Latest Posts

Showing posts with label UNITED ARAB EMIRATES. Show all posts
Showing posts with label UNITED ARAB EMIRATES. Show all posts
Cita-cita aku masa kecik nak jadi pilot. Tapi disebabkan mummy tak bagi, maka terkuburlah hasrat tu. Sedih!! Kalau ikutkan sampai hari ni impian tu menebal. Apa boleh buatkan? T_T

Tapi kalau orang ajak try flight simulator aku laju je. Dah nama pun minat. Nowadays tak perlu jadi pilot untuk try flight simulator ni. Banyak tempat dah ada. Kat KL ada, kat Dubai pun ada. Kalau kat Dubai, korang boleh cuba A380 Emirates.

Bagi yang tak tahu, aku nak khabar sat. A380 ni kapal terbang penumpang yang paling besar di dunia. Company mana ada A380, memanglah hebat!!

The Emirates A380 Experience
Weee, tak sabar!!
Pintu masuk
Suasana di flight simulator
Siapa nak jadi penumpang ni??

Kami fly turn by turn, jadi caption selama 30 minit sambil dibantu co-pilot (staff tempat ni). Semua dapat merasa cuma berlainan destination dan cuaca. Destinasi boleh pilih sendiri. Ada pilih London, ada pilih Hong Kong dan aku?? Aku pilih New York dan cuaca buruk. Hahaha.

Kalau lokasi tu takde dalam list, korang boleh request

Aku pilih cuaca malam dan hujan lebat. Hamek kau!! Susah gila..!! Nasib baik dalam flight simulator. Kalau realiti, memang kesian penumpang-penumpang kat dalam flight tu. Ekekeke. Later, brother ni tukarkan cuaca okay dan siang. Barulah nampak clear. Hahaha.

I'm ready .. Let's fly to New York
Eh, wait .. Tak amek gambar lagi ...
Banyaknya butang nak kena ingat dan hafal ... Hahaha. (acah-acah pilot)

Memang mencabar nak fly A380 ni tapi syok gila. Adui, terus rasa nak teruskan minat nak jadi pilot. Macamana tu? Uwaaaa.. T_T

Waktu Operasi :
10.00 am - 19.00 pm (last session 18.15 pm)

Harga Tiket :
Sunday - Thursday
Sesi pagi (10.15 am - 11.45 am) : AED 250
Sesi Peak-time (12.15pm - 10.15pm) : AED 450
Sesi malam (10.45 pm - 1.15 am) : AED 250
Weekend & Public Holiday
AED 450

~bersambung

Ramai yang tanya, pergi Dubai tak pergi ke tempat-tempat murah macam Gold Souk, Deira, Spice Souk dan sebagainya tu? Eh mestilah pergi. Cuma aku simpan ke entry seterusnya ini. Hihi.

Hari ni kita update pasal Dubai City Tour. Kalau pergi Dubai, wajib juga pergi tempat-tempat sebegini. Especially bagi kaki shopping. Lebih-lebih lagi Dubai ni Duty FREE. Antara yang boleh korang beli kat sini seperti gadget, coklat Bateel & Patchi, abaya, emas dan rempah.


Jumeirah Fishing Harbour

First time sampai sini. Cantik dan bersih tempat ni. Kalau tak panas, bolehlah jalan-jalan di luar sambil ambil angin. Kat sini juga terdapat restoran-restoran yang mempunyai dekorasi yang sangat menarik dan unik. Haa, kalau pergi time peak, ramailah orang. Bak kata pepatah, di mana ada makanan, di situ ramai orang. Eh?!


Masjid Jumeirah

Masjid Jumeirah ini dibina pada tahun 1976 dan masih gah berdiri sampai ke hari ini. Salah satu tarikan pelancong kat Dubai, masjid ini pasti memukau siapa saja memandangnya kerana reka bentuknya yang cantik dan berseri.


Gold Souk & Old Souk

Padat dan sesak !! Dulu aku pergi keadaannya pun sama macam ni. Hari ni aku datang lagi, keadaannya masih sesak lagi. Sah, ini antara tempat favourite pelancong yang datang ke Dubai. Siapa nak kawen silalah ke Gold Souk. Beli emas dan sangat murah! Pssst, jangan lupa tawar menawar. 

Memang diorang pamerkan emas-emas besar, tapi kalau nak simple pun ada. Tu kena request. Oh ya, kalau nak beli souvenir dan abaya .. Kat sinilah tempatnya!! Memang murah dan cecantik. Tapi INGAT !!! Jangan lupa minta diskaun !!!

Kalau beg tak muat, beli kat sini je. Beg murah, rambut palsu murah, emas murah, segalanya murah. Janji pandai tawar. Insyallah berbaloi. Siapa kaki business kat sini?? Hahaha.


Spice Souk

Selain dari abaya dan emas, Dubai juga terkenal dengan rempah. Cakap je rempah apa, semuanya ada kat Spice Souk. Kat sini juga tempatnya kalau korang nak beli beras Basmati. Murah wei. Selalu crew-crew kalau night stop sini mesti beli berkilo-kilo. Compare dengan harga Malaysia, kat sini lagi murah. Jangan lupa beli kurma, gajus dan pistachio sekali tau.


Dubai Water Taxi (Abra)

Then kita naik Abra. Abra ni teksi air kat Dubai dan sentiasa mendapat tempat kat hati aku. Naik banyak kali pun takpe. Entahla, rasa macam best pula. Tak rimas mana pun. Sebab korang tak perlu pakai jaket keselamatan. Tiket pun murah dan korang boleh request nak naik private atau nak jimat naik dengan strangers sekali.


