Latest Posts

Showing posts with label OVERSEA. Show all posts
Showing posts with label OVERSEA. Show all posts
Assalamualaikum.

Sebulan rasanya tak hapdet blog. Actually bila mood jalan tengah menebal ni rasa malas nak buka laptop. Hahaha. Ops!! 

Tapi taknaklah gitu kan? 

Syukur, ibadah Umrah bulan lepas berjalan dengan lancar and i'm so happy. Benarlah kata orang, setenang-tenang tempat, paling tenang kat Mekah. Kat sana takde langsung rasa takut nak keluar seorang and rasa selamat je sepanjang masa. Suasana kat sana pun berbeza dari negara-negara yang pernah aku pergi sebelum ni.

Berbalik pada umrah, seperti yang korang tahu, aku amek pakej Umrah dari Rayhar. Bulan November-Disember memang peak time kat sana. Nak pula sekarang cuaca sejuk, memang ramailah umat Islam dari pelosok dunia datang berkunjung ke tanah suci.

Harga Pakej Rayhar untuk 11 hari / 9 malam ...


Aku pilih menetap di Hotel Al-Safwah Royale Orchid untuk di Mekah dan Hotel Dallah Taibah di Madinah. So, seorang bayar RM 8150 untuk bilik share 4 orang. Untuk di Mekah diorang hanya menyediakan sarapan pagi sahaja dan di Madinah diorang sediakan sarapan pagi, tengahari dan malam. Sebenarnya aku rasa mahal juga compare dengan pakej agensi lain. 

Tapi aku follow leader yang merangkap abang sendiri. Ini tak termasuk tiket ke London. Sebab RM8150 tu termasuk tiket balik Malaysia tapi burn sebab kitorang beli tiket ke London lepas tu. 

Okay, okay memang blur.. Sebab gambar bersaiz kecil.

Hari Pertama 14/12/2015
0700 am
Berkumpul di KLIA. Tapi kalau korang datang 830 am pun aku rasa takpe sebab flight 10am. Aku tengok ramai je datang lewat. 
1000 am
Berlepas ke Jeddah dengan berpakaian Ihram. Kitorang tak niat ihram lagi masa ni. Just berpakaian ihram sahaja. Sebelum tu ada taklimat ringkas dan penyerahan passport.
1500 pm
Sampai di Jeddah. Seperti yang telah diberitahu masa kursus umrah tentang perangai immigration kat sini, kitorang pun pasrah sahaja. Anggap sahaja seperti ujian. Kitorang bernasib baik hanya 3 jam sahaja kat sini. Sehari selepas kitorang dengar cerita 8 jam menunggu. 
(note : airport Jeddah menggunakan tangga untuk turun flight)
1930 pm 
Selesai semua, berkumpul di bas  Rayhar mengikut nama hotel dan gerak ke Mekah.
1030 pm
Tiba di Mekah Al-Mukarramah dan letak beg kemudian mengikut Mutawif mengerjakan umrah wajib. Untuk first timer, disarankan ikut Mutawif.

Hari Kedua 15/12/2015
Aktiviti Bebas

Hari Ketiga 16/12/2015
Umrah kedua. Berniat di Masjid Tana'im (masjid paling hampir dengan Kota Mekah). Umrah kedua ni sunat dan buat secara individual. Cuma ke Masjid Tana'im tu pergi beramai-ramai menaiki bas yang disediakan kemudian tiba di Mekah buat aktiviti sendiri.

Hari Keempat 17/12/2015
Ziarah Luar Mekah seperti Jabal Rahmah, Jabal Thur dan masjid Jaaranah. Kat masjid ni boleh berniat ihram. Selain tu, kitorang lalu kawasan haji seperti Arafah, Muzdalifah dan Mina. Acara ziarah selesai tengahari.

Hari Kelima 18/12/2015
Aktiviti Bebas

Hari Keenam 19/12/2015
Berniat di Masjid Hudaibiah. Kat luar masjid ni ada jual-jual barang seperti Masjid Tana'im. Kat sini juga dulu ada ladang unta, tapi kata Rayhar dah ditutup. Tapi tengok agensi lain, pergi je. Aku rasa ikut agensi masing-masing.

