Latest Posts

continue from TAIPEI VERS.1 .....

and tomorrow tu, encik H and i bangun awal.. just nak kejar first shuttle bus to the city.. shuttle bus ni foc dan disediakan oleh pihak hotel .. pilih sajalah nak naik jam berapa.. dan ia pergi ke tiga tempat yang berbeza dan hotel juga menyediakan senarai list restoran yang halal dan juga maps yang lengkap untuk pelancong.

TIPS: buku INSIGHT GUIDES ni wajib dibeli setiap kali mahu ke mana-mana. ia sangat lengkap dan beserta gambar sekali. so kalau tatau nak cakap macamana, just tunjuk je gambar tempat tu kat pemandu taxi. 


dan mula-mula i turun with this trench coat, yela sejuk katanya. 18 degrees celcius. but turun je hampes! takdela sejuk sangat .. tapi make sure pakai long john, dan 2-3 lapis baju kat dalam before pakai jacket. trust me, ia takdela sesejuk mana!! 


and here, we are!! shuttle bus tu hentikan kami kat Taipei City Hall Station. from here, sangat dekat dengan tourist attractions. tapi malangnya, masa kami sampai tu banyak tempat yang belum dibuka lagi. so, kami ke kedai beef noodle dulu and TUTUP jugak!!

TIPS : BEEF NOODLE adalah makanan trademark kat Taipei ni.. macam kat negara kita, nasi lemak!! tapi make sure tempat yang korang pegi tu halal ok..


gunakan apa sahaja maps dan buku yang korang ada..
nak tanya orang harapan diorang nak jawab..
kalau jawab pun, mesti korang x faham... 


SUN YAT-SEN MEMORIAL HALL
Ini adalah tempat tourist attraction. kalau yang suka pada tempat-tempat bersejarah, you should go here! very nice place... 

dari depan
dari tepi

dan sekitar dia ada ...

tugu Chiang Kai-Shek ni.. and beware!!
diorang respect kat patung ni.. jangan sesekali nak buat aksi yg 
bukan-bukan.. kalau tak, siaplah anda!!!

 dan juga surrounding by beautiful gardens disekitarnya...

then jalan depan sikit jumpa Taipei City Hall ...
kalau nak beli souvenirs, carilah kat sini... 


dan selepas itu, kami berjalan dan berjalan lagi.. sampailah ...

TAIPEI 101 
menara yang berjaya mengalahkan Twin Towers kita tu

p/s : please ignore the paperbag,  C&K xde pun kat sini.. hahaha


menara ni sangat berguna.. kalau da buntu nak pegi mana kat taipei ni, pegi je dulu menara 101 ni, nanti dia ada info pasal certain tempat kat sini... 

harga ticket : NT300 @ RM30 ..

 

habis di situ, kami kelaparan.... dan bergegas mencari taxi 
setelah menunjukkan nama tempat tu dalam bahasa mandarin,
pemandu tersebut membawa kami ke sini ...

Ai-Jia Qinzheng Beef Noodle Restaurant
di Zhongxio East Road.

pak cik Yusof, 80 tahun.. mesti pernah nampak muka dia kat astro oasis kan?
 my beef noodle... perisa biasa
 husb's beef noodle : hot & spicy
 nampak x logo astro oasis tu? hehehe.

afterthat, we all ke  Green Plazas pula... 

kat sini tempat wajib yang harus korang pegi dan tempat ni sangat luas.. merangkumi :
 ~ Chiang Kai-Shek Memorial Hall, 
~ National Theater and National Concert Hall, 
~ the Avenue of Democracy,
~ Liberty Square and Chinese Style Gardens.



abes kat situ, kami da buntu.. either nak pegi beach atau pun ke zoo...
masa dihabiskan untuk buat jawapan

at last, kami pilih Maokong Gondola...@ cable car


night @ taipei

sepanjang jalan dan sampai ke atas tu macam-macam kami nampak
and night view from the Maokong Hill sangat cantik...
dan kat Maokong Hill ni ada macam-macam, tapi sayangnya kami sampai malam
dan banyak da tutup!!


 and last before balik ke hotel, kami singgah makan di 

Aaleja Pakistani & Indian Halal Food restaurant
@ Yanji Street


i tak recommend this restaurant to budget traveller, sebab mahal... pastu sikit pula tu.. 
memang tak berbaloi!

