Latest Posts

Showing posts with label MALAYSIA AIRLINES. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA AIRLINES. Show all posts
Sedar tak sedar dah 12 tahun aku in relationship dengan husband dan 8 tahun usia perkahwinan kami. Perkenalan di Friendster, blind date dan 4 tahun lepas tu kami kahwin. Aku kenal dia semasa dia masih di flying school Langkawi. Actually ter-add secara tidak sengaja sebab masa tu aku baru lepas putus cinta. Acah-acah nak move on, main random add, tanpa tengok siapa aku add. Lepas kenal tu baru aku tahu dia tengah belajar kat HMA Langkawi.

Husband masa kecil
Husband masa di flying school dengan kawan-kawan pilot dia

Husband aku dulu dapat scholarship Malaysia Airlines untuk study di Langkawi, then after graduated dari flying school dia terus kerja dengan Malaysia Airlines dari 2008 sampailah sekarang. Memang setialah dia dengan company tu. Puaslah aku pujuk dia apply middle east airlines semua .. Semua tak jalan!! Isk ...

Second pre-wedding photoshoot kami tema princess and his man

‎Ramai kawan-kawan dia kat MAS dah beralih company. Bukan setakat lari kerja kat oversea, lari pergi Airasia pun ramai. Tapi laki aku still maintain kat MAS. Katanya, dah ‎alang-alang dah ‎jadi senior First Officer, tunggu jela sikit lagi nak ‎jadi captain. Pfffttt .. 😒

Zaman dia baru start fly Malaysia Airlines

‎Kitorang kahwin masa dia bekerja sebagai second officer di Malaysia Airlines. Tak lama lepas tu dia naik sebagai first officer. Tapi aku kerap jugalah ikut dia pergi kerja. Lebih-lebih lagi bila dia bawa kapal Airbus A330 dan A350, lagi panjang langkah aku ikut dia pergi kerja. Hahaha.

Zaman dia ‎kerja sebagai second officer di Malaysia Airlines

Di Malaysia Airlines, tak sama seperti kat Airasia. Kalau kerja Airasia cepat je naik sebagai captain. Tapi kat MAS ni kena tunggu seniority. Sepatutnya dia dah naik lama, tapi takde slot dan kena tunggu senior lain naik dulu. So benda ni makan masa jugalah. Member dia dah ‎lama ‎jadi captain kat Airasia, dia baru nak naik. Lama gila okay? Eh, aku pulak yang stress. Haha.

Zaman dia fly sebagai first officer di Malaysia Airlines

Kalau korang tanya aku lah, sepanjang ikut dia pergi kerja ... kapal mana yang best? Aku suka kapal A330. Selesa sangat dan route dia pun best-best. Kapal baru A350 tu sempatlah aku ikut dia ke beberapa tempat seperti London, Sydney dan Osaka. Cuma seat dia sempit sikit compare dengan A330. Kapal A330 tetap di hatiku. Suasana dalam kapal pun best. 

Dari akhir tahun lepas, MAS mula buka balik jawatan captain tu. Ada position right to left (which is tak payah tukar kapal) dan turun command ke kapal 737-800. Tapi aku lagi suka right to left cuma slot tak banyak. Very limited compare dengan turun command 737-800. Haih, time ni ada conflict sikit dengan laki aku sebab aku nak dia tunggu sampailah ada slot right to left tu. Tapi lama gila nak tunggu dan dia pun give up. 

Husbandku kini bergelar Captain H

Command training dia pun makan masa yang sangat lama. Start kelas bulan April, habis training bulan October. Jenuh nak tunggu dia habis training. Dengan aku sekali stress terperap kat rumah. Itupun mujurlah aku beli tiket ke Siem Reap tahun lepas dan trip balik kampung Sumatera tu sebab dia ada cuti lama. Kami plan spontan. Stress melampau masa tu. Haha.

Sempat ikut trip terakhir dia sebagai first officer ke Sydney

Syukur, semua dah berakhir. Dia pun dah selamat ‎jadi captain. Lepas ni korang tengok aku fly dekat-dekat je lah kalau ikut dia pergi kerja. Haha. Harap tak lamalah dia fly kapal ni. Cepatlah naik airbus balik. 😂😂 By the way, terima kasih Malaysia Airlines for the opportunity dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Thank you so much. Syukur tempoh training dah berakhir. Lega!!

Congratulations Husband

p/s : dah naik pangkat ni, gaji bini pun naiklah kan? kehkeh.

Baru ... sesuatu yang baru . Masih panas dari flight hangar!

Tempat duduk A330 BUSINESS MALAYSIA AIRLINES kini berwajah baru.

Excited?? Of course I am. Sesuatu yang baru. I keep waiting for this long time ago. Yang lama ni pun dah selesa apatah lagi yang baru. Kan?

Benda ni dah diumumkan sejak November tahun lepas tetapi baru kini dilancarkan. Tapi tak semua flight A330 tau. One by one. Diorang jangka by September tahun ni barulah kesemua 15 kapal terbang A330 Malaysia Airlines berwajah baru di kelas perniagaan (business class seat).

Bukan itu je, sekarang A330 Malaysia Airlines ada premium economy seat. Tempat duduknya, aku rasa lebih kurang sama saiz macam tempat duduk ekonomi biasa. Cuma ada ruang khas dan lebih privasi. Yang ni aku review laterlah. Kita fokus dengan tempat duduk business class dulu.. Heee :)

Me at A330 Business Class Launch

Kalau korang nak tau rupa business class seat A330 yang lama, boleh baca kat entry yang dulu ni :


Majlis pelancaran ni berlangsung dengan penuh gilang gemilang pada hari Selasa yang lepas. Meletop habis!! Semua excited nak tahu apa yang best kat seat Business Class yang baru ni termasuklah aku. Teruja!! Heee ...