Hari Ketujuh 20/12/2015
Pagi-pagi lagi dah letak segala luggage di luar bilik. Nanti diorang akan letak terus dalam bas. Kemudian selesai solat Subuh, breakfast dan buat Tawaf Wada' (tawaf selamat tinggal). Selepas buat Tawaf Wada' ni, korang dah tak boleh fikir apa dah, tak boleh nak shopping ke apa ke.. TAK BOLEH. Kena tunggu bas dan terus meninggalkan Mekah.

Hari Kelapan 21/12/2015
Ziarah Raudhah (Maqam Rasullah) dan berdoa di luar perkuburan Baqi. Kami dibahagikan mengikut kumpulan. Bagi warga emas, kurang upaya dan mempunyai anak kecil, diorang ada kelebihan dari segi menunggu turn.  Ziarah Raudhah habis dalam tengahari kemudian aktiviti bebas.
** Untuk solat dan masuk Raudhah, korang perlu beratur negara masing-masing contoh Malaysia, ikut turn Malaysia.

Hari Kesembilan 22/12/2015
Ziarah Luar Madinah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain (hanya lalu), kedai kurma. 
Sepatutnya dalam itinerary ada ziarah ke Medah Peperangan Khandaq dan Ladang Kurma tapi tak tahu kenapa kitorang tak pergi. 

Hari Kesepuluh 23/12/2015
Berangkat ke London dan jemaah Rayhar pulang ke Malaysia.

Itulah itinerary kami. Kebanyakan aktiviti bebas. Kalau acara ziarah pula kebanyakan habis tengahari.  Next, aku nak cuba agensi lain jika ada peluang untuk ke sana lagi.

Harap ni dapat dijadikan rujukan korang. Insyallah. Pergilah, tak rugi duit untuk dilaburkan ke sana. Takde sesen pun rugi. Insyallah.

Kengkadang bila dah itu ini semua, mesti ada benda yang tertinggal kan? Sebab itulah checklist sangat-sangat penting lebih-lebih lagi bila ke Tanah Suci.

Jujur aku cakap, jika sebelum ni aku selalu packing beberapa jam sebelum berangkat, tetapi untuk ke Tanah Suci ni, aku memerlukan lebih banyak masa daripada biasa. Bukan mudah dan bukan susah. Cuma kena listdown barang apa yang kena bawa untuk ke Mekah.

Terima kasih Rayhar Travel kerana menyediakan checklist ni. Aku share checklist Umrah untuk wanita sahaja tau. Untuk lelaki mungkin boleh rujuk dengan agent masing-masing. Hehe.

1) Buku Doa dan Yaasin. (buku doa ni boleh digantung kat leher dan dibaca sambil tawaf & saie). 
2) Tuala Mandi
3) Sikat Rambut
4) Stokin Kaki
5) Sejadah
6) Ubat & Berus Gigi
7) Sabun Mandi
8) Syampu Rambut
9) Krim untuk kulit kering (especially pergi musim winter)
10) Balm pelembap bibir tanpa warna
11) Ubat dan vitamin yang diperlukan jemaah
12) Telekung sembahyang  
13) Mini telekung
14) Serkup Kepala (anak tudung)
15) Jubah atau baju kurung
16) Seluar Panjang (seeloknya beli yang berpoket di dalam)
17) Kain batik atau baju tidur
18) Pakaian dalam atas bawah
19) Tuala Muka bersaiz sederhana
20) Sarung tangan 
21) Selipar untuk kegunaan dalam bilik
22) Pin baju  & tudung secukupnya
23) Pengepit kuku
24) Getah Rambut
25) Berus kain plastik
26) Sabun baju plastik kecil atau sabun buku
27) Gunting ukuran 4 inci ke atas untuk Rukun Umrah Keempat.
28) Bekas untuk isi makanan & minuman
29) Tisu paket kecil
30) Kasut yang selesa (ramai suggest Hush Puppies atau Scholl)
31) Kunci mangga 

Lain-lain tambahan ikut suka hati. Kat sana ada dobi tapi mungkin mahal. Kalau nak basuh baju dalam toilet pun boleh. Rata-rata aku survey diorang basuh baju sendiri.

Kat sana jubah murah-murah. Haa, rambang mata nanti. So takyah bawa banyak sangat jubah.

Sekian, terima kasih. Eh? Hehehe.

p/s : post ini dibuat 11/12/2015. Jangan salah faham! Hehehe.
Assalamualaikum ..

Mesti ada yang tertanya-tanya dokumen apakah yang perlu ada untuk apply visa Umrah? Saban tahun, kerajaan Arab Saudi mengetatkan syarat-syarat untuk ke sana.