dan banyak lagi tempat-tempat menarik kat Taipei ni actually..
1 day is not enough... tambah lagi winter, jam 5pm je da mula gelap...

and i love Taipei Taxi
very comfortable, by meter - cannot cheat, siap ada tv..

negara ni pun bersih dan i love and love their culture..

travel lah dengan Malaysia Airlines
support our local brand

hello ..

ok pause kejap pasal wedding. i nak story pasal my short trip to taipei last wednesday. hehehe. boleh?

first of all, ini last minute plan and encik H's flight da full. so i macam blergh. tak naklah... but, i changed my mind 2 days before pergi. luckily, my ticket murah and valid for one year... hehehe

some tips for you guys!

i memang takkan make up kalau my flight lebih dari 3 jam!

WHY?
i) nanti if mengantuk, tak pasal-pasal tergaru mata, abes celak & lln.
ii) not good for your skin esp travel jauh
iii) tak comfortable dan nanti muka berminyak-minyak

BUT,

i akan make up one hour before touch down kat airport!
before MAKE UP, make sure wipe ur face with wet tissue or tuala yang diberikan oleh anak kapal, kalau takde, sediakan siap2 tisu tu or maybe facial tissue, pegi bilik air dan basahkan dan wipe ur face.

 okay dah... stop pasal make up... let's start my review with 


i bertolak from KL around 3pm with MH94 ..
and sampai sana around 7 lebih macam tu... 

airport dia nampak macam kecil kan? but heaven ok!! 
lagi best dari KLIA

and i tak terus ke hotel, i have to wait for my hubby yang sampai 2 jam after my flight... 
nasiblah!!! nak tengok papan ketibaan, i memang tak faham mandarin langsung..
nak tanya orang, i tanya mana toilet .. diorang angguk2.. last-last tunggu jela!

p/s : they are smart, rich, but many of them tak reti speaking! 
so, nak communicate dengan diorang tersangatlah susah... (x_X)

and my hubs arrived at 9pm, and then, i join the cabin crews to hotel..
perjalanan yang sangat jauh.. from Taoyuan International Airport to Holiday Inn East Taipei .. but seriously, i kagum dengan highway kat Taipei. very tall and very long highway kat atas jambatan... macam kat jakarta, cuma dia panjang dan tinggi. ehh susahlah nak explain!

and here, Holiday Inn East Taipei


and some refreshments from the hotel for the crew
tapi takut nak pegang.. manela tahu kot-kot .. ehem ehem


and our room, 

toilet sink
 wardrobe
 living hall
 urm... tv lagi?
 toilet 
and katil kami... 

p/s : even this hotel jauh dari airport, but dia dekat dengan city and zoo!

~bersambung~


orang lain buat, dia pun nak jugak! hehehe. HARUSLAH!! kihkih...
first of all, thanks to Canvas PRO so much especially MR Antony

guess what, saya kasi mereka 3 hari je nak print and frame menda ni and mereka buat dengan baik sekali. like like like it so much! cepat dan pantas!

actuallllllllyyyyykannnnn....

i grab this deal from dealmates.com.my ... murah weh!! RM188 for three frames. murah kan? kan?
RM188 tu merangkumi 3 frames 12"x12" canvas art prints + vip membership +100 cash voucher ... awesome deal.. by dealmates.com.my

tapi i peramkan voucher ni kat dalam file sampailah beberapa hari nak kahwin.. baru teringat! mujurlah mr antony accept my order. hehehe.

gambar-gambar semua i edit sendiri. ada yang original tak di-edit, ada yang i edit jadi macam lukisan, dll. (masa tak cukup!!!what do u expect??)

and thanks a lot to my floor manager, Fazreen coz tolong amekkan frame2 ni kat cheras dan saya susun frame ini bersebelahan dengan senarai nama tetamu. hehehe dan pakai juga for my majlis bertandang di paka baru-baru ni.. recycle gituwww!

