Latest Posts

Showing posts with label JUMPSTREET KUALA LUMPUR. Show all posts
Showing posts with label JUMPSTREET KUALA LUMPUR. Show all posts
Kalau hari tu aku dah cerita pasal Jump Street Asia Trampoline Trampoline Park Penang, hari ni aku cerita pasal cawangan satu lagi di Kuala Lumpur. Yang ni confirm ada yang dah pergi. Kan?? :)

Jump Street Asia kat Petaling Jaya ni dibuka sejak tahun lepas dan mendapat sambutan hangat dari orang ramai. Itu belum lagi orang yang nak buat event macam birthday ke apa-apa. Memang sentiasa fully booked party room tu. Meriah khawwww!! Hahahaha.

Jangan Disangka Tenang Sebegini Tiada Orang

Kunjungan aku ke Jump Street Trampoline KL ni sempena birthday party nephew, Zekry. Balik dari Langkawi, terus rush ke sini. Tapi aku tak melompatlah hari tu. Badan masih sakit-sakit penangan Skytrex kat Langkawi hari tu. Hehe.

Socks Rasmi Jump Street Asia Trampoline Park
Senaman Ringan Sebelum Melompat

Ada sesiapa yang plan nak buat birthday party kat Jump Street Trampoline Park KL tak? Seriously, buat birthday party kat sini memang sesuatu yang sangat unik dan fun. Boleh juga buat gathering bersama rakan-rakan dan lain-lain lagi. Cuma masa je yang jadi masalah.

Kenapa pulakkk?? Disebabkan party room sentiasa fully booked, korang kena tepati masa. Tak boleh lewat dan lain-lain. Masa itu terlampau berharga. Hahaha. Begitu juga dengan tetamu korang. Tak boleh lewat dan sebagainya. 

Memula sekali, exercise. Exercise simple-simple je. Then, staff yang handle korang tu akan bawa ke main court. Kat sini sama je macam kat Penang cuma kat Jump Street KL ni, trampoline park dia lebih kecil berbanding kat Penang. Ada yang takde kat Penang tapi ada kat KL dan sebaliknya.

MAIN COURT


DODGEBALL


SLAMDUNK


HIGH PERFORMANCE


THE CAGE


THE FOAM PIT


Pakej birthday party kat Jump Street Trampoline Park ni bermula dengan RM50/seorang dan menunya terbahagi kepada dua, standard menu dan vegetarian menu. Aku sarankan, korang lompat-lompatlah dulu, then baru tiup lilin. Sebab masa diberi untuk gunakan party room ni adalah selama 30 minit je. Sebab tu aku cakap rushing. But before that, dia reserve table untuk kita kat luar lah. Itu pun kena ikut masa juga. 

Dan, memandangkan sentiasa full, korang kenalah cepat. Kalau nak buat party kena ada 10 orang at least, book dan bayar 50% deposit sebelum event.

Semua Meja Ni Tengah Menunggu Giliran Untuk Guna Party Room
Itulah Kakak Ipar Saya.. Hahaha
Makan, Makan dan Makan
Suasana Dalam Party Room

Untuk kek pula, korang boleh order dengan Jump Street Trampoline Park kalau malas nak bawa dari rumah. Kalau bawa kek sendiri pun kena bayar RM30. Hewhewhew.

Happy Birthday Nephew

Facilities lain yang terdapat kat Jump Street Trampoline Park ni seperti :

Tempat Simpan Barang

Jump Shop & Jump Cafe
Surau

The best part, ada hadiah untuk si empunya badan yang menyambut kelahiran. Woot, woot!!! Apa hadiahnya tu?? Rahsiaaa. Hahaha.

Comel Je Staff Ni Tolong Budak Ni Pakai Socks
View Dari Jump Cafe

Info lain, rajin-rajin rujuk kat link bawah ni yea.. =P

American Airliner Plane