Untuk wanita, pertama sekali sebelum korang membuat keputusan untuk ke sana, korang haruslah mempunyai mahram yang sah jika anda berumur bawah 45 tahun. Ini sangat penting!!

Dokumen-dokumen yang perlu ada untuk apply visa Umrah :

1) Passport
Passport yang masih sah tempoh (6) bulan dari tarikh berlepas ke tanah suci dan mempunyai 3 mukasurat kosong.  Passport ini hendaklah diserahkan kepada agent yang bertanggungjawab membawa korang ke sana at least 2-3 minggu sebelum pergi. Agent akan pegang passport ini sehingga hari berlepas.

2) Gambar Visa
4 keping gambar saiz 6x4 cm, berlatarkan putih dan untuk wanita hendaklah bertudung hitam dan lelaki hendaklah mengambil gambar tanpa songkok atau kopiah.

3) Buku Rawatan Kesihatan
Untuk dapat buku ini, korang haruslah ke klinik berhampiran dan mengambil suntikan vaksin ACYW-135. Ini wajib. Harga untuk seorang RM130 (mungkin lebih) dan tahan selama 4 tahun. So, kalau pergi lagi sekali tahun hadapan, dah tak perlu dah nak ambil vaksin.

4) Salinan Sijil Nikah
2 Salinan sijil nikah yang harus di cop (cop pengesahan) oleh Pejabat Agama Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk. Macam aku hari tu, bagi 2 salinan sijil nikah dan 1 yang ori. Salinan tu lah yang kena cop tau. Jangan lupa.

5) Salinan Sijil Lahir 
2 Salinan yang dicop oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

6) Surat Akuan Mahram
Pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam. Haa, ini paling penting antara semua khususnya untuk WANITA. Masa aku hari tu, Encik H pergi jumpa Pesuruhjaya Sumpah dan minta cop pengesahan.

Then bila dah dapat belum settle lagi. Sekiranya suami tak pergi, korang haruslah ada mahram yang sah macam aku cakap tadi. So, aku bermahramkan abang kandung. Next adalah salinan sijil lahir abang aku. Kalau korang pergi bermahramkan adik, maka bagilah salinan sijil lahirnya.

Bagi janda atau kematian suami, korang wajib lampirkan sijil mati dan cerai. Kalau bapa meninggal atau cerai dengan mak pun, wajib sertakan sekali sijil mati/cerai arwah bapa tu. Ini untuk yang bujang.

7) Borang Tempahan Pendaftaran Umrah
Lengkapkan borang tempahan umrah mengikut agent korang tu dan submit kepada mereka.

Ha, settle ketujuh-tujuh? Maka berdoalah agar semua berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Syukur kepadaNya kerana kali ini saya terpanggil untuk mengerjakan ibadah Umrah bersama adik beradik dan anak buah belah bapa seramai 18 orang except Encik H. Walaupun sebak kerana Encik H tak dapat follow, tapi akan ku cekalkan hati demi menyahut seruanNya.

InsyaAllah, jika tiada halangan, pagi ni saya akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Perjalanan ke sana bersama Rayhar Travel Sdn Bhd.

Buat followers dan rakan-rakan yang dikasihi, doakan saya selamat sampai ke sana dan dipermudahkan segala urusan. Andai saya pernah terhutang atau menyakiti hati anda, saya minta halalkan dan maafkan. 

Atau boleh tuntut kat Encik H kelak. 

Halalkan pemergian saya ke sana. Bagi siapa nak kirim doa, bolehlah tulis di ruang komen. Insya Allah saya akan baca di sana. 

Akhir sekali, terima kasih dan jumpa lagi.


Setiap kali musim cuti sekolah mesti ramai orang kahwin. Bila ramai orang kahwin, maka ramailah yang tercari-cari tempat honeymoon yang best. Ada yang mencari percutian di bandar, ada yang mencari percutian di pantai. Citarasa masing-masing. Tapi aku perhatikan, ramai yang menjadikan pulau sebagai destinasi pilihan untuk berbulan madu.

Pantai Kata Phuket

So, aku suggest PHUKET.

Dalam banyak-banyak tempat, Phuket boleh dikatakan hampir dengan Malaysia. Nak ikut darat boleh, nak ikut laut pun boleh .. Ikut udara? Lagilah boleh. Cuma bergantung pada masa je. Tapi kan ikut udara lagi pantas dan selamat? Lebih-lebih lagi bila korang book tiket melalui laman web https://www.expedia.com.my/  ... 

