Latest Posts

Showing posts with label WEDDING PREPARATION. Show all posts
Showing posts with label WEDDING PREPARATION. Show all posts
many of u minta my checklist. ada yang i da email dan ada yang minta lagi dan lagi. Alhamdulillah. So, i nak review my checklist .. tujuannya, bagi memudahkan bakal-bakal pengantin di luar sana membuat persiapan kahwin masing-masing.

saya menyarankan semua b2b di luar sana membuat persiapan awal sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis dah 80% settle, dan dalam tempoh sebulan sebelum kahwin adalah tempoh untuk relax atau "sesi memanjakan diri"...

Photographer, Videographer, Make Up Artist dan dewan haruslah di booked setahun sebelum majlis, terutamanya bagi nama-nama gah seperti CST Production, Dewan Felda dll.

Checklist dan Guestlist adalah penting dan harus diutamakan!! PALING Awal. Tujuan guestlist adalah untuk memudahkan pihak tuan rumah dalam menempah kad, dan membuat budget catering dan lain-lain. selain itu, kad juga tak dibazirkan dan mudah dalam menulis nama-nama tetamu.

Perlu ingat, jika mahu sesebuah majlis itu berjalan dengan lancar, anda perlu membuat persiapan rapi dan semuanya harus tepuk dada tanya selera! jangan ambil remeh! kahwin hanya sekali, dan biarlah anda puas hati, even majlis kecil dan sederhana tetapi hasilnya memberi kepuasan buat pengantin.

Perlu diingatkan juga, kadangkala, perkara-perkara kecil seperti signage, doorgift, bunga rampai, dll kadangkala menjadi masalah pada saat-saat akhir. Setiap apa yang anda lakukan dan booking haruslah ada plan B. Supaya senang jika berlaku apa-apa, anda ada alternatif lain.

Jika bayar deposit, jangan bayar sepenuhnya. sekurang-kurangnya 30% anda simpan dan bayar selepas selesai majlis. Banyak berlaku pada zaman ini, vendor berlaku tidak jujur !! BERJAGA-JAGA!

Jika anda berminat, dan mahu tahu lebih, bolehlah email saya di : sweet_tatie88@yahoo.co.uk
saya boleh membantu.

