Latest Posts

Showing posts with label SIMKAD ELOK DI LOMBOK. Show all posts
Showing posts with label SIMKAD ELOK DI LOMBOK. Show all posts
Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii semua, apakhabar?
Hari baru, cerita baru, di lokasi baru

LOMBOK 

Dah lama aku dan Haziqah plan nak pergi Lombok. Since tengah hangat pasal gadis dilarikan lagi. Tapi asyik-asyik tunda. Takut punya pasal. Isk, isk.

Tapi kali ni, kitorang tekad nak pergi Lombok juga. Orang kata selagi tak pergi, selagi tu jangan fikir bukan-bukan. Pergi dulu, rasai tempat tu dulu then baru boleh fikir. Hurm.

Trip ke Lombok ni sehari lepas balik dari Auckland. Kira malam tu sampai, besoknya dah gerak. Abaikan pasal penat, LOMBOK AKU DATANG!!

Flight ke Lombok

Flight ke Lombok ada satu je iaitu Airasia. Tapi korang boleh juga pergi Lombok dengan menaiki feri dari Bali. Kalau just nak pergi Lombok je, eloklah naik flight. Senang!!


Dan sehari ada 2 flights saja. Pagi dan petang .. Well masa aku beli tiket ni, Airasia tengah buat promo. Dapatlah harga RM150/return. Murahkan?

And flight hari tu memang penuh. Tapi penuh dengan rakyat sanalah. Majoriti pekerja-pekerja Indo yang datang bekerja kat Malaysia. Tak seperti flight ke Jakarta or Bandung. Ni memang betul-betul boleh kira dengan jari berapa orang Malaysia yang ada kat dalam tu. Haha.

Tengok tu ramai gila orang dia
Form kena isi

Perjalanan mengambil masa selama 3 jam dan akhirnya sampai juga ke Lombok. Waktu Lombok dan waktu Malaysia SAMA. Takde beza!! Tak seperti di Jakarta.


Tapi yang tak bestnya pasal luggage. Kena tunggu lama. Majoriti yang naik flight tu semua pulang ke kampung dan bawa barang berkotak-kotak. Jenuh nak tunggu beg.


Then dah dapat lugagge, terus cari bas. Untuk malam pertama ni kitorang stay area Mataram dulu. Dari airport ke Mataram kalau naik bas murah je, 25 ribu rupiah untuk seorang (RM8) dan lebih kurang 30 minit macam tu.


Tapi naik bas ni pun mencabar juga. Mencabar kesabaran korang dengan masa dan juga suasana. Bab masa, selagi bas tak penuh selagi tu takkan jalan. Dah penuh? Belum lagi.. Diorang tambah pula kerusi kat tengah-tengah. Adui.

Bab suasana pula, aku perasan since dari dalam flight lagi. Diorang cakap kuat gila. Macam dari kerusi nombor 1 cakap, kerusi nombor 4 boleh dengar. Hahaha. Samalah keadaan kat dalam bas ni.

airport lombok ditutup

And sampai pun stesen bas. Dari sini pula kami naik teksi untuk ke hotel. Penatnya perjalanan hari ni. Macam-macam benda kami lalui. Bab hotel nanti aku cerita kat next entry. By the way, ini percutian bajet ke Lombok. Hotel pun hotel bajet. Hehehe.

culik wanita di lombok

Sampai-sampai hotel terus cari local simcard. Kat sini takde Simpati. Cuma ada 3 ni je. Aku terbeli yang merah tu. Sumpah tak bagus!! Menyesal beli. Kalau korang nak beli, belilah XL. Elok sikit. But please bukan Kartu As tu.. 


Haa, sambunglah di entry seterusnya. 


American Airliner Plane