Antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian, kalau korang nak bawa anak-anak pergi bercuti, aku suggest Pulau Redang. Kerana kat sini mempunyai penginapan yang lebih selesa jika dibandingkan dengan Pulau Perhentian. Kemudahan yang ada kat sini pun cukup.
Kalau kat Perhentian tu, kebanyakannya chalet. Tapi ikut andalah. Lain orang, lain seleranya.
Mengenai penginapan yang ada kat Pulau Redang, salah satunya adalah Laguna Redang Island Resort. Resort bertaraf empat bintang ni bukan saja cantik malah memberikan anda percutian yang sangat menenangkan dan bermakna bagi mereka yang rindukan 'panggilan pulau'.
Laguna Redang Island Resort
Laguna Island ni juga mempunyai pantainya sendiri di Pantai Pasir Panjang. Air laut yang jernih dan kebiruan, pasirnya keputihan dan halus menambahkan lagi mood percutian bagi mereka yang berkunjung ke sini. Kalau tak nak mandi laut takpe, resort ni mempunyai kolam renang yang luas.
Kalau nak ke sini, korang tak perlu susah-susah ke Besut. Kerana terdapat perkhidmatan feri yang disediakan oleh Laguna Redang di jeti Syahbandar, Kuala Terengganu. Aku tahu, letihkan nak drive jejauh? Kalau naik flight sampai Kuala Terengganu pun, just amek teksi ke jeti Syahbandar je.
Kat Pulau Redang ni ada banyak resort salah satunya Laguna lah. Dah sampai jeti di Pulau Redang, kalau malas naik je pengangkutan yang disediakan. Arghh, kalau malas!! Kalau rajin jalan kaki je wei. Dekat gila !!! Hahahahaha. (sorry, aku memang pemalas =P)
I'm here for Terengganu Internation Squid Jigging Festival
LAGUNA REDANG ISLAND RESORT
Front Desk
Sunrise di Pulau Redang
Food court & massage centre
Coffee House & Restaurant
Pantai Laguna ... Nice kan?
Nak snorkeling? Diving? Jomlah meniti titi ni...
Hurm ...
Jogging ... Kahkah
Volleyball beach
Yang bawah ni special sikit sebab ia pernah dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem Hong Kong, "SUMMER HOLIDAY". Bangunan ini dibina dan dinamakan sebagai More More Tea Inn khas untuk filem ini dan sekarang dijadikan sebagai kedai souvenir.
Penat pusing-pusing, kita kembali ke bilik. Hari tu, aku ditempatkan di bilik Deluxe Garden. Memang selesalah. Pasal tv, mereka masih menggunakan TV lama. Tapi so what? Pergi pulau untuk bercuti. Lupakan kejap gadget and blablabla. Hahaha ..
Setiap bilik ada balkoni. Cumanya bilik aku menghadap ke belakang. Tapi ini pun kena jaga-jaga. Sebab banyak monyet kat sini. Kahkah. Kalau bebudak sukalah. Ye dop?? Tapi jangan sesekali bagi diorang makan. Kalau tak ............. pepahamlah sendiri yo?
Line telefon pula, aku rasa bergantung pada line telefon. Aku pakai Celcom and sangat-sangat low kat sini. Member lagi sorang pakai Maxis, line full pulak. Kalau emergency sangat, kat sini ada Internet Room. Kalau nak senang lagi, pergi je lobi sebab kat sana ada free wifi. Hiks!
Internet Room
Medical Room/klinik
Khas untuk kami sempena Squidjigging Fest.. kihkih
Malam-malam ada liveband kat sini
Beach Club & Karaoke
Where and where??
Peta resort ni .. Besarkan? Boleh sesat!! Huhu
Memang aku suggest kepada mereka yang ada anak kecil tu untuk datang menginap kat sini. Tak terhad kepada aktiviti pulau je, macam-macam benda ada. Selesa satu hal, kemudahan tu penting. Bila kemudahan lengkap, mesti hati pun lega.
Tapi semuanya terpulang pada bajet. Tepuk dada, tanya selera. Selamat Bercuti !!!