Private Abra
Ni kalau naik beramai-ramai

Muzium Dubai

Nak tahu sejarah pasal Dubai, datanglah ke Muzium Dubai. Sarat dengan info dan pengisian ilmu, muzium ni antara muzium yang best aku pernah pergi. Harga tiket masuk tak mahal mana. Dalam AED 3/seorang untuk sekali masuk. Weeee...


Burj Al-Arab

Suatu ketika dulu, Burj Al-Arab ni pernah menjadi mercu tanda Dubai. Kalau tak silap aku masa first time jejak kaki ke Dubai kot.  Burj Al-Arab ni sebuah hotel 7 bintang dan pernah dinobatkan sebagai hotel tertinggi di dunia. Ramai selebriti terkenal dah stay kat sini. Petang-petang bolehlah datang sini sambil berjalan di persisir pantai Jumeirah.


Dubai Marina

Salah satu port menarik dan femes untuk bergambar tak lain tak bukan di Dubai Marina. Berlatarkan perumahan mewah di Dubai, tempat ni sering dilawati kaki fotografi dari pelosok dunia. By the way, paling kiri tu adalah menara Cayen (World's Tallest Twisted Tower).


Actually ada banyak lagi tempat menarik. Korang kalau nak tour Dubai ni boleh naik teksi atau beli tiket bas Hop-On Hop-Off Dubai. Ikutlah pada keselesaan korang. Tapi jangan lupa shopping!! Especially wanita-wanita di luar sana. Hehehe.

Aku memang takut pada ketinggian. Sebab tu tak pernah terfikir nak try paragliding, skydiving dan lain-lain. Yang naik basikal kat Bohol tu pun aku di antara orang paling last naik. Scary wei. Grrr. Pedulilah orang nak cakap aku ayam ke, tikus ke, lipas ke .. Takut tetap takut! Hahaha.

Tapi orang kata, cara terbaik nak atasi ketakutan ni, kita sendiri kena berdepan dengan benda yang kita takut tu. So, aku gagahkan diri sekali lagi untuk mencuba indoor skydiving kat iFLY Dubai.

iFly Dubai

Lokasi iFLY Dubai ni kat Mirdif City Centre (salah satu mall kat Dubai ni) dan iFLY ni ada banyak cawangan di seluruh dunia seperti Dubai, Singapore, Toronto, Abu Dhabi, Orlando dan banyak lagi. Yang Airkix (UK), Freezone (Moscow) dan Skyventure (Canada) tu pun under diorang juga.


Harga tiket iFLY Dubai

Mula-mula sekali, korang kena register diri korang di pc yang disediakan. PC ni touchscreen tau! Dah isi, jangan lupa print dan bila dah print bagilah kat kaunter. iFLY Dubai ni ada banyak sesi. Tapi masa kitorang pergi hari tu, tak ramai orang pun. Maybe sebab weekdays.


Then, tunggulah sampai turn korang. Sebelum start fly, ada sesi briefing. Ini wajib!! Manalah tau tetiba terjadi insiden yang tidak diingini berlaku. 

Jocko jadi model .. Hahaha

Dah habis briefing, sesi tukar baju pulak. Yang ni aku sarung je. Malas nak buka baju semua. So, amek saiz besar sikit dan agak-agak muat. Kalau korang pakai selipar, kat sini ada kasut untuk korang pakai. Tapi aku suggest pakailah siap-siap kasut dan stokin dari rumah. Senang!

Pakaian untuk terbang di iFLY Dubai
Locker untuk simpan barang

Untuk topi dan telinga, staff diorang akan bantu korang. Risaulah silap pakai ke apa. Especially bab telinga. Kena pakai penutup ni betul-betul. Tekanan kuat kat dalam tu oi. 


And, now .. JOM TERBANG!! Ya Allah masa ni jantung dupdapdupdap. Cuak gila. Rasa nak patah balik pun ada. Tapi aku tau semua pakat control macho. Tak caya? Tengoklah gambar kat bawah nanti. Hahahaha.

I'm ready .. 
Group photo
Inilah tempatnya ...
Action-action dulu .. Kahkah

Kitorang ada 2 sesi. Sesi first bawah dulu, sesi kedua lagi tinggi dan tinggi. Bergilir-gilir ikut turn. Memula tak cuak mana, dah sampai kat atas .. Ya Allah, rasa nak gugur jantung ni. Haha.

Steady lagi masa ni 
I believe I can fly .. Hahaha
Makkkkkkk, takut!!!

Bukan aku je yang takut .. tengok diorang yang lain.. Hahaha.

Jocko kenapa Jocko? Hihihi
Ruby sedang baca mantera ke tu? Haha
Karen, are you ok? Haha
Ini macam "Ku pasrah" .. Cutelah Mia.

Ni first time aku cuba aktiviti ni. Memula rasa takut, tapi lama-lama seronok pula. Insyallah, kalau 20 kali buat benda ni .. bolehlah aku try skydiving lepas ni. Haha. *berangan*. Apa-apapun pengalaman yang sangat menyeronokkan. 

Souvenirs

Last sekali, kitorang dapat sijil. Bukti kitorang dah try aktiviti ni.
Haa, korang yang baca tu .. pergilah try cepat! 



Jom tengok video ni ... Enjoy~



iFLY Dubai
Mirdif City Centre,
Sheikh Mohammed bin Zayed Road, Dubai,
United Arab Emirates


American Airliner Plane