Latest Posts

Showing posts with label TIPS UMRAH. Show all posts
Showing posts with label TIPS UMRAH. Show all posts
Kengkadang bila dah itu ini semua, mesti ada benda yang tertinggal kan? Sebab itulah checklist sangat-sangat penting lebih-lebih lagi bila ke Tanah Suci.

Jujur aku cakap, jika sebelum ni aku selalu packing beberapa jam sebelum berangkat, tetapi untuk ke Tanah Suci ni, aku memerlukan lebih banyak masa daripada biasa. Bukan mudah dan bukan susah. Cuma kena listdown barang apa yang kena bawa untuk ke Mekah.

Terima kasih Rayhar Travel kerana menyediakan checklist ni. Aku share checklist Umrah untuk wanita sahaja tau. Untuk lelaki mungkin boleh rujuk dengan agent masing-masing. Hehe.

1) Buku Doa dan Yaasin. (buku doa ni boleh digantung kat leher dan dibaca sambil tawaf & saie). 
2) Tuala Mandi
3) Sikat Rambut
4) Stokin Kaki
5) Sejadah
6) Ubat & Berus Gigi
7) Sabun Mandi
8) Syampu Rambut
9) Krim untuk kulit kering (especially pergi musim winter)
10) Balm pelembap bibir tanpa warna
11) Ubat dan vitamin yang diperlukan jemaah
12) Telekung sembahyang  
13) Mini telekung
14) Serkup Kepala (anak tudung)
15) Jubah atau baju kurung
16) Seluar Panjang (seeloknya beli yang berpoket di dalam)
17) Kain batik atau baju tidur
18) Pakaian dalam atas bawah
19) Tuala Muka bersaiz sederhana
20) Sarung tangan 
21) Selipar untuk kegunaan dalam bilik
22) Pin baju  & tudung secukupnya
23) Pengepit kuku
24) Getah Rambut
25) Berus kain plastik
26) Sabun baju plastik kecil atau sabun buku
27) Gunting ukuran 4 inci ke atas untuk Rukun Umrah Keempat.
28) Bekas untuk isi makanan & minuman
29) Tisu paket kecil
30) Kasut yang selesa (ramai suggest Hush Puppies atau Scholl)
31) Kunci mangga 

Lain-lain tambahan ikut suka hati. Kat sana ada dobi tapi mungkin mahal. Kalau nak basuh baju dalam toilet pun boleh. Rata-rata aku survey diorang basuh baju sendiri.

Kat sana jubah murah-murah. Haa, rambang mata nanti. So takyah bawa banyak sangat jubah.

Sekian, terima kasih. Eh? Hehehe.

p/s : post ini dibuat 11/12/2015. Jangan salah faham! Hehehe.
Assalamualaikum ..

Mesti ada yang tertanya-tanya dokumen apakah yang perlu ada untuk apply visa Umrah? Saban tahun, kerajaan Arab Saudi mengetatkan syarat-syarat untuk ke sana.

Untuk wanita, pertama sekali sebelum korang membuat keputusan untuk ke sana, korang haruslah mempunyai mahram yang sah jika anda berumur bawah 45 tahun. Ini sangat penting!!

Dokumen-dokumen yang perlu ada untuk apply visa Umrah :

1) Passport
Passport yang masih sah tempoh (6) bulan dari tarikh berlepas ke tanah suci dan mempunyai 3 mukasurat kosong.  Passport ini hendaklah diserahkan kepada agent yang bertanggungjawab membawa korang ke sana at least 2-3 minggu sebelum pergi. Agent akan pegang passport ini sehingga hari berlepas.

2) Gambar Visa
4 keping gambar saiz 6x4 cm, berlatarkan putih dan untuk wanita hendaklah bertudung hitam dan lelaki hendaklah mengambil gambar tanpa songkok atau kopiah.

3) Buku Rawatan Kesihatan
Untuk dapat buku ini, korang haruslah ke klinik berhampiran dan mengambil suntikan vaksin ACYW-135. Ini wajib. Harga untuk seorang RM130 (mungkin lebih) dan tahan selama 4 tahun. So, kalau pergi lagi sekali tahun hadapan, dah tak perlu dah nak ambil vaksin.

4) Salinan Sijil Nikah
2 Salinan sijil nikah yang harus di cop (cop pengesahan) oleh Pejabat Agama Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk. Macam aku hari tu, bagi 2 salinan sijil nikah dan 1 yang ori. Salinan tu lah yang kena cop tau. Jangan lupa.

5) Salinan Sijil Lahir 
2 Salinan yang dicop oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

6) Surat Akuan Mahram
Pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam. Haa, ini paling penting antara semua khususnya untuk WANITA. Masa aku hari tu, Encik H pergi jumpa Pesuruhjaya Sumpah dan minta cop pengesahan.

Then bila dah dapat belum settle lagi. Sekiranya suami tak pergi, korang haruslah ada mahram yang sah macam aku cakap tadi. So, aku bermahramkan abang kandung. Next adalah salinan sijil lahir abang aku. Kalau korang pergi bermahramkan adik, maka bagilah salinan sijil lahirnya.

Bagi janda atau kematian suami, korang wajib lampirkan sijil mati dan cerai. Kalau bapa meninggal atau cerai dengan mak pun, wajib sertakan sekali sijil mati/cerai arwah bapa tu. Ini untuk yang bujang.

7) Borang Tempahan Pendaftaran Umrah
Lengkapkan borang tempahan umrah mengikut agent korang tu dan submit kepada mereka.

Ha, settle ketujuh-tujuh? Maka berdoalah agar semua berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

American Airliner Plane