Latest Posts

jika lihat pada zaman sekarang ni, manusia sanggup buat apa sahaja demi mencapai impian mereka. salah satunya adalah nak kahwin ala-ala fairy tales wedding.. 

tak terkecuali saya yang memang dari kecil suka pada apa sahaja cerita mengenai fairy tales... dari cinderella sampaila penghujung... memang GILA pada cerita-cerita sebegini dengan harapan mendapat putera kacak seperti hero dalam filem kartun ini suatu hari nanti! hahaha..harapan la kan!

apa kaitannya dengan entry kali ini? ya memang berkait rapat! pernahkah anda terfikir kenderaan impian anda semasa wedding nanti? ada yang mahu menaiki kereta kuda, limo dan lain-lain lagi... *pengaruh kartun yang sangat kuat*

jom cari idea.... kenderaan apa yang saya impikan semasa kahwin nanti... ade fulus naik heli, takde fulus jalan jelah kaki!


helicopter

|| kalo kaya raya apa salahnya? Kat Malaysia ni bukannya takde orang menggunakan heli sebagai kenderaan pengantin... kalo duit da berkepuk2 bolehla kan kalo xde meh duk diam2||

limosin

|| rasanya sesetengah hotel menyediakan service limosin percuma kepada pengantin-pengantin yang melangsungkan perkahwinan mereka di hotel itu ||

kereta kuda

|| ini adalah paling paling famous among all. saya pernah berangan nak naik kereta kuda mase kahwin nanti. Y not? Mawi ngan Ekin naik kereta kuda kot.. apa salahnya bukan? tapi mum cakap satu-satunya hotel yang ada menda ni adalah Palace Of The Golden Horses so jangan bermimpila nak naik kereta kuda kat seremban ni||


naik boat

|| kalo sungai kat pahang, sabah & sarawak bolehla kita naik boat/sampan ke rumah pengantin sebab sungai diorang memang bersih... tapi kalo kat KL takkan nak merentasi Sg Klang? hahaha.. keje gila namanya!||

kereta antik

|| aha.... before this pernah baca B2B nak buat camni.. but lupa lah siapa... idea naik kereta antik memang best... nak-nak yang terbuka kat atas...tapi cam tak sesuai je kat negara ni... silap aribulan berpeluh-peluh terpaksa makeup lagi sekali ||



kereta lembu

|| kereta lembu ni sangat terkenal masa zaman dulu kala especially di Melaka...comel gak kalo pengantin naik kereta lembu cam gambar kat atas ni.. (^_^) ||



bertandu/diusung

|| biar mati anak, jangan mati adat! FUH... hebatnya manusia kerana berpegang pada adat! bertandu atau diusung semasa majlis.. hebatkan?||
___________________________________

okay dah stop dreaming
so, which one jadi pilihan?
(^_^)

p/s : jalan kaki sudah! jimat duit

____________________________________
Hello Girls & Guys,

Adakah anda masih mencari orang untuk membuat hantaran? Dah jumpa tetapi mahal? or dah jumpa tetapi tidak berkenan? dah berkenan tetapi mahal? Today, i nak cerita sikit pasal hantaran or pembuat hantaran. Sebab i pun tengah membayangkan decoration hantaran yang sesuai for my solemnization nanti.. Here, ada beberapa pembuat hantaran yang i rasa okay.. best and affordable.. "SAVE YOUR MONEY FOR YOUR WEDDING"... Biar simple tetapi GLAM!





____________________________





___________________________






__________________________



_____________________________




____________________________





_____________________________




___________________________





____________________________





______________________________





____________________________





_____________________________




_________________________________





________________________________





and this is my hantaran masa tunang aritu...
made by Man Kajang




Dapatkah anda membezakan mana satu artifical flower dan fresh flower? Nak ambil mudah, nak jimat gunalah artificial flower. Nak glam gunalah fresh flower. TAPI ADA PERBEZAANNYA. Mengikut kajian dan interview saya terhadap beberapa pembuat hantaran dan juga wedding planner, antara sebab mengapa fresh flower menjadi pilihan adalah kerana ia mampu menaikkan seri gambar itu nanti. 

contohnya



Lihat perbezaannya... yg kiri fresh flower dan kanan artificial flower..memang sama, kalo ia di-print dan dimasukkan ke album, yang fresh flower itu lebih menyerlah berbanding artifial flower..& Nas Great Idea pernah cakap kat I mase I buat survey, sometimes, artificial flower lagi mahal dari fresh flower especially yang nampak macam bunga betul.contoh macam pelamin yang direka oleh Razak Ahmad ini

nampak glam and superb kan?

Mana ade fresh flower sebesar tu uolz... So, tentulah tu adalah artificial flower... 

Majority pembuat hantaran & pelamin ni, mereka menggunakan artificial flower ni sekali sahaja. Artificial flowers pun ada banyak jenis. Kalau yang berkualiti dan rupanya seakan-akan bunga betul, harganya pun boleh tahan mahal.

