Latest Posts

Showing posts with label MTN GETAWAYS. Show all posts
Showing posts with label MTN GETAWAYS. Show all posts
PERCUTIAN DI PULAU BELITUNG | Setelah tidur dengan nyenyaknya di Green Tropical Village Tanjung Pandan, pada keesokan harinya pagi-pagi lagi kami dah berkumpul untuk ke destinasi seterusnya. Hari ni lagi semangat daripada semalam. Lagi-lagi bila encik drebar pasang lagu "Laskar Pelangi" dalam van.  Meremang bulu roma ni bila ramai-ramai nyanyi. Terus berkobar-kobar nak explore Pulau Belitung ni yang mempunyai lagenda cerita kononnya pulau ini adalah bahagian utara Bali yang dah terpisah pada zaman dulu.

Inilah muka-muka yang naik van yang sama sepanjang kat sini

First-first sekali haruslah ke tempat paling femes kat pulau ni, tak lain tak bukan SD Muhammadiyah iaitu replika Sekolah Laskar Pelangi. Okay jujur ni, aku tak tengok pun movie ni. Tapi aku hafal lirik lagu Laskar Pelangi nyanyian kumpulan Nidji. Hiks! 😁

Di sini adalah lokasi shooting filem Laskar Pelangi ni. Menurut Sis Lin, cerita ni dapat kutipan tertinggi pada waktu itu. Wahhh, hebat!! Lokasi Replika Sekolah Laskar Pelangi ni terletak di Kecamatan Gantung di Kabupaten Belitung Timur kira-kira 1 jam perjalanan dari Tanjung Pandan. Dan di sinilah lokasi asal sekolah penulis novel Laskar Pelangi, Andrea Hirata.

Replika Sekolah Laskar Pelangi
Ini Replika Je Tau .. Sekolah Lama Dah Takde
Kesian Cikgu Kat Depan, Sorang Berangan dan Dua Belakang Tengah Membawang

TIPS DI SD MUHAMADDIYAH : Kalau nak meriah, kenalah nyanyi lagu Laskar Pelangi secara berjemaah. Haha. Memandangkan replika sekolah ni femes, maka ia ta henti-henti dikunjungi pengunjung. Ha, pepandailah korang ambil gambar. Dapat timing kemuncak, memang bersesak-sesaklah nak masuk dalam kelas. 

Lepas visit SD Muhamaddiyah, kami ke Dermaga Kirana yang terletak tak jauh dari replika sekolah tu. Yang ni pula femes di kalangan rakyat Malaysia yang menonton drama Kekasih Paksa Rela lakonan Remy Ishak. Yang ni pun aku tak tengok. Hanya tahu bila si hantu drama Melayu Nannie Isa dok cakap "Belitung, lokasi Kekasih Paksa Rela". Huh?? Blur-blur aku jadinya.

Aku Suka Dermaga Kirana Ni Sebab Dia Cantik

Kat Dermaga Kirana ni kalau sesak dengan orang, memang harapanlah nak dapat angle gambar yang menarik. Yang kat bawah ni pun dekat sejam kat sini barulah aku dapat angle ni. KALAU TAK, YA AMPUN!!! (sebut seperti lontaran suara Ibu Peri) .... RAMAI GILA ORANG KAT SINI. Haha. Tapi tempat ni memang cun! Pastikan kalau korang ke sini, pakai pakaian yang cantik supaya boleh abadikan gambar ootd yang menarik.
Penat Aku Tunggu Tempat Ni Kosng .. Phew!!
Sampan Ni Perhiasan Semata-mata

Dermaga Kirana ni adalah rumah Keong atau rumah rotan yang dibina di atas danau atau dalam bahasa kita tasik bekas lombong bijih timah. Cantik wei tempat ni. Tak puas rasanya spend time kat sini. Yela sibuk cari angle yang best sampai terlupa nak menikmati pemandangan kat sini. Nak datang lagi please!

Group Photo 

Next, MTN Getaways bawa kami ke Rumah Makan Fega yang terletak di Manggar, Belitung. Kalau kat Tripadvisor ni, ramai yang nominate restoran ni sebagai Best Restaurant in Belitung. View kat sini pun cantik and relaxing. Sesiapa nak honeymoon, silalah masukkan restoran ini dalam list tempat makan korang. Kata mereka yang lain, view sunset kat sini cantik.