Mari Review Checklist saya. Harap dapat membantu. Terima Kasih.
12-10 Months Before Ceremony :
Tentukan tarikh & hari perkahwinan
Booking for MUA (solemnization)
Booking for MUA (reception)
Booking for OP (S&R)
Booking for OV (S&R)
Booking OP (bertandang)
Catering for Solemnization
Catering for Reception
Catering for Bertandang
Majlis Berinai ~ nak buat ke tak??? (bincangkan)
9-8 Months Before Ceremony :
Solemnization’s place
Reception’s place
Bertandang place
Solemnization theme
Reception theme
Bertandang theme
Family theme for bride side
Family theme for groom side
7 Months Before Ceremony (APRIL)
Pre-wedding photoshoot
Listdown barang hantaran for both side
Start cari baju nikah
Start cari baju untuk majlis resepsi
Start cari kad jemputan nikah
Start cari kad jemputan reception
Start cari kad jemputan bertandang
Lakaran plan rumah harus disiapkan
6 Months Before Ceremony (MAY)
Buat tempahan Tok Kadi
Emcee for majlis resepsi
Mencari tukang cakap for both side
Theme for pembawa dulang hantaran
Survey Nikah Favor
Survey Reception Favor
Mendapatkan borang2 yang diperlukan
Mencari kompang
5 Months Before Ceremony (JUNE)
Membuat tempahan kad-kad jemputan
Order bunga pahar
Order favor nikah & resepsi
Entertainment for resepsi
Entertainment for nikah
Pengapit lelaki
Pengapit perempuan
Guestlist -50% mesti siap
Mencari kasut nikah & sanding
Memikirkan konsep walkaway
Memikirkan konsep centerpiece
Menentukan flowergirl & flowerboy
Survey kek – untuk majlis bertandang
4 Months Before Ceremony (JULY)
Membeli tudung nikah
Membeli barang-barang untuk pelamin nikah (jika DIY)
Plan for honeymoon
Mencari tempat tinggal utk family lelaki
Mencari tempat tinggal utk family perempuan (bertandang)
Buat Cop Nama
Mencari Bunga Manggar
Mencari tukang pembuat hantaran
3 Months Before Ceremony (AUGUST)
Mula menghias bilik pengantin
Mula tulis nama pada kad jemputan
Sediakan text ucapan untuk majlis resepsi
Montage untuk majlis resepsi
HIV Test
Menghantar borang lengkap permohonan kahwin
Menempah guestbook, sticker TQ & bunting
2 Months Before Ceremony (SEPTEMBER)
Mengedarkan kad kahwin & nikah
Food testing @ Allson Klana Resort
Final fitting baju nikah
Fitting baju resepsi
Fitting baju bertandang
Senaraikan lagu-lagu untuk PA System
Plan tempat duduk for guest (Allson)
Menentukan siapa yang duduk di meja VIP
Tempah tag nama for family members
Final check for OP
Final check for OV
Final check for wedding cakes
Final check for MUA (sanding, nikah & bertandang)
Final check for wedding favor
Final check for wedding entertainment
1 Month Before Ceremony (OCTOBER)
Final fitting baju
Final check for accessories nikah
Final check for accessories resepsi
Final check for accessories bertandang
Pengesahan kehadiran tetamu
Final check untuk bunga pegang
Final check untuk kompang
Discuss dengan pengapit
Bunga pegang untuk flowergirl
Cari kayu untuk buat landmark
Final check untuk tema family
Mencari inai
2 Weeks Before Ceremony
Majlis rewang bermula
Senaraikan tugasan
- siapa penyambut tetamu
- siapa yang menjaga hadiah
- siapa yg berada di kaunter pendaftaran
- siapa yang berada di guestbook corner
- siapa yang kasi bunga telur
- orang2 penting majlis
Check pintu & lock bagi mengunci pintu pd hari majlis bagi mengelakkan kejadian tidak diduga.
Pastikan PA System dah berada di rumah
Final check for video montage
Tulis surat kepada pak guard S2
Ambil bunting & banner
Discuss denga katering
Final meeting dengan wedding planner
Buat rawatan facial muka & lln
5-2 Days Before Ceremony
Buat rawatan rambut
Buat rawatan kuku
Buat rawatan spa yang disediakan oleh pihak hotel
Pacak banner, landmark & bunting sehari befor majlis
Buat inai tangan
Pastikan khemah da dipasang 2 hari before majlis
Pastikan mini pelamin 70% siap 4 hari b4 majlis
Pastikan bilik tidur dah tersedia
Pastikan wedding favors dah siap
Pastikan hantaran dah siap
Pastikan bunga manggar dah tercucuk rapi
Pastikan baju dan lain2 dan diasingkan & digantung
Rehearsal di dewan sehari sebelum majlis
Buat rawatan gigi (scalling)
Pastikan bilik menunggu vip di hotel jika ada
Pastikan barang2 yang digunakan sehari sebelum amjlis dah dibeli
- timun (untuk mata)
- ice (untuk muka – biar makeup tahan lama)
- madu (bibir)
- limau nipis (mandian)
THE BIG DAY
Sarapan pagi - penting
Make sure hantaran dah ada 6 jam before majlis
Makeup start at 6 am– nikah
Makeup start at 5 pm – resepsi Allson
Makeup start at 9am – resepsi bertandang

SELAMAT BERKAHWIN!!!
hai semua.
another 22 days lagi sebelum my BIG Day.
memang tengah panic di saat-saat ni
I wish I can have 10 bodies, 20 brains and lots of energy
penatla !!! seriously.

dan today i nak bercerita pasal my solemnization favor boxes
yang i tempah dekat Seri Sireh

i sangat-sangat berpuas hati dengan layanan SS
especially efa yang keep in touch with me
dari semasa ke semasa

dan pantas memperbetulkan apa-apa sahaja yg i x puas hati
bukan tu sahaja tapi i dapat banyak free gifts from SS
i tempah kad nikah and favor boxes for adult
tapi rezeki tu datang bergolek
i dapat free 150 kids giftboxes, 2 bunting dan ....



