Latest Posts

Showing posts with label PERLIS. Show all posts
Showing posts with label PERLIS. Show all posts
Negeri Perlis memang terkenal dengan MEE REBUS. Sana sini orang bercakap pasal mee rebus. Sampai ada yang sanggup ke Perlis semata-mata nak makan mee rebus. Tapi dalam banyak-banyak RESTORAN MEE REBUS KAT PERLIS, yang mana satu paling sedap?? Any idea??

Tapi masa aku ke sana tempoh hari, adalah satu dua cadangan... Salah satunya RESTORAN MEE REBUS AZMI. Lokasi restoran ini di Arau Perlis. Kalau tanya student-student UiTM, confirm diorang tahu. Sebab RESTORAN MEE REBUS AZMI ni bukan sekadar restoran, tapi diorang juga menyediakan kelas untuk mereka yang nak belajar cara-cara buat mee rebus.

 Restoran Mee Rebus Azmi di Perlis
Restoran Mee Rebus Azmi di Perlis

Ramai yang dah datang sini untuk belajar CARA-CARA BUAT MEE REBUS. Tidak ketinggalan selebriti dan juga lain-lain. Maka, orang kata kalau dah cikgunya pun handal, mestilah makanan dia pun sedap. Tak gitu?? Memang terliur dibuatnya. Tak sampai beberapa minit, dah licin dah pinggan tu. Burppp. Sedap!

Anak Tauke Yang Serve Kan Makanan
Mee Rebus Azmi

Tu Dia, Tengok Abang Ni Makan
Mari Belajar Buat Mee Rebus
Bahan-Bahan Yang Digunakan

BAHAN-BAHAN BUAT MEE REBUS
Tepung
Garam
Silikat
Serbuk Pewarna
Air Suam
Sodium Carbonate

Cara-Caranya?? Haaa, ni kena datang sini dan belajar .. =P

 The Making Of Mee
 Ingat Lagi Air Ni?? Kenangan Sangatkan??
Macam-Macam Ada

Siapa-siapa nak rasa keaslian MEE REBUS PERLIS ni, bolehlah ke Restoran Mee Rebus Azmi. Actually ini bukanlah first time aku ke sini. Masa arwah abah hidup pun, aku pernah ke sini. Tapi dah lama.. About 10-13 years ago. Alhamdulillah, aku kembali ke sini untuk makan mee rebus kegemaran arwah abah. Abah, I miss you so much! :(

Alamat Restoran Mee Rebus Azmi
No 1-G, Plot 1, Jalan Arau-Kodiang,
Taman Utara Fasa II, 
Mukim Arau, Perlis.

No Telefon

[Selamat Menjamu Selera]

Memang... memanggggg.... memang dah lama aku teringin nak naik ATV. Ini bukan main-main atau gurauan, tapi memang aku tak pernah naik ATV. Entah ada je benda yang menghalang untuk aku melakukan aktiviti ni. Asal plan je mesti tak menjadi. 

Nasiblah aku join trip Sahabat Media ke Perlis. Haaa, korang boleh bayangkan tak camana aku melepaskan 'gian' dengan aktiviti ni?? Seronok rupanya naik benda alah ni. Hahaha. Ibarat budak dapat gula-gula, macam tu keadaan aku. Tetiba rasa macam nak beli satu, bawa pusing-pusing rumah. 

ATC atau All-Terrain Vehicle

Tapi lagi menyeronokkan kalau satu tempat tu ada pelbagai aktiviti kan? Walaupun mak aku kata, JANGAN TAMAK, tapi bila pergi ke Taman Agro-Lancong, terus rambang mata. Kalau boleh semua benda aku nak cuba. Lupa kejap nasihat mak.. Eh?!

Taman Agro-Lancong

Taman Agro-Lancong Perlis ni adalah satu tarikan terbaru di negeri Perlis. Dari sini ke sempadan Thai-Perlis dekat je. Manalah tahu kot-kot bini nak shopping kat Padang Besar, si suami pula bolehlah bawa anak-anak ke sini. Best wei. Serious! Uolsss kena datang sini. 