Rumah Makan Fega, Manggar.
Camana Nak Pergi Sana Ya Pak?
Lepak Situ Pun Boleh Kalau Nak Privacy
Semua Sedap Dan Menepati Selera Aku .. 
Sesi Pecah Lemak Lepas Makan
Sana Sini Bangunan Warna Warni Sempena Laskar Pelangi

Walaupun kat sini kami dihidangkan dengan teh hangat tawar je setiap kali makan, tetapi sebenarnya masyarakat di sini gila kopi. Memang sesuai lah Sis Lin tu pergi sini sebab dia HANTU KOPI. Katanya tak lengkap harinya tanpa kopi. Haha. Sempat juga kami singgah minum kopi di Warkhop Millenium. Aku tak pasti ni ada dalam itinerary ke tak. Macam takde je dan kat sini korang kena bayar sendiri minuman korang tu. Psssttt, Kopi Manggar femes di Indonesia. Sila beli sebagai ole-ole dan ada jual kat souvenir shop.

Jemput Tengok 

Next kami ke Dispudbar Beltim. Susah naw nak sebut nama tempat ni. Berbelit-belit lidahku. Arghh!! Senang cerita ni opis Tourism Belitung. Kot-kot nak cari informasi lebih mengenai Belitung atau event-event di pulau ni bolehlah datang sini. Sebenarnya Dispudbar tu short form bagi perkataan Dinas Kebudayaan dan Pariwisata. Manakala Beltim pula adalah short form bagi Belitung Timur.

Dispudbar Beltim
Penerangan Mengenai Sejarah Dan Kehidupan Masyarakat Belitung

Dan kat Dispudbar Beltim ni ada mini zoo dan juga kedai souvenir. Sempatlah aku curi-curi masa beli Fridge Magnet kat sini kejap sementara tunggu media lain interview orang kat sini.

Benda-benda Ni Ada Dijual Kat Kedai Souvenir Kat Tanjung Pandan, Tapi Fridge Magnet Sini Lagi Better

Lepas settle segala benda, kami pun pulang sebentar ke Green Tropical Village untuk beristirehat, mandi dan solat. Tapi still tak boleh tidur lagi sebab kejap je balik. Nanti kena keluar balik untuk dinner.

Makan malam hari kedua adalah di Rumah Makan Nelayan Seafood.

Rumah Makan Nelayan Seafood


Makanan kat sini aku bagi 3 dari 5 bintang. Paling aku suka udang sambal (sorang seketul, nak lebih? Sila duduk di sebelah rakan anda yang allergik udang.. haha), tempe, dan ikan. Minuman macam biasa teh hangat tawar. 

Nampak Tak Sup Tu? Setiap Kali Makan Pasti Ada. Haha.

Lagi special hari tu jatuhnya birthday si hantu kopi, SIS LIN yang ke 18 tahun. Aku dah memang agak dah ada surprise untuk dia. Huntungla sambut kat oversea. Sis Lin ni boleh pulak blur-blur masa kek sampai depan dia.


Ops, lupa pula. Kat sini korang boleh makan sambil berkaraoke. Jangan malu jangan segan untuk sumbangkan satu dua lagu. Tapi jangan salahkan aku kalau besoknya hujan lebat membasahi bumi Belitung. 😄

Maka selesailah hari kedua kami di Pulau Belitung. Mostly hari ni kami cover di bahagian timur Belitung. Seronok sangat perjalanan hari kedua ni lebih-lebih lagi tour guide kami jenis masuk air dan sekepala. Dikatanya orang kat sini buat Ikan Arowana tu sebagai ikan masin. Sampai ke sudah aku tunggu ikan masin tu. Kau tunggu, aku datang Belitung lagi aku tuntut ya Pak Dadi. Haha.

~ Bersambung.

Percutian ke Pulau Belitung
Pengalaman Bercuti di Pulau Belitung
Apa Yang Best Di Pulau Belitung
Blog Percutian di Pulau Belitung
Lokasi Pulau Belitung


PERCUTIAN DI PULAU BELITUNG INDONESIA | Bermulalah perjalanan aku ke Pulau Belitung Indonesia bersama MTN Getaways selaku penaja trip 4 hari 3 malam ini. "Ishhh, tak sabarnya nak sampai Belitung,"- bebel aku pada H sepanjang perjalanan ke KLIA.

Aku pilih untuk naik kapal terbang dari KLIA ke Changi Airport. Sekurang-kurangnya aku boleh sarapan pagi terlebih dahulu sebelum bertolak ke Kota Singa. Lagipun, kami kena berkumpul di Terminal 3, Changi Airport pada jam 3 petang. Dan kalau naik kapal terbang dari KLIA, perjalanan ambil masa lebih kurang 50 minit je untuk sampai ke Changi Airport berbanding naik bas. 

 Boarding Time
Nak Pindah Terus Ke Tu?

Kalau korang naik Airasia atau MAS, diorang akan mendarat di Terminal lain. Kenalah menapak sikit untuk sampai ke Terminal 3 Changi Airport. Aku bernasib baik MAS mendarat di Terminal 2 Changi Airport. Jadi takdelah jauh mana nak jalan kaki tu. Manakala Airasia pula tak silap aku mendarat di Terminal 4 Changi Airport. 

