Latest Posts


.hi peeps.

i'm still awake. yes. 5.01am now.
can't sleep!!

semalam bercerita pasal hantaran
today nak bercerita pasal gadis dulang
or my dayang2 yg membawa dulang

for my side, i pilih theme chocolate
coz my family pakai chocolate
kain i sediakan, cuma tempah tu, i suruh masing2 handle
and mestila lepas majlis tu
kain tu menjadi hak milik masing2
cuma i tetapkan design KEBAYA ONLY!

jenis kain, lace+ satin
i beli murah kat jakarta
kalau kat sini, tataula berapa price dia
but mesti lagi mahal compared dengan harga sana

mereka ni terdiri daripada my BFF
dan juga niece and saudara
semua still bujang!!

total = 10 orang, 1 orang tu jadi my bridesmaid
and lagi 9 bawa dulang

nasib semua besar2
sebab i pun x sangka hantaran i beratnya MASYALLAH!

tapi terima kasih sebab sudi jadi dayang2
walaupun ada yg hampir2 terjatuh sebab hantaran yg berat

U GUYS SANGAT PRETTY!!

My Dayang-Dayang



For his side, at first place, i nak lelaki actually... but mereka kekurangan ahli keluarga lelaki.. bukan takde, but kebanyakan tak cuti.. tambahan lagi, masing2 kat terengganu...

tapi tak kesahlah kan..
yang perempuan-perempuan pun jelita dan anggun gituww

kain for dulang2 pun i beli kat jakarta
but it was on may, <- my first wedding-P trip
when i still tak decide nak theme ape

dah balik malaysia baru rasa alamak..
kenapa cream... sebab i nak hijau actually

sebab ini inspirasi saya

"POKOK"

coklat - batang
kuning - buah
hijau - daun


why pokok? sebab saya suka alam sekitar
eh tetiba.. hahaha

tapi hentam sajalah..
da terbeli.. tapi bila da siap nampak cantik pula
hehehe

semua comel-comel belaka
yes paling tya pun muda setahun dari saya
selebihnya still belajar kat U, form 3, dan paling muda form 1

design baju i tetapkan
exactly macam i pakai masa my sis's wedding


and i was suprised to see their scarfs
tu idea my mom-in-law
soooo cantik!!
tak sangka semua sedondon

apapun, kesian juga kat mereka
even hantaran belah lelaki tak seberat my hantaran
but still consider "berat" juga

but mereka bersungguh2 bawa hantaran tu
terima kasih
(^_^)

His Dayang-Dayang



terima kasih kepada semua yang terlibat jadi dayang-dayang
u guys did a great job
cuma terkilan sebab my photographer tak amek gambar mereka ni semua
combine kan both side, and bla bla bla
walhal i told them already
nevermind, menda da lepas

Chill!
happy new year peeps.

the first entry in 2012... yeay! sorry and sorry and sorry lama x update.. quite busy with my housewife routine. well, i'm enjoy every moments of it.

jadi isteri ni tak senang. but yes, senang masuk syurga and senang masuk neraka.. so, kena pandai memainkan peranan n tanggungjawab .. betul tak? hehe..

so, today.. i nak review pasal my hantaran. lama tak update.. agak2 ada ke orang nak baca eh? hentam sajalah...

so, my hantaran was made by Yuana Salleh.. both side actually. memang mula2 rasa nak DIY hantaran belah i, but, last minute, keadaan yg sangat busy menyebabkan kelam kabut dan tak cukup masa.. so, i decided Yuana jela buat semua. lagipun dia kasi harga kawan-kawan. memang murah lain dari yang lain...she said as my wedding giftla.. hehehe... thanks Yuana..

She is so cute, creative anddddd baik.. tak tipu!

so, jommmm tengok hantaran kami...