i menang cabutan bertuah!!!!
dapat No 5 you! hadiahnya Rice Cooker
terkejut betul tetiba efa kasi hadiah
btw thank you. Alhamdulillah.
rezeki rezeki!!!

so lepas ni, dah tak payah pening kepala lagi
and i'm gonna miss suara efa
hahaha

teaser favor boxes for adult
but takde idealah nak kasi ape
TT


p/s : tahniah Yuyu Aziz. sebab menang dalam anugerah skrin malam ni.
bakal pengganti karam singh walia!! and very talented!!

baju tomok by Hatta Dolmat

yeay. done with baju melayu encik H
ha? another 23 days baru terhegeh2 cari baju melayu?
hehehe =p

siapa kata tak boleh siap?
boleh !! 14 days dari sekarang baju tu dah siap
.Insyallah.

actually, ingatkan nak tempah sekali dgn designer baju i
but, my mum cakap tak payahla
biar dia focus pada baju saya je
*mak haku ni camlah baju saya je yg ado*

so, i decide, tempah kat mereka yang arif dlm baju melayu ni

antara nama-nama yg terlintas kat kepala ni adalah:
- KAS The Tailor
- Salikin Sidek
- Lagenda
- Den Wahab
- Omar Ali
- Dzull De Classique
- Lanwin *seremban*

first of all, we bought the material @ Jakel, which is Duchess Satin.. price dalam RM35/meter. if sesiapa yang tak tahu Duchess Satin tu camane, dia jenis kain tebal.. usually people buat dress or suit.

*contoh baju yg dibuat dr duchess satin*

Kitorang choose this material sebab Encik H tak suka kain nipis-nipis. He said, nanti bahu jatuhla, melekatlah, nanti berpeluh nampakla.. macam-macamlah. (but kalau taknak Duchess ni, kain-kain seangkatannya seperti Shantung Silk, Heavy Chiffon, Thai Silk, dan lln pon boleh)

*sesi mengukur badan*

kitorang jatuh hati with this material masa survey kat Butik Zery Zamry. Ohhhh mai.. Ohhh Maiii.. sangat exclusive dan terletak cantik di bahu okay! tapi kalau tempat nikah tu kat tempat yang panas, tak digalakkan okay! sumpah panas nanti. hahaha :p

after dapat kain, kitorang terus pegi kat tailor. luckily ada yang masih menerima. yela risau jugaklah. da la musim orang kahwin. dibuatnya seorang pun tak terima, naya je nanti. hahaha. but i will reveal later siapakah yang kami pilih untuk buat baju melayu encik tunang ni..

but jom tengok baju-baju melayu pilihan
(by salikin sidek, Hatta Dolmat, NER dll)

(p/s : yg mana bersetanjak tu, just imagine dia dgn songkok ye)


owh kalo nak dapat idea lagi, tengokla Pak Engku punya style..
dia boleh digelarkan sebagai King Of Baju Melayu
macam-macam gayalah dia dengan baju traditional ni
sampai i pandang je baju melayu mesti teringat Pak Engku


p/s: sempat grab satu samping songket terengganu for him.. Finally! ngeee
Hello November.

urghh. november ?? scary! banyaknye tak settle lagi. okay, i'm officially busy until my W-day.

now, i nak reveal pasal kartu undangan i, but dalam bentuk draftlah.. but i'm sure some of you dah received dan selamat men-RSVP kannya. thank you for your cooperation.

Seperti dalam entry i sebelum ni, i ada menceritakan pengalaman i pergi jakarta, yang ditemani oleh haziqah. *thanks babe kerana sudi temankan aku pegi sana, first week of puasa semata-mata nak amek card-Hugs*.. i tempah card since bulan may dan patut siap sebulan, but faham-fahamla, i agak cerewet dalam part ni, dari sebulan jadi tiga bulan. ngeee.papepun salute kat si pembuat card sebab tahan karenah i yg banyak kali tukar design dan font.

