Dah lama aku mengimpikan aktiviti lasak seperti menjelajah ke sebuah kawasan dengan menaiki four-wheel drive (4WD) dan baru-baru impian tu menjadi kenyataan apabila aku dijemput oleh SANTAI TRAVEL MAGAZINE untuk menyertai program 'Discover Kedah Agrotrail 2014'. Weeee~
Aktiviti kali ini lain dari yang lain. Kalau dengar 'AGROTRAIL' mesti rasa macam bosan kan? Tetapi sebenarnya ia di luar jangkaan. Memang seronok gila. Selain merentasi sawah padi, kami juga merentasi tepi laut, hutan, gunung dan lain-lain lagi. Wah!
Sebanyak 25 kereta pacuan empat roda digunakan untuk program Discover Kedah Agrotrail ni dan setiap satu kereta membawa dua orang pengamal media. Kira tiga orang dalam satu kereta termasuk driver. Belum start lagi, aku dah excited. Haha.
Program 'Discover Kedah Agrotrail' ini berjalan selama 4 hari 3 malam merentasi beberapa bahagian di Kedah seperti Alor Setar, Yan, Merbok, Gurun, Sik, Baling, Kuala Nerang dan Jitra. Nasib Langkawi tu tak de jalan darat, kalau tak dengan Langkawi sekali kitorang jelajah. Hurm.
Bergambar Di Tepi Kereta
Media Tag & Risalah
Sebelum memulakan perjalanan, kami singgah di Mcdonalds terlebih dahulu. Mcdonalds adalah antara yang sponsor program Discover Kedah Agro Trail ini. Setiap seorang mendapat satu air kopi dan satu sausage mcmuffin with egg.
Antara tempat-tempat yang kami pergi :
1) Pusat Teknologi Mempelam Kuala Sala
2) Ladang Nira Nipah Ismail Che Kaq, Yan
3) Kolam Ikan Merbok
4) The Regency Jerai Hill Resort, Gurun (1st Night)
5) Pusat Penggalian Air Mineral Charok, Sik
6) Ladang Anggur Tasik Beris, Sik
7) Pusat Pertanian Batu Seketul, Sik
8) Homestay Desa KEDA Ulu Legong, Baling
(perkampungan orang asli)
9) Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling
10) Bayu Hotel, Baling (2nd Night)
11) Tempat Pemprosesan Ice-Cream
12) Menyusuri Jalan Di Tepi Tasik Pedu, Kuala Nerang
13) Pusat Pengumpulan Madu, Kuala Nerang
14) Pusat Pertenakan Rusa Kg Semeliang, Kuala Nerang
14) Homestay D'Belimbing, Kuala Nerang
15) Batik Merbok, Jitra
16) Muzium Padi Kedah
17) Starcity Hotel, Alor Setar (3rd Night)
Ringkasan dari trip ini. Cerita yang seterusnya di entri akan datang. Penat juga back to back trip ni ye? Apa-apapun, terima kasih Sahabat Media Santai Travel Magazine, Tourism Malaysia Kedah, driver 4WD dan semua sekali yang terlibat. Thank you! =)
Err, is this New Zealand ???
NO, it isn't. This is KEDAH.
WOAAHHHHH.. Cantik gila.