malaysia.. haish..

FIRST DAY :

first day ni kami decide jalan-jalan area HCMC sahaja. at first macam nak ke Cuchi Tunnels. Tapi Haziqah pula taknak pergi. sobsss. so, mulakan hari dengan breakfast kat hotel. 

tapi potong selera betul bila nampak pork kat bahagian omelet. cis!
terus terbatal niat nak makan. nasiblah restoran halal sebelah hotel je


dan brunch kami di Kampung Melayu Halal Restoran.
harga.. ehem.. murah lagi Malaysia. alah, anggap je makan kat Delicious
:P

jangan sesekali ambil. kalau sudi membayar silakan.
TISU BASAH ini BUKAN FREE

memang betul pun kampung melayu.. sebab pelanggan pun majority Melayu

dimana-mana pasti ada.. haih.

then, kami naik ke hotel kejap untuk book for trip ke Mekong. kat HCMC ni senang. majority hotel ada menyediakan kaunter untuk pelancongan ke tempat-tempat menarik di Vietnam ni. Cuma harga je berbeza-beza. 


Then, as usual.. ambil taxi. destinasi seterusnya ..
HO CHI MINH CITY POST OFFICE

Notre-Dame HO CHI MINH CITY
(vietnam ni banyak unsur US+French)



Post Office Ho Chi Minh City. okay ini wajib pergi. 
one of the historical building kat sini

kat dalam post office


dari sini kami berjalan kaki ke kawasan sekitarnya dengan berpandukan map yang hotel kasi.


Reunification Palace

Another thing yang anda perlu tahu, kat sini motor adalah pengangkutan utama. so banyak sangat GILA tak berapa gilalah, bilangan motor kat sini. senang mencelah and i terjumpa beberapa mat salleh naik skuter. so, i think bolehlah sewa kot. 


and last untuk petang itu.. kami ke Starbucks Coffee. biasalah, Haziqah si ratu coffee tetiba teringin kopi starbucks di samping beli tumbler yang orang pesan. hehehe.. sukalah tu dapat tumbler. cait!




dan malam tu, kami ke Rong Vang untuk menyaksikan Golden Water Puppet Show. For first timer, bolehlah. sebab show ni agak traditional. so kalau traditional sangat fefahamlah camana rasanya.. hahaha. well, jangan lupa ambil risalah translation. kalau tak memanglah mati katak sebab they all cakap bahasa vietnam.. sepatah haram pun tak faham. hahaha. (harga tiket :150k dong)


p/s : Water Puppet Show ni menceritakan kehidupan masyarakat kat Sungai Mekong.. 
dan mitos-mitos yang ada kat sana. 

okaylah.. continue later....

Travelogue Ho Chi Minh :
lately, ramai yang bertanya.. bila saya mahu menutup sebahagian aurat lagi, iaitu rambut. tidak dapat dinafikan, memang menjadi kewajipan setiap wanita untuk menjaga aurat mereka dari terdedah. tapi, bukan bermakna, anda boleh riak bila sudah bertudung! 

"aku sudah sempurna imanku!"
"tiada dosa!"
"pahala aku lebih banyak dari mereka yang tidak bertudung!"

dan lain-lain

ITU RIAK NAMANYA.
 sedikit sebanyak pahala semakin berkurangan.


jawapan yang sering saya beri, insyallah suatu hari nanti.



ditanya lagi, kenapa mesti suatu hari? kenapa tidak sekarang? kenapa? mengapa? tak takut ke azab api neraka? jawapan saya, ya.. sudah semestinya saya takut. 


bukan saya taknak berhijrah. saya mempunyai niat. cuma, fahamkah anda, apa itu aurat? ada yang menasihati, tapi berhijab dan memakai skinny jean, ada yang berhijab tapi kaki mengumpat. jadi dimana letaknya diri anda?


dari satu anak tangga ke tangga seterusnya. Insyallah.

jika dilihat pada zaman sekarang, apa erti aurat? jika seseorang berhijab tetapi mendedahkan bentuk tubuh badannya dengan memakai legging, skinny dan baju-baju yang menampakkan bentuk tubuh badan? atau mungkin memakai baju yang lengannya 3/4 atau memakai turban atau mungkin melilit-lilit selendang dan dada terbonjol ke depan? jawapan mereka, follow the fashionlah weiii... owh begitu?

sorry, itu bukan jawapan yang menunjukkan diri anda betul-betul berubah. Ya anda bertudung, tetapi dalam diri anda, anda masih belum 100% melakukan transformation! saya puji, blogger, Maria Elena Zarul. Bukan kerana dia famous, tetapi cara pemakaiannya. yes, dia antara hijabster yang terkenal. Tetapi takdelah sampai terlalu mengikut arus fashion and i want to be like her, one day. Insyallah. Ingat! bertudung biarlah menutup semuanya, bukan bertudung tetapi masih berbogel!


TUDUNG : Tudung mestilah labuh, menutupi dada, tidak jarang dan tidak terlampau menarik perhatian orang. Tidak boleh memakai sanggul tinggi sehingga begitu jelas kelihatan seperti bonggol unta.