Alhamdulillah so far tinggal 10% sahaja kad yang masih belum post. Lega! dah tak payah fikir dah nak tulis apa, senarai nama campak kat mana, now boleh focus pada diri sendiri pulak. eh no, pada menda lainlah maksudnya!

okay jom lihat my teaser for card.


Kad Jemputan Nikah & Resepsi Kecil
actually, at first we all nak selitkan je nota kat kad wedding, senang! jimat duit!
But my guests kan tak sama, plus, pagi tu majority drpd merekai jemput ramai kawan-kawan i, so kenalah tempah kad lain bukan? invite guna FB kalau takde card, macam tak ikhlas pula. so i tempah kad ni dalam 300 keping sahaja. sesuailah dengan jumlah tetamu yang dijemput sebanyak 400 orang. ehehehe. tapi card ni tempah kat jalan pudu je dan jenis nipis. sangat berbaloi-baloi tempah kat sini!




Kad Resepsi Malam
kad ni untuk my reception. just for a close friends and family. i tempah kat negara seberang.. and sangat-sangat murah okay! Alhamdulillah, ramai yang suka card ni. thanks people. jumlah card ni pon xdela banyak sangat.. manakala RSVP card untuk kad ini dibuat sendiri oleh abang ipar saya .. thanks abang iqbal. Orang Brunei yang nak design ke ape ke bolehlah contact dia.
Insyallah dia boleh kasi harga murah.




Kad Majlis Bertandang
actually panjang citenye. kami main amek je design ni. sebab masa tu nak hantar encik H ke airport cengkareng... yela dengan macet lagi.. macam-macam, so dia main amek sahaja. lagipun he came there for two days only...i ngn my mum plak *may trip* tataw de nk yg camane. so agak rushing jugakla.. nasib baik okay. cuma colour ribbon tu tak ikut tema. hahaha. but its okaylah... some cards da selamat diedarkan dan some cards edar tengah bulan 11. hehe. jenis hard cover dan harganya pon sangat murah!!!




Special Card
and last, this special card i ordered for ..........
okay x mahu cakap. u guys sendiri teka.
nanti after majlis i bagitau okay?


entah di mana silapnya, pengakhiran pre wedding photoshoot petang tadi tidaklah seindah yang dikhabarkan. mungkin disebabkan oleh masa dan cuaca, atau mungkin sebab last minute tukar tempat..ntahla.. tapi, kami agak kaku... (or mungkin masih bersedih diatas kematian simon kot)...

apa-apapun, dari ICT kami tukar ke Tasik Permaisuri Cheras, disebabkan cuaca yang hujan berhenti hujan dan HUJANNNN LEBAT! very nice place but ramai gile orang!!! i memang tak recommendla this place biarpun indah dan nyaman. antara salah satu sebab, ramai budak2.. ok memang xkan senang sebab diorang akan usik2 ur props dan buat bising. so u xkan boleh focus. mood pon lari. anak sapalahhhh ni !!

patutnya photoshoot ini berlangsung tengahari, tapi disebabkan oleh hujan lebat, kami tunda ke jam empat. fuhhhh. cukup2 amek gambar selama 2 jam, pastu kedebommmm terus lebat sampai ke malam. nasib baik, in between ada jugak yang tak hujan. alhamdulillah.

owh kali ni, atas dari info Puan Fadilah Basri atau dyll, geng BBF, saya grab promosi rm80 dari abang photographer Kerjagilasimoll Photography. murahkan? Encik Moll buat part-time mengambil gambar, sangat gigih orangnya meskipun baru sahaja menapak dlm dunia photography.. still new and still fresh. so janganlah bandingkan hasil kerja dia dengan yang lain pulak ye but let's give him double moral support supaya dapat memperbaiki hasil kerja dia dari semasa ke semasa dan one day dapat berdiri gah seiring dengan candid syndrome dan lain-lain.

