Latest Posts

Showing posts with label TIPS KE CEBU. Show all posts
Showing posts with label TIPS KE CEBU. Show all posts
I Bersambung kisah percutian di Cebu Philippines.

Hari kedua ni excited sikit. Sebab kitorang pergi OSLOB.. Yeay!! Pergi Cebu tapi tak singgah Oslob, ibarat makan nasi tanpa lauk. Hahaha. Kat sinilah banyak tempat menarik. 

Oslob 

Dari Cebu ke Oslob, kitorang naik bas. Pepagi dah tercegat kat South Bus Terminal. Mengantuk gila. Kalau nak pergi Oslob, silalah naik bas sepagi yang mungkin. Around 4 am in the morning. Perjalanan jauh juga, kira-kira 4 jam gitu. Sampai Oslob lebih kurang jam 8 pagi. 

Tambang bas dalam 144 peso seorang. Walaupun dia kata ada free wifi, tapi hampeh. Takde pun. Buat penat aku je on-off handphone. Ingat phone rosak tak dapat connect wifi, rupa-rupanya memang nan ado. Hahahaha. 


Nampak gah dan glamour ibarat bas Transnasional. Tapi sangkaan meleset. Selagi tak padat macam sardin, selagi tu bas ni tak gerak. Muahaha. Gurau je! Dia akan gerak tapi bas ni memang sentiasa ramai. Bas henti-henti kat bus stop.  Ada yang berdiri dan ada yang duduk. Ikut nasiblah. Ko mampu ke nak berdiri lelama? Haha.

Jenuh wei berdiri sepanjang perjalanan

Akhirnya, sampai pun Oslob. Tak terasa pun sebab tidur sepanjang perjalanan. Hewhew. Tapi bas just drop tepi jalan je. Then, kitorang naik habal-habal ke tempat penginapan. Actually kalau taknak sewa habal-habal pun boleh. Dekat je rupa-rupanya. Cisss, tipah tertipu!! Haha.

Malonzo Pension House

Bab Oslob, aku pass kat Ajikah. Sebab aku memang totally busy. Tak dapat nak survey pape. So dia pilih Malonzo Pension House. Penginapan murah dan sentiasa dapat good review dari pengunjung di Agoda dan Tripadvisor. Murah pun murah!

Feeling-feeling honeymoon dengan BFF.. Hahaha.
Eh binatang apa yang tengah tidur tu
(note : terserempak masa otw ke hotel orang bela bawah rumah & ikat)

Inilah hari first dan inilah hari terakhir. Kena gunakan masa sebaik yang mungkin. Sebab besoknya dah nak balik. Apa yang boleh buat selama 1 hari di Oslob?? Well, banyak benda okay!

Demi nak jimat masa, kitorang decide nak sewa je van. Mini van dengan driver sekali. Takdelah mahal mana pun. Kira berbaloi la juga. Kitorang bayar dalam 1100 peso. Cover beberapa tempat seperti Kawasan Fall, Tumalog, Whale Shark dan lain-lain. 


WHALE SHARK OSLOB

Aktiviti paling famous kat Oslob -WHALE SHARK WATCHING. Kat sini korang boleh dive or snorkeling sambil tengok whale shark. Kat sini dilarang apply sunblock kat kulit. Demi menjaga kehidupan whale shark ni katanya. 

And, masa diberikan selama 30 minit. Jangan sesekali kau cuba nak sentuh whale shark. Dilarang sama sekali. Banyak peraturan yang perlu korang ikut sepanjang berada kat sini. Dan harga untuk aktiviti ni adalah 1000 peso seorang.


TUMALOG FALLS

Then, dari situ kitorang ke Tumalog Falls. Tumalog Falls ni dekat je dengan hotel kitorang. On the way dari tempat whale watching ke hotel memang akan lalu kat sini. 

Tapi van tak boleh masuk sampai dalam. Jalan sangat-sangat sempit. Untuk masuk ke dalam korang boleh jalan kaki or naik habal. Oh wait, pepanas ni mampu ke jalan kaki? Never!! Hahaha *diva sangat*. Lol! Terbang lagi 20 peso untuk naik habal ni. 


KAWASAN FALLS

Then dari Tumalog ni kitorang ke Kawasan Falls. Yang ni jauh sikit. Sampai terlentok-lentok kitorang tidur kat dalam van. Entah berdengkur ke entah tak. Hahaha. Perjalanan amek masa dalam 1 jam lebih. Memang laju gila abang van ni bawa. Kecut perut hoi.


Nak masuk ke Kawasan Falls kena bayar 40 peso seorang. Jauh gila jalan kaki masuk ke dalam ni lebih kurang 1.5km sehala. Nasib ada Romeo, guide kitorang sepanjang kat Kawasan Falls ni. Thanks Romeo sebab layan kitorang membebel. Haha.

 09155812355 - Nah, amek no Romeo. Just in case kan.... Air Kawasan Falls ni jernih dan biru. Cuma mood kitorang bertukar bila everything kat sini kena bayar. Kalau pergi berdua memang tak berbaloi. Sebab nak main rakit tu diorang caj ikut kepala. Then orang tu tak bagi share dengan orang lain. Tsk tsk. 

Then, nak duduk kat meja pun kena bayar. Nak guna tandas pun kena bayar. Semualah senang cerita. Haih...!!


BRUMINI

Balik dari Kawasan, aku minta abang driver tu singgah kat memana yang jual souvenir murah. So dia bawa kitorang ke Brumini. Entah nape aku rasa macam takdelah murah mana. Tapi maybe tu harga dia kot. Try minta diskaun, tapi diorang tak bagi. Iskk!!


