Latest Posts

Showing posts with label PERAK. Show all posts
Showing posts with label PERAK. Show all posts
Cuba bayangkan ..

Ketika korang sedang jalan-jalan, korang nampak khemah berderet di tepi jalan. Nak cakap orang kahwin, kompang dah ada tapi pengantin pula takde. Nak cakap, kenduri apasal bukan Rela tetapi Polis yang jaga?? Lalu, korang pun turun.... Turun punya turun ... sekali tengok, setiap khemah ada makanan dan makanan tu pulak FREE. Apa perasaan korang? GULP.

Ngeeeeee.... aku? Aku ibarat terkena kejutan elektrik.. Zaaaasss ke sana .. Zasssss ke sini... macam kartun Sonic tu. Kahkahkah. Masih mengekalkan tagline "makan selagi ada gigi".. perghh.. dasyat betul penangan Pesta Makanan Tradisional Lenggong baru-baru ini.

Memang bagus pun event ni sebab dengan adanya Pesta macam ni lah, generasi muda macam aku ni mengenali apa tu Kebebe, Ikan Pais, Kerabu Umbut Payas, Ikan Pindang, Nasi Daun Lerek dan banyak lagi. Mana nak cari makanan sebegini kat KL melainkan korang buat sendiri.. 

pesta makanan lenggong
Rombongan kami disambut dengan kompang

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ni turut disertai oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zamry Abdul Kadir, Bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Diraja Mohammad Tajol Rosli, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan ramai lagi. 

 pesta makanan lenggong

Selain dari makan, ada juga artis-artis yang buat persembahan. Salah seorang Ramlah Ram. Tak kisahlah siapa buat persembahan .. Janji, perut kenyang. Bukan senang nak merasa makanan-makanan seperti ni. *now, nak kebebe jam 4 pagi.. mana nak cari??*

yang topi oren ni semua orang kampung teman

kosmo
akhbar Kosmo adalah antara penaja Pesta Makanan ini

kisah tatie
urmmmm

lenggong

Setiap kampung akan mempersembahkan makanan tradisional masing-masing. Korang juga boleh salin resepi-resepi makanan tradisional tu. Salin, simpan elok-elok untuk future generation. Entah ada lagi ke tak makanan-makanan ni lagi 50 tahun akan datang. Erk!

kisah tatie
Nak try??

putu mayam
Bahan-bahan nak buat Putu Mayam

yong tau foo
yong tau foo

yong tau foo
sedapnya

kisah tatie
dah lama idamkan nak masak macam ni.. the making of Bubur Asyura

kisah tatie
urmm.. yang ni pun best juga. tapi bila nak ambil gambar.. 
makanan pun dah habis

kisah tatie
Gulai Kemahang

rendang
Rendang Daging Hitam

 daging salai
Gulai Lemak Pisang & Daging Salai

kisah tatie
Ikan Pekasam Goreng

resepi kebebe
Resepi Kebebe

kebebe
kebebe ni ditumbuk dengan cara macam ni baru sedap

kebebe
okay sumpah sedap. nak lagi please?

masak bersamah nasi ulam
Bahan-bahan untuk Masak Bersamah Nasi Ulam

nasi daun lerek
Nasi Daun Lerek .. no no ini bukan lemang . 

dan banyak lagi .... semua sedap dan FREE. makanlah sebanyak mana..
"Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati"

kisah tatie
VVIP pun turut memeriahkan setiap booth yang ada

Selain tu, turut diadakan pertandingan-pertandingan memasak .. Seperti Pertandingan Memasak Asyura, Pertandingan Kukur Kelapa, Pertandingan Tumbuk Sambal Belacan, Pertandingan Memasak Pekasam dan banyak lagi. Enjoy lah.. Semua boleh join. Meriah!!!

kukur kelapa
eh, tersesat dalam Pertandingan Kukur Kelapa

 pertandingan memasak
dalam khemah sama, tapi berbeza waktu

tumbuk sambal
amboi merah mak ngah.. peserta-peserta Pertandingan Tumbuk Sambal

tumbuk sambal
 masih menggunakan lesung di rumah?? HIGH 5!!

kisah tatie
food presentation

paling teruja, mereka turut menyediakan makanan buat rombongan kami 
Nyum, Nyum, Onomnomnomnom

kisah tatie
makcik-makcik kampung yang peramah

kisah tatie
orang Perak pun teruja, apatah lagi kami yang bukan dari Perak 

kisah tatie
suasana hangat

kisah tatie
makanan dah sedia dihidangkan

masak lemak siput
Masak Lemak Siput .. berbeza daripada Masak Lomak Noghori

ikan panggang
Ikan Panggang

kisah tatie
Masak Keladi

ikan pais
Ikan Pais

kisah tatie
sambal tempoyak dan sambal belacan

and ... and .. and

kisah tatie

kami turut dijamu dengan buah-buahan seperti
 durian, cempedak dan duku langsat

kisah tatie
best!!!

