Latest Posts

Showing posts with label SOUTH KOREA. Show all posts
Showing posts with label SOUTH KOREA. Show all posts
Kalau di Switzerland, aku menaiki scenic train (SBB) untuk menikmati panorama indah di pergunungan Alps, begitu juga di South Korea.

Trip Media dan Blogger Airasia X ke Busan baru-baru ni, memberi peluang kepada aku untuk merasai sendiri pengalaman menaiki V-Train atau nama lainnya, Valley Train. Pengalaman indah menaiki V-Train ini hanya dapat dinikmati di daerah sana sahaja.

 
Feeling-feeling balik kampung 

Perjalanan V-Train atau Valley Train ini melalui kawasan pergunungan kecil di Gangwon-do dan Gyeongsangbuk-do. Mata korang pasti tertumpu dengan keindahan pergunungan dan kejernihan air sungai yang terdapat di sepanjang perjalanan.

Stesen Yeongju 
Jadual Perjalanan
Siap ada free blood test machine lagi. Haha

Kami memulakan perjalanan di Stesen Yeongju dan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai di Stesen Cheoram dan kemudiannya dari Cheoram ke Stesen Bucheon mengambil masa 1 jam 10 minit. Tapi dalam masa yang sama adalah berhenti di beberapa perhentian.

Antaranya di Stesen Yangwon (stesen paling kecil di Korea), Stesen Seungbu dan lain-lain. Tak lama pun, dalam 5-10 minit untuk memberi peluang kepada penumpang untuk bergambar, pergi toilet dan beli makanan. 



Apa yang menarik? Mestilah rekaan dalaman kereta api ini. Masih mengekalkan ciri-ciri lama, bagi aku sangat-sangat unik. Bukan itu sahaja, hiasan di siling kereta api ini juga mempunyai motif 'glow in the dark'. Setiap kali melalui kawasan terowong, pasti happening

Glow In The Dark
 

Bukan itu je, pekerja-pekerja yang bekerja di dalam kereta api ini juga turut memakai pakaian seragam yang bercirikan tahun 1970-an.


Kereta api ini dilengkapi dengan vending machine dan juga peti surat. Tetapi sayangnya tiada tandas. So, pesanan aku, silalah membuang dahulu sebelum memulakan perjalanan korang. Hewhew.

Eh, tapi jangan risau. Kat beberapa perhentian ada tandas. Nothing to worry!

Vending Machine
Salah satu pit stop

Marilah, kita tengok sama-sama panorama sepanjang perjalanan aku menaiki V-Train ini ... 



Harga Tiket V-Train??
8 400 won (Bucheon - Cheoram)
11 700 won (Yeongju - Cheoram)

Jadual Perjalanan V-Train

Bagi siapa yang selalu tanya, apa yang best dekat-dekat Busan sana tu .. Haa, ini salah satu jawapan. WAJIB naik!!! Memang gerenti puas hati.. The best season adalah masa musim sejuk (snow) dan luruh .. Keadaan persekitaran lagi mempersonakan!



Satu-satunya benda yang aku tak boleh move on dari trip ke South Korea baru-baru ni adalah bas. Bas yang kitorang naik terlalu ohsem sehinggakan setiap kali Nisa Kay naik pasti tertidur. (Maaf Nisa aku terlalu jujur. Haha.)

Nampak dari luar seperti bas biasa-biasa je. I don't expect more than that. Biasalah kalau join famtrip mesti naik bas persiaran persis public transport tu. Tapi masuk je bas, mata terus terpana. Wow, marvellousnya ...!!

Rasa macam buat tour konsert K-pop jelajah Gyeongbuk pula. Hahaha.


Selama 6 hari menjelajah bumi Korea, memang aku berpuas hati dengan bas ni. Sangat selesa. Nak pula aku conquer kerusi belakang. So, everytime naik bas je mesti terlentang. Haha.

Tour guide kami, Mr Spencer

Perjalanan kami bukannya mengambil masa sejam dua, tapi kalau totalkan semua mahu berpuluh-puluh jam. Terima kasih Korea Tourism Organization kerana menyediakan bas yang sangat-sangat selesa. Ini first time aku naik bas sedemikian rupa. I'm so happy.

Mana taknya, selalu tengok artis je naik bas macam ni. Now, bila turn sendiri terus tak terkata. 

Bas kami dilengkapi dengan lampu ala-ala disko .. Heee
Tempat penyejuk air
Ruang Belakang (kat belakang kerusi aku duduk tu pun ada ruang tidur)
Karaoke time

Korang tengok dalam gambar je tau. Kalau real lagi super duper teruja. Sampai sekarang aku tak boleh move on. Nak naik lagi ..!!!


Lampu disko tu bukannya selalu. Tapi kalau karaoke dia berkedip-kedipla. Kalau taknak, nak maintain je cenggitu pun boleh. 

Yang karaoke pulak tak terhad pada lagu Korea. Lagi Inggeris pun ada. Request je. Yang paling aktif menyanyi Nisa dan Asyila la. Diorang yang banyak conquer microphone. Tapi okaylah, penghibur kami sepanjang perjalanan menjejalah Gyeongbuk Province. 



American Airliner Plane