From me
(9 dulang)


antaranya :

belt & wallet LV

jam tangan

artisan du chocolat & crabtree and evelyn chocolates, biscuit & jam

gucci shoes

macarons

 apple

 al-quran

chanel

sireh junjung

p/s : i'm sorry to all my bridesmaids. kesian terpaksa bawa hantaran berat-berat
tak jangka seberat ini.. i'm so sorry :(

____________________________________

From Him
(7 dulang)


antaranya : 

 sejadah

 sireh junjung

wang hantaran 

kasut tods

set chanel

handbag burberry

and last one :
mas kahwin & rantai which i don't have any picture

tunggulah dari official photographer
hehehe :p

i loveeee my hantaran so much!!
thanks again Yuana
^_^

NASIHAT SAYA :

sila beli hantaran awal. lagi bagus beli satu bulan 1 hantaran..
sebab lagi nak dekat hari kahwin, lagi banyak duit mengalir.

kurangkan kuantiti barang, lebihkan pada kualiti
janganlah sampai berbelas-belas, tapi hantaran nan hado
baik sikit, at least berbaloi-baloi

hantaran lebih baik beli yang PAKAI
bukan pada makanan mahupun barang-barang mcm potpuri tu
sebab akhirnya tak nampak apa yg tinggal
barang at least boleh buat kenangan

hehehehehehe


hi uols... update lagi... and today i nak cerita pasal entertainment of the night.. I mean masa malam resepsi tu... 

actually, pada mulanya, i da booked satu band ni masa pameran pengantin kat picc dulu yang kononnya boleh nyanyi apa juga lagu.. tup tup, dia cakap... sorry kitorang tak boleh nyanyi lagu tu.. WHAT?? LAGU senang macam anuar zain tu pun kau tak boleh nyanyi ke? pfffftttt!!! sila gulung tikar pls!  cakap bukan main lagi.. promote diri mengalahkan Siti Nurhaliza, last-last kau cakap kau reti nyanyi lagu pengantin je! siapa nak tahu band apa, boleh email i.. nanti i bagitahu ok.

bukan i tak letak band yang i perform masa wedding ni as the first choice... tapi tu la orang cakap nak murah, sekali HAMEK KAU!! taubat dah takkan amek brand cheapskate! tuih! hahaha.. dan, selepas kejadian tu, I email kak zura balik and Alhamdulillah. Kak Zura still available masa my wedding.. *muke gedik hidung kembang kempis terharu*

Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik kejadian ngeri ni.. memang nak ditakdirkan Kak Zura menyanyi pada malam tu and yes, we all sangat satisfied dengan band EZURA ENTERTAINMENT NI.. kak zura ni sangat hardworking. bayangkan, ada rehearsal on friday, dia sanggup datang! and masa my wedding tu ada sekali lagi rehearsal, pun dia datang jugak.. and don't worry dia boleh di negotiate .. and very friendly.. luv u kak zura! hehehe



Ezura Entertainment
019-2261976 (ezura)
ezurarazali@yahoo.com

i'm so glad to have them at my reception night. even tuanku muhriz and isteri pun suka dengan band ni.. siap tanya siapa penyanyi semua... memang bestla suara kak zura!! thanks kak zura and the team.. korang memang sempoi.. and ramai juga yang bertanyakan siapa yang nyanyi malam tu.. jawapannya adalah KAK ZURA sendiri!! curlasssstttt gitu!!

kebanyakan lagu yang kak zura nyanyi malam tu adalah lagu-lagu pilihan i yang ada kait paut dengan lagu kesukaan tuanku muhriz...dan kak zura very understanding .. tak payah nak cakap lagu apa, cakap je nak genre camana, nanti dia terus listkan tajuk lagu and just pilih je nak lagu apa. senang kan?

and kak zura pun ada review about my ceremony in her blog : Ezura at TATIE's WEDDING

p/s : alamak.. last picture kat entry kak zura tu nampak sangat huduh wajahku. muke tengah stress dengan protokol! ekekeke. rasa nak minta tolong delete je gambar tu.. hehehe

 mari bercerita pasal doorgift.... untuk doorgift, serious tak memeningkan kepala. sebab i da plan lama da nak kasi apa for guests. yang peningnya cuma $$$$$$...=p

untuk doorgift ni, terbahagi kepada tiga kategori..NIKAH, SANDING dan BERTANDANG.. and i tak menghabiskan banyak duit untuk doorgift.... cukupla sederhana bahagian ini pula. lagipun, i'm sure, a few je yang simpan dan lain-lain buang after makan or letak kat mana-mana dan akhirnya jadi bahan buangan.. tak seronokla macam tu kan?

NIKAH
untuk nikah terbahagi kepada beberapa bahagian, VIP, DEWASA dan KANAK-KANAK..

