Gabungan cerita lama dan cerita baru. Maka terhasil lah entri terbaru ini. Kunjungan kali kedua ini lebih bermakna kerana aku ditemani tourist guide yang begitu peramah, Encik Bong.
Kalau dulu, aku datang sini main redah je, takde siapa nak bagitahu pasal RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ni. Tetapi kini dengan bantuan Encik Bong, dapatlah aku fahami kehidupan mereka di RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ni. Entry lama boleh rujuk sini : Trip Main Redah Ke Sarawak.
Kalau dulu, aku datang sini main redah je, takde siapa nak bagitahu pasal RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ni. Tetapi kini dengan bantuan Encik Bong, dapatlah aku fahami kehidupan mereka di RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ni. Entry lama boleh rujuk sini : Trip Main Redah Ke Sarawak.
Untuk ke KAMPUNG ANNAH RAIS ni, aku sarankan korang sewa kereta atau ambil tour package dari tour guide. Kalau dulu, kami redah je sewa kereta sambil berpandukan pada GPS. Sesat ke, tu semua belakang cerita. Haha.
Dari bandaraya Kuching ke KAMPUNG ANNAH RAIS ni mengambil masa satu jam. Memang jauh. Jalan ke Kampung Annah Rais ini adalah jalan yang sama untuk ke sempadan Kalimantan. Jika korang naik satu bukit di sini, boleh nampak Kalimantan dari atas.
Bayar Di Sini
ENTRANCE FEE ANNAH RAIS LONG HOUSE
RM10/pax
Sticker Ni Kena Pakai
KAMPUNG ANNAH RAIS ini terletak di Padawan. Satu perkampungan yang didiami oleh masyarakat Bidayuh. Kalau nak merasai kehidupan etnik Sarawak, silalah datang ke sini. Memang pure. Tiada campur-campur dan TRULY MALAYSIAN. Ewah!
Perpustakaan Desa Kampung Annah Rais
Gambar Lama : Dengan Fazreen
Jeti Lama Yang Masih Kukuh Sehingga Kini
Rumah Panjang Annah Rais
Kalau ikut Wikipedia, suku Bidayuh ni tinggal di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Rumah Panjang Bidayuh ni terbahagi kepada tiga bahagian - awah, tanju dan bilik utama.
Kat RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ini juga ada The Headhouse atau Panggah. Seram? Memang seram. But this one, harus dikekalkan untuk dilihat generasi akan datang. Mana ada lagi headhunter zaman sekarang. Kalau ada pun mungkin bukan di Malaysia.
The Headhouse 'Panggah'
\
Tengkorak-tengkorak ini berusia ratusan lamanya dan masih dijaga rapi sehingga kini. Penduduk kat sini percaya kepentingan tengkorak tersebut menjaga mereka dari diganggu roh jahat (hantu).
Walaupun dulu pernah ke sini, tetapi aku tak habis tawaf sebenarnya. Sebab RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ni sangat besar dan panjang. Nak feel lagi, sewalah homestay kat sini. Boleh rasa kehidupan harian mereka dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh mereka.
Masuk Dari Belakang
RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ini diperbuat daripada kayu Belian, dalam bahasa Inggeris Eusideroxylon Zwaggen. Memang utuh dan tahan lama. Walaupun rumah-rumah kayu, tapi jangan pandang rendah, kebanyakan rumah kat sini ada Astro Beyond okay?!
Jagung
Kat sini juga ada Show House, di mana korang boleh lihat sendiri apa yang ada kat dalam RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ni. Memang lain dari yang lain.
Tatie Was Here
Kawalan Penyakit
Tingkat Bawah
Tangga Yang Halus
Ruang Atas (Yang Tong Tu Tempat Simpan Beras)
Alat-alat Muzik
Lampu
Dapur
Kat ANNAH RAIS LONG HOUSE PADAWAN ini juga terdapat restoran.
Restoran/Gerai
Aktiviti-Aktiviti Di Rumah Panjang Annah Rais
Meniti Jambatan
Sungai Sangat Penting Buat Mereka
Pak Cik Yang Murah Dengan Senyuman
Mural Yang Dilukis Oleh Pelawat
Ingat Penang je Ada? Haha
Tempat Buat Benda-Benda Besi Seperti Parang Dan Lain-Lain
Rumah Ni Siap Ada Jambatan Lagi
Kolam Ikan
Selain bercucuk tanam, penduduk kat sini juga berniaga. Ada yang menjual tuak beras, kulit binatang dan lain-lain lagi bagi menyara kehidupan seharian. Ada juga yang menternak binatang di bawah rumah.
Tuak dan Bakah Beras
Memproses Padi Bukit Secara Manual
Sarawak Pepper, Antara Yang Terbaik Di Dunia
Cuba Teka Apa Ni?
Terpanjang pula entri RUMAH PANJANG ANNAH RAIS ni. Hehe. I really love this house. Suasana sangat berbeza dengan tempat lain. Insyallah akan datang lagi in the future. Again, terima kasih Sarawak Tourism Board kerana menaja percutian saya ke Kuching.
Aku Pasti Akan Kembali
Sesiapa Nak Merasa Duduk Di Homestay Rumah Panjang Annah Rais ni, boleh contact mereka ni. Trust me, pengalaman cukup berharga dan lain dari yang lain. Go NOW!
Rumah Panjang Annah Rais
No 71, Kampung Annah Rais,
Jalan Borneo Height, Padawan,
94200 Kuching, Sarawak
Website :