Tapi for me, i pilih fresh flower. Sebab gambar nampak lagi fresh. Kalau boleh biarlah apa yang boleh disentuh itu adalah fresh dan yang tidak boleh disentuh, misalnya pelamin di atas pentas (bagi dewan), adalah artificial flower. Rata-rata wedding planner yang saya survey pun memberi pendapat yang serupa...

Tapi tak kesahla.. mana-mana pun okay. Yang penting bijaklah dalam mencari tukang buat hantaran atau DIY hantaran tu sendiri. INGAT, jangan nak jimat sangat tetapi hantaran ntah macam hape.

Salah satu cara nak berjimat adalah dengan mengurangkan jumlah hantaran. Toksahlah hantaran sampai berbelas-belas dan sampai berpuluh-puluh. Pastu decoration out! Beli something yang pakai, makan, pakai, makan. Haha.

** 0wh, kalo nak beli barang tuk DIY, *bunga hidup* baik beli di pasar besar, bagi mereka yg duduk di KL, kat Petaling Street ade jual bunga fresh flower seawal pagi khas dari Cameron Highland dengan harga yg murah | kalo nak artificial flower kat Mines tu banyak kilang dan harga pon berpatutan **

Perkahwinan adalah mungkin sekali seumur hidup sahaja, tetapi gambar kahwin anda tu akan dilihat berkali-kali! bukan anda sahaja, anak anda, cucu anda or kalau sempat cicit anda pun akan tengok. NEVER ENDING! Biarlah kesempurnaan dicari bukanlah berdasarkan kuantiti berapa hantaran yang anda kasi... 

p/s : tips nak dapatkan harga murah adalah, rajin-rajin meng-google.. kadang2 mereka yg newbies dalam bidang hantaran ni biasanya lebih murah daripada mereka yang dah bertapak lama.. selain tu anda juga dapat ilham dan idea jika mahu menghasilkan hantaran sendiri. (oh i pernah tengok ex b2b buat hantaran dia.. so cantik!! tp lupa link dia...hahaha)

Kalau nak jugak tempah kat pembuat hantaran yang anda suka, rajin-rajinlah view blog/fb mereka.. kadang-kadang mereka buat diskaun besar-besaran.. sekaligus dapat membantu anda .. dan ingat, belilah hantaran satu persatu. Contohnya anda kahwin bulan 12, start dari bulan januari, belilah satu-satu hantaran untuk setiap bulan.. supaya nanti duit yang mengalir keluar tak rasa sangat.

Beli barang hantaran time sale adalah satu tindakan yang bagus.

_______________________________

sumpah hilang terus selera makan pas menonton video ni. segala urat terpacak naik mengalahkan mat rempit dan segala bulu meremang dengan pantas... euwwwwwww!!! stop tatie! u are so disgusting... erghh... bluwek! tak aci la kalo aku je yang muntah pas bace entry ni.. korang plak bersenang lenang kat umah tu.. owh tidak! ini tidak adil...

so b2b di luar sane just imagine, perkara ni terjadi kat anda seminggu b4 ceremony? me? okay sumpah aku sanggup tunda tarikh. kahkahkah.. but seriously, ini adalah nightmare! takut gile.. syukur kepada Allah muke ni jarang naik jerawat.. alhamdulillah.

JOM... lihat video ni but, sebelum tu sediakan baldi sebelum berlaku adegan muntah! zassssss~

credit to : TUAN PUNYA BLOG
dari blog dia, aku bawak ke sini
selamat menonton!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


1) basuh muka sampai bersih sebelum tido
2) elakkan pakai make up selalu
3) elakkan makan makanan yang berminyak
4) jangan tido lewat & cukupkan waktu tido anda
5) banyakkan minum air suam
6) elakkan asap rokok drpd terkena kulit muka
7) cuci muka dengan kerap
8) lakukan facial dengan kerap
9) pastikan tisu pelembap cam bayi tu sentiasa ade di handbag anda
10) jangan bagi muka berminyak @ berpeluh
11) makan banyak buah-buahan & vegetable
12) elakkan makan budu, belacan & sbgnya
13) elakkan makan kacang
14) buat skin test kat klinik pakar tuk tahu apekah yang anda alergic, lain orang lain alahannya
15) masa basuh muka, amalkan bacaan selawat dan hembus pada tangan kemudian sapu pada muka (cam aku selalu buat)
Salam semua...

Today I nak cerita pasal bertunang or berkahwin di usia muda. Ape kehe nye yob tetibe nak cite gini???Ramai antara kawan-kawan I nak bertunang dalam masa terdekat ni tapi fulus takde. Ada yang dah nak kahwin tapi usia muda sangat.. Haaaa begitulah kisahnya..

First of all, I think, sekarang trend kawen awal.. Sebab ramai kawan-kawan I kahwin tahun ni.. hehehe Termasuk saya sendiri.. *blushing*.... ehhh gediklah kau! dushhh dushhh dushhhh...!!!