(^_^)

cik haziqah 
my three xoxos
najwa & sheila
and here!!

for more details about this canvas, please visit their website :

easy, faster and satisfy!
hi.

sorry terhenti sekejap. husband cuti beberapa hari and i kena tunaikan tanggungjawab sebagai housewife dulu and now, let's continue my story. hehehe.

untuk majlis bertandang, ia lebih kepada relax dan santai berbanding dengan my reception kat dewan yang over protocol. majlis bertandang je kot! tak payah nak mengharap lebih2... 

actually, i nak doa selamat je.. coz kami tak cukup masa untuk buat preparation untuk majlis kat terengganu ni but, i'm so thankful, my mother in law banyak membantu. dia lah cari catering, dia lah tu ni tu ni. i? jadi penasihat je. kehkehkeh. sayang ma! so, for majlis di terengganu, kami memilih warna biru - husband's favourite colour (even aku benci colour ni) muahahaha. 

terlalu banyak DUGAAN yang kitorang tempuh untuk majlis di sini. dengan catering, canopy, pelamin dll. FUH!!! stress!! tapi alhamdulillah dapat ditangani dengan baik. memang susah... susah nak cari pelamin, susah nak cari vendors yang ok, susah dan semua susah. bukan tak nak amek kat kuala terengganu.. tapi kebanyakan vendors (so called "bajet terlebih retis") ni, kononnya paka tu jauh bebenor... heh! kamu ni nak business ke tak? kat Kuala Lumpur tu, sampai JB pun mereka datang, ini pula sesama negeri.. memang diva betul! 

even my MIL tolong i, but i agak cerewet sikit bab-bab decoration dan pemilihan vendors... coz some vendors, nak untung semata-mata... charge harga merepek, buat kerja macam ^&^*&%*$ ... some vendors okay tapi grrrr... macam-macam weh. patutlah blogger-nana import vendors dari KL. Now, i know why! 

even, saya menghadapi masalah dengan kanopi.. boleh pulak seminggu before wedding dia sms cakap tauke dia kena pergi kursus and sesenang nak sub kat orang! kau gila ke weh...padanlah muka kena marah dengan my husband! tapi sumpah bengang ok. so kepada sesiapa yang duduk area dungun ke, paka ke.. i suggest, amek terus vendors dari kuantan. tak payah amek kat area2 sini. memeningkan kepala dengan lagak diva diorang...

tapi sayangnya, i x sempat nak hire diorang. I adore with D'Nora Kuantan.. tapi fully booked. sobsobsob. terpaksalah amek Seri Mahligai Kemaman... nasib mereka tak diva.. staff pun very friendly. cuma, kami x banyak masa nak discuss sebab jauh... 

Seri Mahligai buat pelamin sahaja, dan lain-lain dari Paka.. for room decoration, as usual, i DIY sendiri so enjoy these pictures ... (sorry gambar tak lengkap. belum sempat digodek2 dari camera orang lain..)

MUSIM TENGKUJUH

punyalah kitorang berdoa agar hujan tak turun, even time i make up pun turun renyai2 then stop... legalah pastu... tuptup time nak berarak hujan balik. tapi hujan sikit2 yg tak terasa cuma panik sebab hubby cakap, cepat2 hujan dari sana nak ke arah ni *sambil tunjuk awan*...hahahaha. tapi semua sporting.. selamba dan tak emo pun..cuma nak dijadikan cerita, i yg terover panik sampai salah berdiri.. hubby patut berdiri kanan, i plak yang berdiri kanan. ahh lantak kau lah... janji ROCK! haha



PELAMIN

for pelamin, i just nak yang simple... In addition, kat sini tak banyak variety macam kat belah2 selatan tu.. kebanyakan simple-simple je... tapi okaylah tak payah nak feeling diva sangat.   actually, i nak side flowers tu lebat dan bulat, yang atas ada juraian bunga, dan tak banyak lagi.. but they gave me this one and tempat merenjis tu pun tak berapa ok. sebab ada tiga tempat dan lagi satu patah.. imagine keadaan yang sangat tak stabil. tapi pasrah jela.. menda da lepas.


MAIN TABLE, ENTRANCE & MEJA KEK

untuk canopy dan lln, ia dibuat oleh sebuah butik pengantin di dungun setelah di-subkan oleh si diva ni. (sorry i have to call u diva coz my mood hampir2 destroy becoz of u)... hurmm.. okaylah. puas hati jugakla walaupun jujurnya, i tak beberapa suka dengan hasil kerja diorang ni... SO OUTDATED! opss sorry, kutuk main table sendiri. please improve ur ideas woman! 


