Dengar sahaja nilai JUTAAN ringgit pasti mulut terlopong.
Ya, memang itulah nilai harga RUMAH TRADISIONAL BUGIS yang terletak di Kampung Sungai Kuali, Kukup, Johor ini. Rumah Bugis atau nama komersialnya, RUMAH SERI SALEWANGENG ini adalah rumah turun temurun milik ahli keluarga Indok Chichuk Daing Hadadek.
Namun, ia telah dibaikpulih dan sesiapa sahaja boleh melawatnya. Ha, kalau nak tengok RUMAH BUGIS kenalah datang sini. Kos penyelenggaraan dan baik pulih rumah ini menelan belanja RM2.3 juta !!! Gulp, terkaku kejap dengar harganya.






Aku sendiri bila menjejakkan kaki kat sini terpukau dengan kecantikan RUMAH TRADISIONAL BUGIS ini. Klasik dan mewah! Rumah ini dibuat dengan menggunakan kayu belian yang diimport khas dari Jambi dan Kalimantan Indonesia. Patutlah, memang sesuai dengan harganya. Kayu Belian memang sejenis kayu yang tahan lama dan tahan lasak. (Kebanyakan rumah panjang kat Sarawak pun menggunakan kayu belian). Hehehe.

Ini Bukan Tuan Rumah, Tapi Tuan Menyibuk .. Hahaha

Antara Koleksi-Koleksi Crystal Tuan Rumah

Chandelier

Tangga Ke Atas
Kalau diikutkan dari tangga ke tangga, aku boleh anggarkan rumah ini adalah rumah tiga tingkat. Malah kat rumah ini juga terdapat gambar tokoh-tokoh bugis pada zaman dahulu. Aku rasa susur galur tuan rumah ini. Mungkin. Hurm..

Tingkat Atas Sekali

Klasik sangat!

Dari Atas... Meriahnya !!!

Oh Dijamu Dengan Kuih Muih.. Patutlah Semua Tak Berganjak..

Tingkat tengah

Dari Tingkat Paling Bawah

Dapur Di Tingkat Paling Bawah

Ruang Makan

Bilik Tidur

Dressing Table

CCTV....!!

Gazebo

Group Photo
Kesimpulannya, gambar tidak mampu menjelaskan betapa cantiknya rumah ini. Jadi, aku galakkan korang untuk singgah ke sini jika ada kelapangan masa.
Walaupun rumah ini tidak dibuka kepada umum, tetapi ia sedia menerima pengunjung. Manalah tahu ada yang berminat nak belajar pasal susur galur keturunan Bugiskan? Hehehehe. Apa-apapun, terima kasih kepada ahli keluarga Indok Chichuk Daing Hadadek kerana menerima kunjungan Sahabat Media.
Walaupun rumah ini tidak dibuka kepada umum, tetapi ia sedia menerima pengunjung. Manalah tahu ada yang berminat nak belajar pasal susur galur keturunan Bugiskan? Hehehehe. Apa-apapun, terima kasih kepada ahli keluarga Indok Chichuk Daing Hadadek kerana menerima kunjungan Sahabat Media.
Dan jika berminat, bolehlah ke sini.
ALAMAT RUMAH SERI SALEWANGENG
ALAMAT RUMAH SERI SALEWANGENG
Haji Ambok Intang Md Yasin & Hajah Indok Chichuk
No 27, Kampung Sungai Kuali
82300 Kukup, Pontian,
Johor Darul Takzim