Latest Posts

Hai guys. Ini kisah sambungan Edinburgh part 1. Tapi sebelum tu, segala gambar di dalam blog ini hak cipta terpelihara. No copyright allowed k. 

Well, today saya nak bawa anda semua ke sightseeing. Dengan masa yang sangat limited, sheila dan k.o berjaya juga bawa kami ke suatu tempat yang sangat menakjubkan. Perjalanan jauh luar dari Edinburgh tapi sangat memuaskan hati. Very beautiful scenery! Rasa macam nak stay sana pun ada. Hahaha. Tempat Wajib kena pergi kat Edinburgh Scotland.

 The Forth Bridge
(railway bridge)


The Forth Road Bridge


Near The Binks


Sesudah bergambar di Forth Bridge, kami meneruskan perjalanan ke Glencoe. Jam ketika itu menunjukkan jam 3pm dan hari makin gelap.  Glencoe terletak di luar Edinburgh. Tapi kalau nak ke sini boleh amek package tour Highland, but the price is a bit expensive. 


Suasana sepanjang perjalanan amat menakjubkan. Subhanallah, indahnya Scotland ni. Tak dapat digambarkan dengan sekeping gambar, hanya boleh dirasai ketika anda ke sana. 





tengok scotland, teringat kat switzerland. both sangat indah. tapi, kata sheila, scotland dan england ibarat new zealand dan australia. scotland ni lebih kepada scenery. terlalu banyak tourist attraction kat sini. udaranya pun nyaman. tapi kalau nak satu tempat ke satu tempat tu, memerlukan kita stay sini lama sikit. 2 hari macam i tersangatlah tak cukup. 

looking forward to come here again maybe 3-4 years from now


eh, rileks.. belum sampai Glencoe lagi.. hehehehe :p

Glencoe, Lochaber
Highland, Argyll




Glencoe Mountain Resort


the last time i pergi mountain resort masa umur 9 tahun kat switzerland. masa tu still kecil dan musim summer, of courselah takde snowkan.

with my late father, Mount Pilatus, Switzerland, 1997

and after 16 years, hehehe. 


tapi masih belum berpeluang merasai sendiri feeling bermain ski. hahaha. maybe next time. Insyallah.


that's all for Glencoe story. for more details, can visit here : Glencoe

 balik, we all lalu Stirling dan sampai Edinburgh balik malam. Long journey but it was really fun. Hopefully next time dapat cover Inverness, Harry Potter Bridge, Glasgow and etc. hehehe.

The next day, hari yang I balik London. Tragic memory happened to me.. hahaha..

but first of all, thank you Diyana and Rabiatul. saya terhutang budi kat anda berdua. Ngeri kalau fikir-fikir balik. hahaha. but lesson to me, next time kalau nak naik train haruslah bawa card credit bersama.

diyana & rabiatul

ceritanya begini..

I tak jangka benda ni terjadi. kalau kat London, tak payah nak verify card kalau nak naik train. Just beli dan naik. masa i nak claim tiket i tu, diorang suruh masuk card. Pulak dah! mana i bawa. baik beli  kat mesin or kaunter, anda kena masukkan card. beli online, kena claim kat station juga. Just verify the cc. Kalau takde, jangan harap boleh naik. hahaha. So, i miss my train. Gara-gara nak settle benda ni. FYI, harga tiket boleh beli satu beg furla candy tau! hahaha. oh no! never and never.

So, depa berdua ni lah yang tolong kasi idea dan sama-sama berlari mengejar train. (akhirnya, i dapat juga naik tanpa bayar apa-apa) Selamatlah duit i. Kalau tak memanglah. Satu tiket, boleh beli satu beg. Memang buang duit betul. Kalau nak murah, naiklah bas ke london, tapi haruslah bersakit belakang, kaki dan segala benda.. sebab JAUH dan LAMA! Tak sanggup i.. hahaha

East Coast Train
semua tempat ni cantik-cantik especially Yorkshire


Dalam train. my advice, sila booking tempat sekali. Pernah my friend pergi scotland, sepanjang perjalanan kena berdiri sebab full. Even, masa i dapat tiket i, orang tu cakap, ikut your luck, kalau ada seat, adalah.. Kalau takde terpaksa berdiri. Syukur, seat tak penuh. kalau tak patah kakilah nak berdiri. hahahaha :p

u can buy crisps or water or coffee or anything from her. 
15-20 minutes sekali dia akan lalu.

