Latest Posts

Showing posts with label LILAC LANGKAWI. Show all posts
Showing posts with label LILAC LANGKAWI. Show all posts
Pengalaman menginap di Hotel Aseania Langkawi | Serba salah aku nak update pasal travel time bulan pose ni. Heh! Tapi aku tau, time bulan puasa ni, ada juga yang tengah plan nak pergi holiday raya nanti. Tipulah kalau takde. 

And, aku yakin .... Ada yang tengah plan nak ke Langkawi. Angkat tangan sape nak ke Langkawi??! Hahaha. Aku? Aku dok rumah je. Hewhewhew. Well, bagi yang dah beli tiket tapi tak book hotel lagi, maybe boleh pertimbangkan untuk stay sini. Hehe.

Especially yang nak travel with family, anak ramai atau maybe nak bawa anak-anak .. Aku cadangkan Aseania Resprt & Spa Langkawi.

Aseania Resort & Spa Langkawi

Rujuk entri lepas, aku ada selitkan citer pasal trip 7 hari ke Langkawi masa awal-awal kawen dulu. Tapi that time, takdelah fokus sangat pun nak citer pasal hotel Aseania ni. Just a short entri ala-ala mukadimah gittew.

So this time, aku ke sana lagi and stay hotel sama dan amek peluang untuk citer balik pasal hotel ni. Alhamdulillah, rejeki jangan ditolak. Ada peluang lagi, kita datang lagi. Hihihi.


Lokasi Hotel Aseania ni memang strategik. Just jalan kaki je kalau nak ke Pantai Cenang. Dekat dengan tempat spa, tempat makan, tempat shopping Duty Free The Zone Langkawi dan lain-lain lagi. Semuanya senanglah. Nak pergi airport pun dekat.

Dulu, adalah juga aku tak puas hati pasal hotel ni. Tapi nampaknya after beberapa tahun, aku kembali ke sini dan tengok banyak benda dah diupgrade. Misalnya, breakfast meal. Getting better! Dan beberapa facilities lain. 

Front Desk
Kaunter Pelancongan Pun Ada


Swimming pool kat sini pernah diiktiraf sebagai swimming pool  terpanjang di Malaysia. If i'm not mistaken, masih lagi memegang title tu kot. Bagi kanak-kanak, kat sini ada mini water theme park. Siap ada wave pool dan lazy river lagi. Waaaa....!!

Kat pool ni juga ada pool bar, restoran Laguna dan lain-lain lagi. Ops, terlupa .. Ada kedai souvenir lagi. Kot tetiba terlupa nak beli souvenir kan, boleh je beli kat sini. Hehehe.


And, paling aku tertarik spa dia. Walaupun berhampiran dengan pusat-pusat spa kat Pantai Cenang ni, tapi aku rasa Sari Dewi Spa ni ada something yang unik. Korang boleh massage either kat pondok atau kat dalam. Tapi kat pondok macam lagi feel je. Hehehe.


Banyak membebel je. Bilik mana bilik? Hahaha.

Ada, ada. Alhamdulillah, kali ni dapat merasa bilik jenis apartment .. Lebih kurang suite macam tu. 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Sangat luas dan selesa. Yeay!

 
 

Besarkan? Kalau datang ramai-ramai barulah syok!! Harga hotel ni masih affordable. Kalau amek bilik besar ni pun, harganya jauh beza dengan suite kat KL. Something yang berbaloi.


Bahagian luar bilik ada beranda. Boleh lepak minum kopi sambil hirup udara segar. Syok wooo!! Hilang segala penat dan stress. Kalau dari bilik depan tu, bolehlah nampak laut sikit. Eh, macam semua bilik lak sama view dia. Hahahaha.


So, korang dah baca. Korang dah tengok. Now, decide cepat nak duduk mana. Hahaha.

Jalan-jalan Malam Hari Pun Selamat!! Hehehe
Ini kali pertama aku pergi event LILAC ni. Pelbagai jenis laksa ada. Meriah uol!! Event ni berlangsung dari 29 Mei hinggai 31 Mei .. Semestinya aku tak nak lepas peluang merasa semua jenis laksa yang dihidangkan kat situ.

LILAC tahun ni diadakan kat Laman Padi Langkawi dan meriahnya dengan kehadiran beberapa orang chef terkenal seperti Chef Jo, Chef Sher, Chef Farouk Hussain dan Chef Farah Quinn.


Dan ada juga gerai-gerai menjual laksa. Bukan laksa Kedah je tau. Tapi macam-macam jenis laksa dari pelbagai negeri termasuklah laksa dari luar negara seperti laksa Filipina dan laksa Thailand.

Ramaikan?? Ini baru hari first
Raja Teh Tarik pun ada sekali

Paling syok bila berpeluang makan satu meja dengan chef-chef terkenal ni. Chef Jo dan Chef Sher tak lokek share pengalaman dan tips ketika memasak. Aummm!!!  Terasa kerdil aku bila duduk di sebelah diorang yang power gila ni.

Hehehe. Selfie dengan Farah Quinn
Menu special di Laman Padi Langkawi
Caliph Buskers
Selfie dengan Chef Sher

Walaupun trip kitorang ke sana 3 hari, tapi tak selalunya ke situ. Hari first and last je. Tapi sempatlah tengok perasmian Langkawi Laksa International Carnival ni. Hari first tu juga VVIP seperti CEO LADA berentap dengan Adun Kuah, YB Nor Saidi, chef Sher dan seorang blogger dari Thai dalam cabaran memasak sambil diadili oleh chef Jo.

Pengadil hari tu .. Haha
CEO LADA dibantu oleh Chef Farouk
Adun Kuah dibantu oleh orang tempatan
Blogger Thai dibantu oleh orang tempatan
Chef Sher bersendirian
Salah satu hasil ...

MERIAH DAN SANGAT MERIAH Laksa Carnival ni ....!!! Kalau stay lama kat sini memang kenyang dengan laksa je la. Time ni lah korang boleh nikmati pelbagai jenis laksa tanpa had. Makan sepuas-puasnya. Alhamdulillah. =)


American Airliner Plane