KEK

untuk kek, my mother in law tempah kat dungun. yes, this one i like... simple and yummy... combination between english and classic.. x perlu tinggi-tinggi,  sebab yang kecik ni pun x terhabis...hehehe 

LAIN-LAIN

My Flowergirls
 kain ni beli kat jakarta, and didesign oleh my MIL dan ditempah kat terengganu..  suka sangat!!
comel je masing-masing ni dengan cekak dan wig.


Deejay & Karaoke Session
as usual, majlis karaoke dan deejay tu mesti ada kan? hehehe. semua seronok menyanyi.. siap duet bagai dengan both side...tengokla my FIL kat bawah ni, waduh2 kalah Broery Marantika. hahaha.


 Meja Guestbook 
patutnya meja ni kat depan. grand entrance. but hujan, terpaksalah bawak ke dalam... tapi x effect apa-apapun.. thanks kepada semua yang sudi menulis ucapan.


Meja Tetamu


AJK Majlis
kami tak menggunakan mana-mana pelayan or lln for catering dan basuh pinggan. thanks para cousin sebab membantu dalam urusan ni... dan baju-baju mereka ini ditempah khas oleh my in law.. plain t-shirt dan di belakang tulis "hazrul & izzati".. nanti i review la kalau ada gambar..


I'm Blessed
even though majlis yang sederhana dan simple, but i'm blessed. nothing much i can say, i'm so happy to have them in my life. my new family.. i love everyone of you. biarlah majlis yang simple, asalkan kebahagiaan tu ada dan terserlah. especially my father in law , tengok muka dia je, i da tenang...belum lagi yang lain-lain... 


i'm sorry jika ada terkurang dan terlebih sepanjang majlis. gembira rasanya bila my family and his family happy. geram terhadap vendors2 ni semua hilang terus... my family sangat enjoy. thanks to my family in law sebab sponsored them tempat tinggal. my mother in law, you helped me a lot! i love you lah. thanks mom. my cousin in law, aunties dan lln thanks sebab tolong... yeayy.. sukanya bila da bertambah jumlah adik beradik... 

sorry gambar tak lengkap. gambar bilik, gambar dari tepi n semualah. hanya ni je yang ada. nak tunggu OP lambat lah... nanti basi pulak cerita. hehehe.
dari rumah, jom ke hotel pula.

i feel so lucky when my mom said, "atie, mummy da booked hall for your wedding".. yang sampai sekarang i rasa macam bermimpi. seriously!

bukan sikit duit nak keluar bagi majlis di hotel. like my mother, she is a single parent, for sure terasa sakit bile nak keluar duit tu (nak-nak dapat i, yang keluar duit hanya untuk hantaran je..kehkeh) tambah lagi, adik beradik belah my mum semua buat majlis di rumah. i feel so thankful and blessed to have siblings yang very2 sporting dan supportive. thank you so much.. 

i love my mum so much. dari A to Z, dia tak banyak membantah. malah, cakap je nak ape mesti dia tunaikan.. meskipun tak dapat semua, tapi 80% dari apa yang i impikan tu jadi kenyataan. sayang mummy. i'm so proud of you mum! sampai masuk hospital my mum a week before my wedding gara-gara risau pasal my wedding. pengorbanan seorang ibu terhadap anak bongsunya.. akan ku kenang sampai bila-bila. ;)

untuk majlis i, actually i da planned awal lagi. start dari tarikh i bertunang 11.12.10, i da booked mua, op dan ov. dan bulan january da start cari dewan. kat seremban ni, tak banyak dewan. paling baru, diorang upgrade dewan di pusat belia dan sukan paroi. 

tapi apa yang i suka mengenai dewan di klana resort ni, dewan dia besar dan makanan dia sedap jika dibandingkan dengan royale bintang. (tak tipu! ramai yg puji makanan sedap).. dan my sister belah my dad pun pernah buat majlis kat sini 10 years back. so, kira da serasi lah dewan ni dengan hati i.. eceh!

selain dari hall, hotel ini juga kasi you 1 bridal suite dan 3 bilik percuma for family, 50% discount bilik kepada guests yg nak tidur kat hotel, dan  PR dia pun very friendly.. pendek kata, semuanya i sukalah! siapa merancang nak buat majlis kat hotel ni, bolehlah click kat sini : Klana Resort ...

dari hotel beralih kepada decoration pula. untuk bahagian ini, i tak pernah terfikir impian jadi kenyataan. ianya bermula apabila i menghadiri Pameran Pengantin Malaysia anjuran Urbanvibe Event yang turut disertai oleh Nas Great Idea.

