Latest Posts

Showing posts with label MEE SIPUT. Show all posts
Showing posts with label MEE SIPUT. Show all posts
"Bila kau pergi sana nanti, benda first kau wajib try adalah MEE SIPUT", kata seorang kawan.

Masa mula-mula aku dengar, aku rasa pelik. Sepanjang perjalanan ke sini, berlegar-legar kat fikiran, "Apa tu MEE SIPUT?". Mee yang dimasak sekali dengan siput ke? atau Mee yang dimasukkan dalam siput? atau Mee berbentuk siput (ada ke?). Haha.

Seriously, aku tak pernah dengar MEE SIPUT. Korang?

Sampailah ke destinasi yang dituju. Oh, begini rupanya MEE SIPUT. Lega, tak perlu meratah siput pelik-pelik yang aku dok bayangkan sepanjang perjalanan tadi. Hahaha. MEE SIPUT atau ada juga yang menggelarkannya sebagai MEE SANGGUL kerana bentuknya seakan-akan sanggul rambut yang orang zaman dulu-dulu buat tu.

MEE SIPUT
MEE SIPUT

MEE SIPUT / MEE SANGGUL ni terkenal di negeri Johor dan memang wajib cuba kalau ke selatan tanah air. Boleh dimasak dan dimakan dengan bakso atau digoreng dan dimakan dengan sambal. Macam-macam cara ikut kreativiti orang tu. Tapi bagi aku, kalau digoreng dan dimakan begitu sahaja pun dah sedap. Krap, krup, krap .. crunchy!


Semasa di Pontian tempoh hari, sempat juga kami singgah ke tempat pemprosesan MEE SIPUT. Kat sini juga kalau nak borong MEE SIPUT  pun boleh. Tapi aku terkilan sebab tak borong banyak. Alamatnya, dah sampai rumah baru terliur tengok gambar sendiri. Gulp!

Ini AKU Punya !!!
Sedapnya. Pertama Kali Makan.
Goreng, Habis, Goreng, Habis... Siapa Punya Kerja?
Ini Mee Siput Sebelum Dicampurkan Dengan Kuah Bakso
Muka Masing-Masing Bila Makan Mee Siput Buat Kali Pertama
Tu Diaaaa, Layan Habis !!!

Dah rasa, dah kenyang, kini masa untuk borong. Kemain semua pakat nak beli banyak-banyak takut tak jumpa kat Kuala Lumpur bila balik nanti. KAT MANA NAK MAKAN MEE SIPUT KAT AREA KUALA LUMPUR eh? Soalan serious. Hehehe.

Berebut-rebut Nak Borong
Abang Ni Pelanggan Pertama Mee Siput. Eh?
Proses Mee Siput
Inilah Muka-Muka Yang Menghabiskan Mee Siput

Yang Kesiannya .... adik seorang ni ... Tinggal satu je untuk dia.

"Adik pasrah" .... Sekeping je tinggal untuk dia. Hahaha.
Banyak Gila Borong ... Wahhhh!!!

Jangan lupa kalau ke Johor, singgahlah dan cuba Mee Siput. Bukan kat daerah Pontian je, kat semua daerah pun ada. Cuba jangan tak cuba. Aku dah terliur ni. Okaylah nak google kat mana ada jual mee siput. 
American Airliner Plane