Book, book juga .. Tapi kat mana hotel yang best untuk honeymoon kat Phuket tu? Alang-alang cerita pasal ni, mehlah aku share pengalaman menginap di Boathouse by Montara.

Boathouse by Montara

Boathouse by Montara ni taklah sebesar mana. Tapi mewah dengan pelbagai kemudahan yang pasti memuaskan hati pengunjung. Terletak di Pantai Kata yang terkenal dengan air lautnya yang biru dan pasirnya yang halus.

Staff di Front Desk

Hotel ni mempunyai 38 bilik sahaja. Very small and so exclusive. Walaupun kecil, dia bukanlah sebarang hotel. Harga semalam mencecah 1 ribu lebih jugakla. Haa, yang ni kita cakap kemudian.

Sekitar di Lobi Area

Lebih kurang sejam perjalanan dari airport ke Boathouse by Montara ni. Memang jauh. Tapi bagi mereka yang gemarkan privasi, tidak suka serabut dengan orang ramai .. Haa, kat sinilah tempatnya. 

Bukanlah bermaksud takde orang sangat.  Kalau compare Pantai Kata dan Pantai Patong, bilangan pengunjung di Pantai Kata takdelah seramai di Pantai Patong. Namun, kebersihan dan kecantikan Pantai Kata lagi better dari Pantai Patong.

  Jenis Bilik : Deluxe Seaview

Nama je Boathouse by Montara. Bukanlah atas bot. Boathouse ni sebaya dengan aku 27 tahun, tetapi masih menjadi pilihan especially mat salleh. Well, aku kagum dengan hotel ni. Walaupun bukan hotel baru, tetapi ia masih fresh dan interior dia up to date.

Katil yang sangat empuk
Pintu ke luar
Nyah kau nyamuk!! Hahaha
Nampak reflection laut tu tak? Hahaha
TV .. dalam gambar nampak kecik
Buah-buahan diganti setiap hari
Dalam almari ... beach bag, sandal dan payung pun ada
Bathroom (diorang sediakan mosquito repellent dan anti-mosquito balm sekali)
Coffee and special note from General Manager Exclusive for me 
Private Bar 
Tisu tandas dan hair dryer
Mancis 

3 hari 2 malam je kat sini. Memang tak puas. No wonder mat salleh kalau datang and stay sini at least seminggu. Memang syok!! Tenang je rasa. Rindunya kat hotel ni. Isk, isk.. By the way, harga semalam untuk bilik jenis ini, jika korang book melalui laman web Expedia :

Harga bergantung pada tempoh perjalanan

Memang jimat habis. Jimat berganda-ganda .. Hanya di :

Seperti yang aku cakap tadi, hotel ni dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. So, takyah risau. Kalau nak jenjalan, kat Kata Road pun okay. Happening juga malam-malam. Kalau nak pergi jalan-jalan jauh sikit naik teksi (lori kecik) pun okay.. 

Swimming Pool untuk dewasa
Swimming pool untuk kanak-kanak & dewasa  (termasuk jacuzzi pun ada)
Spa
Bar
Re Ka Ta Beach Club (breakfast & dinner)
Boathouse Wine & Grill

Actually sebelum ada resort ni, Boathouse Wine & Grill ni dah terbina dulu. Famousnya tempat ni sebab benda ni lah. Hotel ni terkenal dengan wine dan pernah dinobatkan beberapa anugerah sebelum ini. Aku cuma perhatikan je diorang 'Prepared Side Table' kat meja lain sambil layan live band dan sunset. Korang pun boleh tengok juga kalau stay sini. Hehehe.

Waktu siang di Boathouse Wine & Grill
For Non-Muslim Only

Part kesukaan aku adalah di tingkat atas Boathouse Wine & Grill ni. Tempat ni diorang panggil Sunset View Point. Tapi aku panggil mini library. Sambil-sambil menanti sunset, bolehlah baca buku kejap. And, and, and .. level tempat ni sama level dengan bilik aku .. Buka pintu jalan sikit dah sampai. I likeeeeee  .... Hahaha. 


Nak shopping? Kat dalam ni pun ada tempat shopping juga. Butik sekali dengan coffee shop ni setentang je dengan spa. Manalah tahu tetiba tekak nak pekena kopi atau nak menikmati dessert seperti macaron, bolehlah ke sini kejap. 


