BERCUTI KE KOTA PARIS | Dah 5 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, seronok sangat. Cuma rasa excited nak sambut raya tu belum muncul lagi. Entahla. Mungkin asyik bercuti, sampai baju raya pun I dah tak fikir, sebaliknya fikir baju nak pergi jalan..OPS! hahaha...
Sebelum I terlupa pasal Paris, jomla habiskan entry pasal europe ni. Risau lama-lama lupa pula nanti. Maklumla, banyak makan semut. kahkahkah.
Last day tu, pagi-pagi lagi dah singgah restoran depan hotel kami ni. Kata encik hubby, makan puas-puas. Nanti dah balik rindu. Eh, macam tu pula? hahaha. Tapi restoran ni memang bagus. Bersih dan jauh dari kesibukan. I suka ciri-ciri dalam dia. very privacy dan kami antara pelanggan yang awal datang pagi tu.. Semangat gila kan? Dah addicted punya pasal.
proud to be ex student Dr Alexander Xavier. my french lecturer masa kat Uitm dulu
:D
Dah puas makan. Perut pun dah kenyang. Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. quite famous ~"Champs-Élysées". Bagi peminat LV, inilah tempatnya. The price? Ada yang murah, ada yang mahal.. Ada yang so-so. Jadi, anda kenalah rajin godek dan survey. Jangan tertipu dengan istilah, OH made in PARIS, for sure lagi murah. NO! sila survey terlebih dahulu. :D
Cumanya sini meriah seperti Sloane Street London. Meriah dengan jenama-jenama mewah, wanita yang bergaya mewah, kereta mewah dan bermacam-macam lagi yang boleh anda cuci mata dengan percuma. kehkehkeh. If i'm not mistaken, terdapat juga mereka yang baik hati buat sewa naik kereta mewah such as lamborghini yang anda boleh try naik, pusing bandar dalam 25 minit. Kena bayar berapa.. Tu I tak pasti.
Selain dari butik-butik mewah, anda yang baru menjejakkan kaki ke Paris..Wajib cuba Laduree Macarons. The Famous Macarons in the world. Katanya, paling sedap. entahlah. I try lain, lain pun sedap juga. hahaha. Alang-alang dah sampai France, silalah cuba. Macarons ni bukan saja kat France, kat London pun ada juga dan beberapa cawangan lain di luar France. Harga? Mahal sikit jika diconvert.
Selain dari macarons, Laduree juga ada menjual pastries lain yang boleh anda try. Like me, I suka croissant dia. So yummy! Anda juga boleh lepak cafe yang terletak dalam Laduree ni.
Jalan ke hadapan sedikit, anda akan nampak arch ini. arch apa ni? Wajib ke ambil gambar? haaa.. wajib! Antara monumen famous di Paris. Sah-sahla kena ambil gambar kat sini.
Arc de Triomphe
sila beranikan diri, berdiri di tengah... oh maiiii.. X_X
Seterusnya, kami ke Montmatre. Montmatre balik?? Ye saya. Actually kami kesuntukan masa. Sebab selepas ni, kami kena pergi ke tempat lain. But before meninggalkan kota Paris, kenalah enjoy puas-puas dulu. kan? Montmatre ni besar dan terdapat pelbagai tarikan kat sini. Antaranya Basilica of the Sacré Cœur. Sesiapa nak tengok Paris, silalah panjat bukit ini. tak larat nak panjat? tidak mengapa. diorang sediakan tram untuk ke atas. just guna day pass anda.. senang!
Sacre Cœur Paris
ini belum sampai atas. baru suku atas :p
still di suku atas. haha
gigih mencari rezeki sampai macam ni
inilah dari atas bukit. cantikkan? kalau tengok live lagi cantik
kat atas bukit ni very happening
inilah yang I panggil tram? eh .. ke nama dia lain? hahaha
redah je lah!
Dari sini, kami ke Moulin Rouge. Jangan ingat Amsterdam je ada. Paris pun ada. Walaupun I tak ambil kisah sangat pasal Moulin Rouge. Tengok cerita dia kat wayang pun dah ZzzZZZz. Walau bagaimana pun, Moulin Rouge Paris ni antara tempat wajib bergambar kalau ke Paris.
sepanjang jalan ke moulin rouge. ish.. ish.. ku hengat amsterdam je ..
paris pun sama. (T_T)
inilah Moulin Rouge Paris. cantik sebab ada windmill.
dan dari sini, anda boleh naik ni untuk ke Basilica Sacre
After puas bersiar-siar, ambil angin dan makan kenyang-kenyang. Kami terus ke Tim Hotel, ambil beg dan naik teksi untuk ke last hotel kami iaitu berdekatan dengan hotel. Bagi siapa yang follow blog ini dari dulu, mesti faham. Saya memang suka tukar-tukar hotel. Untuk mencari pengalaman dengan menginap di tempat yang berbeza. hehehe. Pesanan saya, jika naik teksi kat paris ni, sila hati-hati. terdapat banyak kes scam. Ambil teksi yang menggunakan meter.
Club room with one double bed ...
As usual, I pilih hotel ni sebab dia ada swimming pool dan berdekatan dengan airport. Tapi malangnya, masa we all sampai.. Swimming pool tengah dalam proses renovation. tsk tsk... Alamatnya sepanjang hari duduk menghadap tingkap dan mengira kapal terbang landingla jawabnya.
Lokasi Hotel Millenium ni terletak di kawasan airport hotel. Terdapat lebih 10 hotel di sekitar ni. Tapi jauh dari mall. Yang penting, kalau nak ke airport, diorang sediakan free shuttle untuk mereka yang menginap di hotel ni. Free of charge!
Lokasi Hotel Millenium ni terletak di kawasan airport hotel. Terdapat lebih 10 hotel di sekitar ni. Tapi jauh dari mall. Yang penting, kalau nak ke airport, diorang sediakan free shuttle untuk mereka yang menginap di hotel ni. Free of charge!
staff hotel yang dah jadi kawan kitorang
siap bertukar email. katanya, nak datang malaysia tahun depan
rate harga Millenium Hotel .. but this hotel interior dia tersangatlah bosan
i mean sangatlahhhhh OLD fashion. ZzzzZzzz
And brother tu baik hati hantar kami ke airport dengan menaiki kereta dia. Semuanya sebab hubby cakap, Dia nak personal car. Taknak naik shuttle yang disediakan oleh hotel. haiyoooo So cerewetla you hubby. Nasiblah this brother baik hati. :B
bye Paris, bye Amsterdam
and see you soon London (not soon la already past) :p
TAMAT KISAH