Kat Pesta Makanan ni juga terdapat booth-booth lain seperti kartunis, RTM, Yayasan Tekun, Tourism Malaysia, Badan Warisan dan banyak lagi. Paling menarik perhatian mestilah booth kartunis yang dikerumuni oleh orang ramai.

kisah tatie
teruja hadek-hadek sekalian tengok abang melukis

 kisah tatie
Majlis Perasmian

pdrm malaysia
Orang ramai tak putus-putus datang..

Ha, dengar kata Pesta ni sedang diusulkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan. Jadi atau tidak, tu belakang cerita. Yang pasti, aku sokong jikalau kita adakan pesta ni di setiap negeri.. Yela, rata-rata generasi muda zaman kebanyakan tahu makanan western.. makanan segera.. Kan? kan? Elehhh.. Ngaku jelah. =P

Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya

~bersambung~

Sempena Tahun Melawat Malaysia ni, saya berpeluang menaiki Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dari KL Sentral ke Ipoh secara PERCUMA. Terima kasih KTMB, Santai Travel, Sahabat Media dan Tourism Malaysia. *jangan jeles*

Yang menariknya, trip kali ini disertai oleh lebih dari 30 orang pelancong asing, sahabat media dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz. Memang happening suasana keretapi ETS pada petang gilang-gemilang tu ibarat "keretapi tu bapak aku yang punya". Hahaha.

Trip 3 Hari 2 Malam ni, sempena pelancaran Brosur Pelancongan Keretapi Malaysia dari KL Sentral ke Ipoh Perak. Trip kali ni lebih fokus kepada pelancongan domestik dengan kerjasama KTMB Malaysia. (first time naik ETS.. excitedddd)

Eh banyak lagi saya nak kongsikan dengan anda semua, tapi hari ini..... saya nak kongsi cerita pasal hari pertama dan apa tu ETS. Mana tahu kannnnnn ... kot-kot next time kita boleh sama-sama menjelajah bandar Ipoh sama-sama kan? Jadi jangan lupa jadi ahli Sahabat Media.. OKAY? :)

Perasmian Brosur Railway Tourism di KL Sentral


Petang tu kami sempatlah alas perut dengan hidangan minum petang yang disediakan oleh Restoran Melur & Thyme KLCC. Restoran Melur & Thyme ni memang famous dengan sajian yang lazat lebih-lebih lagi dessert.. memang UMPH!! alamak laparlah pula.. haha.

by Melur & Thyme

special train for us ..

stewardess ETS

mewakili pelbagai etnik di Malaysia

liputan besar-besaran oleh media 

train itu ... kami yang punya!!! hahaha, beranganlah kau!

Menteri Pelancongan & Kebudayaan bersama Presiden KTMB Malaysia

kami 'angkut' mereka juga.. haha

pengalaman indah dalam 'cockpit' ETS


Pengalaman pertama duduk di 'cockpit' ETS Train ini sangat mendebarkan. Semakin lama semakin laju. Terima kasih captain kerana sudi melayan karenah kami semua. Happening sangat. Turut serta dalam trip kami adalah Presiden KTMB Malaysia, Datuk Elias Kadir

Bergambar dengan Presiden KTMB Malaysia

Layanan 5 stars di dalam ETS .. 

Fira .. thanks Fira. kalau tak kerana Fira, saya tak join Sahabat Media

toilet di dalam ETS

suasana hangat di stesen keretapi Ipoh

Press Conference bersama Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia,
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz

destinasi seterusnya ??

kumpulan kompang yang menyambut kedatangan kami

terima kasih ETS & KTMB

jamuan makan malam disediakan oleh KTMB

 
dah lama bebeno yop teringin nak pakai topi ni. hahaha

Sheeda dangdut

Mus dari kumpulan May

Najwa Latif


Thank You Najwa Latif

Hyper Act


Najwa Latif dan Hyper Act adalah antara finalis ke
Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28
yang akan berlangsung secara live pada 26 Januari ini... 

Azwan Ali in the housseeee

maka, lancarlah brosur pelancongan keretapi negeri Perak

jom jelajah Ipoh bersama Railway Tourism

 


Stesen Keretapi IPOH


Sedikit info mengenai ETS :

Perkhidmatan Keretapi Elektrik atau dalam bahasa Inggeris, Electric Train Service (ETS) diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTMB) pada 12 Ogos 2010 dibawah Rancangan Malaysia Kelapan.

Kalau anda nak tahun, train ini beroperasi di antara bandar-bandar di Kuala Lumpur - Ipoh dan dikendalikan oleh ETS Sdn Bhd, anak syarikat KTMB. Ruang yang sangat selesa dan mempunyai cafe, soket elektrik di setiap baris tempat duduk, TV di setiap gerabak, tandas yang selesa dan banyak lagi semestinya memenuhi keperluan perjalanan anda.


Jadual Keretapi ETS Malaysia

Tambang Keretapi ETS Malaysia

*tertakluk pada perubahan*

Bagi keterangan lanjut mengenai ETS ini, boleh layari :

Website :

FB :

Jom cuti-cuti Malaysia bersama saya 

~bersambung~
American Airliner Plane