Latest Posts

Mencari idea untuk wedding dress? JOM kita tengok website Monique Lhullier (jangan tanye camane nak sebut nama ni, sebab lidah aku pun berbelit nak sebut!) .. Dia ni seangkatan dengan Vera Wang.

Jom jenguk design Monique Lhuillier. Cuci mata sikit. Mana tau dapat idea nak buat dress design macamana, warna apa, ropol banyak ke tak dan lain-lain lagi.

sesuai untuk mereka yang kurus dan tinggi

kalo camni okay tak???
tak okay sebab cik tatie gemukss

lawa tak?

buat kat dewan lawa ni...

persis wedding dress Umie Aida

lain-lain dress :




... urmmmm...


untuk idea yang lebih menarik, sila ke website mereka:
Pre-wedding Photoshoot Tema Kampung

Selesai sudah my first pre wedding bertemakan cinta budak kampung. Cewah! Dari shah alam kami ke Kuala Pilah. Semua sebab nak menjayakan sesi pre wedding ni. Thank you so much Syimmir sebab sponsored we all pre-wedding ni. Dia adalah my ex schoolmate masa kat STTJ dulu. hehehe.. Thank you.

NAMA :
CINTA ABU DAN JOYAH

TEMPAT KEJADIAN :
KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

PHOTOGRAPHER:
SYIMMIR IZZAFY dari
MUKHRIZ LATIF & UDEY ISMAIL PHOTOGRAPHY


mengisahkan tentang cinta seorang perempuan bernama Joyah














Thanks family tuan rumah kerana sediakan makanan tengahari & durian tuk kami..
"heh sodap sodap.. den suko!! tengkiu very much!"


Okay tak boleh cerita lebih-lebih.. Nanti tak suprise... Nantikan episod cinta abu dan joyah di FB @ BLOG Mukhriz Latiff & Udey Ismail Photography. hihihi... Tapi tak tahu la bila. Kata abang photographer, nanti dia bagitau.. TUNGGU.. 


Thank you kepada semua yang terlibat! Shooting kat kawasan kampung memang best! Durian, kambing, sawah padi, kolam ikan, boat and semualah.. Terima kasih. Pengalaman yang sangat berharga. (^_^)

p/s : keletihan! SHAH ALAM-KUALA PILAH - SEREMBAN - SHAH ALAM!!! bye. o_O

Sedang merancang percutian bulan madu anda? Inilah peluang terbaik untuk anda berjimat! Qatar Airways kini sedang menjalankan promosi besar-besaran. Beli DUA tiket pada satu harga! WOWWW!! Jimat bukan? Anda dan partner tak perlu susah payah mengorek tabung dan pening kepala mana nak "CEKAU" duit!

Promosi ini dijalankan bagi meraikan destinasi ke-100 Qatar Airways! Ya kini, Qatar Airways dah terbang ke 100 destinasi di serata dunia! Di samping itu anda juga berpeluang untuk 'transit' di Doha! WOWW WOWWW WOWWW! Okay serious ni memang best! I penah naik Etihad & Emirates, but Qatar Airways is the best airlines between ketiga-tiga airlines ini... Pergi Doha sape tak mau? Makan best-best kat dalam flight pun sape tak mau? Semua best!

Tempah tiket anda pada 7th dan 8th April (supposedly start today but technical probs, diorang lambatkan sehari) ini untuk penerbangan pada antara 1st May dan 10th June!!! Musim cuti sekolah bukan? Inilah masa untuk bersuka ria bersama family dan teman tersayang! Book sekarang!!! Rugi kalau lepaskan peluang ini!

Untuk keterangan lanjut, sila click link ini : QATAR AIRWAYS

~ SELAMAT BERCUTI!!!
yipeeee!!! thanks CST Production!

Semalam mase tengah syok blogwalking... Suddenly, i terpandang post CST ... Mula2 mereka bercerita pasal contest menang percutian ke Phuket selama 4 hari 3 malam .. Setengah jam selepas itu, i terpandang something!!! WOWWWW...CHEAP!

TAWARAN HEBAT from rm400 boleh dapat rm99 je for motion slide. Apa lagi menjerit la i. memang i nak benda ni sangat2. baru pas survey kat candid syndrome. but so expensivelah starting price 8k. Pengsan mak nok! 

Bile CST buka peluang camni, I pun buka mata luas2. hahaha. tempat terhad! Hanya 20 tempat sahaja! I pun ape lagi, dengan selekehnya, salin baju terus pergi bank and bank in duit! Alhamdulillah.. I berjaya dapat grab promo ni... yahooo..!!!

Now, i can save my money!! Tak sampai beratus-ratus pun. But I hope CST tak mengecewakan lah. I know u can do it!! chayok2!!! kawan-kawan B2B tak rebut ke peluang ni? rugi tau!!! hehehe... Then, lagi menggembirakan, ada insan yang mulia sanggup sponsor my pre wedding photoshoot!

Siapa? rahsiaaaa! Katanya ini sebagai hadiah... errr.. Hadiah kawen ke hadiah birthday? hehehhee. Tak kisahlah mana-mana .. Tapi I terharu sangat-sangat.. Terima kasih. i anggap ni sebagai rezeki anak yatim. Alhamdulillah.

jom tengok video ni
pernikahan & perkahwinan anak menteri
Dato' Seri Mustapa Mohamed
baju dia sangat cantik + hantaran pun glamz!
enjoyyyyy!
American Airliner Plane