Latest Posts

Showing posts with label SABAH. Show all posts
Showing posts with label SABAH. Show all posts
PULAU MANTANANI SABAH DESTINASI PELANCONG | "OMG, Mantanani Island?", benda pertama terungkap bila semak itinerary Domestic Media Fam Trip Sabah 2014 baru-baru ini. Itulah kali pertama aku tahu kewujudan Pulau Mantanani. Sebelum ni, hanya tahu Mabul, Mamutik, Gaya, Sapi, Sipadan, tetapi Pulau Mantanani memang tak pernah dengar.

Pulau Mantanani adalah sebuah pulau yang terletak di Kota Belud Sabah, kira-kira 70km dari Kota Kinabalu. Perjalanan darat mengambil masa kira-kira satu jam atau lebih terpulang pada cara pemanduan.

Enjoy The View At Mantanani Island

Kalau ikut sumber google, kat Pulau Mantanani ni dulu terdapat dugong jinak, tetapi bila sampai sini barulah kami diberitahu dugong tu telah mati sejak beberapa tahun lepas. Sayangnya!

JETI KUALA ABAI

Untuk ke Pulau Mantanani, korang kenalah naik bot dari Jeti Kuala Abai. Dari sini mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke Pulau Mantanani. Tapi ni semua bergantung kepada keadaan ombak. Nak balik pun kena bergantung pada ombak. Terdapat satu kes dimana ada orang terperangkap dan tidak boleh pulang dari Pulau Mantanani dek kerana ombak kuat.

Selain dari Jeti Kuala Abai, korang boleh juga naik bot dari Jesselton Point, Kota Kinabalu. Cuma masa perjalanan bertambahla sikit. Dari 45 minit terus up ke 2 jam ++.


Sebelum ke Pulau Mantanani, korang wajib sign agreement seperti di bawah ini.


1, 2, 3, 4 ... let's go to Mantanani Island


Pulau Mantanani Sabah

Dah sampai ke tempat dituju, Pulau Mantanani. Tak berkelip mata memandang pulau ini. Airnya jernih dan pasirnya putih halus. Wow, nice. Kalau tempat ni dijaga dengan lebih rapi, mesti lagi cantik. 


Antara aktiviti-aktiviti yang korang boleh buat di Pulau Mantanani ni seperti 
- snorkeling
- kayaking
- diving 
- island trekking

dan lain-lain .... 


Penginapan di Pulau Mantanani Sabah seperti Mari Mari Backpackers Lodge, Mantanani Dream Resort, Bembaran Beach Resort dan akan datang hotel bertaraf empat bintang yang akan dibina di Pulau Mantanani Besar. Wah, i'm looking forward to come again next time. Yeay!



Harga Pakej Pulau Mantanani Sabah 
RM300 per person (Snorkeling)
RM480 per person (Diving)

Tuala Untuk Disewa
Minuman Pagi
Sewaan Peralatan Snorkeling
AWAS, jangan bagi hilang

KOLAM , PULAU MANTANANI

Tempat snorkeling pertama kami pergi adalah Kolam. Kat Pulau Mantanani ni bot akan berhenti di tengah-tengah lautan, kemudian semua akan terjun ke bawah. Please jangan panik. Just enjoy aktiviti snorkeling.  


Terjun....

Opss, terlupa kamera

Enjoy

MAKAN TENGAHARI DI PULAU MANTANANI

Dalam banyak-banyak pulau yang aku pergi, makan tengahari di Pulau Mantanani ni lah yang paling mewah. Biasanya dalam pakej diorang bagi nasi goreng, ayam seketul dan buah-buahan. Tetapi berlainan dengan Pulau Mantanani. Makanan yang diorang sediakan sedap dan mewah.


Buffet Lunch Mantanani Island
Makanan Saya

Ini bukan free, tapi kena bayar
Pose Wajib Di Pulau 
Kekenyangan
Aktiviti Pulau Mantanani
Melepaskan Batuk Di Jeti

Selepas makan tengahari, kami diberi masa sedikit, free and easy sebelum aktiviti snorkeling seterusnya. Masa ni lah ramai yang mengambil peluang untuk island trekking, melakukan aktiviti pantai dan lain-lain lagi.