Ehh betul. Bila i sebut je KAHWIN, diorang mesti balas dengan pelbagai tanggapan 'kahwin awal', soalan dan banyak lagi lah. jenuh nak menjawabnya.

Kawan-kawan, bila nak buat majlis-majlis sebegini, TOLONGLAH JANGAN NAK COMPARE DIRI ATAU MAJLIS ANDA dengan si polan tu si polan ni. Memang takkan tercapai niatmu itu. Memang adakalanya kita nak buat majlis yang orang cakap WOWWWW!! Tapi bila apa yang kita impikan tu tak dapat, nanti kita akan rasa down gile... x_X

Ini nasihat i buat mereka yang nak berkahwin or nak bertunang. Sebab i mengalami perkara yang sama. Benda-benda berkaitan dengan angan-angan ni kadang-kadang buat majlis tu jadi berat. Sebenarnya kalau nak bertunang, takdela pakai duit banyak mana pun. tak perlu majlis se-GAH anak raja bagai.

SEDIKIT TIPS UNTUK BRIDE-TO-BE

1- Buat plan awal! Jangan buat last minute plan. Sebab lagi lama tempoh masa untuk you all deal ngan vendor lagi murah korang dapat. Kadang-kadang  tarikh semakin hampir, lagi diorang ni semua up kan harga dan bila dah tau tarikh majlis pertunangan atau pernikahan cepat-cepat pegi book vendor yang you all idamkan. GO NOW.

2- Nak jimat? buat hantaran sendiri. Senang je nak buat hantaran pada masa ni.. Kat internet sekarang banyak tutorial pasal hantaran or beli majalah pengantin ...

3- Tak perlu lah hantaran sampai berbelas-belas. Ini budaya melayu. Kadang-kadang hantaran 9 tapi bila majlis jadi 13. Cuba kurangkan sikit. Tak perlulah nak kasi potpourri ke. Benda-benda camtu. Sesetengah orang, sampai 3-4 macam kek dalam hantaran, kek lapis lah, kek coklat lah dan banyak lagi. Tahu tak kalau lagi banyak hantaran, lagilah menyusahkan hidup anda kelak. nak sewa dulanglah, nak beli bunga-bunga untuk hiasanlah. So, cut the budget! Tak perlu sampai cupcakes dan cake dalam satu masa. If nak kasi, kasi as a gift. macam I dulu, I kasi pulut kuning time merisik. So, kalau nak kasi, asingkan, masa rombongan nak balik, kasilah by hand. letak kat paperbag yang comel-comel.

4- Make up sendiri... jangan takut. adakalanya make up sendiri tu lagi baik dari orang make up kan... betul.. banyak I da observed.. diorang ni sweet, tapi bile time majlis tunang or kahwin.. mak aiii... cam hantu opera cina.. ade yang pakai bulu mate senget.. hishhh!!

5- Buat mini pelamin sendiri... tengok mini pelamin masa tunang I. Tu buat sendiri hasil pertolongan abang. DIY ni ikut creativity anda, paling penting PUAS HATI. Kalau pelamin korang cantik, orang mesti akan tanya, "eh mana kau tempah ni ha???". time ni la korang boleh promote. haaa lebih best lagi, korang boleh set up business cam ramai ex-B2B buat ... Sewa barang-barang tu.

6- Catering kampung, What i mean in here, gotong-royong masak ramai-ramai cara kampung. Tak tahulah kat kampung korang camane. But certain area, ade majlis masak beramai-ramai. Khususnya di johor.. bergotong royong masak lauk pauk tetamu...

7- Tempah baju kat tailor biasa. Kalau nak jimat, jangan tempah kat designer. Kadang-kadang, bila tempah kat tailor biasa korang akan dapat hasil kerja lagi memuaskan. Tapi awas, jangan tempah kat tailor bukan-bukan. Sebaliknya survey dulu latar belakang tailor tu..

8- Pilih kain yang boleh dipakai banyak kali... Nak jimat lagi ameklah kain chiffon ke or kain yang boleh recycle.. lainlah kalau anda ni jenis banyak function kat hotel, or dewan.. then bolehlah tempah lace. mane tau boleh pakai lagi. sebab kadang-kadang baju tu pakai sekali sahaja. After majlis, terus buat pekasam kat almari. Hurmm.

9 - Beli barang hantaran awal... saya suggest list down barang apa yang anda nak.. lagi satu, please beli barang yang boleh dipakai bukan barang hiasan semata-mata! belilah barang hantaran time sale/promotion. kalo macam branded item tu, kalau kenal siapa-siapa nak pergi oversea kirim sahaja kat diorang or now banyak yang jual ONLINE. 

Sebenarnya banyak lagi cara nak save budget and masa dalam tempoh pertunangan ni adalah paling manis maklumlah "DARAH MANIS".  Siapa cakap banyak gaduh? Taklah, kita lebih serasi dan memahami tunang kita dan dah mula pikir pasal masa depan. Cewah. Hahaha.
American Airliner Plane