the toilet (quite big) tapi faham-fahamlah they all pakai tisu.. tapi lagi clean dari malaysia. tiada bau hancing.. atau berair atau apa-apa jela labuuuu.. hahaha
camwhore and i'm bored :p
i pilih seat yang ada meja. so comfy and kalau takde orang kat depan bolehla tumpang kaki. hahaha.
york railway station
arrived at King's Cross St Pancras
good bye train

King's Cross St Pancras, antara yang busy kat London dan suatu ketika dulu, pernah berlaku bombing kat sini masa i datang tahun 2005 dan mengakibatkan lebih 30 orang mati. #FYI


thank you sheila and k.o
untuk makanan, penginapan dan kereta 
sila datang London okay

SCOTLAND SANGAT BEST!

p/s: kata mereka, tahun depan Scotland keluar dari Great Britain melalui undian yang bakal dibuat oleh penduduk Scotland. kalau jadi, bertambahlah satu lagi negara kat bumi ni. :)

Hey, i'm back. Sorry tergendala sebentar... 

Some of you email me and asked about London. Nampaknya ramai yang nak datang sini.. But my advice, sila plan dengan teliti sebelum datang sini. Buka tripadvisor dan baca review orang. Because London now is so so so expensive nowadays. Especially on public transport. anyway, you can ask me anything. Saya boleh menjawabnya. Kalau boleh bantu saya bantu. i'm here until end of may. Insyallah. so, email me if you have something to ask or apa-apa jela.. :)

Berbalik pada cerita sambungan trip hari tu, i really love Scotland. Better than London. Cantik sangat dan suasana kat sana pun lain berbanding London.. If you love sightseeing, silalah ke scotland! hehe

EDINBURGH 
scotland


Dari Manchester kami ke Edinburgh dengan menaiki kereta Sheila (thanks sheila and k.o). Perjalanan agak panjang juga. Kalau naik bas  dari London-Edinburgh adalah lebih kurang 10jam dan lebih. Kalau naik train pula, mahal melampau-lampau.. Haa, ni ada story pasal train. nak tahu apa?? tungggguuuuuuu..

Sebelum sampai Edinburgh, kami sempat singgah chesire oaks outlet. chesire oaks ni terletak di utara chester. kalau nak kereta, lalu highway M53. Kalau naik bas, ada special bas yang disediakan dari Liverpool. Apa-apapun, outlet ni besar gila. Tapi takdelah se-gah branded items kat bicester, cuma, gah dia sebab lagi besar dari Bicester dan outlet dari barang-barang coklat mcm lindt coklat, sampailah mulberry. ada next, ada marks and spencer, ada ralph lauren, mulberry, burberry, and etc. Kalau Bicester tu ada clarks, gucci, dior dll. cuma, yang bestnya, barang-barang kat Chesire Oaks ni jauh lebih murah dari Bicester. tapi satu je lah, jauh dan best. hehehe. (even, orang kat London, diorang lebih gemar ke Chesire berbanding Bicester).

branded outlet in Chesire Oaks

Kat Chesire, kami tak lama pun. Kejap je. Sebab perjalanan masih jauh. dalam satu jam macam tu.. Then, kami meneruskan perjalanan ke edinburgh.

The next day, pagi-pagi lagi dah bangun. Sheila bawa pergi carboot sale. Carboot sale memang famous kat England. Jual-jual barang terpakai dan kadang-kadang barang terpakai tu diorang pakai sekali je, ada yang tak pakai.. Tapi memang bestla. I suka carboot sale, banyak barang-barang rare. hehehe. Ada yang cakap, kenapa beli barang second hand ni.. Owh, jawapan dia senang je, some items, tak perlu kot beli baru.. macam novel ke apa.. Dari wasting money beli mahal-mahal, tapi pakai sekali. Eloklah save money untuk beli benda lain. Betul tak? Save your money baby! phewww~

tortilla breakfast by sheila (soooo yummy)

carboot sale in edinburgh
(normally kat england time summer je, but in edinburgh musim winter pun ada)


edinburgh near waverley station


Then, dari carboot sale, kami ke Calton Hill. Tapi kena mendaki sedikit. Kalau nak tengok pemandangan cantik, silalah naik. Memang berbaloi-baloi. Sebab boleh nampak edinburgh dari atas. 


cantikkan? that's why i love edinburgh. 

Lepas turun dari Calton Hill, my stepmom mengadu penat dan merungut nak balik rumah. Sheila dan k.o kenalah balik sekali dan i meneruskan perjalanan explore bandar seorang diri.. hehehe. Sebab masa i sangat limited.


 


amacam? cantikkan? ni baru satu town. sheila cakap, edinburgh ada dua, new town and old town. hehehe.. dua-dua cantik. banyak history building.

~continue part 2~

American Airliner Plane