Latest Posts

Showing posts with label PASAR KARAT PENANG. Show all posts
Showing posts with label PASAR KARAT PENANG. Show all posts
Kalau di Johor Baru, terkenal dengan Pasar Karat Jalan Segget, begitu juga di Pulau Pinang, famous dengan Rope Walk Taman Selat. Berbeza? Alaa, sama je - Pasar Karat tetap Pasar Karat. Haha. Cuma yang membezakan ia adalah suasana dan Rope Walk Taman Selat ni 90% dalam bangunan berbanding dengan Pasar Karat Jalan Segget yang terbuka di kaki jalan.

Mana satu yang best? Dua-dua mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tapi kalau diikutkan saiz, aku rasa Jalan Segget lagi besar kot? Urm.. okaylah. lupakan pasal Pasar Karat Jalan Segget. Tolak jejauh sebab hari ni aku nak cerita pasal Rope Walk Taman Selat

Rombongan Jom Jelajah Pulau Pinang singgah di Rope Walk Taman Selat ni bagi melihat peniaga-peniaga sini menjalani aktiviti harian dengan berniaga dan juga menikmati makan tengahari di Restoran Pan Mutiara. Untuk pengetahuan kalian, kebanyakan peniaga di sini mendapat bantuan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Kalau dulu ada di antara mereka terjerat dengan tipu helah along, kini dengan bantuan SKM, diorang dapat berniaga dengan jayanya. Tambahan pula, Rope Walk Taman Selat ni antara destinasi pilihan bagi penggemar barangan bundle atau barang-barang antik.

Antara yang dijual kat sini seperti kasut, jam, kamera antik, peralatan rumah, ubat-ubatan dan lain-lain lagi. Lengkap tu takdelah lengkap seperti mall, cuma kat sini bolehlah beli barang sikit-sikit dengan harga yang berpatutan dan aku cukup tertarik dengan barangan antik yang mereka jual. Jom ke Rope Walk Taman Selat, Pulau Pinang sekarang!!!! 

Wahhh, macam-macam jenis speck/sunglasses
alatan muzik seperti gitar pun turut dijual
alat kosmetik
wahh rambang mata abang tu.. haha
khidmat reflexology pun ada sekali

helmet comel
majalah, suratkhabar dan lain-lain
kasut-kasut-kasut

paling best!!!!
pentas awam
erkkk, besarnya
minat mengumpul duit lama?
barangan antik

omaiii...
suka yang ini jugak.. haha

Say Cheeseee

Nak tahu Rope Walk ni kat mana? Nahhh

Like Facebook Mereka
Koperasi Aneka Rope Walk

Operation Hour :
7 pagi - 1 petang

Maps :

American Airliner Plane