Latest Posts

AMARAN : 
entri ini sangat panjang ... kalau penat.. berehatlah dulu bersama kitkat!!
kerana entry ini akan sambung menyambung
dan anda akan pening kepala!!
hahaha

night @ KL

 I bertolak from sini malam 26 lepas
as usual, with Malaysia Airlines

fuh.. dugaan betul sebab flight almost full! 
hanya ada 1 seat kat business dan 1 seat kat economy
yang kat economy tu pun orang tu x dapat dikesan pd saat2 akhir
nasiblah encik H yang operate malam tu
kalau takkkkkkk.. confirm I nangis kat airport
sebab at first memang i x boleh naik sebab FULL!!

delicious meal @ MAS

before i pegi sini, i buat research pasal KUCHING terlebih dahulu
maklumlah first time jejak kaki ke sini*tutup muka*
tapi alhamdulillah, 10 days kat kuching memang worth it!!

and again, thank you my bestie, amera hanna
yang jadi my language teacher, my tourist guide and lln kat sana

utara, selatan, timur.. owh barat  KUCHING je belum pegi lagi
so far, kuching memang best.. if kota kinabalu, i suka seafood
kat kuching, i suka prawn!!
eh samalah tu.. haha. tapi Sarawak kaya dengan udang
sebab sungai mereka penuh dengan buaya
remember di mana ada banyak buaya,
di situlah syurga udang!

nak tahu mengenai KUCHING??? 
teruskan membaca

sampai-sampai je terus ke hotel terlebih dahulu
for the first two nights, I stayed kat Hilton Kuching dulu
yes i ada baca reviews pasal this hotel 
and i tak menafikan, their staffs memang sangat RUDE
but the location sangat strategik!! bilik pun boleh tahan jugak

our room (26-29th)

and malam tu tiada aktiviti pun..
sampai pun dalam jam 1 am
hanya sempat makan kat TUMIS
(depan hotel je, tapi makanan dia sedap)

HARI kami bermula dengan makanan
tengahari tu amera datang dan bawa kami ke sini
Coffee 'O' Corner

kalau nak tahu di mana terletaknya Coffee 'O' Corner ni,
ia terletak di Jalan Satok

restoran ni sangat best
uols harus datang cepat kat sini, sebab makanan kat sini cepat habis



antara yang best kat sini adalah : 
- mee kolok
- mee sapi
- mee pok
- mee kampua
- rojak thambi
- laksa sarawak
- teh C special
- mee jawa
dan banyak lagi !!


teh C special ais (lebih kurang mcm 3 layer tea)

variety of noodles

PERUT da kenyang, SENYUMAN pun makin luas

seterusnya, kami menyerahkan tugasan jalan-jalan ini kat Amera
dan hari pertama tu, kami round-round sekitar kuching dahulu
INTRODUCTION to KUCHING gamaknya.. 

amera dan keretanya 

the only toll in kuching

map yang i dapat from hotel

so, first day tu kami sempat ke :

1) Dewan Undangan Negeri (lama)


2) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
yang terletak di atas kuching tuuuuu

info : kuching ada dua datuk bandar tau! DBKU & DBKS

yang kitorang pegi ni DBKU
kat sini ada cat museum
bagi yang anti kucing tu tak payahla pegi
sebab semua cerita pasal kucing.. bukan KUCHING ya!
ngeee

DBKU
dari atas bukit ni boleh lihat bandaraya kuching
meowww 
mumia kucing yang berusia 3000 tahun diberi oleh kerajaan Mesir
kat luar tu ade contoh rumah tradisional kat sini
boleh leee tumpang bergambar kejap!
masjid negeri
 perpustakaan negeri

dan dari sini kami ke Astana
rumah  TYT Sarawak

kat sini boleh parking.. dan boleh bergambar di :
 - depan astana
- fort margherita (yg ni i tatau camane nak pegi sana)
- DUN baru

dan boleh juga naik penambang ke seberang sungai..
TAPI AWAS.. sungai ini berbuaya!!!
kawasan kampung berhampiran (Kg Tanjung) pernah diserang buaya!
* sila google sendiri kalau nak tahu pasal ni *

Astana dari atas penambang
keindahan semula jadi dari jetty astana
lepak sambil tunggu penambang
penambang .. sekali naik 40 sen!
WAJIB NAIK!!! memang BEST!!

balik tu, kami singgah sebentar di Jalan Satok dan Jln Hj Taha
pekena Swee Kang (ice kacang) dan tapau Ayam Penyet kat RAP 

famous gamaknya RAP ni.. 
tapi pisang cheese dia terbaik!

ais kacang atau orang sarawak panggil swee kang
memang terbaik!!! especially swee kang durian!
nanti i review pasal ni later ok..
but once da try memang addicted gila!

so, kami akhiri sesi jalan-jalan before maghrib
thanks Amera sebab guide kami kat sana...

sunset view from my room..
awesome!!!

