Habis part itinerary, kita sambung part penginapan pula ...
Mulakan dengan Malonzo Pension House Oslob.
Macam aku cakap sebelum ni, part Oslob aku serahkan kat Ajikah. Dialah yang buat research semua. And penginapan pun dia yang pilih. So, inilah pilihan dia. Hewhew.
Memandangkan ini percutian bajet, jadi segalanya adalah bajet termasuk penginapan. Kat Oslob ni penginapan sangatlah terhad. I mean yang okaylah. Salah satunya Malonzo nilah.
Malonzo Pension House
Malonzo ni bertaraf 2 bintang. Lebih kurang macam homestay tapi taraf hotel. Haha. Kebanyakan review diterima semuanya bagus. Baik kat agoda mahupun tripadvisor. Dari sini nak ke whale shark watching tu pun dekat je. Dalam 20 minit gitu.
Masuk-masuk je disapa mesra oleh tuan punya tanah. Memang rasa seperti di rumah sendiri. No wonder mat salleh suka stay sini.
Award yang dimenangi
Bilik?? Bilik yang simple dan selesa. Okaylah untuk mereka yang cuti bajet macam kitorang. Hehe. Harga semalam pun murah. Dalam RM100/night.
Sila ikut peraturan
Owner yang sangat friendly
Kat sini mengamalkan sikap kejujuran. Kalau nak beli air ke or maggi ke .. apa sajalah kat bawah, kena tulis nama sendiri kat kertas sebelum amek barang. Self service! Then bayar masa nak check out. Jangan pulak korang amek kesempatan. Tak baik tau!!
Baiknya owner dia, hinggakan angkat beg kitorang sampai ke bas. Terharu okay!! So, kengkawan... kalau ke Oslob staylah sini. Dekat dengan heritage site, dekat dengan whale shark watching dan senang tahan bas ke Cebu. Memang lokasi yang sangat strategik!
Murah dan selesa. :)
Jangan lupa follow Facebook diorang :