Latest Posts

I don't have official pictures. semua ni adalah dari kawan-kawan.
Sedikit review pasal my engagement yesterday
But i promise will upload the official pictures sesudah dapat dari photographers


my mini pelamin. thanks brother


cake ngan tempat letak cincin ^_^

grey is from me, and gold is from him

all the hantaran



chocolate brownies layer with cheese, fruit tartlet, chocolate tartlet and mix fruits setelah diselaputi with chocolate fountain


the best mom and future mother in law
my friends (suku je ni)
my man and xoxo
xoxo

I'm so happy and very happy ... Now, saya officially tunang Hazrul ... 11 December 2010 adalah saat paling manis di dunia .... sama seperti darah yang mengalir dalam badan ni ... darah manis!!! (erkkk) ... 5 months bertungkus lumus and satu minggu tak tido memang mengalahkan orang nak kawen (mak cakap, kawen besok, sebulan tak tido) .. hahaha. Well, i'm so happy dengan apa yang berlaku semalam. Sangat-sangat happy. Hampir 80% saya berpuas hati. Thanks everyone.

Bilangan tetamu yang mencecah 400 orang. Tu pun masih ramai yang tak datang. Agak-agak for kahwin nanti berapa ye agaknya anggaran yang hadir. BTW, i'm so happy. Terima kasih sebab sudi datang. Sorry makanan tak cukup. Terpaksa tempah lagi 100 makanan tambahan. Thanks everyone. Saya harap anda suke makanan, chocolate fountain, and segala-galanya semalam.

Thanks for my brother, IKMAL HISHAM sebab buat pelamin yang sangat sweet. I like it and Man Kajang sebab buat my baju and my hantaran tunang, and auntie Munah sebab buat hantaran merisik. semua hasil kerja sangat-sangat saya berpuas hati.

Thanks kak Najibiah, and semua yang saya tempah, chocolate fountain, tartlet, cheese chocolate brownies, and semuanya, best sangat. Ramai yang takut2 nak makan marshmellow. But, its actually, i order from Malay nye pembuat marshmellow. haiyaaa. Btw thanks. i pon suke rasanya... sangat sedap!

Thanks mummy, she made my dreams come true. Ramai yang cakap, grand sangat majlis ni. But for me it is very simple actually. Banyak lagi yang i terfikir nak buat macam cak lempong, and macam-macam lagi, but i takut orang cakap over sangat. hahaha. Btw, i need your comment for semalam. Yang sesiapa datang tu. untuk masa depan supaya dapat mempertingkatkan segala kekurangan.

Thanks also to Fiza Zainuddin and Kak Suzy sebab makeup saya. Sangat cantik dan puas hati!!! Make up seawal 6.30 pagi, and dengan mata bereyebag sebab tido hanya 2 jam, Tapi Kak Fiza pandai cover segala kecacatan. biarpon ade jerawat tumbuh 2 hari sebelum majlis. Thanks a lot!

Special thanks for Syariza. my ex-roommate kat Shah Alam. Dia orang penting for my event. Banyak jasa dia ni and thanks to Manap, XOXO sebab banyak membantu. terima kasih sangat-sangat. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Thanks alotttttttt... Fuhhh.. Banyak betul betul thanks kan? hahaha.

Tomorrow is my engagement day. Tapi today kami berdua spend time dengan cousin, Zahid. Dia terlebih rajin nak ambil gambar kami. Hahaha. Dengan muka comot, baju selekeh dan berselipar . Kami redah je. Janji ada orang baik hati nak ambil gambar. Free pulak tu! hahahaha...

Kami bergambar kat City Park je.. Itu yang paling dekat. nak pergi jauh-jauh, nanti mummy bising. Hahaha. Maklumlah besok nak majlis, hari ni sibuk nak bergambar.. Apa-apapun, thank you Zahid. Semoga dapat jodoh cepat k. Jangan choosy sangat! Hahaha. =P















Lokasi :
City Park, Seremban 2, Negeri Sembilan



antara bekas-bekas hantaran yang dibuat oleh my step mom.. Bakul, hiasan dulang dll.

antara yang difikirkan untuk dulang merisik:
- kek coklat
- pulut kuning
- coklat ferrero rochers

dan yang lain-lain belum difikirkan lagi.
ada cadangan?

Assalamualaikum

cuba teka apa ni? kalo betul saya kasi 20 sen!

BAJU?
salah!!!!!
inilah veil yang akan saya pakai masa tunang nanti
nak tahu bentuk dia macamana?
TUNGGU! 4 hari saja lagi
tak lama, pejam celik pejam celik
kejap je... hehehe
^o^

actually, I takdela suke sangat my baju. I want like this!



Tapi mummy bantah. Katanya ini majlis bertunang. kena simple2, nanti hilang glamour masa nikah nanti. Eh macam tu pula! hahaha.

dan petang tadi, I pergi Nilai 3, terbeli lah benda alah ni. Bakul kecil. Rasa macam nak letak coklat untuk hantaran merisik nanti. apa kata anda?

Assalamualaikum.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Majlis Pertunangan berlangsung. (nervous).

Alhamdulillah, banyak persiapan yang telah siap, tetapi ada juga yang masih belum siap! But now, lebih menumpukan pada dessert buffet.

Dessert buffet tu mungkin akan ditukar kepada breakfast buffet. Memandangkan majlis saya akan berlangsung pada sebelah pagi, sudah tentu tetamu akan datang awal. Kata mummy, takkan tetamu nak tunggu lepas habis majlis baru makan. Betul tak? sementara tunggu rombongan atau lln, bolehlah menjamah makanan pagi dulu.

Baju tunang pula dah siap. Abang Man dah call suruh pergi ambil. Hopefully cantik. Aduhai. banyaknya kerja.

(-,-)
American Airliner Plane