Latest Posts

Showing posts with label PRINCEVILLE HOTEL. Show all posts
Showing posts with label PRINCEVILLE HOTEL. Show all posts
Hello .. salam 1 jerebu .. eh silap, salam 1 blogger. Hehehe.

Tetiba rindu pulak nak travel especially time-time jerebu ni. Rasa macam nak lari jauh dari sini. Mana taknya keluar rumah bau asap. Stresskan? Anyway, masih dengan cerita Krabi dan hari ni aku nak story pasal tempat penginapan kitorang hari tu.

Masa kat Krabi tempoh hari, kitorang stay kat Ao Nang Princeville Resort & Spa. Kalau tengok lokasi hotel ni memang terbaik kat area Ao Nang. Cuma staff kat sini kurang peramah especially kat front desk. Masam je muka. Ehhh, dah stress bertambah stress bila mengenang kembali. Isk, isk.

Ao Nang Princeville Resort & Spa
Princeville Ao Nang

Nasiblah bilik okay dan luas, facilities cukup dan paling penting lokasi strategik. Kalau tak memang aku tak recommend korang stay sini. 

Lokasi dia betul betul bertentangan dengan pantai Ao Nang. Kalau nak pergi island hopping ke apa ke senang sebab jalan kaki je ke tempat pengumpulan. Kalau nak shopping, makan, money changer dan massage pun senang. Pendek kata semua senang. Hihi.

Akak ni je yang senyum..
Free Wifi .. Ini yang best sebab diorang bagi 5 password sekali utk 1 bilik
Kolam Renang

Kalau tengok dari luar, tak nampak resort ni cantik. Korang kena masuk ke dalam. Tapi takdela besar mana. Bolehlah puas hati dengan taraf empat bintang dia tu. Kat hotel ni pun ada spa, tapi a little bit expensive compare dengan  spa kat luar. But i guess, kalau kat hotel ni lagi selesa.

Front Desk Receptionist
Antara Award Yang Diorang Menang
Perkhidmatan Guna Ipad Kot-kot Korang Tertinggal
Book Tour Pun Boleh ...

Masa kat sana hari tu, kitorang ambil 2 bilik. Deluxe room dan grand deluxe room. Grand deluxe ni bilik dia luas sikit, so aku pass kat kakak. Sementara aku ambil bilik deluxe room. Itu pun dah puas hati sebab bilik dia luas.

Grand Deluxe
 
Deluxe Room
 
Ruang Tepi Pintu
 
Cak .. Pintu oilet boleh buka dan tutup. Hahaha
Almari boleh buka 2-2 belah bahagian
Sinki kat luar toilet
Toiletries
Toilet
Meja dan Tv
Jajan turut disediakan (FREE). Kalau Grand Deluxe ada macam-macam lagi
Ubat nyamuk... Hahaha
Coffee and drink

Hotel ni walaupun staff dia tak friendly tapi diorang sangat-sangat mementingkan keperluan pengunjung. Contoh macam pinjam ipad tu, ubat nyamuk dan siap ada bag untuk pergi beach lagi yang dilengkapi 2 tuala khas untuk ke pulau/pantai. Terbaiklah! Hahaha.

Selain tu, ada selipar, ada payung dan lain-lain lagi. Not bad!

Beg untuk pergi pulau/pantai
Peti ais

Satu lagi aku suka, setiap kali balik hotel, mesti ada je kejutan dari segi tuala. Kreatif sungguhla diorang ni. Hari-hari ada je bentuk towel kat atas katil. Kipaslah, gajahlah, swanlah dan lain-lain lagi. Tetiba rasa macam pergi honeymoon pulak. Kahkah.

Ini bentuk apa??

Another thing, hotel ni pun terkenal sebab Restoran White Orchid tu dapat pengiktirafan halal. So makanlah tanpa rasa was-was. Hahaha. Tapi buah juga paling win!! Semua manis-manis dan sedap. Nyum nyum.. lazattttt!!


Dari sakit hati kat staff dia yang super kerek tu terus jadi suka kat hotel ni sebab banyak kemudahan yang diorang provide. Cuma kena bertahanlah dengan muka masam diorang tu. Hewhew.

KELUAR JE HOTEL, KORANG AKAN NAMPAK ..

Pantai Ao Nang di hadapan
Kedai-kedai, money changer, restoran dan farmasi 
Coffee shop di pintu keluar hotel

Jauh nak pergi Yaminlah, kat sekitar Princeville pun ada pancake

Ingat Krabi ingatlah Kisah Tatie. Hehehe. Keseluruhannya, aku puas hati dan recommend hotel ni kat korang in term of location and facilities. Hotel ni sediakan pick up dari airport but kena bayar and mahal sikit. Aku tak suggest bab tu sebab naik teksi biasa lagi murah!

Kot-kot nak cari tempat honeymoon di Krabi, why not stay je sini? Diorang ada honeymoon suite... Gittew!! Ha, dah lah ... takleh nak cakap banyak. Jerebu hoi! Selamat bercuti kalian!

Bersanding balik :p
American Airliner Plane