Bermula dari pameran pengantin ini, i mula mendekati NGI. Mereka sangat bagus. Yes! Mereka treat saya seperti ahli keluarga mereka sendiri. tak sombong, dan abang nas sendiri masa i ada masalah dengan designer *%&^$ tu, dia sampai nak pinjam baju untuk i. see, hubungan seperti adik dan abang biarpun masa first meeting, i rasa gementar nak jumpa.. maklumlah, dalam hati rasa kecilnya diri ni.. mesti aku x mampu... tapi bila da jumpa, lega rasanya.. malah abang nas cakap, people selalu judge dia sebelum berjumpa.

banyak kali juga lah kami berjumpa dan bermeeting.. malah kunjungan i ke jakarta untuk wedding preparation pun, abang nas yang bantu. dia memang sangat2 tak lokek ilmu! cakapla ape sahaja, dia pasti tolong... thank you abang nas, kak hajar, shazika & semualah.. u all memang the best. 

some people bila tengok my wedding, mesti assume, wow.. mesti berbelanja besar... grand wedding.. superb la ape la tu la ni la.. thanks for ur thoughts tapi semua tu SALAH.. for me, it just a simple wedding. dalam cantik2 pasti ada juga celanya. takkan ade majlis yang 100% perfect kat dunia ni. trust me! like my wedding, ada juga cacat cela.. percayalah, ianya x semahal yang disangkakan !

satu je syarat abang nas kalo u all nak bekerjasama dengan dia, you have to pay all payment before diorang buat pelamin & lain-lain, if not.. mereka takkan pasang..  tapi please jangan malu dan takut nak jumpa dia.. sebab dia bukan macam sesetengah WP yang bila kita sebut bajet, gelak macam nak terguling2 dengan mata terbuntang  pandang atas bawah, atas bawah.. DIA BUKAN MACAM TU. just cakap berapa bajet u all, nanti dia akan tolong. Insyallah.

ok jom layan gambar pula..

The Ballroom
VVIP ROOM 1
fungsi bilik ni adalah untuk bridal menunggu emcee mengumumkan ketibaan pengantin.. tapi kami menggunakannya untuk menunggu ketibaan VVIP. kehkehkeh.
VVIP ROOM 2
ini pula ruang khas untuk VIP.. pihak Allson akan menyediakan air mineral dan jajan untuk vvip makan sementara menunggu pengumuman emcee. nanti i review pasal VVIP yg datang ok.
BACKDROP
ini pula backdrop free yang diberikan oleh hotel untuk meja beradap
tapi oleh sebab i taknak guna untuk meja makan, i suruh mereka alihkan ke meja pendaftaran
KAUNTER TETAMU
thanks to my gorgeous bff, Haziqah, Fatein, Nik & Emmie sebab jadi urus setia tempat duduk tetamu. and especially my floor manager, fazreen sebab bijak dan cekap dalam setiap tindakan. 
decoration by Klana Resort
PAPAN RUJUKAN PARA TETAMU
 ENTRANCE
for entrance, i ada 2 entrance actually. one yang kat atas ni hasil NGI and another one kat pintu depan hasil klana resort... but i like both!
The Lighting, Walkaway & Ballroom
untuk lighting, i taknak fairy light.. cukupla lighting biasa.. natural lighting... manakala, walkaway pula, saya mahukan yang simple supaya tak menganggu tumpuan semasa pengantin berarak masuk ke dewan .. hehehe