PULAU MANTANANI KECIL

Next, ke Pulau Mantanani Kecil. Pada mulanya, aku rasa malas nak teruskan aktiviti snorkeling. Tapi bila fikir-fikir balik, mana boleh miss. Nak pergi lagi, entah bilanya. By the way, thank you Miza and Thatsofarah sebab sudi share gambar. 

Dari Kamera Thatsofarah (Lumix DMC FT5)


Dari Kamera Mieza (Menggunakan Olympus TG850)


Psst, aku suka kamera Mieza. Tak perlu filter. 100% original and pure dari kamera. Kalah Go Pro aku. Hahaha. Anyway, cantikkan Pulau Mantanani ni. *Drooling*

Spot Me, Annahita and Hamizah .. Haha

Disebabkan terlalu lama berendam di lautan, maka aku mengalami sunburn yang teruk. Apa-apapun aku sangat berpuas hati dengan Pulau Mantanani. Satu pengalaman yang best! Bagi sesiapa yang merancang ke Kota Kinabalu, singgah-singgahlah di Pulau Mantanani ini.

Jom Balik 

Sampai di Jeti Kuala Abai, kami dihidangkan dengan minuman petang. Ohsem sangatlah diorang ni. Tak habis-habis dengan makanan. Sedap-sedap pula tu. Hancur dietku!! Haha.

Minuman Petang


Hugs & Love.

I'm a mermaid. Hahaha.

___________________________________________________

Cerita pasal Pulau Mantanani Sabah
Lokasi Pulau Mantanani Sabah

hi. assalamualaikum.

today i nak continue story terakhir pasal KK. =)

ikutkan hati tak mahu balik awal, nak stay sampai weekend ni. but what to do, banyak kerja nak settle minggu ni dan like i said before, kalau pergi ke sesuatu tempat, jangan visit semua tourist attraction kat sana, simpan sedikit for future.. mana tahu kot-kot pergi lagi kan? hehehe.

so, semalam dari pagi sampai tengahari, i missed 2 flights... and luckily, ada flight tengahari. tu pun nasib sempat. that guy kasi 20 minutes untuk i ke boarding gate. CIS! semput betul! but before that, my auntie and uncle bawa pusing2 town dulu. thanks auntie and uncle for your treats.. jumpa lagi next time =)

this time, tak banyak tempat yang i pergi. lebih kepada makan-makan, dan sewa kereta pusing KK tanpa hala tuju. hahaha. biasalah, kalau melancong last minute dan takde plan awal memang tunggang terbalik macam ni! so, don't be like me! malam ni beli tiket, besok naik flight, sampai sana terpinga-pinga.. mujur ada uncle dan auntie stay sana. kalau takkkkkk _____________ =p

Rumah Terbalik

entrance fee for Rumah Terbalik
encik H
 sorry for the sepet-ness! hahaha
 turn by turn
 even, benda ni pun tulisan terbalik! LOL
no camera please! inside the rumah terbalik!
 baby sofia
 ke-peningan!
 encik H and I
 souvenirs
hungry? don't worry ada cafe kat sini
rumah terbalik yang ke 5 kat dunia. katanya lah!
us!

then my uncle and auntie belanja makan tengahari ... baik sungguh mereka kan? =)

Koki Bandung Restaurant, Alam Mesra

 them
 the menu
 rice
 teh C special
 ayam pukul
 cendol - must try! 
the restaurant!

after kenyang, my uncle bawa kami jalan-jalan ke Nexus Karambrunai Resort yang terletak 28km dari KK city.. tempat ni sangat cool! best place to lepak petang-petang! Insyallah, nak try stay sini next time. dengar cerita lagi hebat dari Sutera Harbour. hehehe.

Nexus Karambrunai Resort

 lobby
 massage hut!
 nice one!
 lepak sambil makan cekodok! hahaha
 watersport centre
 tasik! AWAS biawak!
swimming pool

dan jika anda berminat nak stay sini bolehlah visit website mereka for more information...
click here : Nexus Resort

okay.. tamat sudah entry KK Trip for this month. 


bye KK. see you again soon.
4 days 3 nights trip still not enough for me! i need more! =p

American Airliner Plane