Wanita-Wanita Gila ATV. Haha
Ini Pintu Masuk Dia
Ronda-Ronda Dengan ATV

Selain ATV, kat sini juga ada aktiviti lain seperti bagi makan ostrich, memanah dan lain-lain lagi. Berkeluasan 2023.43 meter persegi, Taman Agro-Lancong ni terletak di Jalan Padang Besar Utara. Memandangkan masa aku pergi tu taman ni baru je dibuka, maka tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

In future, kot-kot korang datang sini, bolehlah try aktiviti lain seperti paintball, hot air balloon, naik gajah, menunggang kuda dan lain-lain lagi. Ni semua masih dalam perangkaan Taman Agro-Lancong. Bestkan? So, bagi siapa nak bercuti ke negeri Perlis, bolehlah ke sini. Ini juga merupakan antara tempat menarik di Negeri Perlis. Hehehehe :)

RM3
Cute-cute Burung Unta Kat Sini
Gazebo
Kafe
Aktiviti Memanah Adalah Sebahagian Dari Sunnah Rasullah

Memanah

Harga Tiket Taman Agro-Lancong
Dewasa RM5 Kanak-Kanak RM2

Harga Aktiviti ATV di Taman Agro-Lancong
RM50 (45 minit)

Harga Aktiviti Memanah di Taman Agro-Lancong
RM10 (12 batang memanah)

Waktu Operasi Taman Agro-Lancong
9 pagi - 7 petang

Facebook :
Taman Agro-Lancong Perlis

________________________________________________

Lain dari yang lain. Itulah orang Perlis. Tapi kelainan itulah membuatkan negeri Perlis nampak lebih istimewa berbanding yang lain. Seperti contoh Nat Pokok Getah.


Nat Pokok Getah? Ya, salah satu tempat tarikan pelancong di Pauh, Perlis. Nat bermaksud pasar dalam bahasa utara. Kat sini macam-macam ada. Dari barangan terpakai, binatang, jualan murah, makanan, makanan basah, rokok daun, barangan antik dan lain-lain lagi.


Nat Pokok Getah ni luas, melibatkan hampir 300 peniaga dan terbahagi kepada dua bahagian. Di belah kanan dan juga di belah kiri. Mengambil masa sikit untuk explore keseluruhan tempat. Aku jadi rambang mata sikit bila sampai sini. Nak tahu aku beli apa? Aku beli sayur!! Hahaha. 

Sebab sayur kat sini fresh dan murah. Nasiblah tu hari terakhir kami kat Perlis. Haha.

Tabung
Kasut Terpakai
Cd-cd
Anak Pokok dan Benih
Orang Ramai Mendengar Taklimat Mengenai Produk

Nat Pokok Getah ni dah lama beroperasi sejak tahun 1998 lagi dan saban tahun ia makin terkenal. Tapi aku baru first time sampai sini. Better late than never! Hahaha.

Baju Bundle
Ini bahagian Bundle

Baju-baju yang dijual kat sini pula tak semestinya bundle. Ada juga yang baru. Begitu juga kasut dan lain-lain lagi. Apa yang best di Nat Pokok Getah ni, dia tak panas. Redup-redup sebab dilindungi oleh pokok getah. 

Hehehe. Comel tak?
Tempat Letak Kereta
Sayur-sayuran
Gerai Lauk Pauk  & Boleh Juga Makan Kat Sini
Wajib Try!
Rokok Tembakau
Jangan Lupa Beli Pekasam

Rugilah kalau korang tak pernah sampai sini. Pengalaman kat sini lain dari yang lain. Biarlah tak membeli sekalipun, dapat lihat kehidupan diorang kat sini pun dah cukup berharga. Nat Pokok Getah ni dibuka pagi. So, datangla awal. Sebab makin ke tengahari makin dikerumuni orang ramai.

