Latest Posts

Showing posts with label SKI DUBAI. Show all posts
Showing posts with label SKI DUBAI. Show all posts
Dubai ada SNOW ... ???
Hahaha. Biar betul ??

Serious lah!! Memang Dubai ada snow, tapi snow buatan yang terletak di Ski Dubai. Macam aku cakap tempoh hari. Beruntung kanak-kanak yang lahir kat Dubai. Nak apa, semuanya ada kat Dubai ni. Tetiba rasa nak beranak kat Dubai. Tetiba je kan... Haha.

ski dubai

Ski Dubai ni terletak di Mall of Emirates dan first indoor ski resort yang dibina di Middle East. Canggih tak canggih, pepanas pun diorang boleh build benda ni juga. Ohsemmm!!

Ski Dubai
Kaunter bayaran
Kaunter ambil kasut & baju

Bayaran masuk Ski Dubai 

Ini tiket kitorang hari tu .. Nak main lain-lain kena bayar lebih

Tapi memang ramai orang kat Ski Dubai ni. Even weekdays pun ramai. Bukan setakat tourist, local pun ramai. Even tempat ni dah buka lama still menjadi tumpuan lagi. Hebatkan? Kalau kat tempat lain, lebih 10 tahun dah sendu dah... Tapi Ski Dubai hebat dan maintain hebat sampai hari ni.

Tempat simpan barang

Keselamatan kat sini memang terjaga rapi. Sebab itulah kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam Ski Dubai ni. Bukan tu je, bab locker pun sama. Nak buka locker, korang kena panggil memana staff dan minta bukakan. Tak boleh buka sesuka hati buka. 


Dan kawasan luar Ski Dubai ada kedai-kedai macam souvenir shop, gerai makanan dan lain-lain lagi. Kot-kot taknak pakai suit dan kasut Ski Dubai, bolehlah beli kat sini. Tapi kalau macam kita kat Malaysia, pakai je la diorang punya. Tak yah gatal nak beli. Unless kalau korang memang giler main snow dan main ski. Hiks.


APA YANG ADA DI SKI DUBAI ??

Ice Cafe
Kat dalam ni ada Ice Bar dan juga Ice Cafe. Kot-kot haus ke bolehlah beli air. 


Playground Snow
Do you want to build a snowman?? Tetiba teringat lagu frozen. Ha, nak main snow, pergilah playground snow. Then buatlah snowman ke or nak main baling-baling snow pun boleh. 


Rope Climbing Wall
Siapa sukakan cabaran, bolehlah cuba Rope Climbing Wall. Tapi taklah tinggi mana.


Twin Track Bobsled Run
Bobsled Run ni syok gila dan ada dua track. So, kalau nak naik dengan partner dulu pun boleh or nak naik asing-asing dengan stranger pun boleh. Senyum lebar ye Ruby? Hihihi.


Chairlift
Chairlift dengan ski memang tak boleh dipisahkan. Setiap tempat ada ski mesti ada chairlift. Begitu juga Ski Dubai. Nak tengok Ski Dubai dari atas, naiklah Chairlift ni.

 

Ski & Snowboard
Dah nama SKI DUBAI, mestilah ada tempat nak main ski. Tapi harap maaf, aku masih trauma dengan kejadian kat Swiss dulu. Hahaha. Tunggu dah betul-betul pro, baru main ski balik. Haha.

 

Drag Lift
Ni untuk tarik orang-orang nak main ski ke atas selain dari naik chairlift.


Space Shuttle Slide
Untuk bebudak ye.. Korang dah besar panjang toksah berangan nak main kat sini. Haha.


Tak perlu susah payah angkut tube naik tangga, just naik ni je .. Haha. Ini untuk Tobogganing Hills Tube. Tapi kalau nak naik macam tu je pun boleh. 


Tobogganing Hills Tube
Selain dari Bobsled, ini pun antara favourite aku kat Ski Dubai ni. Best gila. Kalau tak best, takkanlah Ruby jerit-jerit. Hahaha. Comel lah Ruby ni. Kahkah.


Giant Ball
Selalu aku tengok benda ni kat air je. Ni kat dalam snow pun boleh. Yang ni aku tak naik sebba beratur panjang. Next timelah. Tapi orang kata yang paling ramai beratur tu lah yang best. 


Kids Tube (aku lupa apa nama dia daaaa)..
Bebudak duduk kat tube and dia berpusing-pusing. Bebudak je tau!!


Penguin Encounter & March of the Penguins
Kalau aku tau kat sini ada penguin, tak payah susah -susah pakai torchlight cari penguin kat St Kilda. Hahaha. Penguin kat sini ada macam-macam jenis. By the way, diorang ada aktiviti bersama penguin. Yang tu kena beli tiket asing. Tapi kalau nak tengok je FREE.


Wind Tunnel
Yang ni aku tatau apa yang ada kat dalam. Just amek gambar kat luar je. Sebab masa dah suntuk masa tu. Nak masuk dalam pun serba salah. Hahaha.


Snow Bullet
Yang ni takde gambar. Sebab takde siapa naik hari tu... Tsk Tsk.
___________________________________________

Sejuk-sejuk ni tak terasa penat pun. Best!! Kat luar panas, kat dalam sejuk. Well, dah habis main semua, jangan lupa ke deposit machine. Kalau korang return kad balik, dapatlah duit deposit balik. Janji jangan hilangkan kad. Nak duit balik tak?? Hehehe.

Overall, this place sangat-sangat fun especially for kids. I love Bodsled Run & Tobogganing Hills Tube. Dua-dua ni naik banyak kali pun takpe. 


Deposit Machine
___________________________________________



American Airliner Plane