i pon remind myself, pengalaman buat pre-wedding dengan 3 orang yang berbeza, tapi setiap dari mereka ada kelas dan cara mereka yang tersendiri.. syimmir lebih kepada gila-gila, subhi karim superb and kreatif, and mol pula lebih kepada santai and relax. mereka semua sangat baik dan mudah menerima pendapat kita. JOMMMM LAYANNNN~

Here, some of my props yang i bawak petang tadi.

teddy bears, books, crayon, markers, notes, and blablabla
notes
antara tempat menjadi pilihan

and tara..... for my readers & followers

thanks sebab menjadi followers & readers blog ini
*hugs&kisses*

click here untuk tengok dengan lebih banyak : KERJAGILASIMOLL Photography

p/s : 30 more days .. super excited, nervous and now, counting DAYS!
yes, i pernah buat entry about my colour theme sebelum ni. but that time, i tak reveal betul2. ada colour yang tak confirm lagi...

so now, i nak reveal about my wedding theme. i mean, colour dia. yang theme betul2 lagi 37 hari baru boleh reveal. sorry, need to make it as a privacy and secret first. nanti tak suprise la kan. but for the colour, it should be okay. since ramai guests dah mula bertanya about the colour theme.. hehehe... To my lovely, gorgeous, handsome, pretty ..... GUEST... you all boleh refer to this colour. yeay, pasni dah boleh pegi shopping baju... hehehe.

my wedding will be a simple wedding of the year. nothing special pun. my baju, my pelamin, everythingla.. will be very-very simple. nak tahu lebih lanjut? just wait for another 37 days. dah tak lame. hehehe. *excitedlebih*

okay jom lihat my colour theme...

NIKAH
- dark chocolate
- soft yellow
- cream

SANDING
- dusty pink
- off white
- sexy black

BERTANDANG
- soft purple
- ice blue (greyblue)
- tiffany blue

yang mana satu baju pengantin, baju belah pengantin perempuan & belah pengantin lelaki? CUBA TEKA !!!!! siapa betul, i kasi satu sen. hihihi.
dah berapa malam tak dapat tidur, menghadap laptop, cari idea, buat list semua. penat sangat!!!

so tonight, i listdown beberapa perkara yang penting.... antaranya adalah ....

PELAMIN NIKAH

seperti yang i cakap sebelum ini, pelamin nikah akan DIY sendiri dengan bantuan ahli keluarga.... tapi malam ni, i lukis jugak design pelamin yang i nak. hahaha. tatau lah korang faham ke tak.. sebab lukisan obviously macam budak darjah 1. hahaha. marilah kita lihat ye adik2 kakak2...

lakaran pelamin
lakaran tempat

haaa.. faham tak?? kan i dah cakap...encik H pun tak faham.. haha.. lukisan budak darjah satu.. nak tahu hasilnya.. tunggguuuuuuu!!!
Memula nak buat macam fantasy wedding. Lepas tu da lari da theme dek kerana panas. Rasa macam nak pengsan pun ada. Dah macam runaway bride dah. Dari Seremban to Putrajaya dengan muka bermake-up dan berbaju gown!! hahaha. Kelakar. Berpanas, berlari dan berpeluh.. hamek kau!!

layankan aje gambar-gambar ni.. (^_^)


amacam? okay tak?
hahahahaha

Thanks abang subhi. You did a great job. Suka sangat-sangat gambar ni semua.
i'm backkkkkk!!! fuh.. penat gile.... 4 jam kat putrajaya, berpanas, berpeluh, semuanya sebab pre-wedding photoshoot yang kedua.

as i said before, pre-wedding kali ni, berkonsepkan barat.. dan i memilih, theme "Runaway Bride" sebagai pre-wedding. hihi. agak penatlah jugak, sebab nak make up, nak setting rambut, nak berjalan pakai gown yang sarat kat tengah2 panas... berpeluh mak cikkkk!!!

thanks to abang subhi sebab sudi mengambil gambar kami walaupun terpaksa tunggu lama tadi. guys, abang subhi sangat friendly... senang nak bekerjasama.. so kalo nak amek dia, i sokong sangat... visit his website : Subhi Karim for more details.