VVIP
vvip takdela bermaksud dato' datin, puan seri tu semua. what i mean, adalah very important people yang menjayakan majlis nikah ni.. macam tok kadi, saksi, wali dan lain-lain... Kira macam penghargaan la untuk diorang. hehehe. FAHAM?

ferrero rocher di dalam mini carriage

Ribbon - DIY sendiri, sambil dibantu oleh my stepmom
carriage - beli di sri kembangan

DEWASA
 bahagian ini yang paling memeningkan kepala.. sehinggakan seminggu sebelum majlis barulah dapat kata putus nak kasi apa.. alasannya, kotak ni da tempah since june.. so agak blur, ingat-ingat lupa saiz dia besar mana. haha.. 

bahulu bunga 

Kotak - Seri Sireh Jalan Pudu
bahulu bunga - bangi

KANAK-KANAK

actually at the first place takde pun tersenarai untuk kanak-kanak ni. but since Seri Sireh kasi free kotak kecik ni, maka wujudla istilah "untuk kanak-kanak"... dan isinya dah tentulah berkait paut dengan kanak-kanak.. hehehe. 


kotak - seri sireh
label - buat sendiri
isi - coklat & gula2 from Mydin & setengahnya my sis bawa from UK

dah habis bab nikah.. jom sambung bahagian majlis resepsi pula. 

MAJLIS RESEPSI

Untuk majlis resepsi pula, terbahagi kepada tiga juga, iaitu dewasa, vvip dan bunga pahar.. (aik? bunga pahar pun termasuk jugak ke ??)

GUEST

memandangkan jumlah tetamu tidak ramai, maka tiada masalah dalam hal ni dan doorgift ini disusun mengikut setiap kerusi yang ada... so, jumlah tetamu saya hanya 800 orang sahaja, maka 800 kotak sahaja yang diperlukan. hehehe. Corak doorgift pula diseragamkan dengan corak kad jemputan..
 (i love my invitation card!! how bout u?)

ini kad jemputan saya... simple je kan?


Kotak - Hansprint Jakarta (murah je rm1.20/box)
Coklat - Fidani Shah Alam (link dia :




Kotak Kaca - SSF (rm13.80/box) *murahkan?*
ribbon - DIY sambil dibantu oleh stepmom
isi - coklat patchi

p/s : untuk YPBNS & isteri, my mum kasi doorgift tambahan.. nak tahu apa? rahsia.. !! hehe

BUNGA PAHAR
untuk bunga pahar pula, kitorang still berpegang pada adat lama.. iaitu bunga telur. fully sponsored by my sis.. mekasihla ye...  ikut theme colour, iaitu dusty pink... hehehe...



Bunga Pahar - Zura Creations
isi - telur

MAJLIS BERTANDANG

untuk majlis bertandang, kitorang tempah kat Kajang, Lovedheart. harganya pun sangat murah! kitorang grab offer ni masa pameran pengantin kat stadium shah alam dulu.. dan mix-mix kan dengan doorgift yang lain. hehehe. Jom tengok!

campuran doorgift
 chocolate bar
 kotak by Lovedheart, dan bunga pahar by ThankQ Nilai
 chocolate rose by Lovedheart

Kotak besar - Lovedheart

Isi dia

For Men :
chocolate bar, bahulu, telur dan mix gula-gula

For Ladies :
chocolate roses, bahulu, telur dan mix gula-gula

yang uols nampak kotak songket tu, tu untuk kanak-kanak.. i purchased kat bandung.. kat sini harga mahal sikit berbanding sana. kat sana, 40 sen da boleh dapat... murahkan? dan bunga pahar pula, i beli  kat ThankQ Nilai 3.. kalau nak tahu bila i beli? 4 hari sebelum majlis! hahaha.

and actually ada doorgift untuk maintable tapi, i lupa nak ambil gambar...hehehe...ampun buk!
hi peeps.

saya masih di terengganu. menghabiskan cuti encik H bersama family2 baru. live in here is so different from there. sangat berbeza! sangat menenangkan sambil menghirup udara yang segar... Ahhhh NYAMAN! =)

so today, i nak cerita about my make up artist. for your information, i da booked sue cantik, one year before my wedding. as i said before, kalau nak mereka yang top-top ni make up haruslah booked seawal yang boleh dan kalau booked last minute, jika dapat itu adalah rezeki anda! Jika tak dapat usah berputus asa. Cari yang lain. Semakin hari semakin ramai MUA yang kreatif! Cuma satu nasihat saya, jangan nak yang murah sahaja, or nak yang simple saje, sebab make up masa wedding lain. Harus diadun rapi supaya nampak cantik dan berseri dalam gambar. Biarkan saja mereka melakukan tugasan mereka. Kadang kala, kita rasa rimas make up tebal2, tapi itulah yang akan buat anda nampak cantik dalam gambar nanti! trust me!