Walaupun hotel ni di tepi pantai awam, tetapi keselamatan pengunjung kat sini sangat terjaga. Nak masuk ikut pintu belakang pun kena tekan password dulu baru boleh buka. Alhamdulillah selama 3 hari kat sini keseorangan, aku rasa selamat sangat. Thank you Boathouse by Montara.

Pintu Belakang
Nampak tak hotel tu? By the way, laut tak biru waktu ni sebab dah senja

Menanti sunset

Hello teksi, saya nak balik sekarang.. Hihi

Meskipun hotel ni bertaraf 4 bintang, tetapi aku nak bagi 5 bintang juga sebab staff dia terlebih friendly, general manager dia tiap-tiap pagi pusing pantau persekitaran hotel ni, buah-buahan segar ditukar setiap hari .. Takde yang buruk, semuanya indah. I really love this hotel. Senang nak pergi mana-mana .. 😇


Last entry pasal Phuket.

Kalau sebelum ni aku dah story pasal hotel, hari ni aku nak story pasal aktiviti pula. Kot-kot ada yang tertanya-tanya apa nak buat kat area Kata Beach ni .. Nahh, aku bagi idea kat korang. Hopefully membantu serba sedikitlah.

 MASSAGE DI RE KA TA SPA @ 
BOATHOUSE BY MONTARA

Rugilah kalau datang Phuket tapi tak memanjakan diri. Paling tidak pun, buatlah manicure dan pedicure kalau malas nak massage. Tapi alang-alang dah menginap di Boathouse by Montara, why not manjakan diri di Re Ka Ta Spa. 

Aku suka suasana kat sini. Korang boleh pilih nak soft, medium atau hard massage. Ops, before that, kena pilih nak pakai minyak apa .. Either, sport oil or Jojoba or Camomile. 3-3 ni ni sedap baunya!


PANTAI KATA

Banyak benda yang boleh buat kat Pantai Kata ni seperti menikmati matahari terbit, menerbangkan lantern, berenang, surfing, surfing ala-ala paddle boat tu (aku lupa nama dia) dan macam-macam lagi. Datang time panas (tengahari), nampaklah air laut di Pantai Kata ni kebiruan.


SURF HOUSE PHUKET

Takut nak surf di tengah lautan? atau gerun dengan ombak? Datang je ke Surf House Phuket. Sini macam restoran & bar. Tetapi menghadap tempat surf. Ala, tempat surf buatan. Hahaha. Kalau tak reti, korang boleh hold tali. Kalau pro, lepaskan tali and surf sendiri pun boleh. Tempat ni bukan untuk dewasa je, tetapi juga untuk kanak-kanak. 


 BOATHOUSE COOKING CLASS

Another thing yang famous kat hotel Boathouse by Montara tu adalah kelas memasak dia. Kelas memasak ni dalam small group je. So, bolehlah fokus sikit. Tetapi yang join bukan je pengunjung hotel ni, malah mereka yang menginap di hotel luar pun boleh join sekali.

Masa aku join ni, aku sorang je yang stay kat sini. Lagi 3 orang stay hotel lain. Ada 5 resepi diorang ajar dan bila semuanya selesai, korang akan dapat sijil penyertaan. 


FOOD & SHOPPING @ KATA ROAD

Thailand sememangnya terkenal dengan Street Food and shopping. Agak-agak bosan waktu malam, bolehlah bersiar-siar di sepanjang Kata Road. Ada money changer, spa, KT Plaza dan bermacam-macam lagi. Ada bar, ada restoran halal, ada kebab dan ada gerai-gerai yang menjual makanan seperti Pancake Rotee.


FLYING HANUMAN PHUKET

And last, uji ketahanan dan kelasakan diri korang di Flying Hanuman Phuket. Phewww. Sangat mencabar. Kalau korang dapat merentasi segala halangan di Flying Hanuman ni, korang memang power. Sebab semakin lama cabaran dia , semakin susah korang nak hadap.

Flying Hanuman ni jauh sikit dari hotel. Kalau korang berminat, boleh je buat reservation melalui hotel, then nanti hotel hantar korang ke sini.


6 aktiviti je?? 6 je lah dulu. Kalau nak disenaraikan semua, banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat kat Kata Beach ni. Tapi aku takut korang tak boleh tidur pula malam nanti terbayang-bayang Kata Beach. Hahahahahahaha.

American Airliner Plane