PAKAIAN: Baju mestilah labuh, tidak jarang, longgar, tidak menampakkan bentuk badan dan tidak menggunakan warna yang terlampau terang. 
Lengan baju mestilah sampai ke pergelangan tangan. Bahagian pergelangan tangan ke atas adalah aurat yang wajib ditutupi.

PERHIASAN: Perhiasan tidak boleh sehinggan tabarruj, jangan kelihatan begitu terserlah dan bukan niat untuk menarik perhatian orang.

KAKI: Kaki adalah aurat, wajib ditutupi. Pakai sarung kaki. Tidak boleh memakai gelang kaki yang berbunyi dan kasut tinggi yang menyebabkan bunyi sehingga menarik perhatian. Gunakan kasut tumit getah.


Antara faktor lain, saya mahu membersihkan hati dulu. Kalau boleh, biarlah luar dan dalam bersih. Bukan menutup aib diri dengan berhijab. Sesetengah orang berhijab, tetapi diri masih negatif. Masih gemar mengumpat, mengutuk, menfitnah, riak, takbur, dan melakukan perkara-perkara yang negatif. Saya tidak mahu jadi seperti itu bila saya berhijab nanti. 


Jadi, biarlah saya membersihkan dalaman terlebih dahulu. Kerana dalaman ni, payah sikit. Tak semua orang dapat berubah.  Lebih-lebih lagi bila ada instagram. Wujudlah pelbagai jenis riak di situ. setuju?


Actually ni adalah sebahagian dari persiapan nak sambut raya. Tak plan pun nak datang balik masa kat London tempoh hari. Kami berdua planning nak pergi Maldives pada mulanya. End up, pergi London alang-alang tu boleh shopping raya terus. Muahaha.. The other reason, my sister in law ikut sekali. Maklumlah dia tengah cuti semester and I suggest kat hubby nak bawa my SIL jalan-jalan.. tuptup.. London jadi pilihan. haha. 

Tapi this time, I tak ambil banyak gambar sangat. Pergi pun dalam 8 hari. Masa yang sangat terhad. Tapi masa nak pergi tu, kami ada masalah kat KLIA. Flight penuh!

Nak request jumpseat, pun tak boleh. Ada satu seat je yang available. Ttunggu punya tunggu, akhirnya dapat juga. Nasib ada orang tak datang. Padan muka!!! Suka sangat last minit.

malaysia airlines to london
malaysia airlines to london

sampai je London, kami naik tube ke Brent Cross station. sampai je, my sis ambil dan terus ke sekolah sebab my niece perform violin masa hari tu..  


and ingat lagi tak, i pernah cakap pasal pokok-pokok yang i tanam kat sana?alhamdulillah menjadi. strawberry, tomato, chilli, corn.. and a few tak jadi macam bawang, serai, halia, kunyit.. maybe faktor cuaca yang berbeza. hahahaha


and here, picture lain-lain. lihatlah.. tengoklah. dan duduk diam-diam.

The Royal Courts Of Justice London
boleh masuk, tapi tak boleh ambil gambar .. ala-ala putrajaya

my favourite place di hujung minggu :
Portobello Market

p/s: jangan lupa singgah restoran Makan milik Malaysian


Camden Market

Chessington World Of Adventures ... proud of my sil. 
first time dia datang london, first time dia drive kat sini

The London Eye
Royal Opera House London
somewhere around London
i'm glad she enjoy this trip

The O2 London
Emirates Flight Experience
Cable Car London

Masa kami sampai sana, Emirates Flight Experience baru sahaja dilancarkan dekat cable car The O2. Masa kami pergi tu belum ramai lagi. Sebab baru buka dan tak ramai tahu. The O2 ni pun ntah pelancong malaysia tahu ke tidak. Asyik fokus bigben, tower bridge, dan buckingham palace je.. 

Tambahan lagi, ini adalah Arena 02 yang masa 2000. Ala, yang diiorang celebrate besar-besaran. Now, diorang jadikan macam stadium kalau concert ke dan tayangan premiere (sesetengah) buat kat sini. Di samping tu ada lagi attraction lain. 

Berdekatan dengan Queen Elizabeth Olympic Park.(yang diorang baru buat for Olympic event baru-baru ni) singgah-singgahla O2. dari sini naik DLR tube, turun kat Tower Bridge.

Berbalik pada emirates flight experience tu, anda boleh try simulator 777 dan A380 emirates. 

ENTRANCE FEE FOR EMIRATES FLIGHT EXPERIENCE LONDON 
£3 dewasa, half price untuk budak-budak under 12. (ini masuk je tau)
simulator : £45 (30 minit)/ pax 

Emirates Flight Experience ni terletak sebelah cable car tu je. Cable car tu pun Emirates punya dan kalau anda nak naik cable car, make sure oyster ade credit. Lagi jimat kalau guna je oyster tu.. 

p/s : ada sesiapa nak pergi London? Insyallah i will be there soon ..
maybe we can have a coffee session or makan-makan ?
email me now, if ada nak tanya apa-apa
insyallah saya bantu

~ terima kasih~


American Airliner Plane