JOM TENGOK HASIL MEREKA BERTIGA.I letak price sekali bagi memudahkan anda mengetepikan budget kahwin anda.

TIPS!!!!
tuam ice malam sebelum majlis, sejam before bermake-up..
bagi make up tahan lama dan wajah lebih fresh dan berseri-seri !!


Akad Nikah
Mua: Nana
Price : RM550

if you stay at Seremban, i bet, you mesti kenal dia. Dia adalah professional make up artist and also owner salah satu butik pengantin kat sini. My family, regular customer Kak Nana. Dia juga my mua for pre-wedding (english theme). Actually, pagi tu rushing juga, yela pengantin yang lenggang lenggok ni, baru nak mandi jam 7am, nikah kul 9. hahaha. nasib ada kak nana. apa yang saya suka pada hari tu - my hair... dia upkan sikit my hair before letak veil. Apa-apapun, harga masih boleh dibawa berbincang. Thanks Kak Nana.


Bride's Reception
Mua : Sue Cantik
Price : RM 1300

Siapa tak kenal Sue Cantik.. Bloggers-Bloggers yang lain pun banyak review pasal dia. MUA for Umie Aida dan lain-lain, I bersyukur dapat sentuhan dari Sue. Orangnye kecil molek dan very friendly. Kalau nak bergosip, ajaklah dia. She knows everything! Secara kebetulan, masa my wedding tu, Sue pun make up pengantin lain kat seremban. So, xde hal untuk de sampai awal. I pulak yang terkedek-kedek petang tu. Well, letih ok. Nikah jam 9pagi, by 2pm da kena ada kat dewan for rehearsal and make up bermula jam 5pm. Letih mak cik! I booked kat Sue akhir 2010. Hehehe. Setahun jugaklah... Thanks Sue Cantik and team!


Majlis Bertandang
Price : RM 1600

Kalau Sue Cantik sering berkoloborasi with Nas Great Idea, begitu juga dengan Aleng Tohara yang sering bekerjasama dengan Pak Abu dan Cosry. I'm so lucky sebab dapat Aleng for my majlis bertandang.. I booked dia last minute, bulan May if tak silap i. Luckily, Aleng still available on my date. Alhamdulillah. Sangat best mengenali Aleng, jejaka yang handsome dan humble. Owh, dia siap ada photographer khas - Shahrul, untuk amek gambar client-client dia. Katanya bagi memudahkannya, sebab kadangkala pengantin nampak cantik di luar sahaja, dalam gambar tak cantik. I trust Aleng so much. Aleng juga seorang tenaga pengajar kat SM(T) Vokasional Shah Alam, mengajar Seni Makeup dan rambut! Dia memang mahirlah bab rambut dan make up. I sangat berpuas hati dengan hasil make up Aleng Tohara. Many of them said, Aleng punya make up is better than the others. Pendapat mereka lah.. hehehe. Ohhh sesiapa yang nak aleng make up, kenalah kasi aleng FB or gambar dulu. Bukannya ape, aleng cakap, dia nak mengkaji terlebih dahulu, make up camane yang sesuai for his clients. Karang salah make up, jadi opera cina pulakkan.. hehehe. Good Aleng!!



well, make up yang cantik akan lebih berseri dengan contact lens bukan? thank you so much Sarah Hernyzar ... I purchased 3 different lens from her. Sesiapa nak mata yang cantik, besar dan bundar, bolehlah contact Sarah. even, Sue Cantik pun suka lens sarah ni. Sangat selesa! Harganya memang jauh lebih murah dari pasaran. RM20/lens.

make up : by Aleng Tohara


THANK YOU SO MUCH TO ALL MY MAKE UP ARTISTs
sangat berpuas hati dan gembira dapat sentuhan make up dari anda semua.
Jika diizinkan, berjumpa kita lagi di masa yg akan datang
TERIMA KASIH !!!
American Airliner Plane