TO BE CONTINUE ..

Hi, i'm back

short trip to encik H's hometown
syooookkkk wooooo!!!
7 hari pun tak cukup !!!

"PANTAI TIMUR"

journey to terengganu
first time as husband and wife, kitorang lalu jalan kuala pilah ni... agak ketaq jugakla.. pandang kiri ladang kelapa sawit, pandang kanan muka encik H duk tersengih2 sambil drive.. last-last i tidur je sebab bosan sangat..hurmm..lagipun, masa pegi tu, i kena tekanan darah rendah.. kepala pun terhuyung-hayang... =p

dan kami terjumpe binatang ni masa encik H berhenti tunggu my MIL dan FIL... ape tu?? ape??? nampak besar... harimau???? HARIMAUUU???? harimauuuuuu???

inilah kucing hutan... ntah sape yang langgar ntah. tapi besar gile.. cantik pun cantik...
sekali pandang macam anak harimau.. 
____________________

 macam-macam la aktiviti yang kitorang buat masa kat sini... nama pun terengganu kan? kaya dengan tempat-tempat pelancongan.. kalo datang sini nak shopping batik, shopping songket 24 jam, RUGI!!! baik balik KL shopping kat Jalan TAR!

MEMANCING IKAN

 tiga hari i pegi memancing, jangan cakap ikan siakap, ikan bilis pun tak dapat!! puas la i berdandan make up semua konon-konon nak buat taktik nak mengorat ikan.. TAPI HAMPEH!!!! seekor pun tak dapat... sabar jela ! hahahaha.. 

sungai paka
cantikkan?? pemandangan waktu maghrib!

dan kami juga sempat singgah ke Kuantan... wahhhh I LOVE KUANTAN!!!! 

especially lepak kat TELUK CEMPEDAK ni...

cantikkan? aku suke!
kau ingat kau sorang je reti makan choki-choki?
kasi member makan ye encik H? ekekeke...

psssttt.. hotel HYATT REGENCY TELUK CEMPEDAK is the best hotel in kuantan.. kalo anda merancang nak pergi kuantan tidur la kat sini.. KFC kat sini pun ade.. buka 24jam kalo tak silaplah.. and kawasan ni sangat best!!!

HUTAN LIPUR CHEMERONG

 tak tahu nak ye kan ke atau tak kan ke... haha. kalau korang google, ada yang cakap air terjun chemerong adalah air terjun tertinggi kat asia tenggara.. tapi kalo tengokkan memang tinggi... tengok dari jauhla.. dari dekat tak nampak... and air terjun kat sini best!! jernih .. walaupun kitorang hanya mandi kat gigi air terjun tetapi mak aihh dalam gile...


Hutan Lipur Chemerong yang best bagi sesiapa yang suka aktiviti lasak dan alam sekitar ni.. tapi kalau korang tak boleh berenggang dengan handphone dan ipad, rasa tak payahla pegi.. 
kang mati kutu plak nanti!! 

nampak tak tu? nampak? itu tangki air. jangan ngengada nak naik!! hahaha

pemandangan dari atas bukit

taman permainan pun ade!!

tangga untuk turun ke air terjun!!
actually kat atas tu diorang da tulis papan..
DILARANG MANDI.. KAWASAN MERBAHAYA
tapi ramai je yang mandi kat sini

FUHHH terbaik.. !!!!!
yang korang nampak kaler hijau kat air terjun tu, kawasan dia agak dalam.. 
4 meter lah kalau tengok signboard kat situ...

tandas yang indah di luar tapi hodoh di dalam...
tapi aku x blame tandas ni.. i blame orang yang menggunakan tandas ni
ape korang buat sampai tandas ni tersumbat tahap kaw-kaw ha?

surau pun ada.. siap divide2 ikut jantina lagi... bagus gila tempat ni!!

kawasan depan surau

KEPALA AIR!!! bahaya wooo...

haaa ni paling aku suka!!!! kantin dia.. murah weh.. semua murah!!

dan ini paling aku suka... aktiviti memasak bersama adik ipar!! 

Butter Bread Pudding 

hehehe.. itu sajalah.. nanti i update lagi ya kalau aku pulang ke kampung.... tapi yang pastinya, terengganu ni banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik.. NAK TAK NAK je.. 
some pictures to share with you all @ renee's solemnization... enjoy~

DIY by renee @ her room
diy by renee
the bride ~ renee meow meow
yang ni i bawa.. but sumpah berat 
mini pelamin renee .. sponsored by butik C 
(tunggu dia review sendiri)
hantaran kedua-dua belah pihak
klon datuk T.. hahaha
 sekali lafaz uols!!
sudah bersatu!!
by him
by her
i'm touched!! =')
 congrats renee & faqa

AND THE BRIDESMAIDS adalah kami semua!!!

