Kalau korang tanya aku, tempat-tempat menarik di Switzerland, aku jawab semua yang ada kat Switzerland ni. Hahaha. Kat sini cantik, bersih dan tenang. Sejuk je mata memandang. Nak jalan malam-malam pun rasa selamat je. Takde risau-risau atau takut.
Meskipun bandar ni aku kategorikan sebagai 'bandar yang mahal' tapi ia tetap berada di top list my favourite place in Europe. Tak jemu untuk datang ke sini lagi. Sungguh!
Suatu ketika dulu ada penerbangan direct Kuala Lumpur-Zurich dengan Malaysia Airlines. Tapi sekarang dah takde. So, kalau nak ke sini either dari France atau Germany. Aku suggest dari Germany. Dari Germany, naiklah bas atau train. Haa, alang-alang tu bolehlah singgah the real castle, Neuschwanstein. Neuschwanstein Castle?? Haa, pegi google cepat!
GENEVA
Ingat jam, ingat Geneva. Hahaha. Selain dari terkenal dengan keindahan Lake Geneva, kat sini juga terkenal dengan bank. Dengar cerita ramai hartawan-hartawan yang kaya raya sampai keturunan ketujuh kat Malaysia simpan duit kat sini. Maklum jelah, Geneva ni tercatat antara pusat kewangan terpenting di dunia. Hehe.
Cuma yang tak bestnya kedudukan Geneva ni jauh gila dari Zurich. Dekat 4-5 jam jugalah tercongok kat dalam train. Sebab tu aku suggest kalau nak jalan kat Swiss ni, korang kena lompat-lompat hotel. Takdelah wasting time kat dalam train je.
By the way, kat Geneva ni ada satu lorong di mana ada banyak restoran halal. Nanti korang bolehlah pergi kot-kot lapar. Hiks!
MONTREUX & GSTAAD
Tak plan untuk ke sini. Masa on the way balik dari Geneva train lalu sini. Another 1 station baru decide, "B, kita turun sini jelah". Hahaha. Perhaps, orang cakap Montreux ni cantik. So, singgah kejaplah walaupun hari makin petang. Singgah-singgah pun kitorang tak sempat nak jejak kaki ke Chateau de Chillon. Haih, ada alasan nak datang balik ni. Kahkah.
Kat sini jugalah diadakan Montreux Jazz Festival tiap-tiap tahun. Peminat Jazz mesti tahu. Hehe. And, and, and.... kalau datang sini janganla lupa naik Golden Pass Panoramic Train. Apa gunanya beli tiket Swiss Pass mahal-mahal kalau tak digunakan. Ye dok? Haha.
LUZERN & MOUNT PILATUS
Yang ni kan aku dah cerita kat entri lepas 'Mengimbas Kenangan Bersama Arwah Di Mount Pilatus'. Ni mesti tak baca kan? Pergi baca cepat! Hahaha.
INTERLAKEN
Dah beberapa kali pergi Swiss, inilah baru first time aku jejak kaki ke Interlaken. Semuanya gara-gara terpengaruh cerita Cinta Jangan Pergi lakonan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Eh, bukan aku sorang je tau. Masa datang sini kemain ramai orang Melayu kat sini. Hahaha. Sah terpengaruh jugak. Hahahaha. The worst part, aku terpengaruh sampai nak cari rumah merah yang diorang nak beli kat dalam cerita tu. Tapi dihalang oleh Encik H. Hahahaha.
Biasa orang pergi Interlaken ni nak buat aktiviti lasak macam hiking, bungee jumping, sky diving, hang glide, canyon swing dan lain-lain lagi. Yang famous kat sini Harder Klum.
BRIENZ
Sebenarnya ni pun antara kawasan kat Interlaken. Tapi antara stesen Interlaken dengan Brienz, aku lagi recommend korang turun akt sini untuk tangkap gambar. Kat sini ada tasik yang sangat cantik dan kebiruan. Lebih-lebih lagi datang waktu siang. Layan habis woi!!
Kitorang singgah sini masa on the way balik dari Interlaken ke Luzern. Memang kejar masa sungguh time tu takut terlepas train. Hahaha. Tapi dapatlah menikmati pemandangan di waktu senja.
MOUNT TITLIS
Demi memenuhi hasrat si Encik H nak sangat main salji, maka kami ke Mount Titlis. Mount Titlis snow sepanjang tahun. Datang waktu summer ke, autumn ke, fall ke .. Mount Titlis tetap salji. Selebihnya, silalah baca entri yang lepas ye. Hehehe.
ZURICH (CITY)
The largest city in Switzerland. Hey, tak sahla pergi Swiss tak singgah sini. Hahaha. Kat sini kira hub pengangkutan untuk kemana-mana. Mudah dan senang. Kat sini juga ada restoran halal, tempat shopping best dan macam-macam lagi. Cuma agak padat sikit berbanding lain.
Kot korang nak cari coklat, kat sinilah tempatnya. Kalau nak beli souvenir di Swisss macam fridge magnet dan sebagainya aku suggest cari kat kedai souvenir di stesen keretapi Zurich (Zurich HBF) dan ada beberapa kedai kat bawah situ. Kena pandai cari.
Tempat-tempat menarik korang boleh pergi kat Zurich ni seperti Limmat River, Zurichhorn, Knabenschiessen, Augustinergasse, Bruno Weber Park dan Parkanlage Zuerihorn.
Itu je ke?? Taklah. Selebihnya bersambung di trip akan datang.
Banyak gila tempat-tempat best kat Switzerland ni.
Nak pergi semua kena seminggu lebih baru boleh cover. Hishh!!
Oh, Switzerland, i'm in love!!
Hahaha.