Latest Posts

Showing posts with label PUTRAJAYA. Show all posts
Showing posts with label PUTRAJAYA. Show all posts
Memang tak lena aku tidur malam tu nervous punya pasal. Macam-macam benda negatif berlegar kat kepala ... Oh man, hopefully semuanya berjalan dengan lancar. Nak sangat kereta merah, amek kau depan sekali. Sarah pandang aku, aku pandang Sarah.. Dua-dua terdiam. Kahkah.

"Betul ke kereta kat paling depan sekali?"
"Kalau aku sesat camana?"
"Kalau accident macamana?"
T_T
(Perempuan cuak lebih .. itu normal ..  ngeee)

Stewardess Malaysia Airlines Nur Syaza dengan kereta kami ..

Patutnya 9 pagi dah start, tapi tunda kejap gara-gara marathon apa tah kat Jalan Ampang. Bas kitorang tak boleh lalu. Fuh, lega sikit! Takpe .. takpe .. korang buat marathon sampai besok pun takpe. Gulp! *still nervous at that time*


MATIC JALAN AMPANG  KUALA LUMPUR

Sampai-sampai je kat MATIC, Mr Pilot Parker sedia menanti kat tempat duduk. Kejutan dari Malaysia Airlines Berhad (salah satu sponsor event ni). Thanks MAB. Teddy bear ni limited edition. Ko carilah dalam flight .. Takde jual!! So, bila dapat bear ni happy gila okay!! Haha.

Selang beberapa minit Menteri Pelancongan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri pun sampai bersama-sama orang kuat Tourism Malaysia dan sekali gus merasmikan Asean Media Bloggers Tourism Hunt 2015. Yeay!

Sesi Q & A
Cuba cari di mana saya.. Hehe
Gigih pegang Go Pro, sekali lupa tekan record!! Hurm.

1, 2, 3 ... MULA!!!!

Driver kereta 01 : Sarah ... 

Berhenti dan berkumpul di Plaza Tol Salak Selatan

DATARAN PUTRA  W.P. PUTRAJAYA

Destinasi pertama kami adalah di Dataran Putra, Putrajaya. Di sini kami diberi masa selama 45 minit macam tu untuk task #1 Photo Hunt. Nampak macam mudah. Garu kepala jugakla nak cari tempat tu. Hahaha.

Tak sah pergi Putrajaya tanpa melalui jambatan
Briefing dulu
Inilah soalannya
Done with task #1
Lepas submit kertas baru dapat lunch .. 
Lunch kami hari tu disediakan oleh Tourism Malaysia
Pisang, coklat, Wrap (dalam tu ada 2 ketul ayam sebesar ibu jari), air oren, dan epal
Sempat singgah Istana Kehakiman Putrajaya

Then, kami meneruskan perjalanan dan berhenti sebentar di stesen R&R Seremban untuk beberapa minit (free & easy). Untung KFC R&R Seremban hari tu sebab dipenuhi dengan peserta AMBTH ni. Tapi tak semua makan kat situ. terpulang kat perut memasing sebab poket sendiri. Hihihi.


MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

Selesai task #1, kita ke task #2. Lokasi task #2 ni adalah di Muzium Tentera Darat Port Dickson. Task #2 adalah Explorace di mana kami kenalah cari jawapannya kat sekitar muzium ni. Yang ni mujur aku dah pergi beberapa kali sebelum ni, senanglah sikit kan? 


Ingatkan sekadar explorace .. Rupa-rupanya kena make up muka dulu untuk dapatkan point. Adoi. Feeling-feeling kakak tentera gittew. Hahaha.

Short briefing as usual
 
Ni make up tentera ke atau make up nak pergi dinner? Haha
Haa, ni baru betul .. Haha
Soalan task #2
Dah settle .. jom balik hotel

GRAND BEACH RESORT  PORT DICKSON

And last stop hari tu adalah di Grand Beach Resort Port Dickson. Eh, korang ingat tak entri aku yang lepas pasal Selesa Beach Resort Port Dickson? Kedua-dua ni hotel yang sama. Cuma nama barunya Grand Beach Resort Port Dickson dan dah diambil alih oleh Felda.

Felda juga antara penaja untuk event AMBTH ni. Thank you.

Bolehlah baca entri lepas di link bawah ni :


Welcome drink

Sampai-sampai bilik je ada kain batik dan coklat serta note comel sedia menanti di atas katil. Hihi. Rupa-rupanya arahan untuk pakai kain batik. Tapi ni bukanlah task .. cuma suka-suka je.

Cute note from hotel .. Memang semua  ber-batiklah malam tu. Hihi
Tema Hawaii.. Haha

Macam-macam aktiviti kitorang buat malam tu. The best thing, meja aku menang Lucky Draw. Alhamdulillah, rezeki pertama untuk AMBTH ni.

Catwalk dari wakil 10 negara yang terlibat.. Yang menang haruslah Jude.

Hari pertama yang penuh suka duka. Hari seterusnya bersambung di entri akan datang.
 Stay tune!

American Airliner Plane