MY DAIS
I love my dais.  . saya suka cermin yang besar, rimbunan-rimbunan bunga bergantungan, tapi sayangnya dewan besar tetapi pentas yang kecik...  yang tangga di hadapan tu, dibawa sendiri oleh abang nas.. kalau nak pakai hotel punye, kecik sangat... well, i love this dais so much
HIASAN TANGGA
untuk hiasan ni actually x berapa wajib pun... tapi ni da include dalam package kami tu.. but bila da jadi nampak cantik pula... hehe. hey! jangan syok2 sangat, ada juga yg membantah menda ni tau. tapi ADA AKU KESAH? majlis aku bukan majlis kau ;p
TEMPAT LETAK CAKE
untuk tempat letak cake, sebenarnya ruang yang sangat sempit. silap saya juga.. patutnya kena asingkan ruang tempat letak cake dan dais.. inila yang jadi bila semua nak kat satu tempat. owh ya, please jangan tertipu. tu dummy semata-mata. hahaha. the real cake adalah sebesar telapak tangan saje. dan orang yg kat belakang tu if u can see him, dia pegang piring yang mengandungi cake tu.. hehehe. but don't worry after wedding, pihak hotel kasi sekotak kek coklat.. YUMMY!
TEMPAT BERUCAP
untuk meja berucap ni, pihak hotel menyediakan 2 meja.. satu di atas pentas untuk wakil family berucap dan satu lagi di bawah khas untuk emcee. so xdela kelam kabut.
 MAIN TABLE
actually sampai sekarang still tak puas hati. kenapa kain kuning? bukankah i request for white? haish.. as usual, senyum saja. sebab i tanye pihak hotel dia cakap NGI, tanya NGI dia cakap pihak hotel. ah lantaklah. malas nak serabut! hiasan di maintable ni hasil daripada NGI dan pihak hotel. kat atas meja tu by NGI, dan bawah2 dan ice craving ni by hotel. tapi nak tahu satu cerita? actually kain kat belakang tu at first place senteng... tataula nak cakap camane.. tapi syukur alhamdulillah, abang nas tolong tanpa charge tambahan... terima kasih sangat-sangat...


Overall, saya berpuas hati lah dengan hasil kerja NGI... menda kecil-kecil tu tutup sebelah mata jela. anggap xde rezeki. hehe.. post ni just nak sharing my experiences tau. bukan nak menunjuk. coz ada yg minta review pasal dewan & lln. please jangan nak fikir bukan-bukan.

just my two cents, kalau nak buat majlis di hotel, rancanglah dengan betul. ini bukan kerja mudah. saya ulangi BUKAN KERJA MUDAH. lainlah kau duit berkepuk2 and u can hire preston bailey for ur wedding. dan kalau da dapat peluang nak buat kat dewan, buatlah dengan betul. biarpun dewan yang murah, tapi decoration memainkan peranan penting dalam setiap event. tak guna DRESS  harga 20k-50k, tapi hiasan out. coz people x kan bawak balik cerita pasal baju u, people don't care about that pun. alih-alih baju tu jadi simpanan kat dalam almari. but kalau people feel so comfortable dan happy, and amek mood masa majlis tu, tu yg dia akan bawa. besides that, dalam gambar pun xde cakap owh my baju cost 30k. TAKKAN! tapi kalau hiasan yang cantik, orang akan perasan. so, nasihat saya, baju simple takpe, asalkan decoration cantik. kalau x mampu, DIY pun okay. i have a few b2b friends. their wedding is super awesome. hasil DIY sendiri kot!

dan satu pesanan saya juga, kalau ada menda yang tak puas hati, just smile. memang wedding takkan perfect 100%... even kau anak somebody pun mesti ada cacat celanya.. tapi, its ur wedding day. PASRAH! enjoy every single moments. kadang2 perasaan tu boleh jelas dan nyata terpancar kat muka kita. so, usah biarkan perasaan tu menguasai diri anda. tukarkan dengan fikiran yang positif.

dan saya berterima kasih sekali lagi kepada NGI & team, dan pihak hotel ... especially NGI, yang banyak membantu. masa meeting cakap half fresh flowers dan half artificial flowers, tapi masa majlis semua fresh flowers. terkejut den! thank you so much. abang nas memang baik... siap mendengar masalah pasal designer  *%*$&# tu jam 3 pagi. hahaha. terima kasih. 

saya happy bila tetamu2 balik sambil pegang bunga. ada yang bawak satu jambak.. ada yang balik, dan text, weh tengah mandi bunga dan macam-macam lagi. hahaha. suka dan puas hati bila semua yang hadir puas hati (erkk yg tak puas hati tu sorry la eh...) 

terima kasih sekali lagi kepada semua VVIP dan guests...

Sorry tak dapat nak jemput ramai... T_T


* pictures credit to Mohd Ming, Nik Nurul Jannah, Adila Ishak, Haziqah Yusof & Nana Karina*
American Airliner Plane