Emcee, Deborah Henry

And first flight adalah ke Sydney pada 23 Mac lepas. Ada sesiapa yang dah merasa tempat duduk Business Class yang baru ni? Kot-kot ada yang menjadi passenger pertama yang terbang ke Sydney. If yes, I just wanna say ... U ARE SO LUCKY! *mood jealous*

 Syafinaz menyanyikan lagu Opera .. sempena first flight ke Sydney

Tapi aku excitedlah nak cuba seat yang terbaru ni. Mahu taknya. Dengan lebar 20 inci dan katil empuk sepanjang 76 inci siap dengan sistem hiburan touch screen selebar 16 inci .. Fuh, hebat!! Sesungguhnya tempat duduk yang baru ni lebih flexible dan privasi berbanding yang lepas.

Cumanya dulu tempat duduk business di A330 Malaysia Airlines lagi banyak berbanding sekarang. Yang terbaru ni susunan tempat duduknya 1-2-1 dan 1-2-2 berbanding yang dulu 2-2-2.


Business Class Seat A330 Malaysia Airlines

 
Wah selesanya .. 

Alhamdulillah. Lega bila ada sesuatu yang baru di Malaysia Airlines. Biasanya yang baru inilah yang akan memberikan semangat kepada kaki jalan untuk terus terus mengembara di bumi ini. Lebih-lebih lagi bila naik Malaysia Airlines, aku selalu rasa seperti di rumah sendiri.

Rasa penat tu hilang bila cabin crew layan dengan penuh berhemah seperti kawan sendiri. So, jom terbang bersama Malaysia Airlines. :)


TERUJA ATAU TIDAK ??? Tempahlah tiket korang sekarang.. 


P/s : Harap-harap next month dapatlah merasa Business Class yang baru ni. Hiks!
Please H, pleaseeee.. bawalah isterimu ni pergi bercuti 😝
Last day di Auckland. Sob sob. 

Rasa macam tak nak balik je. This trip rasa sangat lucky sebab dapat set crew yang sekepala, dapat pergi jalan-jalan dan banyak lagi benda best yang berlaku sepanjang trip ni. Sweet memory sangat!


Hari terakhir takde buat apa sangat pun. Encik H pun kena rest secukupnya sebelum memulakan kerja. So pepagi terpaksalah kita jalan seorang-seorang kat town Auckland. Mujur hotel dengan high street tak jauh mana. Tapi tak bermakna boleh jalan kaki jejauh sebab masa sangat terhad. 

 


Dalam jam 1pm camtu dah kena gerak ke airport Auckland. Cam biasalah naikm shuttle bus yang disediakan oleh company encik H. Hehehe. Mudah kan? Itu yang suka ikut dia pergi kerja tu.

Yang Ni Kalau Korang Pergi Sini Boleh Naik Bas Ni
Airport Auckland
Borak Immigration Auckland Yang Wajib Kita Isi

Tibalah masa untuk balik dan berlepas pulang. See you again next time Auckland. Sumpah best! Rasa teruja sangat dengan keindahan dan kebersihan negara New Zealand.

Itulah Amy .. Driver kitorang ke Rotorua dan Hobbiton ... 
Dah rindu Auckland. Tsk tsk.
Tetiba aku nak update pengalaman aku naik Malaysia Airlines. As you all know, laki aku kerja dengan company ni as a pilot. So banyak kali jugalah aku naik tapi tak pernah rasa nak up entry pasal kapal ni. Hahaha.

MALAYSIA AIRLINES

Kali pertama naik Malaysia Airlines masa kecil-kecil which is aku dah lupa pergi mana. Maklumlah belum akil baligh lagi masa tu. Huahuahua. Tapi compare dulu dan sekarang, best lagi dulu. Meriah! Kapal pun ada pelbagai jenis dan favourite aku masa tu adalah Boeing 747 yang besar gedabak tu.

MALAYSIA AIRLINES
Malaysia Airlines Economy Class
MALAYSIA AIRLINES

Actually masa aku update ni, aku tengah cuak juga. Lagi beberapa hari dapat tahu siapa kena buang, siapa kekal dalam company ni. Nervous weh dengan nasib kami. Pergi hari Jumaat, balik hari Ahad. Nak pula waktu tu staff MAS tengah susah hati tunggu nasib. Aku tahu. Tengok riak muka diorang pun, aku dapat rasakan sekali debaran tu. U can lie to everyone but not me. I feel you. Insyallah semuanya ok and be strong. 

MALAYSIA AIRLINES

Setiap kali naik MAS, mesti aku rasa bangga. Bangga bukan sebab dapat naik Malaysia Airlines tu, tapi bangga kerana melihat logo MAS. Logo yang membawa Malaysia ke luar negara. Dengan logo itu juga, orang mengenali Malaysia. National carrierlah katakan. Hiks!

MALAYSIA AIRLINES

Detik, demi detik .. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum MAS new co amek alih. Honestly, aku sedih. Sedih sebab lepas ni panggilannya bukan lagi MAS. Mungkin logo bertukar, mungkin segalanya bertukar. Hilang kenangan dengan arwah abah. Huuuu... T_T

Malaysia Airlines System (MAS), I'm gonna miss you. Lepas ni tukar nama jadi Malaysia Airlines Berhad (MAB).


Video khas perjalanan bersama Malaysia Airlines

American Airliner Plane