Latest Posts

Showing posts with label SADAO. Show all posts
Showing posts with label SADAO. Show all posts
Dah kata tak sempat, tapi kami tetap degil nak pergi. Dengan tangan memegang passport, mengagau-gagau cari kereta sewa akhirnya kami sampai juga kat Padang Besa (Padang Besar Thailand). Ini kerja gila!!! Apa je yang boleh dibuat dalam masa 1 jam kat Padang Besa Thailand (tolak masa kat Immigration jadi ler 40 minit)? Boleh bayangkan tak? Hahaha. Tapi pengalaman best! Alang-alang dah berada kat sempadan, rugi kalau tak melompat kejap.


Kalau ada masa lebih memang dah sampai Hatyai dah. I miss Hatyai so much. Haha. Tapi dek kerana kesuntukan masa, pergi Padang Beso pun jadilah. Dari Padang Besar Malaysia, kami sewa kereta dari peniaga kat sini. Murah je. RM10/seorang .. Kami ada empat orang + 1 driver, jadilah lima orang.



Tulah kereta kami


Dulu hanya sempat jeling Padang Besar je masa on the way back dari Hatyai. Yela, masa tu naik keretapi dari Hatyai ke KL Sentral. Manalah ada masa nak merayau-rayau. Aku pula tak berapa familiar dengan Padang Besar ni. Silap haribulan sesat. Haha.



Nak lepas border ni tak susah mana pun dan keadaan kat sini tak sesibuk kat sempadan Singapore-Malaysia. Isi borang dan sediakan wang RM1/seorang. Entahlah aku pun tak pasti kenapa kena bayar RM1 kat immigration diorang. Kata abang driver tu, bagi melancarkan perjalanan. Oh, begitu.

PROSEDUR BAWA KERETA KE THAILAND

Bagi yang nak memandu kereta (plat nombor Malaysia) untuk menyeberangi sempadan Siam ni, korang perlu dapatkan insuran kerata yang boleh dibeli kat Perlis. Jangan lupa bawa geran kereta dan passport. Ini prosedur biasa untuk ke Thailand dengan kereta. 



Padang Besa Thailand ni tak de apa pun. Lebih kurang sama dengan Padang Besar Malaysia. Tapi kalau mak-mak sukalah shopping kat sini. Sebab periuk, pinggan mangkukbarang dapur dan lain-lain murah kat sini. Tapi aku rasa macam lagi syok je kalau shopping kat Padang Besar Perlis. lagi banyak pilihan. Hurm.

Gasaklah. Janji dapat chop kat passport. Hahaha. Padang Besa Thailand ni terletak di daerah Songkhla. Tapi kebanyakan kat sini adalah muslim. Senanglah cari makanan halal. Haa, nak makan tomyam sedap, pulut ayam dan lain-lain, bolehlah ke sini. 


Sawadee ka

Gerai Ala-ala Pasar Tani

Madu

Bangunan-Bangunan di Padang Besa

Motorsikal Untuk Disewa Katanya

Halal
Souvenir Dari Padang Besa

Dessert Tradisional Thailand

Bergambar Dulu

Anak Ayam Warna-Warni

Suram dan Sepi

Jom Pusing-Pusing Padang Besa

Tempat Letak Kereta

Beginilah Keadaan Di Padang Besa Thailand

Jalan-Jalan Makan Angin.. Haha.


Itu jelah yang sempat kami pergi selama 40 minit di Padang Besa Thailand. Memang kerja gila pun. Balik Perlis kena tinggal bas. Hahaha. Gara-gara salah seorang dari kami mencari pistol cicak. Nasiblah orang Tourism Malaysia datang jemput dengan van. 

Apa-apapun, kalau korang ke Perlis, singgahlah kejap di border. Memang murah shopping kat sana. Ada tikar mengkuang, comforter, pinggan mangkuk, pakaian, kuali dan macam-macam lagi. Kena pandai tawar-menawar untuk dapat the best price. Happy holiday ~

American Airliner Plane