(aka b2b bloggers...)


thanks renee sebab sponsored make up and kain..
biarpun renee kasi kain masa is amy teng kawen last month
alhamdulillah baju sempat siap

cuma plain and petang before renee nikah tu, 
i lari kejap ke ou cari accessories untuk dipadankan dengan baju tu
dan sempatla beli flower corsage yang hitam tu..
murah je.. i rasa baju i antara paling murah sebab takde beading bagai
just ade corsage sebagai penyelamat.. haha

sesiapa nak beli corsage tu bolehlah pegi bonita @ou
harga rm59 and dapat free cekak yg super cantik ..
hehehe

FYI .. nak tahu baca tak nak tahu ignore saje!
kain - by renee (tempah sendiri ikut design suka hati)
corsage - bonita
cekak - diva
earring - f21
make up - sponsored by renee

and for me, the best baju and design antara kami semua :
~mizzamy~

i love her baju so much even dia tempah kat designer yang bercontroversy ahaha.. tapi yes, i like and takdela mahal sangat pun tailor tu amek .. memang worth and nampak mahal !! 
hi... today i nak review about my trip to Kota Kinabalu... actually, trip ni tak dirancang pun. sebab at first, i plan nak pegi guangzhou after balik from mumbai. suddenly, flight encik H to guangzhou dipendekkan.. so, i pun decided, Kota Kinabalu je la.. WHY NOT? 

among all, i paling suka sabah! their culture, food, beach and everything ... so AMAZING!!! 

i balik from Mumbai on 26th, tak sempat rehat pun, balik, unpack barang, packing dan terus pegi airport balik. sumpah penat gila!!! tapi sebab Kota Kinabalu punye pasal, takde hal lah!! hehehe.

and antara semua, inilah trip paling murah... i spend rm300 for ticket+return boat+snorkel.. hihi.. i'm blessed! and nak pergi lagi please!!!! it's not enough for 4 days in here... banyak sangat tempat2 menarik kat sini... 0_o


lunch meal @ MAS
Novotel Hotel
urm.. tak recommendla hotel ni.. biarpun dekat 1 borneo, but their service sangatlah teruk!!! toilet yang kurang memuaskan, tuala hotel yang berbau, dan pekerja yang erkkk MACAM BAGUS!! da banyak dah complaint pasal hotel ni .. jadi, sila blacklisted hotel ni ok?
 our room
Nasi Padang Ibu - famous !!
famous kat KK but for me, takdela sedap sangat..
lagi sedap Seri Ratu KL... yang betul2 minang
our foods

dan last minute plan to Manukan Island !!


but very upset, salah bulan datang KK. time ni, musim jellyfish...
nak mandi pun takut.. sebab terlalu banyak!! plus, manukan island - indah khabar dari rupa.
takdelah lawa mana pun... around this island, ada 2 lagi island, iaitu mamutik dan sapi.. ramai cakap mamutik lagi cantik.. but nevermind. next time boleh pegi.. kan? cost pegi island ni sangat murah....tak sampai rm100... hehehe... *return*

 JESSELTON POINT
 the best place to lepak... nice view for sunset.. kat sinila nasi padang ibu tu tadi. and banyak lagi restoran-restoran kat sini... dari sini boleh jalan ke Suria Sabah Mall... 

 FILIPINO MARKET
another favourite spot yang i suka pergi dan anda WAJIB pergi...
siapa suka seafood, WAJIB datang sini... murah dan sedap!! 
fresh dari laut!! sini lah tempatnya... 

AND LAST,


Tiket nak balik full. orang KK ni sama macam MUMBAI. very rich... sampai flight pun full. nasib encik H yang operate kalau tak mesti i tak boleh balik. so, sepanjang perjalanan, i duduk kat jumpseat which is dalam cockpit.. pengalaman yang sangat best!! FYI, ini kali pertama i naik 737.. hahaha. punyela jakun!! btw thank you captain sebab banyak menolong malah, nak duduk jumpseat ni pun atas kebenarannya jugak... thank you so much!

kan i da cakap... 4 days is not enough... banyak lagi tempat2 menarik kat sini... Insyallah kalau ada rezeki, i nak datang balik.. I love KK so much. 

owh ye, pesanan saya, kat filipino market tu ada jual ikan masin, udang kering, dll.. harga memang mahal but actually harga tu for tourist, korang pandai2 la speak sabah ye.. sebab macam ikan yang i beli ni, satu paket rm28.. tapi tawar2 hasil pertolongan my auntie yg duduk sabah, i dapat rm5 saje! gila kan? 

that's all for Kota Kinabalu.... insyallah, kalau ada rezeki i datang lagi.. dan update lagi.. and sesiapa nak review and tanya tempat-tempat menarik pasal KK, bolehlah email i.. =)

American Airliner Plane