Latest Posts

Showing posts with label UNESCO HERITAGE. Show all posts
Showing posts with label UNESCO HERITAGE. Show all posts
Hari seterusnya ini lebih menyeronokkan sebab kami akan mengelilingi Jonker Walk dan Jalan Tun Tan Check Lock Melaka dengan menaiki beca. Yahoooo!! Dah lama tak naik beca kat Melaka ni. Jangan kata media luar yang excited, dengan aku sekali excited. Hahaha.

Memang jerebu teruk gila hari tu sampaikan sekolah kat Melaka ditutup. Tapi semangat kami takkan sesekali pudar. Nak pulak last day for Asean Media Bloggers Tourism Hunt 2015. Haruslah lebih bersemangat!! Gambate...!!

Group Photo dulu

Pagi-pagi tu beca dah setia menanti kat depan pintu The Shore. Very colourful dan cantik. Kreatif betul empunya-empunya beca ni hias beca diorang. Speechless kejaplah bila tengok. Hehe. 

Memandangkan kitorang boleh pilih mana satu beca yang kitorang nak naik, maka aku cepat-cepat cop yang kaler pink. Hahaha.  Sangat girlish !!! =P

Stress je Sarah bila aku pilih beca kaler pink .. Haha
Jalan femes di Melaka ...
Terima kasih abang-abang beca Melaka

JONKER WALK & JALAN TUN TAN CHENG LOCK  MELAKA

Dari hotel kami ke Jalan Tun Tan Cheng Lock dan seterusnya ke Jonker Walk untuk menyelesaikan cabaran seterusnya. Untuk cabaran yang pertama ni taklah susah mana. Kena cari nama tempat berdasarkan klu gambar. Abang beca tu pun banyak membantu. Hahaha.


Dah submit jawapan, kami dapat cendol FREE. Alhamdulillah, rezeki hari tu. Korang kalau turun Melaka, jangan lupa pekena cendol kat sini. Cendol Melaka antara yang sedap yang pernah aku rasa. Makan sekali pasti nak lagi.  Cubalah!! Hewhew.


Dah hilang penat, kita ke cabaran yang terakhir. Cabaran terakhir ni melibatkan sejarah Malaysia pada zaman dulu kala. Kalau tak reti-reti juga, malulah sikit kat peserta asing. Gulp!

THE STADHUYS MELAKA

Untuk cabaran terakhir ni kitorang kena cari jawapan kat bangunan The Stadhuys Melaka. Ala, bangunan warna merah tu. Tau kan? Cabaran ni kena banyak membaca untuk dapat jawapan. Mujur bangunan ni tak besar mana. Haha.

Siapa nampak Hard Rock Cafe Melaka angkat tangan!!
Inilah soalan terakhir 
Saat-saat akhir
Submit jawapan kat sini

Tick tock tick tock .. MASA DAH TAMAT!!! 
Hah .. !!! 
Finish !!!

Maka, berakhirlah segala cabaran untuk Asean Media Bloggers Tourism Hunt 2015. Boleh katakan agak mencabar juga semua task-task yang diorang bagi tu. Tapi sebagai satu-satunya blogger dari Malaysia yang terpilih untuk join acara ni, aku rasa terkilan jugalah sebab tak menang. Isk, isk. 

Korang jangan marah kami tau.. Kami dah buat yang terbaik! Hahaha.

Terima kasih Tourism Malaysia. :)

Nak cerita ke tak nak .. Nak bagitau ke tak nak .. Haha.

Jom kita kembali ke Korea balik. Ada benda aku tak story lagi. Lul!

Kesahnya masa kat Korea tempoh hari, aku sempatlah pergi Jongmyo Shrine. Ini satu-satunya bangunan yang aku masuk masa kat Seoul. Itu pun lepas aku blur tatau nak pergi mana. Haha.

KISAH TATIE
Nak masuk ke tak nak .. dekat 10 minit nak decide.

Then, nak dijadikan cerita, hari tu pula wajib masuk dengan tour guide (guided tour group). Tapi freelah. Termasuk sekali dalam tiket. Only weekend je boleh bebas tanpa tour guide. Tour guide pula ada dalam pelbagai bahasa dan selang 15-20 minit.

Aku dah termiss yang bahasa Inggeris. Nak tunggu lagi satu jam. Aiyooo..!!


Ishhhh, tak sangguplah. Maka, aku pun decide join je yang seterusnya tu. Nak tau bahasa apa tak? Bahasa Mandarin!!! Kahkahkah. Memang satu patah pun aku tak paham. Mujurlah ada signboard dan info. So bolehlah baca dan paham sikit-sikit.

Tapi sepanjang kat dalam ni aku senyap. Dia cakap aku angguk. Kihkih.

Pilihlah mana satu korang nak
Inilah tour guide hari tu

Jongmyo Shrine ni adalah salah satu tapak Unesco kat Seoul yang dulunya tempat sembahyang raja-raja di seluruh Dinasti Joseon. Tapi aku miss event Korean  Royal Palace Culture Festival yang berlangsung setiap Ahad pertama di bulan May. Walhal masa tu kat sana lagi. T_T


Walaupun aku rasa macam sedikit persamaan (mungkin sama) dengan budaya masyarakat Cina kat China dari segi dinasti, tapi aku rasa budaya diorang ni cukup unik. Alah, takyah flashback zaman dulu. Tengok je sekarang. Memang lain dari yang lainlah.

Dari muka diorang, dari segi dialek diorang, dari segi percakapan diorang, kita boleh agak orang tu orang Korea. Hihihihi.


Cara-cara nak ke Jongmyo Shrine? 

Aku ke sini dengan bas sight-seeing. Tapi kalau korang nak naik subway, ada dua cara :

Turun kat stesen Jongno-3 (sam)-ga (line 1) dan exit nombor 11. Then jalan kaki selama 10 minit dari stesen.

atau

Turun di stesen Jongno-3 (sam)-ga (line 3 dan 5) dan exit no 8. Then jalan kaki selama 10 minit dari stesen.


Harga Tiket Masuk Jongmyo Shrine :
1000 South Korean Won (RM3.40)


Tapi , tapi , tapi FREE sekiranya :

Pssst, tutup setiap hari Selasa !!! Have fun!

American Airliner Plane