Latest Posts

cuba teka siapa otw ke sini?
teka.. teka... :p

LINA ITZMIRA!!!
yeay!

WELCOME TO LONDON LINA

tak sia-sia pagi, petang, siang, malam pujuk lina. cerita mereka ke sini sangat sweet. laki lina satu tempat kerja dengan encik husband tapi laki lina ni lagi senior. pada mulanya memang mereka plan datang ke sini, tapi paham-pahamla company tu kalau minta cuti takkan dapat, tapi kalau tak minta mesti dapat!  ha, gitu! so, macam every night, i pujuk Lina.. Lina meh la sini.. Lina, SALE.. Lina.. Lina.. (walaupun sale dah nak habis but i tetap pujuk! bahahaha).. sampailah kelmarin, Lina message, "sorry tatie, tak dapat.. sampai sekarang tak dapat jawapan.. pergi ke tak".. jawapan hampa Lina.

Tapi i confident, mesti pergi punya. so, I cakap.. takpelah. tak perlu rushing.. *dalam hati macam bau-bau something* hahaha. then, pagi tadi.. bangun dari tidur.. Lina message lagi.. "tatie, guess what.. I jadi pergi!! jahatlah dia ni.. buat suprise.. now, i macam kelam-kabut dah ni.. flight malam ni.. tapi tak packing lagi .. semua".. hahahaha. OMG!! see how sweet they are. :)

Mereka memang couple yang sweet walaupun jarak umur yang sangat ketara. Especially, Lina's husband yang selalu buat suprised for her. very lucky kan? tak kurangnya Lina.. dua-dua sangat sweet! okaylah. i better sleep now. need to wake up early and be at the airport early morning! excited!!!  :D


enjoy your first class MH2 flight lina!
woot woot! *so jelly*


some gifts i bought for them.. shushhh!! don't tell them okay! hahaha
kalau nak souvenirs macam ni, datanglah sini :p

good night everyone!
have a sweet dream

bercakap pasal SALE mesti semua orang teruja, excited, lompat-lompat dan tarik husband pergi shopping mall... keeennn?? siapa tak suka sale? semua orang suka.. murah, berbaloi dan jimat!

jadi, hari ini I nak cakap pasal SALE. OMGGGG *tengok ni belum apa-apa dah excited lebih* hahahahaha.


kat London ni selalu buat sale. maklumlah ekonomi sini tengah jatuh.. so, boleh dikatakan ada je sale. jadi, tak payah bimbanglah.. kalau tak dapat beli kat mall, kat online pun jadi. FYI, online kengkadang lagi murah berbanding kat butik even same brand. pelik tak? haaa. itulah London! hahaha

memang orang datang sini for shopping pun. kalau nak sight-seeing, i tak suggest sangat. better pergi luar london.. scotland ke, switzerland ke, or maybe area-area london macam portsmouth ke, bath ke, etc... somehow, kena ingat juga.. duit sini walaupun jatuh still tinggi dan paling teruk sekali, harga barang dah naik! OH NOOOOO... :(

like i mention before, kalau dulu in 2010, i datang, sale sampai 70% for good items. sekarang, NAN ADO! kalau 70% mesti barang2 yang reject or maybe dah lama. yang cantik biasa 20-30% dan itu pun last season punya barang .. huhu. that's so bad.


kat sini sale every 3 months. I mean, BIG sale.

EASTER SALE, SUMMER SALE AND BOXING SALE

kalau dulu, orang mengejar boxing sale.. kenapa? sebab sale dia berbaloi-baloi. tapi sekarang, i think sama je.. easter ke, summer ke mahupun boxing sale. but i prefer summer sale. bukan setakat shopping di mall, anda juga boleh merasa carboot sale .... best kan?

apa ke benda easter, summer dan boxing tu?

Easter Sale

iaitu masa easter day... selepas dan ada juga yang buat sale sebelum easter day. Apa tu Easter?

"Easter is a religious holiday that commemorates the resurrection of Jesus Christ three days after his death by crucifixion some 2,000 years ago. For Christians, Easter is a day of religious services and the gathering of family."

kalau masa ni korang datang, a great timing for you sebab musim spring. kalau kat jepun tengah sakura.. kat sini anda akan tengok macam-macam jenis bunga.. sangat cantik! phewww!!!