Aku suggest korang beli pekasam & try makanan Perlis... :)

________________________________

Dah kata tak sempat, tapi kami tetap degil nak pergi. Dengan tangan memegang passport, mengagau-gagau cari kereta sewa akhirnya kami sampai juga kat Padang Besa (Padang Besar Thailand). Ini kerja gila!!! Apa je yang boleh dibuat dalam masa 1 jam kat Padang Besa Thailand (tolak masa kat Immigration jadi ler 40 minit)? Boleh bayangkan tak? Hahaha. Tapi pengalaman best! Alang-alang dah berada kat sempadan, rugi kalau tak melompat kejap.


Kalau ada masa lebih memang dah sampai Hatyai dah. I miss Hatyai so much. Haha. Tapi dek kerana kesuntukan masa, pergi Padang Beso pun jadilah. Dari Padang Besar Malaysia, kami sewa kereta dari peniaga kat sini. Murah je. RM10/seorang .. Kami ada empat orang + 1 driver, jadilah lima orang.



Tulah kereta kami


Dulu hanya sempat jeling Padang Besar je masa on the way back dari Hatyai. Yela, masa tu naik keretapi dari Hatyai ke KL Sentral. Manalah ada masa nak merayau-rayau. Aku pula tak berapa familiar dengan Padang Besar ni. Silap haribulan sesat. Haha.



Nak lepas border ni tak susah mana pun dan keadaan kat sini tak sesibuk kat sempadan Singapore-Malaysia. Isi borang dan sediakan wang RM1/seorang. Entahlah aku pun tak pasti kenapa kena bayar RM1 kat immigration diorang. Kata abang driver tu, bagi melancarkan perjalanan. Oh, begitu.

PROSEDUR BAWA KERETA KE THAILAND

Bagi yang nak memandu kereta (plat nombor Malaysia) untuk menyeberangi sempadan Siam ni, korang perlu dapatkan insuran kerata yang boleh dibeli kat Perlis. Jangan lupa bawa geran kereta dan passport. Ini prosedur biasa untuk ke Thailand dengan kereta. 



Padang Besa Thailand ni tak de apa pun. Lebih kurang sama dengan Padang Besar Malaysia. Tapi kalau mak-mak sukalah shopping kat sini. Sebab periuk, pinggan mangkukbarang dapur dan lain-lain murah kat sini. Tapi aku rasa macam lagi syok je kalau shopping kat Padang Besar Perlis. lagi banyak pilihan. Hurm.

Gasaklah. Janji dapat chop kat passport. Hahaha. Padang Besa Thailand ni terletak di daerah Songkhla. Tapi kebanyakan kat sini adalah muslim. Senanglah cari makanan halal. Haa, nak makan tomyam sedap, pulut ayam dan lain-lain, bolehlah ke sini. 


Sawadee ka

Gerai Ala-ala Pasar Tani

Madu

Bangunan-Bangunan di Padang Besa

Motorsikal Untuk Disewa Katanya

Halal
Souvenir Dari Padang Besa

Dessert Tradisional Thailand

Bergambar Dulu

Anak Ayam Warna-Warni

Suram dan Sepi

Jom Pusing-Pusing Padang Besa

Tempat Letak Kereta

Beginilah Keadaan Di Padang Besa Thailand

Jalan-Jalan Makan Angin.. Haha.


Itu jelah yang sempat kami pergi selama 40 minit di Padang Besa Thailand. Memang kerja gila pun. Balik Perlis kena tinggal bas. Hahaha. Gara-gara salah seorang dari kami mencari pistol cicak. Nasiblah orang Tourism Malaysia datang jemput dengan van. 

Apa-apapun, kalau korang ke Perlis, singgahlah kejap di border. Memang murah shopping kat sana. Ada tikar mengkuang, comforter, pinggan mangkuk, pakaian, kuali dan macam-macam lagi. Kena pandai tawar-menawar untuk dapat the best price. Happy holiday ~

American Airliner Plane