Latest Posts

Showing posts with label PAHLAWAN MELAYU. Show all posts
Showing posts with label PAHLAWAN MELAYU. Show all posts
Lokasi Kubur Mat Kilau | Cuba korang senaraikan pahlawan-pahlawan Melayu yang korang ingat. Kalau aku, nama yang paling aku ingat adalah Mat Kilau. Sebab namanya unik selain dari Rentap, Dol Said, Datuk Bahaman dan lain-lain lagi.  Mat Kilau ni juga sinonim dengan negeri Pahang especially bab bola. Negeri mana? Negeri Tok Gajahlah. Hehehehe.

Tok Gajah adalah nama bapa Mat Kilau atau nama lainnya, Imam Rasu. So, dah tahu dari mana datangnya nama Tok Gajah? Hehehe. Mat Kilau ni memang kuat menentang penjajah Inggeris suatu ketika dahulu. Dah orang jajah negara kita, kenalah tentang. Ye dop?

Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865/1866 di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang. Hidupnya penuh warna-warni. Ada suka dan duka. Namun beliau seorang yang tegas dan menentang habis-habisan terhadap pihak British tetapi mendapat tentangan sultan yang menyokong pihak British ketika itu.


Kemudian Mat Kilau ni telah menggemparkan negara. Ramai yang beranggapan bahawa beliau dah meninggal dunia tetapi sebenarnya tidak. Beliau bersembunyi dan mengasingkan diri daripada orang ramai dek kerana dianggap 'penderhaka' oleh pihak British. Sadis kan kisah hidupnya? T_T

Kemudian pada tahun 1969, Mat Kilau telah kembali ke tanah kelahirannya dan mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Tapi sebelum tu dia dah banyak kalilah tukar nama bagi mengelakkan dari dirinya dicam. Kesian aku dengar kisah hidup Mat Kilau ni. Kalau Kisah Tatie seperti ini, mesti hidup seminggu je. Sebab terlalu banyak onar liku-liku kehidupan.


Walau apapun, Mat Kilau tetap disanjung dan dihormati penduduk Jerantut sehingga kini. We love you Mat Kilau. Terima kasih kerana berbakti suatu ketika dahulu.

Bagi sesiapa nak ziarah pusara Mat Kilau, bolehlah berkunjung ke Makamnya yang terletak di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Jom kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Mat Kilau.

Kubur Lama di Pulau Tawar, Jerantut

MAKAM PAHLAWAN MAT KILAU

Harimau mati meninggalkan belang, Mat Kilau mati meninggalkan nama
1865-1969 ~ Mat Kilau

Apa-apapun, generasi muda zaman kini harus bersyukur kerana pahlawan-pahlawan inilah kita dapat hidup dengan aman makmur. Tiada mereka, tiadalah kita. :')
American Airliner Plane