Summer Sale =

masa musim summer.. masa ni pun best untuk shopping. tak terkejar-kejar sebab siang yang panjang. can shop till u drop. baju-baju yang diorang jual pun tak setebal macam boxing sale. I suggest pergi musim ni, sebab cuaca yang perfect. lepas shopping boleh berpicnic kat Hyde Park..

owh i sebut pasal carboot sale kan tadi..  carboot sale tu macam jualan-jualan kat market, ada second hand dan first hand. kadang-kadang boleh dapat barang yang mahal pada harga di luar jangkaan! sangat best!!! carboot merata-rata tapi yang paling best i selalu pergi kat Kent. Tapi jauh jugaklah dari London. kena naik kereta. Mostly carboot sale, anda kena naik kereta. mereka buat kat padang dan anda kena bangun seawal pagi sebab barang cepat habis. ngehhh .. ngehh.. gigih!

Boxing Sale

ini tak perlu lah i ulang-ulang lagi. kalau nak tahu, sila baca previous post! tapi apa yang i regret, sekarang punya boxing sale tak macam dulu. dulu, majority barang kat kedai tu sale.. sekarang, some items only. siap ada section lagi. huhu. tak best! banyaklah pro and cons dulu dan sekarang. :(


SELAMAT BERSHOPPING!


p/s : 10k is not enough for 1 person 
(tolak makan & transport)


ehem .. ehem.. *coughing* ... sorry terlewat sehari. i demam, tambah lagi tekak tak beberapa sedap buat mood untuk berblogging hilang!

Seriously, i tak suggest you all datang sini time winter.. if u dare to get sick, silakan. if not, sila ke tempat lain. this typical london weather buat i pening tambah lagi norovirus yang tengah melanda sini.. almost every news mesti keluar warning.. and yes, because of GLOBAL WARMING 

owh ya, apa yang i nak tulis tadi eh? ... pasal new year issit? :p

new year kat London tak sama macam Malaysia. sini mostly, fireworks and private party after fireworks. people mabuk-mabuk, buat havoc dan takde concert like malaysia. Lepas fireworks semua buat hal masing-masing. ada pergi night club, private party, private dinner dan suka hati kaulah nak buat apa pun lepas tu. tapi anda akan lihat polis dan ambulance bersepah-sepah kat jalan. tapi kebesokan harinya, ada parade kat town. a simple parade tapi OKLAH..

sebab terlampau ramai orang mabuk dan buat kecoh kat jalan sampai membahayakan orang lain. jenayah crime? jangan sebutlah. sehari lepas sambutan new year, terpampang kat dada akhbar.. itu yang bahaya. seperti saya, jujurnya, malam tahun baru hari tu, ke city sambut new year ngan mummy. then, mat salleh ni pergi renjis-renjis arak kat sekeliling dia.. nasib terkena rambut dan boleh dicuci masa balik nanti.. kalau terkena bibir, memang aku kerja-kerjakan mat salleh tu!! *marah sampai sekarang!!! grrr!!!* 


otw to the city.. traffic is so bad
my mummy



















Tips untuk celebrate new year in London :
1 - check website TFL terlebih dahulu. tak semua tube station open malam tu
2 - alert dengan news
3 - elakkan bawa barang berharga (zip handbag)
4 - berhati-hati dengan penyeluk saku
5 - sentiasa peka dengan sekeliling
6 - jika memandu, mesti tahu alternatif utk guna jalan lain jika jalan tutup
7 - bawa makanan & minuman sikit *anda akan rasa cepat lapar SERIOUSLY*
8 - sediakan payung kecil
9 - check weather sebelum keluar
10 - check balance oyster card sebelum memulakan perjalanan
11 -  sentiasa berada di tempat ramai orang

HAVE FUN !