actually, i da lama grab promo abang subhi ni... (kalau tak silap i, i penah buat entry pasal promo ni.... korang carilah sendiri eh. hehehe.) ... i grab promo Photography Session- rm148 abang subhi since june lagi.. now, baru terhegeh2 nak contact dia and amek gambar. hehehe... but abang subhi is a nice person..

pasal pre-wedding tadi, i hampir2 pengsan sebab cuaca yang sangat panas... plus, i tak sempat nak makan pagi.. sumpah penat weh...badan pun jadi weak gile.. nasib baik saya enjoy .... tak sabar nak lihat hasil dari abang subi plak.... ;0

btw, nak credit sikitlah kepada mereka yang menjayakan sesi photography kali ni...

MUMMY - sokongan yang tak terhingga sampai sanggup teman sampai abes shooting

Abang Subhi - very friendly photographer, orangnye suke gelak2 .. can contact him @ 0162553247 kalau berminat nak amek de as OP.

Kak Nana - my MUA for pre-wedding kali ni.. and also my mua for nikah nanti.. her no : 013-6520804 .....

Ikmal's Bridal - my family boutique... thanks to my brother sebab tolong alter baju ni. hahahaha. *winkkkk jimatttt disitu*

anddddddd lastly, thank you encik H sebab sudi drive ke Putrajaya... hahaha. okay... beres dah sesi kedua... and insyallah kalo tak de pape halangan, my last pre-wedding photoshoot akan diadakan 2 minggu dari sekarang... ada cadangan??? i think nak buat kat beach pulak... hehehehe. tapi kalo ada cadangan yang menarik, mehla share-sharekan.. =)

p/s : lain tempat, lain pengalamannya... (^_*)

sesi make up
pose ala-ala gedikssss hahahaha...
tak kuasa aku nyahh!!!
teaser je... tunggulah update dari abang subhi

(o_O)

Yeay, dah siap. Mudah dan cepat.

Tak sampai beberapa minggu pun tempah (siap dalam 5 hari pun ada). Tu perbezaan Indonesian tailor dengan Malaysian tailor. Takde siap sampai berbulan-bulan. Even, my friends pernah tempah for her baju, pun ambil masa paling lama 2 weeks. Harga pun berpatutan dan jauh lebih murah dari Malaysia.

Jadi, alang-alang tempah kad, tempahla sekali baju kat sana. Murah dan pantas. Hasilnya pun sangat memuaskan.

Nanti i review later about this okay... Lepas majlis. Hiks!
Salam 16th Ramadan to all.

Just nak share with you all my favourite magazine. Why? hehe saje.. Tak tahu nak cakap ape, tetiba terfikir pasal magazine . I know, pergi je mana-mana bookstore banyak gila wedding magazines. Tapi i lebih tertarik dengan malay punya wedding magazines. Wela kalo bridal guide tu semua, lebih kepada orang putih atau western theme. Maybe, boleh dapat idea sikit dari segi decoration.

Now, i have three MOST favourite Wedding magazines, -


1) Ratu Sehari

-paling disukai !!!
bukan kerana nena jadi assist.editor
tapi suka dengan majalah yg boleh
d'kategorikan sebagai exclusive
- banyak idea yg best2

terbit 3 kali setahun
harga rm25


_______________________________

2) Dewi Inspirasi Pernikahan
(Jakarta)

- lebih kurang macam RS tapi versi Indonesia
- bikin mata jadi juling sebab
terpukau dengan wedding2 diorang!!
- lebih tebal dari RS

Rp 80 ribu


_____________________________

3) Pesona Pengantin

- terbit setiap bulan
- kadang2 isu best, kadang2 tak best

RM14.90


dan baru2 ni semasa kunjungan saya ke Jakarta Wedding Expo,
saya dapat free magazine ni. wohoooo... (^_^)

banyak tips menarik dalam ni
(i will share later)



p/s : membaca jambatan ilmu.

American Airliner Plane