Kumpulan Aku 

Seramai 30 orang yang join trip kali ni. Bertambahlah kenalan baru. Nasib semua sporting-sporting. Takdelah aku rasa kekok and awkward sangat. Hehehe. 

From terminal - bus - aeroplane

Pesawat  Garuda Indonesia ni terbang dari Singapore ke Tanjung Pandan 4 kali seminggu iaitu hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad pada jam 5.30 petang (hari biasa) dan 5.50 petang (hari Ahad). 


Tak banyak aktiviti pun sepanjang hari pertama ni memandangkan kami sampai time senja. Tup tap, tup tap, hari pun dah gelap masa turun kapal. Sesiapa yang tak pernah sampai Indonesia, kat sini gelap cepat tau. Jangan terkejut kalau tengok jam 7.30 petang tu dah gelap gelita. Haha.

Keluar-keluar je pintu airport, dah ada 4 orang menunggu sambil pegang nama ketua kumpulan. Ikut sahaja nama ketua kumpulan masing-masing. Luggage pula mereka ambil dan terus hantar ke hotel. Tak payah pening-pening dan heret luggage ke hulu ke hilir. Lagi-lagi luggage hijau yang paling besar tu. Luggage sape eh? Ops!

Tour Guide Kami Yang Paling Kanan Tu

Tempat pertama yang kami pergi adalah Resto Wan Bie Pulau Belitung untuk makan malam. Restoran ni HALAL dari Majelis Ulama Indonesia. Satu je aku pesan kat korang, kalau korang datang Indonesia, jangan ingat semua restoran HALAL walaupun diorang kata halal. Kalau korang tanya halal ke tak, of course diorang kata HALAL. Tapi ada juga yang tidak jujur. Jadi, nak selamat, pastikan restoran itu ada sijil halal dari Majelis Ulama Indonesia. Please, jangan pandang enteng soal halal dan haram kerana ia jadi darah daging kita.


Kalau korang nak try makanan-makanan ruji masyarakat di Pulau Belitung ni, di Resto Wan Bie lah tempatnya. Kat sini diorang hidangkan secara 'Makan Bedulang'. Lebih kurang macam zaman kita dulu-dulu, cuma diorang alas dengan kain dan hidangkan menu mengikut citarasa mereka.

 Aku sebenarnya nak tunjuk ikan bilis, tapi dah macam 'love' Korea pula

Kata tourist guide kami,  masyarakat di Pulau Belitung ni jarang makan ayam dan daging. Makanan diorang kepada seafood especially ikan. Yelah, orang pulau lah katakan. Eh, eh .. dah macam Terengganulah pula. Ni kalau bawa H memang takde masalah. Sebab dia hantu ikan. Haha.


Antara lauk yang mereka hidangkan untuk kami malam itu adalah bilis goreng, oseng kacang panjang dengan kentang, lalapan, sambal serai, ayam ketumbar, ikan pindang, satay ikan kukus dan nasi. Minuman pula Teh Hangat atau lebih famous sebagai Teh Tawar. Aku ni kalau tak memilih ikan, dah lama aku bedal lauk kat meja aku. Tapi apakan daya, aku kurang gemar makan ikan. 

 Lupa pulak nak tanya apa ni
 Satay Ikan Goreng Pulau Belitung

Bagi aku, so-so je makanan di kedai ni. Tak menepati sangat selera aku. Dari 5 bintang aku bagi 2.5 je. Tapi ayam ketumbar kat Resto Wan Bie ni memang best. Memang licin habis termasuk kuah-kuahnya sekali. And satay ikan dia tu tak macam satar ya. Dia lebih sedap. Haha. Okay tu je yang aku suka. Selebihnya dihabiskan oleh Sis Lin dan lain-lain.

 Beginilah Cara Mereka Hidangkan Juadah "Makan Bedulang".
 Harga-harga ... Boleh order yang lain juga

And now, tibalah masa untuk check in. Allahuakbar, penat sungguhlah hari ni walaupun takde buat apa sangat. Mungkin dok menapak kat Changi Airport tadilah kot. Isk!

Oh, anyway ... tempat penginapan kami adalah di Green Tropical Village (GTV) yang terletak tak berapa jauh dari bandar Tanjung Pandan. Resort ni dah lama bertapak di Pulau Belitung ni. Kalau tak silap dalam 5 tahun kot. Aku dah lupa. Hahaha. Ampun!

 Room Sweet Room


 Okaylah ... nanti kita bersambung di entry Hari Kedua di Pulau Belitung, Indonesia. Tata.

~ Bersambung

Percutian ke Pulau Belitung
Pengalaman Bercuti di Pulau Belitung
Apa Yang Best Di Pulau Belitung
Blog Percutian di Pulau Belitung
Lokasi Pulau Belitung



American Airliner Plane