TIPS BERJALAN DI LONDON | hi. today i nak bercerita pasal transportation in london. some of you know, mereka guna oyster card in here. beli card dan topup. tak kiralah naik tube, naik bas.. gunalah kad.. melainkan kalau nak ke luar dari london, macam bicester village ke, portsmouth ke, tu kena beli tiket lain. 

I akan cakap, pasal 2012.. sebab menjelang 2013, charge pengangkutan akan naik.. ayoyo. i dunno how much, but i confirm, bertambah mahal dan mahal. *kira-kira balik boleh beli satu beg*

ada yang cakap, sewa kereta lah.. no! tak semudah yang disangkakan. kalau mudah dah ramai orang london bawa kereta.. ini yang pakai birkin pun naik tube.. apa citer? hahaha.

harga akan berubah mulai 2 january 2013

for oyster card holder, ada potongan discount for ticket. tapi tak banyak just penny compare dengan mereka yang takde oyster card. single trip sekarang, £2 sehala.. pergi balik dah £4 . pastu kalilah dengan duit semasa, yang i genap (senang kira), jadi rm20 pergi/balik. ini baru satu tempat dan pada tahun 2012 dan untuk SEORANG!

tapi kebanyakan kita, malas nak jalan.. lebih-lebih lagi cuaca sejuk dan musim hujan macam sekarang ni.. so, kiralah paling banyak 4 tempat kita pergi.. rm20x4=RM80.. ayoyoyo! ingat ini tube dan bas sahaja okay! 

tapi mengikut perangkaan, harga baru mulai 2 january, nampaknya, i terpaksalah berjalan kaki lebih sikit.. harap-harap tulang 4 kudrat ni laratlah eh.. hahaha. tapi macam tak larat sebab dari satu tempat ke satu tempat amatlah jauh! :p

gunakan TFL (transport for london)



boleh tengok tube yang available for the day

oyster card boleh dibeli pada harga £5 (paling minimum) + topup

dan untuk keterangan lanjut bolehlah visit laman web mereka :


yang pasti harga akan naik mendadak.. aiyok!!! that's why i said, walaupun duit mereka jatuh, tapi makanan dan transport naik dari semasa ke semasa!! *pitam*



hai. sambung kisah shopping part 2. hari ni memang misi balas dendam kat diri sendiri sebab dah lama tak shopping sekali banyak. hahaha. tapi still tak puas, sebab nak lagi dan nak lagi. nanti continue part 3 (arini lerrr tu)...

macam i cakap, arini i shopping kat outlet. i'm a bit late actually. sampai pun dalam jam 11. banyak barang dah sold out! i repeat SOLD OUT! so bayangkan betapa gila orang shopping kat sini. but mostly foreigners la yang banyak. 

outlet kat europe banyak... tapi i pergi kat Bicester Village London. nak ke sini ada dua cara, naik bus (selalu sold out), atau naik train (tiket tengok peak, kadang-kadang boleh dapat £28  kadang-kadang mahal sampai £64 ) .... semua bergantung pada keadaan semasa. tapi macam i cakap, harga transport akan naik pada tahun 2013.. sendiri bajetla eh...

tapi semalam, i drive kereta ke sana. takdela jauh from my house to there. lebih kurang seremban-shah alam. hehehe. tapi jenuh jugakla nak pergi sana. hehehe.

bicester village

second day 

so many people in Ralph Lauren

ngeeee... 

reduction and more and more but many things dah sold out!

kalaulah saya ulat buku... 

so nak tengok apa kesudahannya?

shop till u drop.. 

lepas gian.. !! hahaha


handbags ..

shoes..

ralph lauren

my favourite jeans... :)

hehehehehe. tapi still tak puas. i really hope i can buy more and more. tapi fikir lambat lagi nak balik.. nak claim VAT at least 3 months valid, so not worth beli banyak-banyak tapi tak boleh claim kan? so rugi!!! btw thank you mother and sister for this retail therapy... i love both of you so much! hehehe.

save some money for easter sale and europe tours. (tapi ada hati lagi nak shopping today! hahahaha)... enough enough! ada lagi 5 months kalau macam ni tiap-tiap hari, pitamlah! hahaha.


bicester village boxing sale
26hb-29hb december


American Airliner Plane