Latest Posts

Showing posts with label PERLIS. Show all posts
Showing posts with label PERLIS. Show all posts
Kalau korang tanya aku pasal jenis-jenis herba kesihatan yang ada kat Malaysia ni, memang aku fail. Yang aku tau Tongkat Ali, Misai Kucing, Kacip Fatimah ... yang lain-lain tak tau. Nasib baik ada Taman Rimba Herba Perlis. Taman Rimba Herba Perlis ni sangat luas. 12 hektar khawww!

Taman Rimba Herba 

Ni pun first time aku sampai sini. Memang tak larat nak explore semua kawasan. Luas bebenor. Taman Rimba Herba Perlis ni ditubuhkan pada tahun 1998 dan kat sini terdapat koleksi herba-herba ubatan yang sering digunakan oleh masyarakat.


Tempat ni sesuai untuk dijadikan sebagai tempat riadah keluarga. Selain mendalami jenis-jenis herba, terdapat juga signboard berunsurkan nasihat. Suasana kat sini tenang. Udara jangan cakaplah, dah nama pun dekat hutan. Haruslah nyaman uolsss!! Sesekali terdengar bunyi burung berkicauan. 

Nasihat Untuk Suami Isteri

Yang bestnya, setiap pokok herba kat sini dilabelkan nama. Senanglah bagi sesiapa nak buat research pasal pokok, datang je Taman Rimba Herba Perlis ni. Setiap pokok dilabelkan nama dan juga khasiatnya sekali. Taman Rimba Herba ni antara yang sering menjadi tumpuan di negeri Perlis. Tak sah kalau pergi bercuti ke Perlis tapi tak singgah sini.

Pokok Sahelai Setahun Baldu
Laman Kanser
Tak Payah Berdiet Sakan, Berjalan Pun Mampu Bakar Kalori
Pusat Urutan Kaki

Kalau aku nak tunjukkan semua jenis herba yang ada kat sini, sampai besok pun takkan habis. Ada lebih 1000 jenis pokok herba yang ada kat Taman Rimba Herba ni. Banyakkan? Kalau nak tengok daun ketum, pokok susu nabi, lemba batu, teruna semalam dan lain-lain, jemput-jemputlah singgah ke Taman Rimba Herba ni. Bagus sangat! So informative. 

Dengar nama-nama herba ni, kengkadang sangat melucukan. Hahaha. Setuju tak? =P

________________________________________________

PERLIS. Satu negeri yang memang jarang aku pergi.  Mungkin sebab jauh. Kali terakhir pergi 10 ke 11 tahun lepas. Memang agak lama. Dari Kuala Lumpur ke Perlis mengambil masa kira-kira 6 jam. Memang laju abang driver tu bawa. Itupun ada singgah beberapa R&R. Kalau sebut pasal Perlis, aku ingat Rita Rudaini je. Hahaha. Ops!

Taman Rimba Herba

JELAJAH PERLIS

HARI PERTAMA (17 Oct)
* Check-in di Hotel Putra Palace, Perlis
* Melawat Galeri Diraja Arau
* Melawat Blackwood Coffee & Chocolate
* Melawat Homestay Kampung Ujung Bukit
(Aktiviti homestay, lunch , dinner & etc )
* Balik Hotel

Mee rebus Haji Azmi

HARI KEDUA (18 Oct)
* Melawat Taman Ular
* Melawat Rumah Semarak
* Melawat Taman Rimba Herba
* Melawat Ladang Anggur
* Lunch di Suri Corner
* Melawat Perpustakaan UniMap 
* Main Woodball di UniMap
* Hi-Tea di Restoran Mee Rebus Azmi
* Dinner di Kuala Perlis

HARI KETIGA (19 Oct)
* Shopping di Nat Pokok Getah
* Beriadah di Taman-Agro-Lancong Padang Besar
* Free & Easy di Padang Besar 
(Yang ni aku lari kejap pergi Thai)
* Pulang ke Kuala Lumpur


Banyak yang aku nak cerita pasal Perlis ni. Tunggu di next entry... :)

________________________________________
American Airliner Plane