Then, tamatlah jenjalan bersama abang driver. Dia hantar kitorang balik. Sampai je hotel rehat jap, pastu keluar balik. Haha. Destinasi seterusnya tak sampai 5 minit dari hotel. Hahaha.

OSLOB MUNICIPAL HERITAGE PARK 

Tapak peninggalan sejarah di Oslob sudah semestinya di Heritage Park Oslob. Kat sini lebih kurang macam A'Famosa Melaka tu. Bangunan-bangunan lama yang berusia ratusan tahun. Cantik kalau nak amek gambar dan juga best untuk lepak di waktu petang. Semua FREE kat sini.

Heritage Park ni berdekatan dengan penginapan kitorang. Jalan kaki je. Tak penat mana pun. Siyes tak tipu. Kat sini ada Oslob Boulevard, patung Father Julian Bermejo, Baluarte, Cuartel, Oslob Museum dan Immaculate Conception Parish Church.


Banyak lagi tempat yang kitorang tak sempat pergi seperti Pulau Sumilon dan Osmena Peak. Tapi orang kata tempat tu biasa-biasa je. Nothing special. Entahlah. Yang pasti seharian di Oslob ni memang lebih. Nak kejar masa punya pasal. Hehehe.

Bersambung ~



Ingat tak tiket flight yang aku menang masa event Airasia Blogger Community (AABC) beberapa bulan lepas?? Inilah tripnya. Aku dah pun redeem tiket tu. Alhamdulillah dah selamat pergi dan balik. Walaupun short trip, tapi berbaloi-baloi. Dah rindu gila kat Cebu. Sobsob. T_T

After Manila, Boracay and Bohol, and now to Cebu. I love Philippines so much. Memang banyak pulau yang cantik, biru dan bersih. Never fail to amaze me!

HELLO CEBU ISLAND
Dokumen yang perlu diisi

Untuk trip ni, macam biasalah. Kalau tak dengan media, kalau tak dengan Encik H, kalau tak bersendirian, pasti Ajikahlah yang jadi mangsa untuk menemaniku. Haha. Thank you Ajikah. Kami bertemu di Cebu. Bagi yang tatau cerita, Ajikah is my friend and married with Phillipines man. Now stay kat Manila. Btw, thanks sebab teman. :)

Supposedly trip ni 5 hari, tapi atas sebab-sebab tertentu, I make it short. Tinggallah Ajikah kat sana for 2 days. Risau juga tinggalkan dia sorang-sorang. Nasib dia dah biasa kat Philippines. 

Mactan Cebu International Airport

Dari Kuala Lumpur ke Cebu mengambil masa selama 4 jam dan hanya Airasia jelah yang terbang ke sana. Sehari satu flight pergi dan balik. 


Keluar je airport, make sure korang amek teksi putih. Teksi putih yang ada meter. Kat mana lokasinya? Kat bangunan bertentangan dengan airport tu. Kalau sesat tanya je orang. Lebih kurang 3 minutes walk to here. Dekat je.

Mana-mana pergi, make sure naik teksi ni.. Ada meter!

Tips :
Sila download apps GrabTaxi kat phone korang

Resit

Dari airport kami terus ke hotel. Memandangkan kami kejap je kat Cebu, tidur pun tak sampai beberapa jam, I decided untuk amek je hotel bajet tapi selesa. Then, I pilih Capitol Central Hotel & Suites sebagai penginapan kami yang pertama. Not badlah hotel ni. 

Semalam just RM95.47 sen je. Murahkan? Lokasi mudah dan bilik yang selesa.

Capitol Central Hotel & Suites

Lepas check out, kitorang keluar. Ini kelakar. Al-kisahnya, walaupun dah beberapa kali ke Philippines, tapi baru first time naik Jeepneys. Kononnya nak bajet ala-ala tourist mat salleh. Sekali hamek kau. Sesat entah ke mana.

Diorang kat sini taklah fasih sangat berbahasa Inggeris. Nasiblah Ajikah faham sepatah dua. Ini juga kali pertama untuk Ajikah. Dua-dua first time, memang harulah jadinya. Haha.


Eceh, tatau lagi apa yang akan terjadi.

Kitorang cakap nak pergi sekian-sekian, lain pula tempat dia berhentikan kitorang. Hahaha. Nasib si Ajikah dah survey awal-awal. Kalau harapkan aku yang super busy ni memang sampai besok tak jumpa tempat tu. Hahahaha. =P



Jumpa pun Plaza Independecia. Ini salah satu tarikan kat Cebu. Antara tempat yang kaya dengan sejarah kat Cebu ni. Oh kalau ke sini, wajib singgah Fort San Pedro tau!


Dari sini kitorang amek teksi ke Ayala Mall. Jangan ingat Cebu ni pekan koboi tau. Memang silap besar!! Kat Ayala Mall ni ada macam-macam, termasuklah makanan halal. 


Restoran Halal di Ayala Cebu : 
Restoran Persian Palate

Mahal sikit, tapi sedap!!

Perut dah kenyang ... Penat pun penat. Tibalah masa untuk berehat.. Dari Ayala sekali lagi amek teksi untuk pulang ke hotel. Dah tak berani nak naik Jeepneys. Lebih-lebih lagi kitorang berdua dan perempuan. Malam pula tu. Heshh!


Kat luar hotel

~ bersambung di entry seterusnya !!

American Airliner Plane